Anda di halaman 1dari 5

A+++++ PEDAGOGI NURUL NAJIHA ,ILMU UNTUK UMMAT!!!!

TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. (kamus Dewan Edisi Keempat,
(2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang
melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor.
Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu:
1.1.

Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek

1.2.

intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir.


Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai

1.3.

pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.


Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di
dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959.
Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak
dan pemikiran manusia.

DOMAIN TAKSONOMI BLOOM


Domain Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini
bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam
domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada
dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam Taksonomi ini,
kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut
adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S
Bloom.

A+++++ PEDAGOGI NURUL NAJIHA ,ILMU UNTUK UMMAT!!!!

Pe
nil
aia
n
Sintesis

Pemikiran
Aras Tinggi

Analisis

Aplikasi

Kefahaman

Pemikiran
Aras Rendah

Pengetahuan

Gambarajah 1: Hierarki Taksonomi Bloom

ELEMEN-ELEMEN DALAM ARAS TAKSONOMI BLOOM


1. Pegetahuan
Pengetahuan merupakan aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh
mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah
dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama
pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras
yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik
atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan
pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang
contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras
pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula
apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada
apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.

A+++++ PEDAGOGI NURUL NAJIHA ,ILMU UNTUK UMMAT!!!!

2. Kefahaman
Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara.
Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang
memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna
asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan
idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.

Manakala

yang

ketiga

adalah

ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti
membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan
ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan,
terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

3. Aplikasi
Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan
prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori,
hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan
penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan,
tunjukkan dan susunkan.

4. Analisis
Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur
kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan
pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalah, yang
pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga
perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis

A+++++ PEDAGOGI NURUL NAJIHA ,ILMU UNTUK UMMAT!!!!

hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras
analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan
pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental
analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada
komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
5. Sintesis
Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih
jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu
pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan
atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan
gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah
penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina
suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena
atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan
maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang
diberi.

6. Penilaian
Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu
diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja
penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus
aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,
idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana
sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian
juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai

A+++++ PEDAGOGI NURUL NAJIHA ,ILMU UNTUK UMMAT!!!!

ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh


kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria
luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau
yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan
fakta mengenai kebudayaan tertentu.

PENUTUP
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilakuperilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri
dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut
adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.Elemen ini
disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras
pemikiran tinggi.