P. 1
folio geografi

folio geografi

4.9

|Views: 70,221|Likes:
Dipublikasikan oleh klmk
folio geografi for pmr 2008
folio geografi for pmr 2008

More info:

Published by: klmk on May 09, 2008
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2015

pdf

text

original

TAJUK JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR PEKAN DAN NEGARA PERBANDINGAN DI JEPUN… SENARAI KANDUNGAN

Senarai kandungan

Bil. Perkara Halaman 1. Tajuk 2. Penghargaan 3. Pendahuluan 4. Objektif Kajian 5. Kawasan Kajian 6. Kaedah Kajian 7. Dapatan Kajian 8. Rumusan 9. Lampiran 10. Rujukan PENGHARGAAN PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya iaitu Puan Dazura Binti Daing kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima kasih juga saya tujukan

kepada pengetua Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Puan Apidah Binti Zakaria yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik Muhammad Kheri Bin Yaakub dan ibu saya Puan Rohayah Binti Redzuan yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Kepada rakan-rakan saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Pekan atas kerjasama yang telah pihak tuan puan berikan. PENDAHULUAN Nama saya Huda Binti Muhammad Kheri. Saya Belajar di tingkatan 3 Syafiyyah di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang Darul Makmur. Sebagai Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya telah menjalankan KGT ini selama 8 minggu.

Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Bandar Pekan, Pahang Darul Makmur. Negara yang dibandingkan ialah Negara Jepun. Sebab- sebab pemilihan adalah kerana terdapat pelbagai perbandingan jaringan sistem pengangkutan antara Bandar Pekan dengan Jepun. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di Bandar Pekan dan mewujudkan semangat cinta akan negara.

2. Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Bandar Pekan.

3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di Bandar Pekan. KAWASAN KAJIAN Kawsan kajian yang saya pilih ialah Bandar Pekan Di Pekan, Pahang Darul Makmur. Pandang darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, pasaraya, jalanraya dan lain-lain lagi.Jika dari Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah ke Bandar Pekan, kira-kira 2 kilometer atau lebih kurang 5 minit perjalanan menaiki kereta ke sekolah. Jika menaiki bas, tambangnya hanya 40 sen dan jika berjalan kaki dari sekolah, saya mengambil masa lebih

kurang 15 minit. Bandar Pekan terletek di kawasan Pahang Timur. Sebahagian besar dari tanahnya merupakan tanah rata yang membolehkan pelbagai banggunan didirikan di Bandar ini. KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah a) Kaedah Pemerhatian b) Kaedah Temu Bual

Pemerhatian - Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di Bandar Pekan.

Temu Bual - Semasa menjalankan kajian, saya telah menemu bual 30 orang rsponden yang terdiri daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti yang terdapat di dalam lampiran. DAPATAN KAJIAN JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI BANDAR PEKAN, PAHANG…… Hanya terdapat satu jenis sistem pengangkutan di Bandar pekan iaitu jalan raya. Jaringan jalan raya di Bandar Pekan adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Bandar Pekan dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan sekolah-sekolah. Pengangkutan darat 1- Pengangkutan awam a) Bas b) Teksi 2- Pengangkutan Persendirian a) Motorsikal b) Kereta c) Basikal 3- Pengangkutan barang a) Van b) Lori

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR PEKAN… 1- Bentuk muka bumi di Bandar Pekan adalah rata dan luas. 2- Perkembangan ekonomi yang pesat di Bandar Pekan menyebabkan pembinaan jalan raya. Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi yang unik yang membolehkan pembinaan sistem jalan raya. KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR PEKAN DAN NEGARA JEPUN… Di Bandar Pekan 1- Melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Pekan, ia dapat memajukan lagi sektor pelancongan.Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik atau antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti Muzium Tengku Abdul Rahman. 2- Selain itu, sistem pengangkutan di Bandar Pekan juga dapat membantu pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Di Negara Jepun 1- Sistem jaringan pengangkutan di Tokyo, Jepun juga dapat menarik lebih ramai bilangan pelancong. Pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah yang terdapat di Terowong Osakako Sakishima dan pelancong juga dapat merasai kemajuan teknologi pengangkutan yang canggih seperti Kereta Api Shinkansen. 2- Di Tokyo, Jepun juga sistem pengangkutannya yang canggih dapat menghubungkan 7000 buah pulau yang menganjur sejauh 3000 km dengan sistem lebuhraya dan perkhidmatan udara serta pengangkutan laut yang cekap. Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dengan penyediaan jaringan sistem pengangkutan yang baik dapat menarik minat para pelancong untuk pembanggunan negara kita walaupun tidak secanggih Jepun. KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI BANDAR PEKAN DAN NEGARA JEPUN… Di Bandar Pekan KESAN POSITIF 1- Melalui penggunaan pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan. 2- Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat membantu mengurangkan pencemaran udara. KESAN NEGATIF

1- Dengan penggunaan pengangkutan yang membakar bahan api fosil melepaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. 2- Gas hidrokarbon dan gas oksida nitrogen yang dilepaskan oleh kenderaan dapat menghasilkan jerebu dan kabut foto kimia yang mengancam kesihatan manusia.

Di Negara Jepun KESAN POSITIF 1- Di Jepun, sistem pengangkutan jalan raya dapat menggalakkan perkembangan sektor pertanian, perindustrian, perdagangan dan pelancongan. 2- Sistem jaringan pengangkutan juga penting untuk membawa barang-barang dan bahan mentah dengan penggunaan lori dan kereta api. KESAN NEGATIF 1- Projek melurus dan melebarkan jalan melibatkan pemotongan cerun-cerun bukit dan tanah tinggi. Ini akan menjadi penyebab berlakunya kejadian tanah rutuh. 2- Bunyi kenderaan berat, kereta api dan kapal terbang boleh mengganggu ketenteraman manusia. Kita sepatutnya mencontohi negara Jepun kerana sebahagian besar penduduknya suka menggunakan kenderaan awam. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana sistem jalan raya setaraf dengan negaara maju seperti Negara Jepun.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN Di Bandar Pekan dan Di Negara Jepun 1- Penggunaan alat catalytic converter pada ekzos kereta. Alat ini berupaya menukarkan gas beracun. 2- Pengurusan trafik yang lebih cekap dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas seperti penggunaan teksi dan bas. Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu peka dengan masalah yang dihadapi dan bertindak sewajarnya.

JADUAL DATA KAJIAN Bilangan dan jenis-jenis kenderaan dari 8.00 pagi hingga 8.45 pagi

Masa Bilangan Jenis-Jenis Kenderaan Kereta Motorsikal Lori Bas Van 8.00-8.15 30 40 20 3 4 8.15-8.30 20 60 40 2 3 8.30-8.45 25 20 60 4 2

GRAFIK

Bilangan dan jenis kenderaan yang menggunakan Jalan Pekan Di Bandar Pekan dari jam 6.30 pagi hingga jam 9.30 pagi RUMUSAN Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai banyak sistem pengangkutan yang amat berguna kepada masyarakat setempat. Pengangkutan amat diperlukan bagi menjalankan kerja seharian ataupun urusan yang perlu dilakukan diluar tempat. Daripada kajian yang saya jalankan di Bandar Pekan mengikut usia dengan kerjasama 30 orang responden, saya dapati kebanyakan orang dewasa memiliki pengangkutan persendirian untuk pergi bekerja di luar tempat selain dari Bandar Pekan seperti ke Kuantan, Rompin, dan sebagainya. Masyarakat setempat lebih akrab menggunakan pengangkutan persendirian berbanding pengangkutan awam. Bagaimanapun, pengangkutan awam masih digunakan dan kebanyakan penggunanya adalah daripada kalangan remaja. Faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan Bandar Pekan adalah seperti bentuk muka bumi yang rata dan dasar pembanggunan. Penduduk kawasan kajian ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat bersama dan dan bersatu dalam satu negara yang aman damai seterusnya dapat menuju ke arah wawasan 2020. Ini adalah peringkat pertama bagi memajukan negara kita supaya setaraf dengan negara maju lain yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh semua orang seperti negera yang telah dibandingkan iaitu Negara Jepun.. Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia. LAMPIRAN RUJUKAN

BUKU RUJUKAN ILMIAH TAJUK BUKU: Ulang Kaji Total Terkini PMR Geografi PENGARANG: Tong Siew Kheng TEMPAT TERBIT: Selangor Darul Ehsan PENERBIT: Sasbadi Sdn.Bhd TAHUN TERBIT: 2006

INTERNET ALAMAT LAMAN WEB:

ORANG SUMBER NAMA RESPONDEN: Encik Husin Bin Ahmad UMUR: 42 Tahun ALAMAT: No.15 Pusat Komersil, Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->