Anda di halaman 1dari 4

DAURAH MANZUMAH BAIQUNIYYAH (SIRI 1)

-Manzumah Baiquniyyah dikarang oleh Umar bin Muhammad bin Futh AlDimasyqi As-Syafii
-Hadith merupakan sumber kedua dalam memahami syariat.
-Memahami ilmu hadith termasuk dalam menjaga syariat.
-Mustolah Hadith
berkembang.

telah

ada

sejak

zaman

Nabi

S.A.W

dan

terus

-Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita,
maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum
tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(QS.
Al-Hujurat : 6)
-Ayat ini telah dijadikan dasar dalam rincian berita atau penyaringan khabar terutama apabila
berkaitngan

Nabi

S.A.W

Kata Nabi S.A.W :


Semoga Allh memberikan cahaya pada wajah orang yang mendengarkan sebuah
hadits kami, lalu ia menghafalnya dan menyampaikannya ke orang lain
(Hadis Mutawatir , Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (V/183))
Nabi S.A.W mendoakan ahli ilmu yang menhafaz hadith dan menyampaikan hadith
tersebut dengan syarahan dan kaedah yang betul.

Keutamaan Ilmu Hadith dan Ahli Hadith


Hadits lain dari Imam Muslim: Akan senantiasa ada satu kelompok dari umatku yang
meraih kemenangan (karena berada) di atas kebenaran, orang-orang yang
menelantarkan mereka tidak akan mampu menimbulkan bahaya kepada mereka,
sampai datangnya urusan Allah sementara keadaan mereka tetap seperti itu . (HR.
Muslim: Kitabul Imarah no. 3544 dan Tirmidzi: Kitabul fitan no. 2155 )
Kata Imam Ahmad : Kalau bukan dari golongan ahli hadith , maka aku tidak tahu siapa
lagi
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah : Mazhab Ahlul Hadith dalam perbahasan fikih
merupakan mazhab yang paling banyak berada di atas pendapat yang paling rajih.

Seseorang yang memahami tafsir Al-Quran wajib menguasai asas ilmu hadith kerana
Penafsiran diambil dari Al-Quran , hadith , atsar . Hadith dan atsar serta tafsiran para
mufasir selepasnya perlu diperiksa jalur periwayatannya.
Begitu juga dalam akidah . Yang mempunyai perbahasan yang lebih ketat . Contoh
dalam perbahasan Kursi . Ada pelbagai penafsiran seperti kursi dengan arasy , kursi
dengan ilmu dan selainnya .Apabila diperiksa , sebahagian bersumberkan riwayat yang
lemah . Yang paling kuat adalah riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam kitabnya Al-Arasy
melalui jalan Ibnu Abbas dengan menepati syarat Al-Bukhari dan Muslim iaitu tempat
kedua kaki Allah S.W.T.
Demikian juga dalam perbahasan fikih . Hadith mengusap leher adalah hadith yang
lemah dari semua jalur riwayat

Seseorang yang meneledani ilmu hadith akan berusaha mengikuti jejak langkah Nabi
S.A.W . Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia
pula menyebut dan banyak mengingati Allah.( SURAH AL AHZAB AYAT 21)

Imam As-Syafii menyifatkan orang yang mengambil hadith tanpa sanad


adalah pengambil kayu balak pada tengah malam .Dia tidak mempunyai
penglihatan baik dan hanya meraba-raba tanah sahaja untuk mencari
kayu . Dan tengah dia cari dia terambil seekor ular yang disangkanya
kayu .Apabila pulang , ular mengigit pengambil kayu balak itu. Maksudnya
, orang yang meriwayatkan hadith tanpa meneliti sanad akan memberi
kesan buruk pada agama.

Antara kitab yang para ahli hadith susun khas untuk riwayat riwayat
lemah adalah :

-Abu Jaafar Al-Uqaili dalam Ad-Dhuafa


-Ibn Adyy dalam Al-Kamil
-Juga terdapat dalam Tarikh Baghdadi oleh Khatib Al Baghdadi dan Ibn
Asakir oleh Tarikh Dimasyq.
-Ad-Dailami Sunan Firdaus tetapi sekarang dicetak ringkasan sahaja
beserta takhrijnya oleh Ibnu Hajar Al Asqalani.
-Al-Hakim At-Tirmizi dalam kitab Nawadirul Usul
-Al-Hakim dalam Tarikh Naisabur

ILMU HADIS TERBAHAGI KEPADA DUA


*Ilmu Riwayah
Mengikut Siddiq Hasan Khan , ilmu membahas bersambung hadis tersebut
kepada Nabi dari segi kuat atau lemah . Demikian ditinjau dan kondisi
rawinya sama ada dhabt dan adalah.
*Ilmu Dirayah
Ilmu membahas keadaan si rawi dan keadaan riwayatnya menurut Ibnu
Hajar Al Asqalani.

Perbahasan PERAWI
*Ada perawi yang yang membincangkan kitab imam tertentu .Yang masyhur adalah AlBukhari dan Muslim Al-Hajjaj.

*Ada perawi berkenaan Negara tertentu seperti Baghdad,Iraq dalam Tarikh Baghdad oleh
Khatib Al Baghdadi.
*Dalam perbahasan rawi , ada yang menyentuh nisbah , nama dan keturunan.
*Perawi yang mempunyai ciri ciri baik mengikut ahli hadith sahaja diterima riwayatnya .
*Antara yang dilihat para ahli hadis adalah jumlah guru yang dia ada , bila dia lahir ,
rehlah ke sesebuah tempat, tarikh lahir , tarikh wafat , hubungan antara dia dan gurunya
yang diriwayatkan hadith.
*Rawi itu secara umum dikaji dari dua aspek iaitu dari adalah dan dhabt.
*Mengikut adalah, nak diihat sama ada dia ahli sunnah atau ahli bidah , fasik atau soleh
dan selainnya.

*Dari segi dhabt , nak dilhat sama ada dihafal dalam minda atau ditulis.
*Perbahasan tentang rawi ini ada pelbagai aneka ragam . Ada kitab yag dikarang ole ahli
hadith yang membahaskan nama kuniyah perawi sahaja.
*Ada rawi yang dinisbahkan kepada bapanya atau atuknya. Atau nama kuniyah bapanya
atau kuniyah atukya.Seperti Imam Ahmad bin Hanbal sedangkan nama sebenar adalah
Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal As-Syaibani.

Hadith Qudsi
*Adalah firman Allah yang disandarkan kepada Nabi S.A.W melalui lafaznya
Baginda S.A.W sendiri.

Definisi Sanad
*Silsilah para rawi yang bersambung ke matan hadith.
Contoh :
Muslim berkata Telah menceritakan Zuhair ibn Harb* berkata
telah menceritakan Yahya Ibn Said** dari Husain Al-Mualimi***
dari Qatadah dari Anas bin Malik dari Nabi S.A.W telah berkata
Demi Tuhan yang jiwaku berada di Tangan-Nya, seorang hamba
tidak beriman sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang
dia cinta dirinya sendiri
(Riwayat Muslim dalam Shahih)
*Muslim meriwayatkan lebih dari 1000 hadith darinya . Seorang
Imam dan Tsiqah
**Yahya bin Said Al-Qattan . Ada dua orang yang nama sama
dengan sama tabaqah dengan beliau iaitu Yahya bin Said Al-Athar
dan Yahya bin Said Al-Umawi . Al-Qattan jugak ada dua orang
guru dengan nama Yahya bin Said.
***Beliau orang yang tsiqah.Ada satu lagi rawi sama yang
setabaqah iaitu Hasan bin Zakwan , dia rawi dhaif.

Anda mungkin juga menyukai