Anda di halaman 1dari 28

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

UNIT 1
AKTA PENDIDIKAN 1996
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

Menjelaskan tentang isi kandungan Akta Pendidikan 1996

mengaitkan kesan akta kepada perkembangan program pemulihan khas

menjelaskan konsep pemulihan khas

Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan pemulihan khas di


Malaysia

Menjelaskan rasional dan objektif pendidikan khas pemulihan

Menjelaskan Akta Pendidikan 1996.

Konsep pemulihan khas kebangsaan berasaskan kepada Akta Pendidikan 1996.


Definisi pemulihan khas tempatan dan sejarah perkembangannya juga akan
disentuh.
Rasional dan objektif Pendidikan Khas Pemulihan

PENGENALAN

Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan sesebuah Negara dan sistem


pendidikan yang baik mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu,
pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanakkanak yang pelbagai juga perlu disediakan. Pendidikan khas adalah pendidikan
yang direka cipta dan dirancang untuk kanakkanak istemewa. Di Malaysia,
pendidikan pemulihan khas telah disediakan untuk membantu murid
mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

(3m). Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan
mencari pengalaman dalam memasuki alam pekerjaan.

Bagi mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan lebih awal terhadap


bentuk pendidikan pemulihan yang lebih berkesan amat diperlukan untuk membantu
murid yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi
warganegara yang

berguna pada masa hadapan. Agensi yang terlibat dalam

pembangunan warga istemewa di

Malaysia ialah Kementerian Kesihatan,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat, Kementerian

Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.(Jamila K.A Mohemed, 2005)

Murid khas ataupun kanak-kanak yang istimewa merupakan sekumpulan murid yang
kurang upaya dan mengalami masalah pembelajaran. Mereka memerlukan
pendidikan dan

perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan

kemajuan kendiri.Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas


bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan
memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta
kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986).

Pendidikan khas juga merupakan pendidikan yang menyediakan keperluan


pendidikan khas murid (Akta Pendidikan, 1996). Sekolah khas pula ialah sekolah
yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di
bawah Seksyen 41.

APAKAH AKTA PENDIDIKAN 1996


Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta
Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar
dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996
menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang
menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan

yang

masih

relevan

daripada

Akta

Pelajaran

1961.

Tujuan

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

menggubalkan

Akta

Pendidikan

1996

untuk

memperluaskan

skop

dan

memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.


AKTA PENDIDIKAN 1996
Akta Pendidikan 1996 atau juga dikenali sebagai Akta 550 merupakan suatu akta
untuk mengadakan peruntukan undang-undang bagi pendidikan dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini diwujudkan khusus bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan
untuk memantapkan sistem pendidikan untuk generasi akan datang sejajar dengan
hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang
berkualiti serta bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 adalah satu akta
baru, tetapi masih merupakan kesinambungan kepada dasar pendidikan yang sedia
ada.

Akta ini masih berpaksikan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956
yang menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini. Justeru itu,
Akta Pendidikan 1996 telah mengekalkan banyak peruntukan Akta Pelajaran 1961
yang didapati masih relevan. Sebaliknya yang didapati tidak lagi relevan telah
digugurkan.

Tujuan

Akta

Pendidikan

1996

adalah

untuk

memperluaskan

skop

serta

memperkemaskinikan perundangan pendidikan yang sedia ada. Akta ini telah


mengambilkira aspirasi, kehendak dan kepentingan semua kaum masyarakat
majmuk

di

Malaysia.

Akta ini

telah

memperkenalkan

banyak

peruntukan

perundangan (legislative provision) untuk memenuhi hasrat Wawasan 2020 serta


menangani cabaran pada abad ke-21.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan landasan dalam pembentukan Akta


Pendidikan 1996 setelah mengambilkira saprasi dan pandangan semua pihak.
Konsep sistem pendidikan kebangsan telah dimantapkan melalui akta ini iaitu
meliputi semua peringkat persekolahan dan semua kategori sekolah di Malaysia.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 mengandungi 156 seksyen yang dibahagikan
kepada 16 Bahagian seperti berikut:
(1) Bahagian 1 Permulaan;
(2) Bahagian 2 Pentadbiran;
(3) Bahagian III Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan;
(4) Bahagian IV Sistem Pendidkan Kebangsaan;
(5) Bahagian V Penilaian dan Peperiksaan;
(6) Bahagian VI Pendidikan Tinggi;
(7) Bahagian VII Institusi Pendidikan Swasta;
(8) Bahagian VIII Pendaftaran Institusi Pendidikan;
(9) Bahagian IX Pendaftaran Guru;
(10) Bahagian X Jemaah Nazir Sekolah;
(11) Bahagian XI Kewangan;
(12) Bahagian XII Rayuan;
(13) Bahagian XIII Peraturan-Peraturan;
(14) Bahagian XIV Kesalahan dan Penalti;
(15) Bahagian XV Pelbagai;
(16) Bahagian XVI Peralihan dan Pemansuhan.

Secara umumnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan landasan dalam


pembentukan Akta Pendidikan 1996 setelah mengambilkira saprasi dan pandangan
semua pihak. Konsep sistem pendidikan kebangsan telah dimantapkan melalui akta
ini iaitu meliputi semua peringkat persekolahan dan semua kategori sekolah di
Malaysia.

Dalam Akta Pendidikan ini, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan


dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke
peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah
kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan
kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum
Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh
semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk
mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan
memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang
pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.Pendidikan Islam akan
diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk
sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai
salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Dengan adanya peruntukan
yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika,
maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang
mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan
pendidikan rendah. Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat
dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis
Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan
sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah
teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional
ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian
untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk
program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi
kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi,
sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan
sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara
berkembar.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya
peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusiinstitusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki
mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan
Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.
Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan
yang cukup bagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah
negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat
oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira
kepentingan

semua

kaum

dengan

cara

mengekalkan

status quo

sekolah

rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping
itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga
pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di
negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama
seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

HUBUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DENGAN PEKEMBANGAN


SEJARAH NEGARA
Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan
1961, sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat
majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui
perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Dalam suasana masyarakat majmuk
yang

mempunyai"ethno-centristic" yang

masyarakatnya

mempunyai

pelbagai

agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan
dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Unutk
mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu
kaedah terpenting. Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk
semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat
wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau
bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka
sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui Akta Pendidikan 1996
dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk
kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan
sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah
yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang
terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam aspek ini,
adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan
memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui


Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . Walaupun
tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk
menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum
yang sama.

Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan


Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini
telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk
pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983,
semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan ,
Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali
beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini
kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah
daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta
Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971).

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolahsekolah:

1.

Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.bahasa


pengantar darjah Satu

2.

Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan

3.

Bahasa pengantar tingkat 1

4.

Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera

5.

Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti

6.

Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains

7.

Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan

8.

Bahasa pengantar semua kursus di universiti.

Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara.


Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi.
Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut peluang dan
berjalan seiring dengan negara-negara lain. Maka satu pendekatan dalam
pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina semula. Sejaran negara telah
berkembang ke era Sains dan tekonolgi. Oleh itu pelajaran dan kurikulum
pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan
melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan. Beberapa buah sekolah yang
bercorak teknik dan vokasional telah ditubuhkan.

Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga, dari dunia pertanian,
dunia teknologi, kini zaman dunia teknologi maklumat ( zaman global) yang memerlu
kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya
peruntukan-peruntukan tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang
berbentuk teknik dan vokasional, kedudukan maktab perguruan, universiti dan
sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu untuk
meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah
pendidikan negara kita.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

Kini, Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek
perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda negara
yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu
padu, tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat penyayang
dan berkahlak mulia. Lantaran itu wjudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah
dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu
terhadap institusi pendidikan kita, maka akan lahirlah masyarkat yang serba maju
dan serba boleh . Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang
termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke semasa
agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu
diperbetulkan mengikut kesesuaian.

Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta


Pelajaran 1961

1.

Landasan dan wawasan


Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa
dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan
Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:

DAN

BAHAWASANYA

tujuan

pendidikan

adalah

untuk

membolehkan

masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang


diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan
daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam


menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju
sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani,
moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik.

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

10

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
menzahirkan

warganegara

berketerampilan,
mencapai

berkhlak

kesejahteraan

Malaysia
mulia,

diri

yang

berilmu

bertanggungjawab

serta

memberikan

dan

pengetahuan,
berkeupayaan

sumbangan

terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta


Pendidikan 1996)
Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya tidak tertulis dan tidak jelas.
Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan
masyarkat yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan mengikut Laporan Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran
1961:
"Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak
menyatuukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar, walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
(Penyata Razak, Perenggan 12)

2.

Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat


Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang
Sistem Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis
sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.
"The National Education System shall comprise
pre-School education;primary education;secondary education;post-secondary
education; and higher education,but shall not include education in expatriate
schools.
( Education Act 1996, sec.15)

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

11

"There shall be three categories of educational institutions in the National


Education System , namely government educational institutions;governmentaided educational isntitutions; and private educational institutions.
(Educational Act 1996, sec. 16)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan


Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau
bantuan sahaja.
"For the purpose of this act, the stages of statutory education system shall be
as follws:
primary education;lower secondary education;upper secondary education;
education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) of
section 25.
(Education Act 1961, Sec.19)

3.

Kedudukan Bahasa Kebangsaan


Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996
dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di
Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian.
Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.
" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all
educational institutions in the National Education System except an nationaltype school established under section 28 or any other educational intitution
exempted by Minister from this section.
(Education Act 1996, Sec. 17)
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa
pengantar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

4.

12

Kurikulum Kebangsaan
Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah
perlu

mengikut

kurikulum

kebangsaan

melainkan

yang

dikecualikan.

Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, tiada langsung peruntukan.


" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National
Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the
National Education System."
(Education Ac 1996, Sec.18)

5.

Peperiksaan Awam

Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua


sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang
dikecualikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan
diberi.
"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer
this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by
or under this Act.
(Education Act 1996, Sec.19)

6.

Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib


Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan
sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.
(2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other
than the national language , the national language shall be taught as a
compulsory subject in the educational institution.
(Education Act 1996, Sec.17)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi
sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

7.

13

Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran


bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada
permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini lebih mudah
mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
boleh diajar dengan dua syarat:
a)

ada permintaan dari 15 orang ibu bapa

b)

jika didapati munasabah dan praktik.

Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah
mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

8.

Bahasa Kaum Asli

Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli


dengan dua syarat:

a)

jika ada permintaan dari 15 ibu bapa

b)

jika didapati munasabah dan praktik

Melalui peruntukan ini , telah memberi pengiktirafan kepada bahasa kaum


Bumiputera untuk diperkembangakan.
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan.
(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and
practicable so to do and if the parents of at least fifteen pupils in the school so
request;
(Education Act 1996, Sec.2)

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

9.

14

Kategori Sekolah

Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi


pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, Bantuan kerajaan dan
swasta. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau
sekolah dibahagikan secara tidak langsung kepada dua kategori iaitu bantuan
penuh (termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta.
Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih
memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.

10.

Menubuh dan meyenggara tadika

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada Menteri


untuk menubuh dan menyenggara tadika, sedangkan dalam Akta Pelajaran
1961 perkara ini tidak begitu jelas. Seksyen ini perlu untuk membolehkan
kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak
khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.
"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and
maintain kindergartens"
(Education Act 1996, Sec. 21)

11.

Kurikulum untuk Tadika


Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan
kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut
dan wajib digunakan oleh semuua tadika. Manakala dalam Akta Pelajaran
1961, garis panduan ini tidak wajib digunakan bagi semua tadika

12.

Tempoh Pendidikan Rendah

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah


adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

15

peruntukan ini, dapat menampung keperluan murid cerdas, sederhana dan


lembab.
Dalam Akta Pelajaran 1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun.
Dalam akta ini tempohnya agak ketat.
"A national or national-type school established under this Act shall provide
a course of primary education designed for duration of six years but which
may be completed within to seven years"
(Education Act 1996, Sec.29)

"national primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-assited


primary school providing a six-year course of primary edducation
appropriate for children between the ages of six and eleven years;"
(Education Act 1961, Sec.2)

13.

Pendidikan Lepas Menengah

Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas


menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan , kolej atau mana-mana
institusi pendidikan lain. Melalui Seksyen ini boleh manampung dengan jelas
kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. Dalam Akta Pelajaran
1961, tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas menengah.

14.

Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama

Akta Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan


program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan
kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain
kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan
pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi
serta informasi. Dengan ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

16

selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding
dengan negara-negara maju yang lain.
Tiada Peruntukan berkenaan dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961.

15.

Pendidikan Khas

Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat


penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam
seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di
sekolah khas

atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, perkara ini tidak jelas.

16.

Maktab Perguruan

Melalui seksyen 47 (1) , membolehkan maktab perguruan (maktab


pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan
mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan
tinggi

lain.

Melalui

seksyen

ini,

selaras

dengan

hasrat

untuk

mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya


hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT
yang lebihh banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara
dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat
yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah
negara khususnya Malaysia.

Dalam Akta Pelajaran 1961, peruntukan mengenai pendidikan guru adalah


terlalu umum.

17.

Pengajaran Agama Islam

Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan supaya


Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

17

terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai
murni yang sejagat.
Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan
apabila terdapat 15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan sahaja.

18.

Larangan tentang Pengendalian Peperiksaan

Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang


menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah
Peperiksaan. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang
dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon dari tertipu dan
mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini tiada diperuntukkan dalam Akta
Pelajaran 1961.

19.

Lembaga Pengelola

Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan


Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan
kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu.
Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan
atas permintaan mereka . Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan
dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan.

Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah termasuk sekolah


kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

20.

18

Program "Twinning" dan "Lingkage"

Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa


isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan
"lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih
dahulu. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengawal institusi-institusi pendidikan
tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan
lingkage", selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of
Education Excellence".

Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan tentang perkara ini.

21.

Kuasa Untuk menyiasat

Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk
menyiasat, seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran, seksyen 138
memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun
kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau seorang
pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua
Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari
Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga
sekyen tadi.

Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan


lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan
bagi mengawal kepentingan masyarakat pengguna.

Dalam Akta Pelajaran 1996, tiada peruntukan-peruntukan seperti ini. Ini


adalah merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan penyiasatan dan
tindakan diambil kepada mereka yang melanggari akta ini

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

19

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira ( 3M ).

Pada tahun 1983, sistem pendidikan

Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).


Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas
pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak
menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan
pembelajaran

pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru

mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M.


Seterusnya pihak sekolah berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi
mengatasi masalah penguasaan asas 3M.

Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga :

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat :

Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


(PIPP) 20062010 . Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang
untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. KPM
akan memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas
pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk
di Sekolah Kurang Murid (SKM).

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN


Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Antara definisi awal ialah definisi yang
dikemukakan oleh Blair (1956). Menurut beliau pengajaran pemulihan ialah satu
bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

20

pemelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi
murid-munid lambat. Selain
definisi pendidik dan Barat, terdapat juga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahli
pendidik tempatan mengikut keperluan tempatan.
Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of
educational system. Oleh itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu
pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau
digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan
disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.

Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran


yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini
ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam
mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Collins telah
menyimpulkan pendidikan pemulihan sebagai;
special education treatment of children found to befailing in the basic school
subjects of reading, spelling and number..

Pringle (1966), berpendapat pengajaran pemulihan mempunyai pendekatan khas


yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran
serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematis dan
dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa


pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi
murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut
beliau;
Remedial education is regarded as the kind of education required to meet
needs
which are the result of learning disabilities, that is learning failure which cannot
be

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

21

explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation


or life experience.

Menurut Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran


yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi
membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. Bagi Albewhite
(1977), yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran
yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh
gangguan - gangguan emosi.

Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1983 ), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan


khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat
khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan
daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru
pemulihan. Menurut Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983), Pemulihan ialah
Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.

Menurut laporan Asia and Pacific Programme of Educational Innovation for


Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia,
pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning problems are
given practical alternatives and effective approaches (programme) in education.
Manakala Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling
KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya
ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah
kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan
pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi
masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

22

langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN


Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi focus
KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk
memenuhi

keperluan-keperluan

kanak-kanak

murid-murid

yang

menghadapi

kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri


kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau
menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang
guru pemulihan.(National Association for Remedial Education NARE Great Britain 1977)
Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan
khas ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat
bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya
mereka yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan
pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan
khusus untuk muridmurid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya
dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira
yang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah .
Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas
yang

lebih

khusus

sifatnya

kerana

ia

bertujuan

membaiki

kelemahan

pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan


gagal menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa
berbanding dengan murid-murid lain.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

23

Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan


imbuhan. Ia dikenali juga sebagai remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu
suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi
masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu
yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu
yangcacat.Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan
pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau
kesukaran belajardalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Konsep Pemulihan KBSR ialah ia

dilaksanakan dalam kelas biasa

mengikut mata pelajaran yang tertentu. Kumpulan-kumpulan akan dibentuk dan


murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran 3 M akan dibimbing dan
dipulihkan bagi menguasai kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan
dipulihkan oleh guru mata pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat
daripada Guru Pendidikan Pemulihan Khas. (BukuPanduan Am KBSR - 1982)
Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran
biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di
institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti,
maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau
luar negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah. Kelas pemulihan
selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga menjurus
kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung
kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan
khas hanya terdiri daripada satu bay atau berada di lorong laluan. Tetapi kini kelas
pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang
terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu menjana perubahan
kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan mereka.
Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan
adalah berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh
murid-murid tersebut. Sebelum mereka di tempatkan di kelas pendidikan pemulihan

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

24

khas mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta
alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.
Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan
kurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid ini
menguasai kemahiran membaca, menulis.dan mengira. Dalam mengajar sesuatu
kemahiran , guru pendidikan pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak
kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid boleh
melaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar.

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS DI


MALAYSIA
Sejarah Pendidikan Pemulihan Dalam Negara telah bermula pada tahun 1965
apabila 3 orang guru telah dihantar untuk mendapatkan latihan di England dalam
bidang pendidikan pemulihan. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat
latihan di luar negara. Sebelum program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula,
satu kajian rintis telah dilakukan di sembilan buah sekolah rendah di seluruh
Malaysia. Projek ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970.
Hasil kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program
Pendidikan Pemulihan sangatlah diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran.

Bertentangan dengan keperluan semasa, kerajaan telah membekukan


pengambilan guru mengikuti kursus bidang pendidikan pemulihan pada tahun 1968
hingga 1974. Walaubagaimana pun ia telah diaktifkan kembali setelah Laporan
Murad 1971, mendapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Peratusan
yang agak tinggi ini telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan murid-murid di
sekolah-sekolah rendah menguasai kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira yang terdapat di Program Pendidikan Pemulihan. Pada tahun
1975 seminar yang pertama mengenai pendidikan pemulihan telah diadakan di
Universiti Malaya. Pada tahun yang sama Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

25

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam


Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah di dua belas buah sekolah dengan
menggunakan strategi pendidikan pemulihan yang dikendalikan oleh guru kelas
biasa.

Murid-murid yang terlibat dalam projek adalah yang menghadapi masalah


pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada
guru pemulihan khas. Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada
kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang
rendah. Mereka diberi bantuan dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks
dan program pembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun projek ini tidak
berjaya kerana kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih
ada lagi kanak- kanak yang tercicir. Projek ini dihentikan dan digantikan dengan
Pendidikan Pemulihan Khas.

Bagi keperluan tenaga pengajar di dalam program ini, pada tahun yang sama
Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Pesertapeserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah.
Rancangan kursus adalah seperti berikut :i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama
ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedu
iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

Matlamat utama kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah


untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih.
Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan
kursus tersebut.

Kursus pertama dimulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada
tahun 1977. Kursus ini adalah kursus satu tahun. Seterusnya pada tahun 1981 KPM
telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan. Kursus-kursus jangka
pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

26

Usaha yang telah dilakukan bagi membantu murid-murid ini ternyata belum
mencukupi. Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan
kira-kira 100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira sudah tentu mengejutkan.

Laporan ini sangat membimbangkan KPM kerana jika tidak ditangani ia akan
menjejaskan pencapaian keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM)
kelak. Berdasarkan keadaan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil
inisiatif menganjurkan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa,
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) secara kursus dalam cuti dan diikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bermula pada bulan Januari tahun 2009.

RASIONAL DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN.


Pengajaran pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid
Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku Garis
Panduan

Pelaksanaan

Program

Pendidikan

Pemulihan

Khas,

Kementerian

Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih


menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua murid
Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan
mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penguasaan kemahiran asas 3 M perlu bagi murid -murid yang lemah ini dapat
meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Sekiranya mereka belum lagi
menguasai kemahiran ini, pasti akan menjejaskan mereka untuk bersaing dengan
rakan sekelas mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas
pemulihan di kelas biasa (KBSR/KSSR) mereka dikendalikan oleh guru-guru mata
pelajaran dan rakan sebaya mereka selain dari bantuan dari Guru Khas Pemulihan.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

27

Program pendidikan pemulihan khas juga bertujuan untuk membina keyakinan diri
yang positif terhadap pembelajaran. Di dalam program pemulihan yang dijalankan
peluang yang luas dibuka ke arah memotivasikan diri bagi meningkatkan keyakinan
diri terhadap kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Dengan terbinanya jati diri
secara tidak langsung murid-murid pemulihan ini akan dapat mengatasi masalah
penguasaan kemahiran asas seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ia juga boleh menggalakkan perkembangan potensi dan minat mereka
dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.

Program pendidikan pemulihan khas juga dapat mengurangkan bebanan


masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah melalui bantuan guru dan pihakpihak yang berkaitan seperti guru kelas, guru mata pelajaran, guru pemulhan khas,
ibu bapa, dan komuniti setempat. Bebanan masalah yang dihadapi oleh murid
pemulihan ini akan dapat diatasi seandainya setiap pihak mempunyai jaringan
kerjasama yang jitu antara satu sama lain dan memberi komitmen yang tinggi bagi
mencapai hasrat semua pihak. Melalui program pendidikan pemulihan khas muridmurid yang lemah juga berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang
dinikmati oleh rakan-rakan sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial
sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam
aktiviti sosial di sekolah dapat diatasi setelah mereka melalui program pendidikan
pemulihan khas di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan mendapat
layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental mereka tanpa
wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu. Tindakan ini
bukan sahaja dapat membantu merealisasikan hasrat pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia meningkatkan mutu pendidikan malahan juga secara tidak langsusng
dapat membantu mengatasi masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid-murid
yang tercicir ini.

RUMUSAN
Program pendidikan pemulihan khas juga dapat mengurangkan bebanan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah melalui bantuan guru dan

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan khas

28

pihak- pihak yang berkaitan seperti guru kelas, guru mata pelajaran, guru
pemulhan khas, ibu bapa, dan komuniti setempat.

Bebanan masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ini akan dapat diatasi
seandainya setiap pihak mempunyai jaringan kerjasama yang jitu antara satu
sama lain dan memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai hasrat semua
pihak

Akta pendidikan 1996 memantapkan lagi pelaksanaan pemulihan khas di


Malaysia dan disokong lagi akta OKU 2007.

Sejarah perkembangan memperlihatkan keupayaan pemulihan dilaksanakan


secara lebih berkesan.

RUJUKAN
Dean, J. (1996) Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge
Hallahan, D.P & Kaufman, J.M (1997). Exceptional Children: Introduction to Special
Education (7th ed.) Needham Heights M.A: Allyn & Bacon
Henley, M,, Ramsey, R. & Algozzine, R. (1999). Teaching Students with Mild Disabilities.
USA: Allyn & Bacon
Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education
classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall
Polloway, E. & Patton, J. (1997). Strategies for Teaching Learners with Special Needs. Ohio:
Merrill

Anda mungkin juga menyukai