Anda di halaman 1dari 1

Sia Leh Ching

Guru Pelatih PISMP Sem 8,


PISMP Pendidikan Jasmani
Ambilan Januari 2012.
___________________________________________________________________
Puan Siti Rodziyah Binti Nyan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis.

1 SEPTEMBER 2015

Puan,

Memohon Kebenaran Teksi Masuk Untuk Pemindahan Barang


Sehubungan dengan perkara di atas, saya Sia Leh Ching, guru pelatih PISMP
Semester 8 ingin memohon keizinan pihak puan untuk membenarkan teksi masuk
ke kawasan institut bagi memindahkan barangan saya ke pejabat pos.
2.
Untuk pengetahuan pihak puan, saya berasal dari negeri Sarawak dan ingin
menghantar barangan balik ke tempat asal saya melalui pos. Disebabkan barangan
tersebut agak banyak dan berat, saya telah menempah teksi dari luar pada 2
September 2015. Nombor plat bagi teksi yang ditempah ialah JCM3443.
3.
Diharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini. Kerjasama
daripada pihak puan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

______________
(SIA LEH CHING)
Guru Pelatih PISMP Sem 8