Anda di halaman 1dari 11

TAHAP PENGAKHIRAN PENGUKUHAN DAN PENAMATAN

Kegiatan suatu kelompok tidak berlangsung secara terus-menerus


tanpa henti. Setelah kegiatan suatu kelompok meningkat ke tahap peralihan,
kelompok tersebut berlanjutan sehingga mengakhiri kegiatannya pada waktu
yang dianggap tepat. Salah satu kemahiran kepimpinan kelompok yang
paling penting sebagaimana kelompok tersebut berkembang dan bergerak
ke peringkat akhir adalah keupayaan untuk membantu ahli kelompok
memindahkan apa yang dipelajari di dalam kelompok kepada persekitaran
luar mereka.
Pengakhiran adalah peringkat yang penting bagi sesebuah kelompok
dan beberapa waktu ditumpukan dalam persediaan dan pemprosesan ke
arah peringkat pengakhiran bersama-sama ahli kelompok. Bahkan, berakhir
dengan kelompok yang terapeutik sering kali penuh emosi dan berlaku
peristiwa yang kompleks (Mangione, Forti & Iacuzzi, 2007). Jika pada fasa
awal adalah berkesan, ahli kelompok akan saling kenal-mengenali antara
satu sama lain dan mewujudkan identiti mereka sendiri di dalam kelompok
tersebut. Kemudian, ahli-ahli kelompok akan melibatkan diri dalam tahapan
kognitif yang memerlukan mereka

untuk membuat suatu keputusan

mengenai apa yang telah mereka pelajari tentang diri mereka sendiri dan
ahli kelompok yang lain. Dalam tahap akhir ini, ahli kelompok akan
berkesempatan

memperjelaskan

kelompok tersebut.

pengalaman

mereka

sepanjang

sesi

Beberapa tugas perlu dicapai pada di tahap akhir suatu kelompok


tersebut, tetapi ia adalah sukar untuk menawarkan satu garis panduan
umum yang meliputi semu jenis kelompok (terbuka atau tertutup). Beberapa
kemungkinan

perlu

dipertimbangkan

dalam

menentukan

masa

untuk

mengakhiri sesi kelompok tersebut.

5.1 Pengukuhan Pembelajaran


Jika kelompok itu telah benar-benar terapeutik, ahli kelompok akan
dapat melanjutkan pembelajaran mereka di dalam kelompok itu di luar,
walaupun mereka mungkin akan mengalami perasaan sedih dan kehilangan
(Corey, 2005). Pengukuhan pembelajaran ini membawa makna yang
istimewa pada kelompok sebagaimana mereka akan bergerak ke arah
penamatan; ini adalah waktu yang sesuai untuk meringkaskan, menyatukan,
dan mentafsir pengalaman ahli kumpulan.
Tugas ketua kelompok disaat ini adalah untuk memimpin ahli kelompok
belajar meletakkan apa yang telah berlaku di dalam kelompok sebagai suatu
sudut prespektif atau pandangan yang bermakna bagi mereka. Potensi
kepada pembelajaran yang kekal itu akan hilang

apabila ketua kelompok

tidak menyediakan struktur yang dapat membantu ahli kelompok tersebut


mengulas apa yang mereka perolehi di dalam kelompok.
Di dalam sesi kelompok yang tertutup (kelompok yang mempunyai
matlamat yang sama dan ahli kelompok yang sama setiap sesi), tugas ketua

kelompok adalah untuk menolong ahli kelompok mengulas usaha individu


dan corak perubahan mereka dari awal sesi hingga ke akhir sesi. Ianya
sangat berharga jika ahli kelompok dapat berkongsi maklum balas yang
berbeza terhadap perubahan mereka supaya dapat membantu dan memberi
semangat ahli-ahli yang lain.
Di dalam kelompok yang terbuka pula, mereka akan menerima
cabaran yang berbeza kerana, ahli keluar dan ahli baru dimasukkan ke
dalam kelompok pada bila-bila masa. Penamatan seharusnya dipersetujui
bersama oleh ahli-ahli kelompok dan ketua kelompok, dan masa yang
mencukupi untuk proses pemisahan perlu dijadualkan (Fieldsteel, 2005).
Proses penamatan akan menjadi lebih bermakna apabila ahli kelompok
mempunyai masa yang mencukupi untuk meneroka perasaaan-perasaan
mereka yang timbul ketika peralihan ini (Shapiro & Ginzberg, 2002).
Antara tugas-tugas yang perlu dilakukan terhadap ahli yang akan
menamatkan sesi di dalam kelompok terbuka adalah, mengajar ahli tersebut
untuk memberi notis yang secukupnya apabila mereka telah membuat
keputusan untuk menamatkan sesinya. Ini akan memastikan ahli kelompok
yang lain mempunyai masa untuk menangani apa-apa urusan yang belum
diselesaikan dengan diri mereka sendiri atau antara ahli kelompok yang lain.
Kemudian, membincangkan persetujuan dengan ahli-ahli kelompok dari awal
pengalaman kelompok dan menerangkan bagaimana untuk menamatkannya
secara produktif (Mangione et al., 2007).

Selain dari itu, memberi masa pada ahli yang akan meninggalkan
kelompok tersebut untuk menyediakan emosi dan perasaannya. Beri ahli lain
peluang untuk mengucapkan selamat tinggal dan berkongsi reaksi mereka
tersendiri. Bimbing ahli yang akan meninggalkan kelompok tersebut dengan
mengulas apa yang telah mereka perolehi di dalam kelompok terutamanya,
apa yang akan mereka akan lakukan dengan pembelajaran di dalam
kelompok tersebut.
Kadangkala, ada ahli yang akan menamatkan sesi tanpa sebarang
notis. Jika berkemungkinan, ketua kelompok perlu menggalakkan ahli
kelompok untuk meneroka keecenderungan ahli menamatkan dan kekal di
dalam kelompok sehingga cukup lama untuk menetapkan penamatan
mereka.

5.2 Pengalaman Bagi Penamatan Kelompok


5.2.1 Menangani Perasaan untuk Berpisah
Menurut Mangione et al. (2007), beliau menekankan bahawa ketua
kelompok seharusnya cakna tentang limitasi setiap ahli kelompok
mereka berkenaan dengan pengakhiran atau perpisahan ini jika
mereka

mengharapkan ianya

beretika

dan

berkesan dalam

membantu ahli-ahli lain berhadapan dengan penamatan. Selain


itu, ketua kelompok juga harus mendorong ahli-ahli lain untuk
mengungkapkan

reaksi

mereka

berkemungkinan

merasakan

kerana

perpisahan

itu

mereka

akan

suatu

yang

menyakitkan dan bimbang pertemuan antara ahli tidak akan


berlaku lagi. Suatu pengakhiran tidak semestinya akan berakhir
selamanya, malahan ianya adalah permulaan yang baru bagi
segala sesuatu.

5.2.2

Membandingkan

Persepsi

Awal

dan

Akhir

Di

Dalam

Kelompok
Pada awal sesi, ketua kelompok kebiasaannya akan meminta ahli-ahli
untuk melihat dengan teliti sekitar ruangan kelompok, dan bertanya :
Adakah anda sudah merasa intimidasi pada sesiapa lebih dari yang
lain?, Adakah anda mendapati diri anda menilai seseorang?,
Adakah anda mula tertarik dengan sesiapa?. Setelah beberapa
minit memberi ruang ahli-ahli untuk senyap dan melihat disekeliling,
ketua akan meminta ahli untuk menahan diri mereka dari berkongsi.
Ketika di sesi akhir, ahli akan ditanya kembali dengan soalan yang
sama semasa di sesi awal, Sekarang amati kembali ruangan ini,
apakah reaksi anda?, Bagaimana perasaan anda?, Apakah
perasaan anda sekarang jika dibandingkan di awal sesi yang lalu?.
Tugas ahli pada ketika ini adalah untuk memindahkan perasaan
mereka kepada perkataan, apa yang terlah berlaku dari awal hingga
ke akhir sesi tersebut.

5.2.3 Menangani Urusan Yang Belum Selesai

Ketua kelompok akan memberi kesempatan pada ahli-ahli kelompok


untuk mengungkapkan apa-apa perkara atau persoalan yang belum
diselesaikan samada urusan peribadi mahupun antara ahli kelompok,
kemudian bincangkan. Sebahagian dari ahli kelompok mungkin tidak
akan mendapat isu-isu mereka diselesaikan dengan sepenuhnya,
tetapi mereka perlu digalakkan untuk membincangkannya.

5.2.4 Menyemak Semula Pengalaman Kelompok


Dengan bertanya kepada ahli kelompok untuk lontarkan apa yang
telah mereka perolehi tentang diri mereka sendiri, mereka berada
dalam kedudukan yang lebih baik untuk menentukan apa yang
mereka

telah

bersedia

untuk

lakukan

dengan

pertambahan

pengetahuan mereka. Ketua kelompok akan membantu ahli untuk


lebih jelas, Bagaimana kelompok itu terasa penting buat anda?,
Perubahan apa yang anda lihat pada diri anda?, Apakah perkara
luar biasa anda di dalam kelompok?.

5.2.5 Berlatih Untuk Perubahan Tingkah Laku


Bagi kelompok yang sering berjumpa setiap minggu, terdapat banyak
peluang melatih tingkah laku yang baru di setiap sesi. Ketua
kelompok boleh membantu ahli-ahli dengan memberi tugasan di
rumah dan meminta mereka melaporkan semula di sesi yang akan
datang. Dengan ini, ahli akan belajar pelbagai tingkah laku baru yang

mana akan membantu perubahan tingkah laku mereka sendiri.


Semasa di fasa akhir ini, ahli akan ditumpukan dengan latihan yang
sebenar (keadaan di dalam kelompok dan di luar kelompok) sebagai
salah satu cara menperkukuhkan pembelajaran mereka.

5.2.6 Melakukan Pembelajaran Yang Lebih Lanjut


Salah

satu

tugas

akhir

sebuah

kelompok

adalah

untuk

mengembangkan plan tindakan yang tertentu untuk melanjutkan


perubahan di luar kelompok. Ketua kelompok akan membantu ahli
dalam membawa apa yang dipelajari kepada bentuk tindakan. Antara
strategi yang dapat membantu ahli di dalam kelompok adalah
meletakkan tujuan jangka panjang untuk masa hadapan mereka,
dimana ketua meminta ahli memikirkan perubahan yang akan
mereka capai selama enam bulan atau setahun ke hadapan. Di
antara sesi yang berlalu, mereka akan mengatakan tindakan mereka
terhadap perubahan yang mereka tetapkan.

5.2.7 Memberi Dan Menerima Maklum Balas


Dalam pengalaman berkelompok, ahli-ahli telah menerima dan
memberi maklum balas, dimana membantu mereka menilai kesan
yang mereka alami pada orang lain. Ianya sangat bermanfaat buat
ahli dalam menilai perubahan yang ingin mereka capai. Ketua akan

meminta laporan dari ahli dengan bertanya, Bagaimana kelompok


merubah anda?,Bagaimana anda menganggap diri anda di dalam
kelompok?, Konflik apakah yang lebih jelas?.Selain itu, ketua juga
dapat membantu ahli dengan memberi garis panduan untuk memberi
maklum balas, seperti, Harapan saya terhadap anda adalah ..,Jika
saya diberi peluang untuk memberi sesuatu kepada anda, ianya
adalah. , Beberapa perkara yang saya pelajari dari anda adalah.
.

5.2.8 Penggunaan Perjanjian atau Kontrak Dan Kerja Rumah.


Perjanjian ini berguna bukan sahaja untuk menggalakkan untuk
bertanggungjawab tetapi juga untuk mengajar ahli nilai kewujudan
sistem sokongan sebagai salah satu cara untuk membantu mereka
membawa perubahan ke arah yang dikehendaki. Antara ilustrasi
kepada perjanjian ahli semasa sesia akhir kelompok : Ahmad berjanji
untuk menumpukan pada pelajarannya., Aminah berjanji untuk
bersemuka dengan suaminya jika dia merasa salah faham lagi., dan
lain-lain lagi.

5.3 Penilaian ke Atas Pengalaman Kelompok


Untuk menilai sejauhmana keberkesanan kelompok, ketua akan
meminta ahli-ahli kelompok untuk menulis pengalaman mereka masingmasing ketika berada di dalam kelompok. Ketua kelompok boleh menilai

keberkesanan ahli dengan mengadakan beberapa pertemuan setelah


penamatan kelompok atau tetap menghubungi ahli dengan menghantar
surat-menyurat untuk mengetahui perkembangan mereka. Kegiatan menulis
pengalaman yang dilakukan oleh ahli kemudiannya dijadikan jurnal atau
yang serupa dengannya untuk memberi peluang kepada ahli menyampaikan
apa yang penting dalam hidupnya dan mengenangkan perubahan yang telah
mereka lakukan.

5.4 Tindakan Susulan


Sesi postgroup, sebuah sesi susulan yang dijadualkan dengan berkala
setelah

sesi

penamatan

kelompok.

Ianya

boleh

dinilai

sebagai

tanggungjawab yang bernilai buat ahli kelompok. Penilaian dan tindakan


susulan telah disarankan oleh ASGW (1998) Panduan Latihan Yang Terbaik.
Di sesi tindakan susulan ini, ahli-ahli boleh berkongsi pengalaman atau
kesusahan yang mereka hadapi semenjak penamatan kelompok, berbincang
tentang

langkah-langkah

tertentu

yang

telah

mereka

ambil

untuk

mengekalkan diri mereka terbuka pada perubahan, dan mengingati kembali


pengalaman positif mereka ketika di dalam kelompok.
Selain itu jugak, tindakan susulan memberi ahli-ahli peluang untuk
mengekspresikan segala keberkesanan sepanjang yang dipelajari di dalam
kelompok. Sudah semestinya tindakan susulan ini tidak semestinya praktikal
atau

perlu

dilakukan.

Pilihan

boleh

diperkembangkan

lagi,

seperti

menghantar soal selidik ringkas untuk menaksir tanggapan ahli terhadap


kelompok dan kesan terhadap kehidupan mereka.

Rumusan
Tahap perkembangan dalam sesi kaunseling kelompok ini sangat
penting. Di dalam sesi kelompok tidak semestinya berjalan dengan mudah
dan jangkaan yang tepat, tetapi panduan dan bimbingan ketua akan
membantu mereka memudahkan perkembangan kelompok tersebut. Dengan
mengetahui dan menguasai apa yang dikongsikan oleh ahli dan apa yang
ingin mereka capai didalam kelompok itu, ketua kelompok akan mampu
membawa kelompok dengan baik dan jelas.
Dengan mengetahui suatu pegangan yang jelas pada tahap-tahap
tertentu di dalam kelompok akan memberi suatu panduan konsep yang
mana patut dimulakan dahulu. Mengenali titik perubahan kritikal suatu
kelompok itu dapat membantu ahli-ahli dalam menggerakkan apa yang
dipelajari mereka di dalam kelompok untuk berubah dan berjaya memenuhi
matlamat yang dibina oleh mereka sebagai perubahan di dalam kelompok
tersebut.

REFERENCES
Marianne S., Corey G., Corey C. (2007), Groups Process and Practice, 8th
Edition (International Student Edition). Belmont, USA : Thomson Brooks Cole.
Corey G. (2012), Theory and Practice of Group Counseling, 8th Edition
(International Edition). Canada : Brooks Cole.
Darosya 2013, Tahap-tahap Perkembangan Kegiatan Kelompok Dalam
Bimbingan Dan Kaunseling Kelompok.
Ehan D. (2002), Tahap Akhir Sebuah Kelompok, Jakarta, Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai