Anda di halaman 1dari 8

Tuesday, 27 November 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Sistem
Pentaksiran
Pendidikan
Kebangsaan
(SPPK) adalah
satu sistem
pentaksiran
yang
diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK
merupakan transformasi
daripada
sistem yang
menumpukan kepada ujian
pencapaian
dan
peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan
satu
set
indikator
untuk
menilai
potensi
murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji
penguasaan
dan
pencapaian.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi
maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu
sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan
aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu
berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17
Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik
melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi
seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan
Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di
peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 muridmurid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun
2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

APAKAH PBS?

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung)
dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang
berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor
oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan
rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat
sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata
pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di
peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,
penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan
permainan, aktiviti kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan
sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid
tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat
untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid,
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap
dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
2.

APAKAH OBJEKTIF PBS?

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:


mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara
mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan.
.
3

SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui
PBS.
4

BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan


Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut
dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan
mengukur penguasaan murid.
Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara
formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit
pembelajaran atau pun di akhir tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap
kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh
diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku
kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah
tentunya lebih mengenali murid mereka.
5

APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran


Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian
prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam
pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa

dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung
jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan
masing-masing.
6

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai
skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.
BAND
6
5
4
3
2
1

STANDARD
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Tahu, Faham dan Boleh Buat
Tahu dan Faham
Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik
murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....
Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan
faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48
kg.
Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah
menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.
Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas
dalam subjek tersebut.
Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib
atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti
menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah sa.
Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi
baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan

masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang
RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?
Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat
keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang
berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy)
yang sama kualiti dengan harga RM20.00.
Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka
aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.
PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan
kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan
dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut
keperluan murid.
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain.
Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di
sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas
murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan
kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum
menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya
dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang
harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.
7

ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS
memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.
Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk
memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan
melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan
apabila diperlukan.

BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan


melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu
difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang
diajar.

a.
b.
c.
d.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:


Pementoran
Penyelarasan
Pemantauan
Pengesanan
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan
boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard
Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah
dan boleh dipercayai.
Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur
dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS
dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman
yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada
pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.
Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan
pegawai KPM.
Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua
Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik
seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau
pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin
kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan
utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek
adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan
murid dalam setiap kemahiran yang diajar.

10

PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang


prestasi muridbagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai
modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran
menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti
UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian
murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid
yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan
daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi
juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung
jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan
menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang
tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi
tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

SK 6:MENGHORMATI JIRAN
TAHAP
PENGUASAAN

1
2
3
4
5
6

TAFSIRAN

Murid menyatakan cara menghormati jiran


Murid menerangkan kepentingan menghormati jiran.
Murid menunjuk cara menghormati jiran dalam sesuatu
situasi dengan bimbingan.
Murid mendemonstrasikan cara menghormati jiran dalam
pelbagai situasi.
Murid mengamalkan sikap menghormati jiran dalam
kehidupan seharian.
Murid mengamalkan sikap menghormati jiran dalam
kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

TAHAP
PENGUASAA
N
1
2
3
4
5
6

SK 3:MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI


JIRAN
TAFSIRAN
Murid menyatakan tanggungjawab sebagai jiran
Murid menerangkan kepentingan melaksanakan
tanggungjawab sebagai jiran
Murid melaksanakan peranan sebagai jiran dalam sesuatu
situasi dengan bimbingan.
Murid mempraktikkan peranan sebagai jiran dalam pelbagai
situasi
Muridmengamalkan peranan sebagai jirandalam kehidupan
seharian.
Murid mengamalkan peranan sebagai jirandalam kehidupan
seharian dan boleh dicontohi.

Anda mungkin juga menyukai