Anda di halaman 1dari 1

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan,
iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik
dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam
mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus
dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:Ushalli Sunnatal Istikharaati Rakataini Lillahi Taaala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Taala
Rakaat pertamaBaca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat keduaBaca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:
Ya Allah, jika hal ini.(sebutkan namanya)

Allaahumma inni astakhiiruka biilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal


azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, watalamu wa laa alamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta talamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wamaaasyii wa aaqibati amrii, aajili
amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta talamu anna haadzal amra
syarrun lii fii diinii wa maaasyii wa aaqibatu amrii aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni anhu
waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan
yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku
adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha
Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada
kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah
aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa
akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik,
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai