Anda di halaman 1dari 1

Laporan Kelab Ping Pong

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB PING PONG


SMK KEM TERENDAK 2014

1.

2.

3.

Keahlian Kelab Ping Pong


-

Kelab Ping Pong telah mengadakan mesyuarat agong tahunan pada awal
tahun 2014 (Januari) dan telah menerima seramai 38 orang ahli baru.

Seramai 2 orang guru penasihat telah terlibat mengajar dan memberi


latihan kepada ahli kelab ini .

Aktiviti yang telah dijalankan


-

Kelab ini juga telah mengadakan sesi perjumpaan dan latihan sebanyak 2
kali sebulan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ahli Kelab Ping Pong telah menjalankan aktiviti dan latihan mingguan di
dewan sekolah pada hari Rabu dengan guru pembimbing.

Dengan adanya kelengkapan alat permainan yang disediakan oleh pihak


Sekolah , memudahkan guru penasihat memberikan latihan dan tunjuk ajar
kepada ahli kelab.

Guru penasihat juga telah memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya


mengikut rancangan tahunan yang telah ditetapkan.

Masalah yang dihadapi


-

Memandangkan kelengkapan yang kurang mencukupi terutamanya bet,


murid terpaksa membawa atau membelinya sendiri untuk kegunaan
sewaktu latihan dan permainan dijalankan.

Keselesaan tempat sewaktu latihan dijalankan juga kurang memuaskan


kerana terpaksa bergabung dengan kelab permainan yang lain di tempat
yang sama. Ini kadang kala mengurangkan tumpuan ahli kelab kepada
latihan mereka.

Kadang kala aktiviti dan latihan kelab ini tidak dapat dijalankan kerana
terdapat bertembungan dengan aktiviti sekolah yang lain seperti latihan
sukan sekolah dan sebagainya.

Disediakan oleh,
YUSHAFIZA BT YUSOF
Guru Penasihat Kelab Ping Pong (2014)

Anda mungkin juga menyukai