Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum w.b.

t dan salam sejahtera,


Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kita mulakan Majlis perpisahan khas buat Puan Hayati Binti Salbi.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam
menjunjung pendidikan negeri sarawak.
Hadirin yang dimuliakan,
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: en.Muhammad Hairi bin Ali
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada en.hairi atas bacaan doa
itu tadi.

Yang dihormati, Encik William ank Anyang


Tuan Guru Besar SK Sg Durin,
Yang berusaha En. Salih ank Ismail
Penolong kanan 1
Yang Berusaha en. Mohd fikri bin Abdullah
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Philip ank Tinggi
Penolong Kanan Kokurikulum

Dan Yang Diraikan


Encik Francisco ank nangai, Puan Hasmawati binti rosli, dan cik Nur nadrah binti Yusof
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang berbahagia sekalian.
Selamat dating ke Majlis Lambaian Kenangan buat tiga orang guru yang telah saya sebutkan tadi.
Berat kita berpisah, berat lagi hati yang menerima.
Majlis kita pada hari ini bertujuan untuk meraikan perpisahan 3 guru SKSG Durin yang akan
berpindah mulai hari ini. Jadi inilah hari terakhir ketiga-tiga guru ini akan berkhidmat di SKSD.
Untuk pengetahuan warga SKSD sekalian, ketiga-tiga guru yang kita sayangi ini akan berpindah ke
sekolah yang berikut;
Encik francisco akan berpindah ke SK Bandaran Sibu No.2
Puan Hasmawati akan berpindah ke SK Huang Hin English
Cik Nur Nadrah akan berpindah ke SK Bahagia jaya
Dan kesemua sekolah terbabit masih dalam daerah sibu.
Walaupun Puan Hasmawati tidak dapat bersama kita apada hari ini atas urusan Bina Insan Guru,
kami warga SKSD masih menyebut dan meraikan keberangkatan perpindahan beliau ke sekolah
yang lain.
ayam rintik tepi di tepi hutan
terlihat dari pinggir telaga
nama yang baik dalam ingatan
seribu tahun terkenang juga
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala kebaikan dan jasa bakti yang ditaburkan oleh
ketiga-tiga guru ini sepanjang perkhidmatan mereka berkhidmat di SK sg durin. Daripada tempoh
______ tahun, ______tahun, hinggalah tempoh yang tidak sampai sebulan kita bersama ketigatiga guru ini, semestinya ada kenangan, pengalaman dan ilmu yang berbekas dihati.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Adat berbahasa menyampaikan pesan.
Adat upacara menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan ini menjemput Tuan Guru Besar Encik William ank Anyang bagi
menyampaikan ucapan pembukaan dan amanat akhir kepada yang diraikan Puan
Hayati binti Salbi. Majlis mempersilakan.
**ucapan GB** Terima kasih diucapkan kepada Tuan GB atas ucapan sebentar

tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ketua murid; adik Jeromy ank Colin
Untuk menyampaikan ucapan khas buat ketiga-tiga guru yang diraikan pada hari
ini.
**Ucapn murid**
Terima kasih diucapkan kepada adik __________________ atas ucapan itu tadi.

jika tidak kerana unggas


tidaklah rosak padi disawah,
kalaulah tidak kerana tugas
tidaklah kita dapat berpisah.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Encik Francisco
ank Nangai untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis dengan ini mempersilakan.
*ucapan*
Demikian tadi ucapan dan kata amanat terakhir Yang Diraikan Encik Francisco ank
Nangai.
Majlis dengan ini turut menjemput Cik NUr Nadrah binti ________ untuk
memberikan sedikit ucapan. Mejlis dengan ini mempersilakan.
dari tungkal pergi siantan
berkunjung berlabuh di kuala maras
selamat tinggal handai serta tolan
kita berpisah dituntut tugas.

Sebagai tanda kenang-kenangan kepada yang diraikan Encik Francisco ank


Nangai, Puan Hasmawati binti Rosli dan Cik Nur Nadrah binti Yusuf mengiringi
Yang Berbahagia Tuan GB Encik William Ank Anyang bagi menyampaikan
cenderahati tanda ingatan kepada yang diraikan.
Dijemput Encik Francisco ank Nangai untuk menerima cenderahati.
Dijemput ENcik Leonard mewakili Puan Nor Hasmawati
Dan Dijemput Cik Nur Nadrah binit Yusuf untuk menerima cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia GB atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi.
Sebagai lambaian akhir kepada yang Diraikan, tibalah masa untuk sesi bersalam
salaman dengan yang Diraikan Encik Francisco dan CIk Nur Nadrah.
Dijemput Encik Francisco dan Cik Nur Nadrah turun ke ruangan di hadapan
pentas.
Dijemput guru-guru untuk bersalaman dengan kedua-dua guru yang diraikan pada
hari ini.
Murid2 diminta berbaris dan bersalaman dengan kedua-dua guru yang diraikan
pada hari ini dan masuk semula ke dalam barisan.

akan menebang nibung berduri


dibikin pagar pinggir perigi
pantun dikarang melepas diri
entahkan apabila bersua lagi
orang aceh tengah sembahyang
hari jumaat sedang hari
pergilah kasih pergilah sayang
pandai-pandailah melindungi diri
terima kasih diucapkan kepada Encik Francisco dan Puan Hasmawati atas jasa dan khidmat
sepanjang berkhidmat di SK SG Durin. Dan kepada CIk Nur Nadrah, walaupun usia perkhidmatan
cikgu disini tidak lama, kami warga SKSD tetap merasakan kehilangan atas perpindahan ini,
Diharapkan yang kesemua guru-guru yang diraikan pada hari ini akan meneruskan khidmat cemerlang
di sekolah baharu dan tidak melupakan kami disini.

Sebagai acara penutup, kita akan menyanyikan lagu ibu pertiwi.


Semua hadirin diminta berdiri.
**
Dijemput semua guru untuk menghadiri jamuan di dewan makan.