Anda di halaman 1dari 15

1

KULIAH 1
PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas
2. Menerangkan definisi dan konsep Pendidikan Khas.
3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan
Khas di Malaysia.
Latihan 1.1
Apakah perbezaan antara murid berkeperluan khas dengan murid
kurang upaya daripada segi konsep dan ciri?
Pada pendapat anda mengapakah program pendidikan khas perlu
diwujudkan di negara ini?
Rumuskan definisi Pendidikan Khas.
Apakah perbezaan dan persamaan antara program Pendidikan Khas
dengan program pendidikan biasa?
KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS
Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa;
merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam
pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang
tinggi daripada kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)
Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ
sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai
ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini
menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam
melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children)
Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai
ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan
persekitaran.
Kanak-kanak berisiko (at risk children)
Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai
kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka

menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi


cacat.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang
terlibat bersama golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui
oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah.
Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak
yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang
dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanakkanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.

Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas


menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut
dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan
tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan
ketidakupayaan individu.

Special education means specially designed instruction that meets


the unusual needs of exceptional children. (Hallahan & Kauffman,
1994)

"...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi


keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan muridmurid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang
standardize atau biasa."
(Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of
Special Education, 1999)

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS:


" Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta

menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif


selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk
murid-murid dengan keperluan khas
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap
murid dengan keperluan khas
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi
murid dengan keperluan khas
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam
bidang pendidikan khas
CIRI-CIRI KHAS PENDIDIKAN KHAS
1. Guru-guru terlatih khas
2. Pendekatan pelbagai disiplin
3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education
Programme)
4. Kurikulum yang khas
5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat
jangka pendek.
6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian
yang sesuai
8. Kaedah pengajaran yang khas
9. Kaunseling ibu bapa
KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Maklumat Pendidikan
Khas 2007)
Cacat fizikal yang teruk
Rencatan akal sederhana dan teruk
Pelbagai kecacatan dan
Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di
sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:

Sindrom Down
Autisme ringan
Attention Deficit Hyperaktif Disorder

Terencat akal minimum


Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996


Program Khas bererti:
1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi muridmurid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan
khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.
Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961
Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan
yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.
Latihan 1.2

Siapakah yang layak mengikuti program pendidikan khas di sekolah


penuh kerajaan?
Jelaskan konsep least restricted environment.
Beri penerangan ringkas tentang:
a. sekolah khas
b. program pendidikan khas integrasi
c. Pendidikan inklusif

SENARIO PENDIDIKAN KHAS


Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah
tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah
pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan
ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar
(educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang
merangkumi:
Kanak-kanak Down Syndrom
Kanak-kanak Autistik Ringan
Kanak-kanak kurang keupayaan mental
Kanak-kanak bermasalah emosi
Kanak-kanak bermasalah kesihatan
Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan


Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow
learner).
Syarat Penyertaan Program Khas:
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak
yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali
mereka yang:
(a) cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar
seperti murid biasa
(b) mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan
anggota yang
terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat
(homes/hospital/bawah JKM). Jadi murid berkeperluan khas adalah
mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri
sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan
oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari
kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya
mengkuti program pendidikan kebangsaan.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM


Dikendalikan oleh:
i.
J.P. Khas (JPK)
ii.
J.P. Negeri (JPN)
iii.
J.P. Teknikal (JPT)
3 jenis program:
1.
Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
2. Program Inklusif
3. Program Pendidikan Khas Integrasi
STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
BAHAGIAN
PENDIDIKAN KHAS

MASALAH PENDENGARAN
MASALAH PEMBELAJARAN
MASALAH
PENGLIHATAN
PROGRAM PUMULIHAN KHAS

SEK.
& REN.
PEN
SM.MEN.
TEKNIK
& POLIT

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:
merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah
dan menengah,
merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas
integrasi (percantuman),
merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan
dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan

sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan


vokasional pendidikan khas
merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,
menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan
khas,
menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan
menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)
1. Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran.
2. Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran
atau masalah pembelajaran; dan
3. Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang
berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama
dengan murid-murid biasa.
JENIS PROGRAM PENDIDIKANKHAS:
(1)

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)


Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)

Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid


bermasalah pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).

(a) Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah
Pendidikan Khas ialah:
- berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

(b) Pendidikan Rendah


Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan
hingga 2 tahun maksimum)
disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan &
pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan
Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa
Tahun Enam.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah
rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan
bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang berdaftar
sebagai OKU).
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh
mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif

(c) Pendidikan Menengah


Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah:
berumur 13+ hingga 19+ tahun
Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan
hingga 2 tahun maksimum)
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti
pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah
yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di

Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau


Pinang atau SMPK Setapak)
Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) spt murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah
pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah
dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di
peringkat sekolah.
Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan
untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau
vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM
dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.
Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan
pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah
yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.

BILANGAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI


KETIDAKUPAYAAN DI BAGI TAHUN 2010
Kategori

Prasekolah & Sekolah Rendah


Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan +
(+23 kelas BP)
Masalah Pendengaran

28

Sekolah

(+ 1 kelas BP)

32

Nota: BP-Bermasalah Pembelajaran;

Sekolah Menengah: SMPK Setapak, SMPK Persekutuan, SMPVK Shah


Alam (ada 8 kelas BP), & SMPVK Indahpura (ada 15
kelas BP)
Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

JUMLAH KELAS MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN DI SEKOLAH KHAS
BAGI TAHUN 2010
Kategori

Prasekolah
Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan
76
Masalah Pendengaran
336
Masalah Pembelajaran
23
41

Sekolah Rendah
49

22
1

Sekolah
22

263
17

Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

51

10

(d) Pendidikan Pasca Menengah


Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada muridmurid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di
politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik,
perhotelan dan rekaan fesyen.
Politeknik yang terlibat ialah:

Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Politeknik Johor Bharu

Politeknik Shah Alam

Kursus yang ditawarkan ialah:


Penyelenggaraan mekanikal
Awam Pembinaan
Rekaan dan Fesyen dan Pakaian
Hotel dan Ketering
Rekabentuk grafik

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan
penglihatan.
Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam
persekitaran terhadap yang minimum (LRE).
Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya
mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah,
dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan
pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

11

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi


PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010
Kategori
Prasekolah
Sekolah Rendah Sekolah
Menengah Jumlah
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran
116
Masalah Pembelajaran
532
1,785

27
144

25
66

52
50

1,089

Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

12

PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


MENGIKUTI BILANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010
BIL MURID
Prasekolah
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah Jumlah
Masalah Penglihatan
461
Masalah Pendengaran
116
Masalah Pembelajaran
15,331

169
-

665
41,034

292
531

859
25,038

Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL

Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK


bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan dengan
dasar dan pengisiannya.
Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional
atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan
pelajaran di sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah
menengah teknik.

(a) Pendidikan Teknik dan Vokasional di SPK Tahun 2010


1. SMPK Persekutuan Pulau Pinang (bermasalah pendengaran)
2. SMPKV Shah Alam (bermasalah pendengaran & bermasalah
pembelajaran)
3. SMPKV Indah pura, Kulai, Johor (bermasalah penglihatan,
bermasalah pendengaran & bermasalah pembelajaran
4. SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu (bermasalah
pendengaran)
5. SMK Dato Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching, Sarawak
(bermasalah pendengaran)
6. SMK Tunku Ampuan Durrah, N. Sembilan (bermasalah
pendengaran)
(b)Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional
- Untuk murid PK bermasalah pendengaran
- Sekolah-Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2010:
1. SMT Jalan Stadium
2. SMV Kerian, Perak
3. SMV Batu Pahat, Johor
4. SM Teknik Tanah Merah, Kelantan
5. SMT Keningau, Sabah
PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS

13

Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan


menduduki peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca
menengah)
Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki


penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh
ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas:


akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan
Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

(3)

PROGRAM INKLUSIF (PI)


Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak
murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan
inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan muridmurid biasa.
Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian
Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar
yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.
Ditadbir oleh JPN
Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa
dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan
Khas.
Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan
dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan,
bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa
berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang
dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan
pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama
untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan
individu.
Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk
membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan
senormal yang boleh.
Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui
hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
Terdapat 2 jenis PI:
Inklusif Penuh
Inklusif Separa/Separuh Inklusif
Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di
Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L), KL.

14

(4)

1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah


di seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program
percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah).
1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah
1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar
Masalah Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).
2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada
murid Masalah Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.
3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah
Pembelajaran pada Jun 2000.
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Merupakan program yanG disediakan bagi membantu murid-murid
mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).
Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum
menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti
Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua
sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program
Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid
disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2
(murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem
pengasingan sementara (withdrawal)

(5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK


DISLEKSIA
KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran
disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang
searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran
yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.
Syarat kemasukan ke program ini:
- murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada
tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan,
- murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan
dalam bilik darjah atau pemulihan khas,
- keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak
Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian
disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh
pengamal perubatan.

Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:


- 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (3 buah)
- sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan

15

jumlah: 31 buah

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan


Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau
pengasingan

RUJUKAN
Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran
Malaysia
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan
pemulihan : bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia
Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating
exceptional children (7th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai