Anda di halaman 1dari 23

KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA: SUATU

TINJAUAN TERHADAP KAEDAH DI MALAYSIA, INDIA, PAKISTAN, ARAB


SAUDI, INDONESIA, DAN TURKI.
OLEH : SEDEK BIN ARIFFIN1

ABSTRACT
Memorization is one of the methods in preservation of the Quran. It is
also a leading method in preservation of the Quran. However, the
methods used in memorize Quran is different from one country to
another. In this article the author try to put forward an early review of
relevant rules of memorizing the Quran from Malaysia, India,
Pakistan, Saudi Arabia, Indonesia and Turkey. The differences
methodology will give a different impact of memorizing the Quran.

PENGENALAN
Dalam artikel ini, akan diterangkan mengenai kaedah-kaedah menghafal al-Quran
yang terdapat di dunia. Hal ini bertujuan, bagi mengkaji tentang sejauh mana keberkesanan
metode-metode hafazan yang terdapat di dunia pada masa kini, dalam membantu kearah
melahirkan generasi quran khususnya, dalam menghafaz al-quran. Antara yang dikaji ialah,
kaedah darul quran Malaysia, kaedah Deobandy India, kaedah Pakistan, kaedah Makkah alMukarramah Arab Saudi, kaedah Indonesia dan kaedah Turki.
Kaedah-kaedah ini merupakan cara untuk menghafal al-Quran yang pernah dipelajari
dan diamalkan, oleh para huffaz yang berpengalaman dalam proses menjadi seorang hafiz
al-Quran yang sempurna. Berdasarkan perkembangan ilmu hafalan al-Quran, beberapa kaedah
yang dibawa masuk dari luar negara termasuk kaedah-kaedah yang dihasilkan oleh para
huffaz di negara Malaysia ini sendiri. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses
menghafal al-Quran merupakan satu perkara yang cukup penting dalam memastikan pelajar
berjaya menghafal al-Quran dengan baik, seterusnya dapat mengingati hafalan ayat-ayat al-

Pengajar Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur
Malaysia.

Quran tersebut setelah bergelar sebagai hafiz al-Quran. Tentunya, dalam menjalani proses
hafalan ini, pelbagai ujian dan cabaran akan dihadapi oleh para huffaz al-Quran ini.
Perkara ini telah dinukilkan dari rasulullah s.a.w di dalam hadithnya :





:






2

Dari Ibn Umar bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya


perumpamaan penghafal al-Quran adalah seperti penjaga unta yang berikat,
sekiranya diikat dapat dijaga dan sekiranya dilepaskan akan hilang.
Antara perkara penting yang perlu difahami adalah, kaedah hafalan merupakan perkara asas
yang hampir ada dalam setiap kaedah menghafal al-Quran. Namun, teknik-teknik atau
pendekatan yang berbeza, memberi impak kepada hasil hafalan tersebut. Teknik-teknik yang
berbeza inilah yang membezakan satu kaedah dengan kaedah-kaedah yang lain. Penerapan
teknik yang berbeza ini, akan menghasilkan kualiti hafalan yang berbeza di antara kaedahkaedah tersebut.

KAEDAH DARUL QURAN MALAYSIA


Bagi mengkaji metode yang digunakan oleh Darul Quran JAKIM, kelas hafazan alQuran ustaz Yusri bin Chek menjadi pilihan, untuk dijadikan tempat pemerhatian dalam
mengamalkan kaedah Darul Quran tersebut. Kelas ini merupakan kelas pelajar-pelajar
program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat. Selain itu, berpandukan kepada buku kaedah
hafalan al-Quran Darul Quran JAKIM serta risalah-risalah yang berkaitan dengan metode
penghafalan al-Quran di Darul Quran. Kaedah-kaedah penghafalan al-Quran Darul Quran
JAKIM adalah seperti berikut:

Muhammad bin Ismail Abu Abd Allah al-Bukhari (1994) Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ilm No. Hadith 5031.
j.2. Kaherah: Dar al-Fikr, h.70.

1. PEMBAHAGIAN JUZUK3
Al-Quran ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Bahagian pertama dari juzuk 1 surah AlFatihah hingga juzuk 5 ayat 23 surah al-Nisa. Pelajar perlu menghafal 5 juzuk dari al-Quran
dalam semester pertama. Bahagian kedua dari juzuk 6 ayat 24 surah al-Nisa hingga akhir
juzuk 10 ayat 93 surah al-Taubah. 5 juzuk akan dihafal pada semester kedua pengajian di
Darul Quran. Bahagian 3, bermula dari juzuk 11 ayat 94 surah al-Taubah hingga akhir juzuk
15 pada ayat 74 dalam surah al-Kahfi. 5 juzuk akan dihafal oleh pelajar dalam semester
ketiga di Darul Quran. Seterusnya bahagian keempat, dari awal juzuk 16, ayat 95 surah alKahfi hingga akhir juzuk 21 ayat 30 surah al-Ahzab. 6 juzuk akan dihafal dalam semester
keempat. Bahagian kelima dari ayat 31 surah al-Ahzab awal juzuk 22 hingga akhir juzuk 27,
akhir surah al-Tallaq ayat ke-12. 6 juzuk perlu dihafal oleh pelajar dalam semester kelima.
Bahagian terakhir adalah dari awal juzuk 28, ayat 1 surah al-Tahrim hingga akhir juzuk 30
akhir surah al-Nas. Bahagian terakhir ini akan dihafal oleh pelajar dalam semester keenam di
Darul Quran JAKIM.4
2. PEMBAHAGIAN HAFALAN MENGIKUT MINGGU5
Selama 16 minggu diperuntukan kepada pelajar, untuk menghafal al-Quran dari juzuk
1 hingga juzuk 5. Bagi 10 minggu yang pertama, digunakan untuk menghafal 5 juzuk sahaja.
Manakala 6 minggu seterusnya,

digunakan untuk mengulang kesemua hafalan tersebut.

Pelajar perlu menghafal setengah juzuk setiap minggu dari minggu 1 hingga 10. Proses
pembahagian hafalan mengikut minggu ini berlangsung secara berterusan hingga pelajar
berada dalam semester 3. Ketika pelajar berada dalam semester 4, pelajar perlu menghafal
dari juzuk 16 hingga 21 dalam masa 16 minggu. 12 minggu pertama digunakan untuk
menghafal ayat al-Quran dari 6 juzuk manakala 4 minggu digunakan untuk mengulangkaji
hafalan tersebut. Bagi proses hafalan tersebut setiap minggu pelajar dikehendaki menghafal
sebanyak setengah juzuk al-Quran. kaedah Darul Quran memperuntukkan sebanyak 16
minggu kepada pelajar semester 5 untuk menghafal dari juzuk 22-27. 12 minggu yang
pertama digunakan untuk menghafal ayat al-Quran dari 6 juzuk tersebut dan 4 minggu
3

AJK Penggubal Akademik (2005), Kurikulum Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM, Darul Quran
JAKIM, h. 15-17.
3
Ibid.
4
Pro Forma Kurikulum Darul Quran JAKIM (2005), h. 22.

digunakan untuk mengulangkaji hafalan tersebut. Bagi proses hafalan tersebut, setiap minggu
pelajar dikehendaki menghafal sebanyak setengah juzuk al-Quran. kaedah Darul Quran
memperuntukkan sebanyak 16 minggu kepada pelajar semster 6 untuk menghafal dari juzuk
28 - 30. 6 minggu yang pertama digunakan untuk menghafal ayat al-Quran dari 3 juzuk
tersebut dan 8 minggu digunakan untuk mengulangkaji keseluruhan hafalan al-Quran, dan 2
minggu diperuntukkan untuk mengulangkaji secara umum hafalan-hafalan terbabit. Bagi
proses hafalan ini, setiap minggu pelajar dikehendaki menghafal sebanyak setengah juzuk alQuran. Bagi proses ulangkaji selama 8 minggu, setiap minggu pelajar dikehendaki mengulang
sebanyak 4 juzuk dan pada minggu yang ke-8 sebanyak 2 juzuk untuk melengkapkan 30
juzuk al-Quran.
3. PENGGUNAAN MUSHAF UTHMANI6
Dalam proses menghafal al-Quran, kaedah Darul Quran memperkenalkan kepada
pelajar supaya menggunakan mushaf yang khusus iaitu mushaf rasm Uthmani. Mushaf yang
digunakan, mestilah bersaiz besar menyamai saiz kertas A4. Dengan menggunakan mushaf
ini, akan memudahkan pelajar untuk menghafal al-Quran dan mengurangkan kesalahan
ketika menghafal.7
4. PENENTUAN BILANGAN AYAT-AYAT HAFALAN8
Dalam kaedah ini, terdapat 2 kaedah yang diguna. Pertama mengikut rubu hizb
rasm Uthmani. Pada kebiasaannya, guru tasmi akan membenarkan pelajar membaca 1 rubu
hizb al-Quran sahaja. Kedua, pelajar menghafal mengikut muka surat. Pada kebiasaannya,
pelajar akan membaca 2 muka surat. Perkara yang sama turut berlaku kepada pelajar yang
menghafal mengikut rubu hizb, sekiranya tidak lancar mereka hanya dibenarkan untuk
menghafal satu rubu hizb sahaja.9

Ibid.
Temubual dengan ustaz Nazri bin Abu Zarim, pensyarah Darul Quran pada 22 Februari 2010 di Darul Quran.
7
AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), op.cit., h.8.
8
Temubual dengan ustaz Yusri bin Chek, Pensyarah Jabatan Al-Quran Darul Quran JAKIM pada 5 April 2010
jam 10.00 pagi di Darul Quran.
6

5. TALAQQI DAN MUSYAFAHAH 10


Talaqqi dan musyafahah bermaksud menerima sesuatu daripada pihak yang memberi.
Dalam konteks pengajian ilmu, talaqqi merupakan satu wasilah bagi mengembangkan ilmu
pengetahuan. Khususnya dalam bidang hafalan al-Quran yang mementingkan ketepatan dalam
penuturan, sebutan, makhraj huruf dan sifat bagi huruf. Oleh itu, hanya dengan bertalaqqi
sahaja kita mampu menguasainya.11 Secara umumnya, Talaqqi dan musyafahah, merupakan
kaedah di mana guru memperdengarkan bacaannya pada setiap ayat, kemudian diikuti oleh
pelajar atau guru menyemak bacaan pelajar pada ayat

yang hendak dihafaz atau

menyemaknya ketika sesi tasmi hafazan al-Quran.12


6. HAFALAN MENGULANG-ULANG 10 KALI13
Dalam proses menghafal al-Quran, pelajar perlu mengulang setiap ayat yang telah
dihafal sebanyak 10 kali, Sebelum diperdengarkan kepada guru tasmi. Setiap ayat perlu
diingat dengan baik dan dibaca dengan lancar. Ayat tersebut perlu dibaca dengan tanpa
melihat kepada mushaf sebanyak 10 kali. Setelah itu, barulah berpindah kepada ayat kedua
dan kaedah yang sama perlu dilakuakan untuk mengingati ayat tersebut. Ayat kedua perlu
dihafal dengan baik dan diulang sebanyak 10 kali, selepas ayat itu dihafal. Pelajar tidak
dibenarkan untuk melihat kepada mushaf al-Quran, ketika ayat-ayat tersebut diulang.
Seterusnya perlu dibaca semula ayat pertama dan diikuti dengan ayat kedua yang telah
dihafal. Pelajar perlu memastikan ayat pertama dan kedua adalah lancar dibaca, tanpa melihat
kepada mushaf al-Quran. Sekiranya dua ayat tersebut tidak lancar, pelajar perlu melancarkan
dua ayat tersebut dahulu sebelum pindah kepada ayat seterusnya.

Begitulah seterusnya

sehingga sempurna hafalan satu rubu hizb atau mengikut muka surat yang dihafal.

10

AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), Kaedah Hafazan Al-Quran, Batu Caves Selangor : Medan
Hikmah Sdn. Bhd., h. 7.
11
Ibid
12
Ibid.
13
AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), Kaedah Hafazan Al-Quran, op.cit., h. 8.

7. HAFALAN BERPASANG-PASANG14
Kaedah ini diterapkan kepada pelajar yang menghafal ayat al-Quran yang baru (hifz
al-Jadid). Pelajar dikehendaki memilih seorang teman, yang mempunyai tahap hafalan
hampir sama dan minat dalam menghafal secara berpasangan. Teknik seorang membaca, dan
seorang menyemak hafalan dengan melihat kepada mushaf al-Quran. Seterusnya orang yang
kedua pula mendengarkan hafalan manakala orang pertama menyemak dengan melihat kepada
mushaf.
Seterusnya teknik uji menguji antara pasangan dilakukan. Ayat al-Quran yang telah
dibaca akan ditebuk oleh pasangan masing-masing. Ini akan dapat menambahkan lagi
kekuatan hafalan terhadap ayat yang telah dibacakan kepada pasangan tersebut. Pendekatan
ini, secara tidak langsung akan menajamkan ingatan pelajar terhadap ayat yang telah dihafal.
Ia sekaligus dapat mengelakkan kekeliruan terhadap ayat yang samar.
8. HAFALAN MENGIKUT MUKA SURAT15
Pada kebiasaannya pelajar akan dilatih untuk membahagikan satu-satu muka surat
kepada dua atau tiga bahagian. Setiap muka surat al-Quran rasm Uthmani mempunyai 15
baris ayat. Pembahagian kepada 2 bahagian akan menjadikan 8 baris bahagian pertama dan 7
baris bahagian kedua. Manakala pembahagian kepada tiga bahagian akan menjadi 5 baris
pertama, 5 baris kedua dan 5 baris ketiga. Namun demikian, bagi pelajar yang mempunyai
ingatan hafalan yang kuat, mereka boleh menghafal satu-satu muka surat al-Quran tanpa
memotong kepada beberapa bahagian. Dengan hanya sekali atau dua kali ulang sahaja,
golongan ini mampu untuk mengingati ayat-ayat yang dihafal.
9. PENULISAN AYAT-AYAT HAFALAN16
Ayat al-Quran yang telah dihafal perlu ditulis semula dalam buku khas bagi
memantapkan hafalan ayat al-Quran tersebut. Setelah ditulis semula, ia perlu disemak dengan
menggunakan mushaf rasm uthmani, pendekatan ini secara tidak langsung akan memahirkan

13
15
16

Ibid
AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), op.cit., h. 9
Ibid.

pelajar dalam menulis ayat al-Quran yang bertepatan dengan rasm uthmani. Teknik penulisan
ayat-ayat tersebut berdasarkan awal muka surat, rubu, awal juzuk dan awal surah turut
memberi kesan kepada potongan-potongan hafalan pelajar terbabit.

Antara faedah yang

pelajar dapati melalui teknik kitabah ini ialah, sekiranya seseorang pelajar itu cermat dalam
melihat nombor-nombor ayat, mereka turut mampu untuk menghafal nombor-nombor ayat
tersebut.17
10. MENDENGAR AYAT-AYAT HAFALAN18
Sebuah makmal khusus audio yang terdapat di Darul Quran, dijadikan pusat untuk
pelajar mendengar bacaan al-Qari yang mashyur seperti Syeikh Maqari Mahmud Khalil alKhusairi, Syeikh Abd al-Rahman al-Huzaifi dan lain-lain. Dengan mendengar kepada
bacaan-bacaan tersebut, pelajar akan mendapat beberapa manfaat yang baik. Pertama dapat
mendengar bacaan yang tepat dari sudut tajwid al-Quran, Fasahah dan lahjah al-Quran yang
tepat. Kedua dapat memperbaiki sekiranya dalam hafalan pelajar, terdapat kesalahan sebutan
huruf, baris dan tempat-tempat waqaf yang sesuai. Ketiga dapat memperbaiki bacaan dengan
menggunakan kaedah bacaan tahqiq yang sempurna, dan mantap. Dan yang terakhir dapat
menambahkan kekuatan ingatan terhadap hafalan yang telah dihafal.
11. SOLAT TAQWIYATUL HIFZI19
Bagi memantapkan hafalan pelajar, kaedah Darul Quran telah melatih pelajarnya,
untuk melakukan solat sunat Taqwiyatul Hifzi. Solat sunat ini, dilakukan secara berjemaah
atau berseorangan. Solat ini terdiri dari 4 rakaat dengan 2 kali tahiyyat akhir.20 Solat ini
dilakukan pada malam Jumaat sepertiga malam yang terakhir. Pada rakaat pertama dibaca
surah Yasin, rakaat kedua dibaca surah al-Dukhan, rakaat ketiga dibaca surah al-Sajadah dan
rakaat keempat dibaca surah al-Mulk. Solat ini menjadi amalan sebahagian pelajar di Darul
Quran. Terdapat program-program yang diatur oleh persatuan pelajar, untuk pelajar dapat
merialisasikan amalan solat sunat Taqwiyatul Hifzi ini.21

17

Temubual dengan ustaz Bakri Amboala, Pensyarah Jabatan Al-Quran Darul Quran JAKIM pada 5 April 2010
jam 12.00 pagi di Darul Quran.
18
AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), op.cit., h. 9.
19
Ibid., h. 10.
20
Ibid.
21
Temubual dengan ustaz Bakri Amboala, op.cit.

12. MEMBACA AYAT HAFAZAN DALAM SOLAT22


Bagi memantapkan hafalan al-Quran pelajar, mereka perlu mengulang hafazan ayat
al-Quran dalam Solat fardu ataupun solat sunat. Kaedah ini dipraktikkan di Pusat Islam Darul
Quran.

Pelajar perlu membaca ayat-ayat hafalan, ketika menjadi imam di pusat Islam

tersebut. Namun demikian, berdasarkan maklumat yang diperolehi, hanya segelintir sahaja
dari pelajar yang benar-benar mengikuti teknik yang diketengahkan oleh Darul Quran ini.
Walaupun pengamalan kaedah ini adalah baik dan dapat memantapkan hafalan pelajar, namun
tiada pemantauan dari pihak Darul Quran terhadap kaedah tersebut.
13. MENGULANG 2 JAM SEHARI23
Kaedah ini menetapkan bahawa, pelajar perlu mengulang hafalan al-Quran sekurangkurangnya 2 jam sehari. Ini adalah bagi memastikan hafalan yang telah dihafal, dapat dijaga
dengan baik. Kaedah 2 jam sehari ini membawa maksud, pelajar perlu mengulang sebanyak 3
juzuk. Masa selama 2 jam adalah bersamaan dengan 120 minit. Pada kebiasaannya para
penghafal al-Quran, mampu untuk membaca 1 juzuk dalam tempoh masa 30 - 40 minit
sejuzuk. Ini bermakna, dalam jangka masa 2 jam, pelajar akan mampu untuk mengulang
hafalan al-Quran sebanyak 3 juzuk.
14. UJIAN HAFALAN24
Pada asasnya, pelajar akan diuji setiap penghujung semester. Ujian yang dilakukan
adalah berdasarkan sukatan hafalan pelajar dalam setiap semester. Dalam semester pertama
ujian hafalan adalah dari juzuk 1-5, semester kedua dari juzuk 6-10, semester ketiga dari
juzuk 11-15, semester keempat dari juzuk 16-21, semester kelima dari juzuk 22-27 dan
semester keenam keseluruhan al-Quran bersamaan dengan 30 juzuk al-Quran.25 Pelajar akan
menduduki ujian penulisan (tahriri) al-Quran. Pelajar diberi masa selama 2 jam untuk
menjawab soalan yang diberikan,

berdasarkan sukatan hafalan setiap semester. Pada

semester, terakhir pelajar akan diuji dengan keseluruhan al-Quran. Sekiranya pelajar tersebut

22

AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), Kaedah Hafazan Al-Quran, op.cit., h. 11.
Ibid., h. 11
24
Temubual dengan ustaz Bakri Amboala, op.cit.
25
Ibid.
23

berjaya lulus dalam ujian tahriri dan syafawi, ini bermakna pelajar tersebut telah lulus secara
keseluruhan bahagian hafalan al-Quran.
KAEDAH DEOBANDY INDIA26
Sebagaimana yang diketahui umum, negara India merupakan salah sebuah negara
yang telah menerima kedatangan Islam lebih awal dari Malaysia. Hasil dari kepesatan ilmu
pengetahuan agama Islam di India, menyebabkan wujudnya institusi-institusi agama yang
menjurus kepada hafalan al-Quran di India. Kaedah Deobandy merupakan salah satu kaedah,
menghafal al-Quran yang diguna di India. Perkataan Deobandy itu sendiri merujuk kepada
wilayah Deoband di India. Secara umumnnya kaedah Deobandy ini menggunakan teknikteknik berikut :
1. PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL
Sebelum menghafal al-Quran, beberapa pendekatan telah diperkenalkan melalui
kaedah Deobandy ini, bagi memastikan pelajar dapat menghafaz al-Quran dengan baik.
Pelajar akan diletakkan dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang
guru dengan pelajar 15- 20 orang sahaja. Umur pelajar dalam setiap kumpulan adalah tidak
sekata, ada yang berumur 12 tahun dan ada yang menjangkau 17 tahun. Penentuan kumpulan
ini ditentukan dalam mesyuarat yang dilakukan oleh pihak ustaz.27 Kelas nazirah atau pra
tahfiz telah diwujudkan, bagi membantu pelajar dalam melancarkan bacaan al-Quran sebelum
menghafaznya.28 Kelas ini adalah dikhususkan kepada pelajar yang lemah dari sudut
pembacaan al-Quran secara melihat mushaf al-Quran. Manakala pelajar lain akan diletakkan
dalam kumpulan kelas tahfiz.
Kelas tahfiz al-Quran, kelas ini adalah kumpulan pelajar yang dikhususkan untuk
menghafaz al-Quran. Pelajar akan diletakkan mengikut kumpulan tertentu, dalam bentuk
bulatan. Seorang guru akan mengetuai kumpulan pelajar tersebut dan memantau setiap
pergerakan pelajar, pada setiap masa. Guru tersebut mestilah seorang yang telah menghafal

26

Abdul Hafiz bin Abdullah (2005) Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif: Satu
Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu, Universiti Teknologi Malaysia, H. 57.
27
Ibid
28
Ibid.
28
Temubual dengan Ustaz Zakri bin Zamzam bekas pelajar Madrasatul Quran Kubang Bujuk pada 15 Oktober
2009.

al-Quran bagi melayakkannya menjadi pengawal kepada pelajar-pelajar tersebut.29 Teknik


duduk dalam halaqah diguna dalam sistem hafazan Deobandy ini. Setiap pelajar duduk
dalam bulatan bersama dengan al-Quran dan rehal masing-masing. Pelajar tidak dibenarkan
untuk bersandar pada dinding kelas. Mereka dikehendaki duduk dengan menjarakkan diri dari
dinding kelas. Ini adalah bagi mengelakkan ada pelajar yang tertidur dengan bersandar di
dinding.
2. SABAK ( HAFALAN BARU )
Sebelum subuh, pelajar mula menghafal hafalan baru atau sabak. Penentuan kadar
hafalan ini adalah ditentukan berdasarkan kemampuan pelajar. Ada pelajar yang menghafal
setengah muka surat, satu muka surat, dua muka surat, tiga muka surat , dan ada yang mampu
sehingga empat muka surat. Namun para guru akan memantau tahap kelancaran hafalanhafalan tersebut. Sekiranya pelajar tersebut tidak lancar hafalan hari sebelumnya, mereka
akan dikurangkan dari sudut hafalan baru. Pada kebiasaannya, guru-guru dapat mengenali
kemampuan setiap pelajar dalam kumpulannya.30 Bagi memulakan hafalan, pelajar akan mula
menghafal dari juzuk 30 seterusnya juzuk 29,28,27 dan 26 setelah itu, barulah pelajar akan
memulakan hafalan dari juzuk 1 hingga juzuk 25. Ini akan memudahkan bagi pelajar, untuk
mengingati ayat-ayat al-Quran kerana, 5 juzuk akhir adalah ayat-ayat yang pendek, mudah
dan kebanyakannya sudah menjadi ayat-ayat lazim. Pada pukul 7.30 pagi, pelajar akan
berehat untuk sarapan pagi bersama-sama di dewan makan. Seterusnya pada pukul 8.30 pagi,
kelas sabak disambung semula sehingga pukul 9.30 pagi. Pada keseluruhannya, pelajar
mempunyai sekitar 4 jam waktu untuk sabak.
3. PARA SABAK ( HAFALAN MINGGUAN )
Kaedah ini dinamakan sebagai para sabak atau diistilahkan sebagai hafalan mingguan.
Para sabak ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi. Pelajar diperuntukkan 2
jam untuk mengulang para sabak ini. Sebanyak 1 juzuk di belakang hafalan baru inilah yang
diistilahkan sebagai para sabak.31 Pelajar perlu melancarkan hafalan para sabak ini sebelum
dibaca di hadapan guru-guru mereka. Pada kebiasaannya, pelajar diberi masa 30 minit untuk
melancarkan para sabak ini sebelum bertemu guru. Dalam melaksanakan peringkat para

30
31

Ibid.
Ibid.

10

sabak ini, guru-guru telah membahagikan pelajar dengan pasangan masing-masing. Pada
kebiasaannya, pasangan pelajar itu adalah mereka yang sama tahap hafalan. Seterusnya,
pelajar ini akan dipanggil dengan pasangan masing-masing untuk duduk berhadapan, di
hadapan guru halaqah tersebut. Seorang pelajar membaca sebanyak sejuzuk, manakala
pasangannya akan menyemak bacaan tersebut dengan melihat kepada mushaf al-Quran.
Sekiranya berlaku kesilapan, pasangan tersebut akan mengira bilangan kesalahan dan
dilaporkan kepada guru halaqah. Seperti biasa, rotan akan digunakan sebagai hukuman dari
kesilapan yang dilakukan. Begitulah seterusnya, pasangan tersebut pula akan membaca dan
disemak oleh rakannya. Dalam waktu yang sama guru di dalam halaqah tersebut sentiasa
memerhatikan perjalanan para sabak setiap pasangan berjalan dengan lancar.
4. AMMOKHTAR ( HAFALAN KESELURUHAN AL-QURAN )
Kaedah ini dikenali sebagai ammokhtar. Ia merupakan ayat al-Quran yang telah lama
dihafal dan melebihi 1 juzuk di belakang hafalan yang terkini. Menurut kaedah ini, pelajar
akan diberi masa dari 2.30 petang - 4.00 petang untuk mengulang ammokhtar ini.

32

Dari

sudut pelaksanaannya, pelajar akan diberi masa 30 minit untuk melancarkan bacaan
ammokhtar. Kemudian akan dipanggil ke hadapan guru seperti dalam kaedah para sabak
untuk memperdengarkan bacaan bersama pasangan masing-masing. Kaedah ammokhtar ini
perlu menjadi satu pusingan lengkap, bagi semua hafalan lama. Contohnya seorang pelajar
sedang menghafal juzuk ke-15 maka memerlukan 14 hari dengan kadar 1 juzuk sehari
bacaan ammokhtar.
Susunan bacaan ammokhtar perlulah mengikut susunan juzuk al-Quran. Perkara ini
penting bagi memastikan hafalan lama tidak hilang dari ingatan pelajar. Seterusnya sekitar
15 minit sebelum waktu Asar, pelajar akan diajar tentang fardu ain oleh guru halaqah
masing.33 Kaedah ini berterusan sehingga pelajar selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Setelah itu, pelajar akan memasuki peringkat Syahadah bagi persediaan untuk peperiksaan
keseluruhan al-Quran.34

5. HALAQAH DAURI ( KELAS ULANGAN HAFALAN )


32

Temubual dengan ustaz Zakri bin Zamzam, Guru Tahfiz Institut Al-Quran Kuala Lumpur pada 15 Januari
2010 di IQKL Kuala Lumpur.
32
Ibid.
33
Ibid
.

11

Pada kebiasaannya, pelajar akan mengambil masa dari 6 bulan hingga 2 tahun untuk
melalui keseluruhan Halaqah Dauri ini. Bagi pelajar yang tidak lancar mana-mana bahagian
dalam al-Quran, mereka dikehendaki membaca sabak semula bagi ayat-ayat tersebut. Bagi
kelas dauri ini, pelajar akan membaca dengan tidak menurut susunan juzuk dalam al-Quran.
Al-Quran akan dibahagikan kepada tiga bahagian, 10 juzuk pertama, 10 juzuk kedua dan 10
juzuk ketiga. Hari pertama pelajar akan membaca juzuk pertama, hari kedua juzuk 11, hari
ketiga juzuk 21, hari keempat juzuk kedua, hari kelima juzuk 12 dan seterusnya hingga
khatam beberapa kali. Metod bacaan Halaqah Dauri

ini adalah sama dengan bacaan

Ammokhtar, pelajar akan diberikan pasangan dan dibaca di hadapan guru. Seterusnya,
melalui arahan guru, pelajar ini akan berpindah kepada 5 juzuk sehari. Peringkat ini pelajarpelajar akan membaca berdasarkan urutan juzuk dalam al-Quran sepenuhnya. Hari pertama
juzuk 1 hingga 5, hari kedua juzuk 6 hingga 10, hari ketiga juzuk 11 hingga 15 dan
seterusnya. Ini bermakna para pelajar akan mengkhatamkan al-Quran dalam masa 6 hari
dengan sekali khatam. Setelah sampai di peringkat ini dan para guru berpuas hati dengan
prestasi pelajar tersebut, maka ujian di peringkat Syahadah hafiz akan diadakan.
6. SYAHADAH HAFIZ
Terdapat 3 cara untuk menduduki peperiksaan Syahadah Hafiz ini. Pertama pelajar
membaca 30 juzuk al-Quran dalam masa satu hari, kedua membaca al-Quran 30 juzuk alQuran dalam masa dua hari bersamaan dengan 15 juzuk sehari dan ketiga membaca al-Quran
30 juzuk dalam masa tiga hari bersamaan dengan 10 juzuk sehari. Pelajar yang menduduki
peperiksaan akhir ini, akan disemak oleh 3 orang guru, 2 daripadanya merupakan guru dari
halaqah-halaqah yang lain. Peperiksaan akan bermula pada jam 7 pagi dan setiap juzuk alQuran akan mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Pelajar yang menduduki peperiksaan
Syahadah Hafiz ini, dikehendaki membaca al-Quran dengan lancar dan tidak boleh melakukan
kesalahan melebihi 10 kali. Sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan melebihi 10 kali
peperiksaan tersebut akan dibatalkan.35

KAEDAH PAKISTAN
35

Temubual dengan Hasbullah guru Madrasatul Quran Kubang Bujuk., Op.Cit.

12

Kaedah Pakistan ini, dikenali sebagai kaedah Panipati dan cukup masyhur di kalangan
pelajar tahfiz di Pakistan. Ia disebut sebagai Panipati kerana guru pertama yang mempelopori
kaedah ini, adalah berasal dari sebuah daerah yang bernama Panipati. Kaedah ini cukup
berkesan bagi melahirkan para huffaz yang berwibawa. Secara keseluruhannya kaedah
hafazan ini merangkumi beberapa teknik yang diamalkan dalam proses penghafalan al-Quran.
Teknik-teknik tersebut ialah:
1.SABAK ( HAFALAN BARU )
Bermula dari jam 7.00 petang sehingga 9.00 malam, pelajar akan menghafal hafalan
baru dalam dewan musolla yang disebut sebagai sabak. Mereka akan berhenti rehat seketika,
untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Solat isya akan dikerjakan pada jam 9.00
malam. Ini bermakna pelajar mempunyai waktu sekitar 2 jam untuk menghafal sabak pada
setiap hari. Selepas solat isya, pelajar akan diberi minum sebelum talim ringkas diadakan.
Pelajar dikehendaki tidur pada jam 10.30 malam. Pelajar tidak dibenarkan untuk melakukan
aktiviti lain selepas jam 10.30 malam, mereka akan dikenakan denda rotan sekiranya didapati
masih melakukan aktiviti lain.36
Sejam sebelum subuh para pelajar akan dikejutkan untuk mengikuti kaedah hafalan
Pakistan ini. Pelajar dikehendaki mengerjakan solat sunat di awal pagi. 30 minit sebelum
subuh pelajar diwajibkan untuk berada dalam halaqah hafalan masing-masing. Masa ini
digunakan untuk melancarkan sabak yang akan dibaca selepas solat subuh. Penentuan had
sabak adalah berdasarkan kemampuan individu. Namun demikian, setiap pelajar sentiasa
dipantau oleh guru kumpulan masing-masing dalam pembacaan sabak ini.
2. ENAM SABAK
Selesai sahaja pelajar membaca sabak, mereka dikehendaki membaca enam sabak,
iaitu 6 kali hafalan yang terbaru atau 6 hari hafalan sebelumnya. Contohnya pelajar tersebut
menghafal juzuk pertama muka surat 10, maka enam sabak ialah muka surat 9, 8, 7, 6, 5 dan
4. Bacaan ini perlulah dibaca di hadapan guru kumpulan tersebut. Pelajar-pelajar perlu
melancarkan enam sabak ini bagi memastikan mereka boleh terus untuk menghafal hari
36

Ibid.

13

berikutnya. Sekiranya pelajar gagal membaca dengan baik enam sabak ini, mereka tidak
dibenarkan untuk menghafal ayat-ayat yang baru, melainkan setelah mendapat kebenaran dari
guru kumpulan tersebut. Waktu untuk membaca enam sabak ini adalah, selepas membaca
sabak hingga jam 8.30 pagi.
3. SABKI

Sabki

ialah ulangan sebanyak 1 juzuk di belakang enam sabak. Waktu untuk

membaca sabki adalah, setelah selesai enam sabak hingga jam 9.30 pagi. Sabki ini akan
dibaca di hadapan guru masing-masing. Bagi setiap kesalahan ketika membaca sabki ini,
pelajar akan dikenakan

3 kali rotan dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja.

Contohnya seorang pelajar menghafal pada muka surat 62, maka muka surat 62 adalah sabak,
muka surat 61, 60, 59, 58, 57 dan 56 adalah enam sabak. Manakala sabki adalah dari muka
surat 36 hingga muka surat 55 sebanyak satu juzuk di belakang enam sabak. Ini merupakan
contoh sekiranya seseorang pelajar itu menghafal sebanyak satu muka surat setiap hari.37
4. SEPARAH
Peringkat seterusnya,

pelajar akan mengulang hafalan-hafalan yang telah lama

dihafal. Hafalan-hafalan lama ini disebut sebagai separah dalam kaedah Pakistan ini. Waktu
separah ini adalah 10.00 pagi - 12.00 tengahari. Dari jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00
petang pelajar yang mengikuti kaedah ini dikehendaki tidur semuanya. Ini merupakan satu
perkara yang wajib bagi setiap pelajar. Selain ia merupakan sunnah rasul S.A.W ia dapat
mengembalikan tenaga kepada pelajar untuk mengikuti kelas pada sebelah petang.

5. MUTLAAH
Pada jam 2.30 petang, pelajar di kehendaki memasuki kumpulan masing-masing.
Waktu ini digunakan untuk membaca al-Quran dengan melihat kepada Mushaf al-Quran atau
diistilahkan sebagai mutlaah. Pelajar dikehendaki memastikan bacaan adalah tepat dari sudut
hukum tajwid dan akan dibacakan di hadapan guru. Pada kebiasaannya, pelajar akan membaca

37

Ibid.

14

1- 4 muka sahaja di hadapan guru masing-masing.38 . Setelah selesai membaca mutlaah di


hadapan guru, pelajar dikehendaki meneruskan persediaan bacaan separah

untuk hari

berikutnya. Sekitar jam 4.30 petang, pelajar akan berjemaah bersama-sama menunaikan
solat Asar. Selepas Asar, merupakan aktiviti bebas kepada pelajar untuk berehat dan bermain
sehingga jam 6.30 petang. Mereka akan makan malam pada jam 6.30 petang di dewan makan
yang disediakan. Tepat jam 7.00 petang , pelajar dikehendaki berada dalam musolla dan
duduk dalam saff masing-masing. Kaedah ini berterusan sehingga pelajar dapat menamatkan
hafalan sebanyak 30 juzuk al-Quran buat kali pertama. Seterusnya pelajar akan mengikuti
peringkat kedua untuk menduduki peperiksaan bagi memastikan hafalan mereka adalah benarbenar mantap.
6. TERTIB WIFAK
Tertib wifak merupakan satu kaedah untuk memantapkan hafalan pelajar sebelum
menduduki peperiksaan akhir.

Dari sudut pelaksanaan,

pelajar diperingkat awal perlu

mendaftarkan diri sebagai salah seorang yang akan mengikuti tertib wifak ini. Pelajar yang
telah berdaftar akan diletakkan dalam kumpulan yang khusus bersama pelajar-pelajar tertib
wifak sahaja. Pelajar ini masih terikat dengan sistem waktu hafalam biasa. Waktu yang
diambil untuk menduduki kelas ini adalah selama 3 bulan.39 Apabila pelajar telah berjaya
diperingkat ini, mereka telah dikira lulus dalam hafazan al-Quran. Namun bagi pelajar yang
gagal, mereka perlu mengulangi kelas tertib wifak ini bagi menduduki peperiksaan pada sesi
berikutnya.

7. DASTAR BANDI
Setelah berjaya lulus di dalam tertib wifak , pelajar akan dijazahkan dengan sijil khas
hafazan al-Quran dari Jamiah Darul Quran Pakistan. Majlis khusus ini dikenali sebagai
dastar bandi atau konvokesyen. Pelajar yang berjaya akan dipakaikan dengan serban khas
oleh dekan di Jamiah Darul Quran Pakistan sebagai lambang telah berjaya menghafal alQuran sebanyak 30 juzuk dengan jayanya.40

38

Ibid.
Ibid.
40
Ibid.
39

15

KAEDAH MAKKAH AL-MUKARRAMAH ARAB SAUDI


Kaedah Makkah ini merupakan antara kaedah yang agak ringkas dan mudah. Ia hanya
mengambil masa sekitar 4 jam sahaja sehari untuk diamalkan. Kaedah ini bermula selepas
waktu solat Asar hingga solat Isya. Ia dilaksanakan bagi memberi peluang kepada golongan
pelajar yang belajar secara formal di waktu pagi, dan memperuntukkan masa sebelah petang
dan malam untuk al-Quran.41

Secara keseluruhannya

kaedah hafalan Makkah ini

mengamalkan teknik-teknik berikut:


1. TASMI LUH
Selepas solat Asar, pelajar akan duduk dalam kumpulan. Peringkat pertama guru
dalam kumpulan akan memanggil seorang demi seorang pelajar, untuk mengambil hafalan
baru. Guru akan membaca ayat yang akan dihafal oleh pelajar tersebut, sebelum seseorang
pelajar itu dibenarkan untuk menghafal ayat-ayat tersebut. Kaedah mendengar dan mengambil
bacaan dari mulut guru ini dinamai dengan Tasmi Luh. 42
Seterusnya setelah mendengar bacaan dari guru, barulah pelajar tersebut membaca
ayat-ayat yang telah dibacakan kepadanya. Pada ketika inilah, guru akan memerhatikan
bacaan pelajar dan membetulkan kesalahan tajwid dalam bacaan pelajar tersebut secara
talaqqi musyafahah dengan melihat kepada mushaf al-Quran. Pelajar dikehendaki
menggunakan mushaf al-Quran cetakan Madinah Al-Munawwarah secara formal. Mereka
tidak dibenarkan menggunakan al-Quran Imlai atau cetakan lain.
2. HAFALAN TERBALIK
Kaedah ini menerapkan pendekatan susunan hafalan terbalik. Pelajar akan menghafal
al-Quran bermula dari Juzuk 30 hingga juzuk 1. Bukan sekadar itu, pengambilan surah juga
adalah mengikut susunan dari belakang. Bermula dengan surah al-Nas hingga surah alBaqarah. Susunan surah adalah didahulukan dari susunan juzuk dalam melaksanakan kaedah
ini.43

41
Temubual dengan Ustaz Abdul Karim bin Zakaria bekas pelajar Madrasah Al-Khairiyyah Masjid al-Haram,
Makkah al-Mukarramah Arab Saudi.
42
Ibid.
43
Ibid.

16

3. ULANGAN TERBALIK
Kaedah susunan ulangan dalam kaedah Makkah ini merujuk kepada 2 bahagian yang
berbeza. Pertama ulangan hafalan yang baru dihafal dan kedua ulangan hafalan yang lama. Ia
dilakukan secara bergilir-gilir. Ulangan hafalan baru adalah mengikut urutan surah yang baru
dihafal. Contohnya, seseorang pelajar sedang menghafal surah al-Nisa ayat 61 hingga ayat
70, maka ulangan barunya adalah dari ayat pertama hingga ayat 60 dalam surah al-Nisa.
Sekiranya pelajar tersebut tidak lancar , maka dia tidak dibenarkan untuk menambah hafalan
baru dan perlu mengulang semula ulangan hafalan baru pada bari berikutnya sehingga benarbenar lancar.
Bagi ulangan hafalan lama pula adalah mengikut susunan juzuk dalam al-Quran dari
juzuk 1 hingga juzuk 30. Setiap kali ulangan hafalan lama ini pelajar dikehendaki membaca
10 muka surat di hadapan guru masing-masing. Secara tidak langsung kaedah ulangan ini
akan memastikan setiap pelajar lancar setiap ayat yang telah dihafal sama ada ulangan hafalan
baru ataupun ulangan hafalan lama.
4. UJIAN HAFALAN AL-QURAN
Pelajar akan menduduki ujian hafalan al-Quran sebanyak 2 kali. Pertama ketika telah
menghafal 15 juzuk yang akhir dari al-Quran dan kedua setelah khatam al-Quran
keseluruhannya. Ujian hafalan al-Quran hanya akan dilakukan dalam bulan Rejab setiap tahun
hijriyyah. Sebanyak 3 soalan akan ditebuk dari 15 juzuk al-Quran yang telah dihafal dalam
ujian yang diadakan. Setiap pelajar dikehendaki membaca 1 muka surat bagi setiap soalan.
Keputusan ujian adalah dalam bentuk mumtaz, jayyid jiddan, jayyid, maqbul atau rasib namun
demikian, dengan mana-mana keputusan, pelajar tersebut dibenarkan untuk menyambung
hafalan seterusnya.44
Bagi yang telah khatam 30 juzuk al-Quran, 10 soalan akan ditebuk dari keseluruhan
al-Quran. Sebanyak 1 muka surat perlu dibaca bagi setiap soalan yang ditanya. Kaedah soalan
yang ditanya akan diambil secara rawak. Setelah berjaya menduduki ujian ini, pelajar akan
dianugerahkan dengan Syahadah Hifz al-Quran dari Madrasah al-Khairiyyah Masjid alHaram, Makkah al-Mukarramah.
44

Ibid.

17

KAEDAH TAHFIZ DARI INDONESIA


Kaedah ini telah dipelopori oleh ustazah Maesun binti Talmad. Beliau merupakan
anak kelahiran Cirebon Jawa Barat Indonesia. Hafalan al-Quran menurut kaedah Indonesia ini
akan dimulakan dari juzuk 30 hingga ke juzuk 1. Ini akan memudahkan pelajar, kerana ayat
al-quran pada juzuk akhir adalah lebih pendek dan mudah dihafal. Secara keseluruhannya
Kaedah dari Indonesia ini mengamalkan teknik-teknik yang berikut.
1. HIFZ AL-JADID ( HAFALAN BARU )
Setelah solat maghrib secara berjemaah mereka akan duduk dalam kumpulan untuk
menghafal hafalan baru yang telah ditetapkan oleh guru. Masa yang diperuntukkan adalah 1
jam bermula dari selepas solat maghrib sehingga jam 9.00 malam. Setelah itu, barulah
mereka akan solat isya secara berjemaah. Seterusnya pelajar akan berehat dan tidur pada jam
10.30 malam.

Pada jam 7.30 pagi pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan. Masa ini

diperuntukkan bagi setiap pelajar untuk memperdengarkan Hifz al-Jadid. Sekiranya hafalan
baru gagal dibaca dengan lancar maka pelajar terbabit perlu mengulang ayat tersebut sebagai
hafalan baru. Ia berlangsung sehingga 8.30 pagi. Setiap pelajar wajib memperdengarkan
bacaan kepada guru kumpulan yang telah ditetapkan. Seterusnya pelajar akan berehat untuk
sarapan pagi dan khidmat diri selama sejam. Waktu ini digunakan oleh pelajar untuk
mengemas bilik dan membersihkan pakaian.

2. AL-HIFZ AL-USBUIY ( ULANGAN MINGGUAN )


Al-Hifz al-Usbuiy ialah ulangan ayat al-quran yang telah dihafal dalam jangka masa
seminggu yang terkini. Waktu yang diperuntukkan untuk al-Hifz al-Usbuiy ini adalah
bermula 9.30 pagi hingga 11.45 pagi. Setiap pelajar diwajibkan memperdengarkan bacaan
ulangan mingguan kepada guru kumpulan. Setiap pelajar perlu membaca 10 muka surat. Jika
tersangkut pelajar tersebut perlu mengulang semula bacaan terbabit.45 Seterusnya pelajar
diwajibkan untuk tidur dari jam 12.30 tengahari hingga ke jam 1.45 petang. Mereka akan solat
secara berjemaah di surau yang tersedia dan akan makan tengahari sekitar jam 2.00 petang.

45

Ibid.

18

3. AL-HIFZ AL-QADIM ( ULANGAN HAFALAN LAMA )


Ulangan hafalan lama ini juga dikenali sebagai Al-Hifz al-Qadim. Setiap pelajar
diwajibkan untuk membaca sebanyak 1 juzuk setiap hari hafalan lama ini di hadapan guru.
Al-Hifz al-Qadim ini sangat penting bagi memastikan hafalan pelajar agar sentiasa terjaga
dengan baik. Ulangan hafalan lama ini perlu dijadikan satu pusingan dan sekurang-kurangnya
dalam masa satu bulan mereka akan mengkhatamkan al-Quran keseluruhannya.46 Setelah
kelas ulangan hafalan lama selesai mereka akan mengerjakan solat Asar secara berjemaah di
surau dan seterusnya berehat untuk khidmat diri. Pada jam 6.30 petang mereka akan makan
malam di dewan makan yang disediakan.
4. SYAHADAH HIFZ AL-QURAN
Bagi pelajar yang telah khatam hafalan 30 juzuk al-Quran mereka perlu menduduki
kelas khas untuk melayakkan mereka mengambil syahadah hafiz al-Quran menurut kaedah
Indonesia ini. Beberapa peringkat perlu dilalui bagi melayakkan syahadah hafiz tersebut.47
1.

ulangan 1 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca 10 kali

juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu mengkhatamkan
sebanyak 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna pelajar perlu menghabiskan masa
selama 5 bulan.
2.

ulangan 2 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca 8 kali juzuk

tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu mengkhatamkan
sebanyak 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna pelajar perlu menghabiskan masa
selama 2 bulan setengah.
3.

ulangan 3 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca 6 kali juzuk

tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu mengkhatamkan
sebanyak 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna para pelajar perlu menghabiskan
masa selama 50 hari.

46
46

Ibid.
Risalah kaedah mengambil syahadah Mahad Tahfiz Al-Husni Batu 20 Jeram Kuala Selangor.

19

4.

ulangan 4 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca sebanyak 4

kali juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu
5.

mengkhatamkan 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna para pelajar perlu

menghabiskan masa lebih kurang 40 hari.


6.

ulangan lima juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca sebanyak

dua kali juzuk-juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu
mengkhatamkan sebanyak lima kali dari juzuk pertama sehingga juzuk 30. Ini bermakna para
pelajar perlu menghabiskan masa selama sebulan.
7.

ulangan 10 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca sebanyak

1 kali juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu
mengkhatamkan 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna para pelajar perlu
menghabiskan masa selama 15 hari.
8.

Berpuasa selama 40 hari dan mengkhatamkan hafalan al-Quran sebanyak 30 juzuk

setiap hari. Ini bermakna pelajar perlu mengkhatamkan sebanyak 40 kali khatam al-Quran
secara berterusan selama 40 hari.
9.

Membaca juzuk 1 hingga juzuk 30 di hadapan guru dalam masa 1, 2 atau 3 hari untuk

pengesahan terakhir di hadapan guru dan rakan-rakan. Setelah selesai kesemua 8 peringkat ini
dengan jayanya pelajar terbabit akan dianugerahkan dengan syahadah hafiz al-Quran dari
pihak mahad al-Husni.

KAEDAH TAHFIZ DARI TURKI


Kaedah tahfiz Turki merupakan salah satu kaedah hafalan al-Quran yang terdapat di
dunia. Kaedah ini dibawa dari Institut Tahfiz Tuba Kiz Quran Kusu Suadiye Istanbul Turki.48
Dalam kaedah Turki ini, pelajar perlu melalui 2 fasa yang penting iaitu kelas kelancaran dan
kelas hafazan. Sistem ini agak unik kerana ia sangat menekankan soalan tajwid al-Quran dan
hafalan dari arah belakang.49 Secara keseluruhannya kaedah dari Turki ini merangkumi
beberapa teknik yang diamalkan iaitu :

48

Temubual dengan Ustazah Kasmawati binti Mohd Said di Tahfiz al-Quran Darul Tuba Tangkak, Johor pada 13
Januari 2009
49
Ibid.

20

1.

KHATAM 10 KALI
Setiap pelajar yang mengikuti kaedah ini perlu mengkhatamkan al-Quran secara

melihat

mushaf dengan bertajwid 10 kali. Setiap kali bacaan akan dipantau oleh guru

pembimbing dengan memastikan bacaan adalah sempurna dari sudut kelancaran dan tajwid.
Satu borang khas telah disediakan dalam melaksanakan kaedah ini.

Setiap muka surat

mestilah dibaca dengan kadar 2 minit dan dalam 1 juzuk pelajar memerlukan masa 45 minit
sahaja. Sekiranya seseorang pelajar tersebut membaca lebih dari waktu tersebut, ini bermakna
pelajar terbabit masih belum lancar dari sudut bacaannya. Pada kebiasaannya pelajar
mengambil masa dalam 3- 6 bulan bagi mengkhatamkan 10 kali al-Quran dan tempoh
maksima untuk kelas kelancaran ini adalah selama 1 tahun.
2. CHI (Hafalan Baru)
Hafalan baru

dalam bahasa Turki disebut Chi. Pelajar perlu menghafal dan

melancarkan Chi pada sebelah pagi dari 6.30 hingga 7.30 pagi pada pelajaran pertama.
Seterusnya pelajar akan sarapan dan solat duha, pelajaran kedua akan disambung pada jam
8.30 hingga 10.30 dan pelajaran ketiga dari jam 10.30 hingga 12.00 tengahari. Pada sebelah
pagi ini pelajar perlu membaca Chi dan mukasurat seterusnya dalam juzuk tersebut hingga
akhir juzuk.

3. ZOR PISMIS
Kelas seterusnya adalah pada jam 2.45 hingga 4.00 petang. Para pelajar akan
melancarkan hafalan lama yang susah dalam juzuk tersebut dan ia disebut sebagai Zor Pismis.
Contohnya seseorang pelajar sedang menghafal mukasurat 15 dalam juzuk pertama maka Zor
Pismin adalah mukasurat 16 dalam juzuk pertama. Para pelajar perlu melancarkan mukasurat
tersebut dengan baik. Ini kerana mereka hanya akan membaca ayat tersebut setelah sebulan
berlalu.50
4. KOLAY PISMIS

50

Temubual dengan ustazah Kasmawati, Op.Cit.

21

Pada jam 4.15 hingga 5.30 petang. Para pelajar dikehendaki melancarkan hafalan lama
yang mudah dalam juzuk tersebut dan ini disebut sebagai Kolay Pismis. Contohnya seseorang
pelajar sedang menghafal mukasurat 15 dalam juzuk pertama maka Kolay Pismis adalah
mukasurat 17 hingga 20. Kolay Pismis ini merupakan ayat-ayat yang telah banyak kali dibaca
dan mudah untuk dilancarkan, pelajar hanya memerlukan masa yang singkat untuk mengulang
ayat-ayat tersebut. Pada jam 5.30 pelajar akan solat asar berjemaah dan riadah pada sebelah
petang sekitar jam 6.30 pelajar akan makan malam dan bersedia untuk menunaikan solat
maghrib secara berjemaah.
5. TEKRAR
Pada jam 7.45 hingga 8.45 malam. Waktu ini digunakan oleh pelajar untuk
mengulang Zor Pismis dan Kolay Pismis secara serentak dan ini dinamakan sebagai Tekrar
atau ulangan lama keseluruhan. Guru sentiasa akan memantau dan mendengar bacaan pelajar
dalam setiap bahagian.51
6. TEKRAR HEPSI SEYFA
Pada jam 8.45 hingga 10.00 malam. Waktu ini digunakan oleh pelajar untuk
mengulang semua muka surat dalam juzuk tersebut dan ia dinamakan sebagai Tekrar Hepsi
Seyfa. Ini bermakna pelajar perlu membaca Chi, Zor Pismis dan Kolay Pismis. Menurut
ustazah Kasmawati pada kebiasaannya, pelajar akan mampu membaca semua ayat-ayat dalam
juzuk tersebut dengan lancar sekiranya mengikuti setiap bahagian dengan baik dan kosisten.
Pusingan

ini

akan

berterusan

sehingga

pelajar

dapat

mengkhatamkan

al-Quran

keseluruhannya.
7. HAS
Setelah khatam kali pertama 30 juzuk al-Quran, pelajar perlu mengulang mengikut
susunan juzuk 1- 30. Bermula dengan 1 juzuk sehari dibaca di hadapan guru hingga 10 juzuk
sehari dibaca di hadapan guru dan ini dinamakan kaedah Has untuk menduduki peperiksaan
akhir. Setelah seseorang pelajar mampu membaca 10 juzuk sehari mereka akan menduduki

51

Ibid.

22

peperiksaan akhir dengan ditebuk sebanyak 10 soalan dari keseluruhan al-Quran. Sekiranya
dapat menjawab dengan baik mereka akan diberi syahadah hafiz al-Quran.52

KESIMPULAN

Menghafal merupakan salah satu metode yang digunakan untuk memindahkan ilmuilmu Islam. Dalam konteks al-Quran, hafalan merupakan perkara yang penting dalam
memastikan kesinambungan pemeliharaan al-Quran itu, dari satu generasi ke generasi
seterusnya. Dalam artikel ini, telah dibincangkan berkaitan metode-metode hafazan di dunia.
Unsur-unsur yang diketengahkan adalah lebih kepada gambaran secara jelas metode atau
kaedah dalam menghafal dan mengingati ayat-ayat al-Quran. Perkara yang dibincangkan
ialah, beberapa metode menghafal al-Quran yang terdapat di dunia, antaranya ialah negara
Malaysia, India, Pakistan, Arab Saudi, Indonesia, dan Turki. Setiap metode hafazan tersebut
mempunyai pendekatan yang tersendiri dan cara yang berbeza-beza dalam mendidik para
huffaz untuk menjaga hafalan mereka. Namun demikian, perlunya digariskan secara khusus
kaedah-kaedah yang terbaik untuk diadaptasi kepada umat islam di seluruh dunia.

51

Ibid

23

Anda mungkin juga menyukai