Anda di halaman 1dari 5

Ummu Syuhada' Al-Khansa binti Amr

Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-Anaknya


Namanya diabadikan lewat syair-syair di zaman jahiliyah, demikian juga di
zaman Islam. Para ahli syair bersepakat bahwa tidak pernah diketahui wanita
yang paling ahli dalam syair sebelum dan sesudahnya, selain dirinya.
Rangkaian syair yang didasari iman kepada Allah 'Azza wa Jalla digubahnya
setelah kehilangan empat putranya yang gugur di jalan-Nya dalam perang
Qadisiyyah. Tertumpah rasa syukurnya karena telah berhasil mengutuskan
putera-putera terbaiknya ke gerbang syahadah. Pantaslah ia menyandang
sebutan ramai ibu para syahid (Ummu Syuhada').
Ia adalah Tumaadhir binti 'Amr bin Al-Haarits bin Asy-Syariid dari Bani
Sulaim. Namun lebih terkenal dengan sebutan Al Khansa'. Sebelum mereguk
nikmatnya Islam, syair duka cita yang masyhur sempat digubahnya tatkala
saudara laki-lakinya Sakhr bin 'Amr terbunuh dalam peperangan di zaman
jahiliyah. Memang, wanita Arab yang bernasab mulia ini sering dan telah
banyak meneteskan dukanya lewat syair-syairnya. Mungkin demikianlah
caranya untuk meringankan duka di hatinya.
Dengan rahmat Allah 'Azza wa Jalla, terbukalah hati Al Khansa' untuk
menyambut panggilan iman. Bersama kaumnya, beliau menemui Sayyidul
Mursalin Muhammad S.A.W untuk menyatakan bai'ah keislamannya. Setelah
hari itu, jadilah Khansa' dalam keterikatanya dengan aqidah tauhid, sebuah
pemisalan yang indah tentang keberanian, kemuliaan jiwa dan contoh yang
baik bagi para ibu Muslimah.
Al Khansa' Radhiyallahu 'Anha tidak hanya memiliki nama besar dalam dunia
syair, namun ia juga memiliki peranan yang besar dalam menegakkan syiar
Islam dan berjihad di jalan Allah. Bersama para muslimah beliau bergabung.
Beliau menyertai keempat-empat puteranya dalam perang Qadisiyyah pada
zaman khalifah 'Umar bin Khattab R.A dalam menghadapi salah satu
empayar yang kuat pada zaman tersebut, iaitu Kerajaan Farsi.
Beliau adalah seorang ibu dan wanita yang sudah lanjut usianya, namun
semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda.
Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan
orang sekitarnya. Beliau memang dikenali sebagai penyair dua zaman, maka
tidak kurang pula beliau selalu bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa binti
Amr demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal
rupawan dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang
kematian saudaranya yang bernama Sakhr:
Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat.
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas
mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.
Setelah Al Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair
telah digunakannya untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia
mempunyai empat orang putera yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair
dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya itu telah
diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.

Al Khansa telah mengajar anak-anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut
menghadapi peperangan dan cabaran. Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar
Ibnul Khattab telah menyediakan satu pasukan perang untuk menentang
empayar Farsi. Peperangan tersebut dinamakan perang Qadisiyyah. Semua
umat Islam dari berbagai kabilah telah diseru dengan panggilan jihad yang
agong demi berjuang menegak dan mempertahankan islam di medan jihad
yang mulia, maka terkumpullah seramai 41,000 orang bala tentera.
Dalam kesempatan ini, Khansa telah memerintahkan keempat-empat
puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa
sendiri turut serta ke medan perang dalam pasukan wanita yang bertugas
untuk merawat dan menaikkan semangat pejuang-pejuang Islam.
Al Khansa menasihati kepada putera-puteranya yang akan mara ke medan
perang:
Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian
kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain
Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki
dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak
pernah memburuk-burukkan saudara maramu, aku tidak pernah
merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah
perhubungan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh
Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah
bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa.
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imaran yang
bermaksud: Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah
kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah,
moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung. Putera-putera Khansa
tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata: Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah,
dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuhmusuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan
daripada Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu
dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergelojak masuklah kamu ke
dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi pertembungan
pertempuran itu, semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di
kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di saf sembahyang untuk
mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian mereka berdoa
moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian
Saad bin Abu Waqqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar
bersiap sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi.
Perang pun bermula dengan satu lawan satu yang mengambil masa selama
dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran, 41,000
orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang.
Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan
pertolongan Allah.
Putera-putera Al Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga.

Berkat dorongan dan nasihat dari bonda tercinta, mereka tidak sedikitpun
berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang di antara
mereka bersyair:
Hai saudara-saudaraku!
Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan
membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan
berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul
pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar.
Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair:
Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua kami. Nasihatnya
wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati. Segeralah bertempur, segeralah
bertarung dan menggempur musuh bersama-sama sehingga kau lihat
keluarga Kaisar musnah.
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya sambil
bersyair:
Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak goncang.
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya
sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk
mempertahankan diri.Dapatkan kemenangan yang bakal membawa
kegembiraan di dalam hati. Atau tempuhilah kematian yang bakal mewarisi
kehidupan yang abadi.
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul
abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair:
Bukanlah aku putera Khansa, bukanlah aku anak jantan dan bukan pula
kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal, kalau aku tidak membuat
tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya,
dan musnah mangsa oleh senjataku.
Bertempurlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk
mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat ibonda mereka yang berada di
garis belakang. Pertempuran terus berlangsung hebat. Tentera Islam pada
mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana tentera Farsi mara di barisan
hadapan dengan tentera bergajah yang kuat, sementara tentera pejalan kaki
berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat
mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagianbahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah lalu menghempaskan tuan
yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Mereka jadi
mangsa gajah mereka sendiri. Tanpa kita sedar inilah pertolongan Allah
kepada tentera Islam. Kesempatan ini dipergunakan sepenuhnya oleh tentera
Islam untuk menggempur, menyerang dan memusnahkan mereka.
Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya
mereka pun lari lintang pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk,
dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat
menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira

tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan
Qadisiyyah itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang
syhuhada itu terbujur empat orang adik-beradik putera-putera yang amat
disayangi oleh Al Khansa binti Amr (Ummu Syuhada').
Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa ibu
mukninah yang sabar ini. Namun tidaklah ia meratap dan menyesali diri,
sebagaimana dulu dilakukannya sebelum Islam tatkala melepas saudara lakilakinya yang terbunuh di medan perang. Yang terucap lirih dari lisannya
hanyalah perkataan yang menggambarkan betapa kuatnya keyakinan pada
Rabbnya dan betapa tabahnya dirinya.
Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan kesyahidan
mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku
dengar mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!
Al Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih
hidup dengan meninggalkan mayat putera-puteranya di medan pertempuran
Qadisiyyah. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat
gelaran kehormatan (Ummu syuhada') yang bererti ibu kepada orang-orang
yang mati syahid.
Al Khansa meninggalkan yang dunia fana ini menuju tuhan yang dicintainya
pada awal pemerintahan khalifah 'Utsman bin 'Affan radhiyallahu 'anhu.
Semoga Allah merahmati Khansa'. Dia adalah ibu yang tidak seperti para ibu
sesudahnya.
AL-KHANSA BINTI AMRU
Al-Khansa terkenal dengan julukan; lbu para syuhada. Al-Khansa dilahirkan pada
zaman jahiliyyah dan membesar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, yaitu Bani
Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa. la adalah
seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, pemberani, tegas, tidak kenal purapura, suka terus terang. Dan selain keutamaan itu, ia pun pandai bersyair. la terkenal
dengan syair-syairnya yang berisi kenangan kepada orang-orang yang dikasihinya
yang telah tiada mendahuluin ke alam baka. Terutama kepada kedua saudara
lelakinya, yaitu Mu'awiyah dan Sakhr yang telah meninggal dunia.
Diriwayatkan bahwa ketika Adi bin Hatim dan saudarinya, Safanah binti Hatim
datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka berkata, "Ya Rasuluilah,
dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang
paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda." Rasuluilah SAW
bersabda, 'Siapakah mereka itu. Sebutkaniah namanya.' Adi menjawab, 'Adapun yang
paling pandai bersyair adalah Umru'ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah
hati adalah Hatim Ath-Tha'i, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru
bin Ma'dikariba.' Rasuluilah SAW menukas, "Apa yang telah engkau katakan itu
salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa binti Amru,
dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah, dan orang yang
paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib.'
Jarir ra. pernah ditanya, Siapakah yang paling pandai bersyair? Jarir ra. menjawab,
'Kalau tidak ada Al-Khansa tentu aku.' Al-Khansa sangat sering bersyair tentang
kedua saudaranya, sehingga hal itu pernah ditegur olah Umar bin Khattab ra. Umar ra.
pernah bertanya kepada Khansa, 'Mengapa matamu bengkak-bengkak?' Khansa
menjawab, 'Karena aku terialu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang

terdahulu." Umar berkata, 'Wahai Khansa, Mereka semua ahli neraka.' Sahut Khansa,
'Justru itulah yang membuat aku lebih kecewa dan sedih lagi. Dahulu aku menangisi
Sakhr atlas kehidupannya, sekarang aku menangisinya karena ia adalah ahli neraka.'
Al-Khansa menikah dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Dari pernikahan itu
ia mendapatkan empat orang anak lelaki. Dan melialui pembinaan dan pendidikan
tangan-tangannya, keempat anak lelakinya ini telah menjadi pahlawan-pahlawan
Islam yang terkenal. Dan Khansa sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada. Hal
itu dikarenakan dorongannya terhadap keempat anak lelakinya yang telah gugur
syahid di medan Qadisiyah. Sebelum peperangan dimulai, terjadilah perdebatan yang
sengit di rumah Al-Khansa. Di antara keempat putranya telah terjadi perebutan
kesempatan mengenai siapakah yang akan ikut berperang melawan tentara Persia, dan
siapakah yang harus tinggal di rumah bersama ibunda mereka. Keempatnya saling
tunjuk menunjuk kepada yang lainnya untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin
turut berjuang melawan musuh fi sabilillah. Rupanya, pertengkaran mereka itu telah
terdengar oleh ibunda mereka, Al-Khansa. Maka Al-Khansa telah mengumpulkan
keempat anaknya, dan berkata, 'Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk
agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah,
yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putra-putra dari seorang lelaki
dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak pantas bagiku untuk mengkhianati
bapakmu, atau membuat malu pamanmu, atau mencoreng arang di kening
keluargamu.Jika kalian telah melihat perang, singsingkaniah lengan baju dan
berangkatiah, majulah paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di
akherat. Negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan
bahwa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu
berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah
maut niscaya dianugrahi hidup.'
Pemuda-pemuda itupun keluar menuju medan perang. Mereka berjuang mati-matian
melawan musuh, sehingga banyak musuh yang terbunuh di tangan mereka. Akhirnya
nyawa mereka sendirilah yang tercabut dari tubuh-tubuh mereka. Ketika ibunda
mereka, Al-Khansa, mendengar kematian anak-anaknya dan kesyahidan semuanya,
sedikit pun ia tidak merasa sedih dan kaget. Bahkan ia telah berkata, 'Alhamdulillah
yang telah memuliakanku dengan syahidnya putra-putraku. Semoga Allah segera
memanggiiku dan berkenan mempertemukan aku dengan putra-putraku dalam
naungan Rahmat-Nya yang kokoh di surgaNya yang luas.' Al-Khansa telah meninggal
dunia pada masa permulaan kekhalifahan Utsman bin Affan ra., yaitu pada tahun ke24 Hijriyah. (Wanita-wanita Sahabiyah)

Anda mungkin juga menyukai