1.0
Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa paling ramai penutur di dunia. Berdasarkan
kenyataan ini dapat diandaikan bahawa bahasa Melayu telah memalui perjalanan yang
panjang sehingga berkembang seperti yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun perdebatan
mengenai asal usul bangsa dan bahasa Melayu masih lagi berterusan sehingga ke hari ini
Melayu berasal dari Campa dan telah tersebar luas ke seluruh Nusantara. Ada juga pendapat
yang menyatakan bahawa asal usul orang Melayu ialah dari Kepulauan Borneo yang
kemudiannya berhijrah ke serata Asia Tenggara (Nik Safiah Karim dll, 2009:3).
2.0
Dalam membicarakan sejarah perkembangan bahasa Melayu para pengkaji cenderung untuk
membuat tahapan berdasarkan perubahan-perubahan signifikan yang berlaku dalam bahasa
Melayu. Disebabkan itu kita sering terbaca tahapan-tahapan seperti bahasa Melayu, kuno,
bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Selain daripada itu ada juga pengkelasan
berdasarkan perkembangan politik di Kepulauan Melayu misalnya zaman kerajaan Srivijaya,
Majapahit, Melaka, dan sebagainya. Ada juga yang mengambil kira pengaruh kebudayaan
seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan
Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya
pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha,
menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera
India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.
2.1
Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan
kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut
sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan
catatannya tentang pengislaman Pasai. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik
1
digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang
kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan
kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit
sehinggalah ke abad ke-15.
Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah
penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan
sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu
Klasik ini jelas dalam aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bukti tentang
penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab
agama. Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir alquran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan
Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Secara
ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok
Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.
Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam
bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat
pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama
bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu
Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan,
dan penyebaran agama Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu
tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada
tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan
rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit
sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri
seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.
Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu
melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik
mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari
Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung
dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. Tulisan
rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David
2
Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun
1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu
dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali Abdul Rashid Melebek Amat Juhari
Moain (1992:1062) .
2.2
Bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang
luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan
sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu,
mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusatpusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskripmanuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah
dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.
Zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah
Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap
sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu
mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua,
British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan kedudukan bahasa Melayu
diangkat ke persada paling tinggi iaitu ditetapkan sebagai bahas rasmi dan bahasa kebangsaan
negara, seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.
Semenjak itu banyak perubahan telah berlaku dalam bahasa Melayu. Penubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka, sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan memperkasa bahasa
Melayu telah menjalankan banyak usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Antara
kemajuan yang dicapai oleh bahasa Melayu ialah pengenalan sistem ejaan baharu,
penghasilan buku tatabahasa yang komprehensif, sebutan baku, perkamusan, penterjemahan,
penghasilan istilah dalam pelbagai bidang, penerbitan bahan-bahan cetak berkualiti.
Mengadakan sayembara dan pertandingan berasaskan bahasa Melayu dan banyak lagi.
3.0
Dalam menongkah arus globalisasi, bahasa Melayu berhadapan dengan pelbagai cabaran getir
untuk mengekalkan bukan sahaja statusnya sebagai bahasa utama negara tetapi juga
kelangsungan hidupnya (survival). Bahasa Melayu menghadapi cabaran untuk terus releven
dan berupaya menjadi bahasa ilmu, dan bahasa yang mampu diguna pakai dalam semua
bidang. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi ialah dari segi pendidikan, bahasa pengantar
dan keupayaannya menjadi bahasa yang mempunyai nilai ekonomi. Walau bagaimanapun
cabaran terbesar yang dihadapi oleh bahasa Melayu ialah sikap penutur natifnya sendiri.
Apalah gunanya ada bahasa sekiranya tiada penuturnya. Bagaimana sesebuah bahasa boleh
dimartabatkan sekiranya penutur asalnya sendiri tidak yakin akan kemampuan bahasanya
sendiri.
3.1
Cabaran sebenarnya bahasa Melayu terletak pada sikap yang diamalkan oleh penuturnya.
Senario yang ada pada hari ini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak
mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah
terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka
yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah terhadap bahasa
ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan
bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur
dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak atau bahasa rancu, bahasa bercampur aduk
dengan bahasa Inggeris begitu berleluasa. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur
merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati agar bahasa Melayu tidak
dipandang rendah
3.2
Bahasa Melayu melalui zaman paling gelap apabila peranannya sebagai bahasa pengantar
untuk mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah diambil alih oleh bahasa Inggeris. Pada
masa itu begitu banyak justifikasi untuk merendah-rendahkan bahasa Melayu sebaliknya
menjulang bahasa Inggeris sebagai penentu kemajuan dan kehebatan sesuatu bangsa.
Mujurlah pada tahun 2010, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar
4
dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan
diperkasa. Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Negara Jepun, Korea Selatan dan
banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang tetapi mereka
mencapai kemajuan yang sangat membanggakan. Sebaliknya banyak negara yang menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti India dan Pakistan masih tidak mencapai status
negara maju.
3.3
Penggunaan bahasa Melayu dalam perniagaan boleh dilihat dari banyak aspek. Salah satunya
ialah dalam bidang pengiklanan. Semakin banyak syarikat yang lebih suka menggunakan
bahasa Inggeris atau Mandarin sebagai bahasa dalam iklan-iklan produk mereka. Kalau
dibandingkan jumlah pengiklan yang mengiklankan produk mereka di akhbar-akhbar atau
majalah-majalah berbahasa Melayu jauh lebih rendah berbanding dengan di dalam media
cetak bahasa Inggeris. Dalam bidang pekerjaan pula kini semakin banyak syarikat yang
mengenakan syarat mahir berbahasa Inggeris dan Mandarin sebagai prasyarat untuk diterima
bekerja dengan mereka (Abdul Halim Yusoff & Azrina Ahzan, 2006). Begitulah kedudukan
bahasa Melayu yang semakin hilang peranannya.
3.4
Kebelakangan timbul satu gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan
bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari
segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa
Melayu yang paling teruk berlaku dalam kalangan anak muda atau remaja. Pada masa kini
seolah-olah sudah menjadi satu trend atau ikutan dalam kalangan remaja untuk berkomunikasi
menggunakan bahasa rojak. Hal ini cukup ketara jika dilihat cara mereka berinteraksi melalui
pesanan ringkas menggunakan bahasa penulisan yang cukup pelik dan asing dalam bahasa
Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah
pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi.
Sikap pengamal media seperti pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam
pengendalian sesuatu program juga menyumbang kepada kecelaruan bahasa Melayu. Sudah
5
.Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu titik
mula yang terbaik ialah di sekolah. Rakyat Malaysia seawal kanak-kanak lagi mestilah
disemai dengan bibit-bibit mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara. Profesor
Dr. Awang Sariyan dalam Majlis Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu, Melaka yang lalu menyarankan agar pembudayaan bahasa Melayu
melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah
hinggalah ke pengajian tinggi. Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberi kepada usaha
pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek iaitu:
i)
ii)
Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui
kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang
intenet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (sms) tidak sampai menggugat bahasa
yang
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan yang diadakan pada bulan Oktober
2011
telah menggariskan lapan ketetapan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha
memartabatkan semula bahasa Melayu (Saifulizam Mohammad, 31/10/2011). Ketetapanketetapan tersebut ialah:
i)
ii)
jalan, bangunan dan iklan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dan begitu juga urusan
meluluskan permit dan lesen hendaklah selaras dengan kedudukan bahasa kebangsaan.
iii)
Ekonomi dan kewangan Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara
hendaklah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dalam semua urusan ekonomi dan perniagaan serta menjadikan bahasa itu sebagai penggerak
utama sistem ekonomi negara.
iv)
bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua tahap pendidikan selain berusaha
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang keilmuan.
v)
dalam semua tadbiran negara dan menjadikan JPA sebagai pelindung bahasa kebangsaan.
vi)
sebagai
sebagai
vii)
iv)
jabatan
sebagai
5.0
Peranan-Peranan
Organisasi
dan
Individu
Tertentu
dalam
Usaha
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 oleh kerajaan bertujuan
untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka. Sejak penubuhannya, DBP telah menyumbang
kepada pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek seperti dalam aspek memperbaiki
dan mengemas kini sistem ejaan, tatabahasa, pembentukan istilah, perkamusan, penerbitan
dan persetakan buku-buku dan majalah berbahasa Melayu yang berkualiti. DBP ditubuhkan
bagi memenuhi enam objektif yang telah ditentukan oleh kerajaan iaitu:
a)
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi.
b)
c)
Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku,
d)
majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan
bahasa lain.
e)
Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa f)
kebangsaan.
f)
g)
ii)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti
ketiga
Ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal
penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera
(diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974). UKM lahir dari
hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an
menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya
keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan
meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.
(Portal Pelan Transformasi UKM)
Sejarah penubuhan UKM bermula dengan iltizam dan aspirasi kerajaan di bawah pimpinan
Perdana Menteri pada ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussain untuk
menyediakan tempat pengajian tinggi di peringkat universiti kepada pelajar lepasan sekolah
khususnya untuk pelajar aliran Melayu. Atas dasar dan sifatnya yang memartabatkan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa ilmu, maka itu institusi ini dinamakan Universiti Kebangsaan.
Tambahan pula ia merupakan perintis, pendokong dan kemuncak kepada sistem pendidikan
kebangsaan negara kita. Hasilnya UKM tampil sebagai universiti pertama yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran. Pun begitu, ia
tetap unggul sebagai institusi penjana ilmu dan profesionalisme. (Azmy Mohamed, Utusan
Online).
iii)
MABBIM ialah badan bahasa serantau, dianggotai oleh Brunei Darussalam, Indonesia, dan
Malaysia. Awalnya bernama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), yang dibentuk pada
29 Desember 1972. Pada 4 November 1985, MBIM berubah menjadi MABBIM setelah
Brunei Darussalam menyertainya; sementara Singapura menjadi negara pemerhati. Majlis ini
9
(b)
(c)
(d)
(e)
iv)
Pendeta Zaba merupakan seorang sarjana dan ahli fikir Melayu yang banyak menyumbang
kepada perkembangan bahasa Melayu. Beliau telah menghasilkan beberbapa buah buku
tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya.
Antara hasil penulisan beliau ialah:
.
a)
b)
c)
d)
e)
10
6.0
Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang memenuhi aspirasi
dan fungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, usaha yang ikhlas dan berterusan
hendaklah dilakukan. Harapan untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan kesampaian
sekiranya tidak ada kesungguhan dan langkah berani oleh semua pihak. Beberapa perkara
wajar diberi perhatian agar cita-cita melihat bahasa Melayu menjalankan fungsinya dengan
berkesan, antaranya:
i)
ii)
iii)
iv)
mestilah
dipertingkatkan
sekurang-kurangnya
menguasai
aspek
masyarakat. Pada masa kini kempen seumpama itu dilakukan hanya sekadar
asal ada sahaja.
7.0
Kesimpulan
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa tua yang telah mengalami banyak
transformasi sehingga begitu berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Melayu asal.
Transformasi itu jugalah yang memungkinkan bahasa Melayu terus releven dan
mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa lain. Namun,
cabaran besar sedang dihadapi oleh bahasa Melayu, cabaran yang datang bukan dari
orang luar, tetapi oleh penutur aslinya. Sikap penutur asli bahasa Melayu yang
memandang rendah kepada bahasanya sendiri, tidak ada keyakinan, dan berasa rendah
diri untuk berbahasa dengan sempurna. Perkara ini merupakan ancaman yang besar
kesannya dan jika dibiarkan kelangsungan hidup bahasa Melayu pastinya tergugat.
Justeru itu langkah-langkah proaktif hendaklah diambil demi memartabatkan semula
bahasa Melayu dalam setiap hati penuturnya.
12
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Yusoff & Azrina Ahzan. (01 Jun, 2006). Taktik Halus Tutup Peluang: Swasta
Wajibkan Kemahiran Bahasa Mandarin Sekat Bumiputera Dapat Kerja. Dalam Berita
Harian.
Dewan Bahasa dan Pustaka Online. (t.t). Sejarah MABBIM. Diperoleh pada 21 Oktober
2014 dari http://dbp.gov.my/mab2000/sejarah.htm
Ismail Hussein. (1984). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Klik Web DBP. (t,t). Pendeta Zaba:Pelita yang Tak Pernah Padam. Diperolehi pada 21
Oktober 2014 dari http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1950
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Portal Pelan Transformasi UKM. (t.t). Sejarah. Diperolehi pada 1 Oktober 2014 dari
http://www.ukm.my/transformasi/?page_id=14
Saifulizam Mohammad. (31 Oktober 2011). Martabatkan Semula Bahasa Melayu.Dalam
Utusan
Online.
Diperolehi
pada
21
Oktober
2014
dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
13