Anda di halaman 1dari 29

1

BAB TIGA
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2.1

KONSEP UNIVERSITI

Secara umumnya, fungsi penubuhan universiti umumnya adalah untuk melahirkan


manusia terlatih dalam perlbagai bidang ilmu pengetahuan serta mampu memberikan
kepimpinan intelektual kepada mayarakat. Atas konsep ini, universiti adalah gedung atau
khazanah ilmu pengetahuan yang memberikan peluang seluas-luasnya kepada pelajar
menimba dan mendalami ilmu yang diminati. Universiti juga bertujuan memajukan
perkembangan ilmu pengetahuan melalui kegiatan penyelidikannya. Dengan itu,
universiti diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membahas dan membincangkan segala
bidang dan disiplin ilmu yang boleh mengarahkan seseorang itu mengetahui hakikat dan
kebenaran sesuatu perkara. Ini bermakna bahawa mahasiswa adalah manusia yang
berfikiran bebas, kritis serta rasional untuk membuat sesuatu perlembagaan dalam
mencari keadilan dan kebenaran (Zaharudin Rahman 1986: 52).
Bagi sesebuah universiti, sebahagian daripada pendidikan pelajar-pelajarnya ialah
membimbing pelajar-pelajar itu mengenali diri mereka, sejarah budaya dan negara dan
hubungan negara mereka dengan negara-negara jiran dan dunia. Pelajar juga diwajibkan
menjadikan universiti sebagai gelanggang perterusan latihan dan keupayaan membawa
karya yang berkaitan dengan minat iktisas mereka (kertas kerja: peranan universiti masa
kini , UUM 1987: 2).
Perkembangan universiti di dunia pada hari ini sedang menuju ke arah menjadikan
universiti sebagai pusat latihan tenaga untuk menjalankan tugas-tugas tertentu, bukan
bertindak di bawah falsafah ilmu kebenaran. Jadi, iniversiti dengan itu lebih sesuai
dinamakan sebagai pusat latihan tenaga manusia di bidang-bidang tertentu. Sistem
pendidikan hari ini kembali ke pangkal jalan. Dengan lain perkataan, maktab dan pusat
pengajian tinggi yang diasaskan untuk menyediakan tenaga manusia yang bersesuain

dengan keperluan industri dan perkembangan ekonomi adalah merupakan pendidikan


khas. Maka, pusat-pusat pengajian yang diberikan nama universiti hendaklah:
i.

Menyusun dan memperkemaskan pusat pengajian di peringkat siswazah

ii.

Membentuk suasana kampus yang benar-benar dapat dijadikan contoh dari segi
keperibadian dan kepimpinan yang bermoral tinggi.
Dua perkara ini boleh dijadikan asas bagi memenuhi kehendak perkataan

universiti dalam erti kata yang sebenar. Universiti di Malaysia khasnya perlu kembali
kepada konsep dan falsafah tulin (Yusof Noor Dr. 1988: 35-36).
Pelajar-pelajar Islam dipelbagai peringkat dan proses pengilmuannya telah
terperangkap dalam lapangan liberal sekular - metarialistik itu. Maka, disinilah
terletaknya peranan kaum siswazah sebagai golongan yang bernasib baik di pilih oleh
Allah swt untuk duduk di pusat pengajian tinggi. Para siswazah perlu bertindak menerusi
kepelbagaian jurusan akademiknya untuk mengembalikan semula identiti asalnya. Atas
hakikat ini, beberapa tindakan di perlukan:
i.

Jangka pendek
Usaha-usaha yang serius diperlukan ke arah pengislaman ilmu
pengetahuan dalam bidang samada dalam bidang ilmu tabii dan ilmu
kemasyarakatan serta lain-lain lagi.
Memahami dan menyedari serta menghayati falsafah ilmu dalam Islam.
Objektif pendidikan, pengajaran dan pengilmuan bukan sekadar
memenuhi otak dengan fakta-fakta ilmu tetapi berusaha lebih dari
tahap itu, iaitu mendidik akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa
fadilah (keutamaan) serta menginsafi demi selaku khalifah Allah
S.W.T.

ii.

Jangka panjang
Berusaha sedaya upaya untuk memahami isi kandungan al-Quran. Jesteru
al-Quran adalah wahyu Allah yang dilengkapi dengan pelbagai perkara dan
keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Beriktiar mempelajari dan memahami al-Hadith secara sistematik dan


dipanjangkan dalam kehidupan seharian.
Berusaha memahami ajaran Islam secara menyeluruh.
Peka kepada cabaran-cabaran yang berlaku sepanjang zaman agar umat
Islam tidak cemas sewaktu berhadapan dengan sebarang masalah yang
timbul (Idris Zakaria 1988: 11).
Bagi memenuhi kehendak di atas, berdasarkan adanya hakikat pengilmuan ini,
maka para siswazah tidak perlu menunggu adanya sesuatu rancangan yang rasmi sifatnya.
Apa yang penting ialah kesedaran, keinsafan dan sikap mahu berkerja. (Idris Zakaria
1988: 23)
2.1.1

Matlamat Penubuhan Universiti

Universiti pada tahapnya adalah merupakan kemuncak sistem pendidikan negara yang
mempunyai pelbagai peranan yang dapat memperluaskan, memperlicinkan dan
memperkuatkan lagi peranan pendidikan diperingkat bawah. Di antara peranan asas yang
khusus di dalangi oleh universiti ialah:
a) Memperluaskan dan memperkayakan ilmu pengetahuan, kelazimannya melalui
proses penyelidikan dan penerbitan
b) Memyebarkan segala ilmu pengetahuan dan asas kebudayaan masyarakat,
membimbing mahasiswa ke arah pencapaian kematangan dan self actualizition.
c) Menyediakan tenaga manusia terlatih dan
d) Memberi khidmat kepada kerajaan dan badan-badan lain, memandangkan ia
adalah gedung ilmu dan pusat tumpuan pelajar dan lengkap dari segi kemudahan
(Robiah Sidin. Dr. 1991: 34-36).
Selain daripada itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang lebih umum terhadap
kebebasan (praktikaliti) sistem pendidikan pengajian tinggi. Antaranya ialah:
Wujud sistem pendidikan yang seimbang dengan penekanan kerohanian
dan metarial, teori dan amali serta kepentingan individu dan masyarakat.

Apa-apa ketidak seimbangan yang wujud hanya akan melahirkan individuindividu

yang

kurang

mempunyai

pegangan

hidup

yang

dapat

mengerakkan dirinya sebagai agen penukaran daripada yang buruk kepada


yang baik. Yang pasif kepada yang aktif dan lain-lain lagi. Oleh itu sitem
pendidikan yang turut mementingkan aspek-aspek rohani dan jasmani amat
diperlukan.
Sistem pendidikan tinggi itu mestilah selari dengan keperluan-keperluan
negara, baik dalam keadaan jangka pendek mahupun jangka panjang. Ini
adalah perlu dalam usaha melahirkan tenaga-tenaga mahir yang dapat
memenuhi kehendak pembangunan negara.
Akhir sekali, sistem pendidikan tinggi juga mesti cuba untuk mewujudkan
interaksi yang rapat di antara pihak pusat pengajian tinggi dengan sektorsektor awam dan swasta supaya masing-masing memahami keperluan,
matlamat dan keupayaan yang ada pada pihak lain.
Oleh itu, sistem pendidikan tinggi yang berkesan mesti dirangka agar setiap apa
yang dipelajari semasa di universiti akan dapat membuka jalan kepada golongan
mahasiswa mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari
dengan betul di masa hadapan (Aidit Ghazali t.th: 3-8).
2.2

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM

2.2.1

Sejarah Penubuhan FPI UKM

Dari perspektif sejarah, Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 18hb. Mei, 1970
bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti ini adalah
sebuah fakulti yang mula-mula ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malysia di samping
dua lagi fakulti lain pada masa itu iaitu Fakulti Sains dan Fakulti Sastera. (Buku Panduan
Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)
Walaubagaimanapun teras bagi fakulti ini telah wujud lama sebelum itu, iaitu
bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang pada tahun 1955, untuk

memenuhi aspirasi umat Islam yang mahu melihat terdirinya sebuah institusi pengajian
tinggi Islam di tanah air. (Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)
Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah bersetuju menaikkan taraf Kolej
Islam Melaya ke taraf Universiti Kolej dan Islam telah diletakkan di bawah naungan
Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya. Maka dengan
itu lahirlah Fakulti Pengajian Islam bersama-sama dengan penubuhan Universiti
Kebangsaan Malaysia. (Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)
Sejak ia ditubuhkan, struktur dan kompenan kursus telah melalui beberapa
semakan bagi memantapkan program pengajian, dan yang terbaru ialah struktur baru yang
dilaksanakan mulai pada sesi 2000/2001. (Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi
2004/2005: 22)
Pada masa ini Fakulti Pengajian Islam terdiri daripada empat buah jabatan dan sebuah
pusat iaitu:
Jabatan Syariah
Jabatan Usuluddin dan falsafah
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
2.2.2

Objektif Penubuhan Fakulti Pengajian Islam

Fakulti Pengajian Islam merupakan salah satu saluran utama bagi pelajar-pelajar aliran
agama di sekolah-sekolah menengah agama untuk meneruskan pengajian mereka ke
peringkat pengajian tinggi di tanah air. Antara objektif penubuhan Fakulti ini adalah
seperti berikut:
Meninggikan mutu akademik dalam bidang pengajian Islam dan menjadikannya
sebagai pusat penyelidikan terpenting di negara ini.

Melahirkan graduan yang benar-benar mahir dalam bidang-bidang Pengajian


Islam dan berkebolehan menggunakan pengetahuannya untuk membimbing
masyarakat.
Melahirkan generasi yang benar-benar memahami Islam, memiliki cara berfikir
yang sihat, kesedaran dan keinsafan serta tanggungjawab kepada negara mengikut
prinsip-prinsip, falsafah dan pemikiran Islam agar terbentuk suatu masyarakat
yang berdisplin.
(Buku Panduan Prasiswazah FPI sesi 2004/2005: 22)
2.2.3

Matlamat Penubuhannya

Fakulti sebagai pusat kecemerlangan ilmu ekonomi untuk memenuhi wawasan negara
(buku panduan prasiswazah sesi 2004/2005: 21).
2.2.4

Bidang pengkhususan di bawah Fakulti Fakulti Pengajian Islam

Keberkesanan dan insentif pembelajaran amat dipengaruhi oleh pemilihan program atau
kursus yang diminati oleh pelajar. Mengikut peredaran masa sekarang pihak fakulti telah
banyak menyusun, mengkaji semula dan melaksanakan pengajian baru yang sesuai bagi
memenuhi tuntutan pasaran tenaga kerja semasa. Pada peringkat awal penubuhannya
pihak fakulti melalui jabatan yang ada hanya menawarkan beberapa bidang pengkhususan
yang agak umum yang dikendalikan jabatan berkenaan. Setiap jabatan hanya menawarkan
satu bidang pengkhususan sahaja. Tetapi pada masa sekarang ini di bawah Fakulti
Pengajian Islam terdapat 5 buah iaitu:
Jabatan Syariah
Objektifnya, memelihara, meneliti dan mengembangkan Syariah Islam supaya
dapat diyakini dan dihayati. Melengkapkan siswazah dengan ilmu pengetahuan
Islam dan membentuk peribadi Islam yang beriltizam dengan penghayatan Islam
serta membimbing masyarakat kea rah penghayatan Islam dengan membekalkan

ulama dan membantunya dalam mengatasi masalah-masalah sosial berdasarkan


kepada hukum-hukum Islam. (Buku Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 31).
Jabatan Usuluddin dan Falsafah
Jabatan Usuluddin dan Falsafah ditubuhkan untuk memberi pengajaran dalam
bidang ilmu al-Quran dan al-Hadith serta akidah, falsafah dan pengajian agama
berdasarkan kedua-dua sumber tersebut dengan tujuan mengelurkan siswazah
yang matang dalam bidang-bidang berkenaan dan menghayati Islam dalam
kehidupan mereka.
Jabatan

ini

juga

ditubuhkan

bertujuan

memelihara

dan

memperkembangkan ilmu-ilmu dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan


memberi khidmat kepada masyarakat dan negara, serta untuk melahirkan siswazah
yang berfikiran luas dan mendalam yang dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul
dalam masyarakat, dan melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan yang
diperlukan oleh sektor awam dan swasta dalam masyarakat Malaysia. (Buku
Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 70).
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Matlamat jabatan ini untuk memberi kefahaman dan penekanan kepada bidangbidang di bawah disiplin bahasa dan kesusasteraan Arab bagi

menghasilkan

mahasiswa dan mahasiswi yang berkebolehan dalam pertuturan, penulisan serta


berupaya membincangkannya dalam bahasa arab. Di samping untuk mengeluarkan
pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam bidang tersebut.
Kursus-kursus Sejarah dan Tamadun Islam pula adalah bertujuan
meluaskan kefahaman dan pemikiran mengenai sejarah dan perkembangan
masyarakat dan tamadun Islam di kalangan mahasiswa/i. Di samping bertujuan
melahirkan golongan siswazah yang mempunyai keahlian dalam bidang-bidang
tersebut.

Bagi mahasiswa/i dari jabatan-jabatan lain di Fakulti Pengajian Islam,


tujuan utama kursus bahasa Arab dan yang dititikberatkan ialah untuk
membekalkan pelajar dengan asas-asas yang membolehkan mereka mendalami
dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam daripada sumbersumber asal dalam bahasa arab. (Buku Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 108).
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Objektif program ialah untuk memberi pengajaran dalam bidang falsafah dakwah
dan kepimpinan, gerakan pemikiran dakwah, kajian sosial dan kemasyarakatan,
pengorganisasian dakwah, penyiaran, penerbitan dan psikologi sesuai dengan
perkembangan tuntutan dakwah semasa di samping mengeluarkan siswazah yang
berkebolehan dalam ilmu dakwah dan kepimpinan serta menghayati nilai-nilai
Islam untuk memberi sumbangan maknawi-maddi kepada pembangunan
masyarakat

dan

negara.

Jabatan

ini

juga

bertujuan

memelihara

dan

memperkembangkan penyelidikkan ilmu dalam bidang dakwah dan kepimpinan


serta memberi khidmat kepada masyarakat dan negara. (Buku Panduan
Prasiswazah FPI 2004/2005: 144).
Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Objektif jabatan ini untuk memusatkan pengajiannya terhadap al-Quran dan alSunnah dari berbagai aspek dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang
berkemampuan memahami isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah. Melahirkan
pelajar yang mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam
di bidang perundangan, akidah dan akhlak yang berasaskan al-Quran dan alSunnah, juga memahami perkembangan dan pemikiran semasa, bagi melahirkan
pelajar yang mampu menjalankan tugas dengan sempurna dalam masyarakat.
(Buku Panduan Prasiswazah FPI 2004/2005: 177).
Setelah meneliti dan mengkaji tenaga kerja yang semakin meluas bidangnya, input
dan syarat yang diberikan oleh pelbagai majikan (awam dam swasta), pihak Fakulti secara
ekstensif telah merombak program pengajian dengan mengenalkan sistem modul atau

pengkhususan yang lebih banyak dan menarik bermula sesi 2000/2001. Melalui sistem
modul setiap jabatan boleh menawarkan beberapa modul atau pengkhususan yang
berkaitan dengan jabatan berkenaan. Bagi pelajar yang mandaftar mulai sesi 2000/2001,
mereka akan disalurkan kepada beberapa modul pengajian atau minor berdasarkan kepada
permohonan dan pertimbangan kelayakan oleh jabatan masing-masing. Terdapat 12
modul yang ditawarkan di bawah 5 jabatan iaitu:

Modul Perundangan Islam

Modul Muamalat dan Kewangan Islam

Modul Undang-undang Perbandingan

Modul Pengajian Akidah dan Kerohanian

Modul Pengajian Agama dan Falsafah

Modul Pengajian Bahasa dan Sastera Arab

Modul Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam

Modul Pengurusan Islam

Modul Komunikasi Islam

Modul Tafsir

Modul Hadith

Minor Teknologi Maklumat


Kepelbagaian modul yang ditawarkan berserta dengan kebebasan memilih modul

akan banyak membantu pembelajaran pelajar secara berkesan di fakulti. (Buku panduan
prasiswazah sesi 2001/2002: 51).

2.3

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI


KEBANGSAAN MALAYSIA (PMFPI UKM)

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan
secara rasmi untuk menjaga kebajikan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam itu sendiri.
Persatuan yang beralamat di paras 3, Fakulti Pengajian Islam ini merupakan satu
persatuan yang penting dan berfungsi sebagai wakil ahli-ahlinya iaitu warga (mahasiswa)

10

Fakulti Pengajian Islam itu sendiri dalam menuntut sesuatu hak dan juga lain-lain urusan.
(http://www.fpi.ukm.my)
2.3.1

Sejarah Penubuhan PMFPI UKM

Fakulti Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1970 setelah Kolej Islam Malaya (KIM)
dibubarkan Majlis Amanah Kolej Islam Malaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul
Aziz Mohd. Zin telah mencadangkan penubuhan Fakulti Islam bagi Universiti
Kebangsaan Malaysia yang baru diwujudkan. (http://www.fpi.ukm.my)
Perjuangan yang dibawa oleh mahasiswa Fakulti Islam ini bagi menjaga kebajikan
kemahasiswaan. Oleh yang demikian itu, telah mendorong mahasiswa ketika itu ke arah
penubuhan Persatuan Mahasiswa Fakulti Islam (PMFI) Pada 22hb Julai

1970.

Jawatankuasa Penaja diketuai oleh saudara Ramli Ibrahim seterusnya dilantik sebagai
Yang Dipertua pertama PMFI. Di antara jawatankuasa awalnya ialah Azmi Hj.
Mohammad, Mat Ali Mat Daud, Mohd Roshdi Hj. Osman, Mohd Noor Hj. Manuty dan
Mohd Noor Hj. Yasin. Majlis pelancaran penubuhan PMFI dilakukan di kolej pertama,
Jalan

Pantai

Baru

Universiti

Kebangsaan

Malaysia

Kuala

Lumpur.

(http://www.fpi.ukm.my)
Seawal penubuhannya persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Fakulti
Islam (PMFI) kemudian ditukar kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
(PMFPI) hingga sekarang, pertukaran nama Fakulti Islam kepada Fakulti Pengajian Islam
ini dilakukan pada tahun 1971. (http://www.fpi.ukm.my)
2.3.2

MATLAMAT PENUBUHAN PMFPI UKM

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (PMFPI


UKM) ditubuhkan secara rasmi pada sesi 1971/1972 dengan membawa beberapa tujuan
dan matlamat seperti berikut:

11

Menyatukan mahasiswa-mahasiswa dibawah Fakulti Pengajian Islam Universiti


Kebangsaan Malaysia.
Meninggikan darjah pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya yang dilapangan
pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan kebajikan dan lain-lain.
Memupuk dan menjalankan dakwah Islamiyyah di kalangan mahasiswa dan
masyarakat Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Memelihara hak, kepentingan dan keharmonian ahli-ahlinya.
Memberi sumbangan yang berfaedah untuk perkembangan dan kemajuan
masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan dasar
keislaman dan undang-undang negara.
Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di
dalam dan di luar negeri yang sama tujuan dan dasarnya dengan persatuan ini.
(http://www.fpi.ukm.my)
2.3.3

VISI PERSATUAN

Merealisasikan Islam sebagai al-Din kepada warga UKM dan masyarakat.


2.3.4

MISI PMFPI UKM

Moto persatuan Menjana Aspirasi Mahasiswa Penjana Ummah ini adalah selaras
dengan misi PMFPI iaitu:

Membudayakan pengalaman ilmu yang lebih praktikal di kalangan mahasiswa/si.

Ke arah mempraktikkan pengurusan secara professional.

Berusaha menjamin hak dan kebajikan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.

Ke arah meletakkan mahasiswa FPI setara dengan peredaran zaman.

Ke arah menjana pemantapan rohani dan jasmani mahasiswa FPI.

(http://www.fpi.ukm.my)

12

2.3.5

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Di antara aktiviti yang telah dijalankan

di bawah PMFPI sepanjang sesi

2005/2006 adalah seperti berikut:


BIL. PROGRAM
TARIKH
TEMPAT
1.
Diolog Kerjaya
25.02.2006
DK3F201
2.
Program
Pengantarabangsa 15-18.02.2006 Institud Islam Negeri (IAIN),
Pelajar ke Medan Sumatera
3.

Universiti

Lawatan Interaksi Muhibbah

(USU)
17-19.03.2006 Universiti

sumatera

utara

Darul

Iman

4.
5.

Malam Anugerah Gemilang


15.07.2006
Seminar Kebangsaan Muhd 15.07.2006

KampusKUSZA (UDIM)
DECTAR, UKM
UKM

6.
7.
8.
9.
10.
11.

Abduh
Minggu Tautan Kasih 2006
Bengkel Al-Quran
Kembara Bestari
Bakti Akademik (BAKTIMIK)
Qiamullail Perdana
Seminar Kebangsaan Islam dan

FPI
UKM
Hutan Lipur Kancing, Selangor
Komplek Bestari, UKM
Masjid, UKM
DECTAR, UKM

12.
13.

Masyarakat (SKIM II)


Baktisiswa
18-20.08.2006 Johor
Lawatan Ilmiah ke Universiti- 1-12.09.2006 Mesir dan Madinah

14.
15.

universiti Arab Saudi


Pertandingan Kayak
24.09.2006
Wetland, Putrajaya
Lawatan ke Universiti Imam 16-22.10.2006 Medan, Indonesia

16.

Bonjo, Indonesia
Bengkel Bahasa Arab

17-23.07.2006
22.07.2006
28-30.07.2006
30.07.2006
11.08.2006
13.08.2006

28.10.2006

FPI

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)


Di antara program berkala yang dijalankan di bawah PMFPI adalah seperti
berikut:
BIL PROGRAM
1.
Laman Nurani

HARI/MASA
TEMPAT
2 Minggu sekali (khamis, Bilik Seminar Siswazah

13

2.
3.

Bicara Siswa

5.00 p.m)
1 (BSS1)
2 Minggu sekali (Khamis, Bilik Seminar Siswazah

Citra Siswi

5.00 p.m)
1 (BSS1)
2 Minggu sekali (Jumaat, Dewan Kuliah 1, FPI
12.30 p.m)
Setiap Rabu
Diri Seminggu sekali

4.
5.

Kelas Komputer
Kelab
Bela

6.
7.

Muslimah
Lawatan Ilmiah ke UIA
Kelas Debat Bahasa Arab

Makmal Komputer
(Rabu, Foyer FPI

8.15 p.m)
Seminggu Sekali
Setiap Jumaat

UIA
FPI

(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)


Di antara aktiviti berbentuk akademik dan ko-kurikulum yang dijalankan:
i. Aktiviti Akademik
Telah mengadakan beberapa langkah aktiviti untuk meninggikan prestasi
akademik pelajar terutama pelajar-pelajar yang lemah. Antara aktiviti yang telah
diambil pada tahun lepas dan tahun ini seperti berikut:
Ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang mendapat PNGK
kurang daripada 2.0
Mengadakan pembimbing-pembimbing

(pensyarah) secara sukarela

untuk memberi nasihat tentang akademik


Khidmat peperiksaan dan pembelajaran
Kursus atau bengkel komputer bengkel SPSS
Perjumpaan atau lawatan atau taklimat kerjaya
Sambutan makan malam graduan.
(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)
ii. Aktiviti ko-kurikulum
Ahli-ahli digalakkan supaya lebih pro-aktif untuk memajukan diri mereka, supaya
apabila keluar daripada universiti pelajar-pelajar mudah mendapat perkerjaan

14

apabila ada kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dalam bahasa


arab, bahasa Ingeris, sahsiah diri, aktif berpersatuan dan keputusan akademik yang
cemerlang. Antara aktiviti ko-kurikulum yang telah diadakan ialah :

Lawatan Akademik ke Instutut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol,


Sumatera Barat Indonesia. Program yang beremakan Persaudaraan
Sejagat, Ukhuwah Tererat ini disertai oleh 38 orang mahasiswa/i dan 5
orang pensyarah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:


Lawatan ke Institut Agama Islam Negeri, imam Bonjol. Melalui
lawatan ini para peserta dapat bertukar pendapat dan mengetahui
cara pelajar IAIN menghadapi isu-isu yang ada dalam negara.
Peserta

dapat

bertukar-tukar

budaya

melalui

persembahan

kebudayaan.
Peserta dapat mengikuti semunar internasional wacana pengajian
Islam yang membentangkan kertas kerja serta saling bertukar-tukar
pandangan dia antara pensyarah dari kedua-dua negara.
Peserta dapat mengikuti aktiviti Demo Kligrafi sanggar Al-Aqlam.
Selain daripada itu peserta berpeluang meningkatkan daya
berkomunikasi dan berfikir melalui program diskusi Ilmiah di
antara FPIUKM dan IAIN. Melalui diskusi ini, dapat membuka
minda pelajar dan meluaskan lagi daya berfikir secara kritis.
(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

2.4

AKTIVITI-AKTIVITI

YANG

DIJALANKAN

BERKAITAN

PENGHAYATAN SOLAT DI KALANGAN MAHASISWA

DENGAN

15

Bagi memastikan para mahasiswa/i mengambil berat tentang ibadat solat maka, di fakulti
terdapat banyak aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan ibadat solat. Sebagaimana yang
telah dinyatakan aktiviti-aktiviti atau program yang berkaitan dengan agama di Fakulti
Pengajian Islam ini diletakkan di bawah Persatuan Mahasiswa Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia atau dengan nama singkatannya PMFPI UKM melalui Lajnah
Tarbiah dan Kepimpinan. Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan ini ditubuhkan untuk mendidik
saksiah para pelajar supaya lebih sempurna dan daya kepimpinan yang berkesan
seterusnya mewujudkan iklim sebuah fakulti

yang baik. (Sumber: Fail Persatuan

Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)


Jadi, aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan penghayatan solat juga diletakkan
di bawah lajnah ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan
mahasiswa ini termasuklah Tamrin Qiadi, Program Ceramah, Kempen Solat berjemaah,
Qiamullail, Usrah, Rehlah, Tazkirah dan sebagainya.
Aktiviti seperti Kempen Solat Berjemaah diwujudkan oleh pihak fakulti bagi
memberi kesedaran kepada para mahasiswa/i betapa pentingnya solat berjemaah di
samping mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding solat secara
sendirian, malah dengan adanya kempen seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan pensyarah dengan pelajar serta pelajar sesama pelajar, solat
secara berjemaah ini boleh dilakukan dengan kerap kali di Masjid UKM. Jika program
seperti ini dititik beratkan oleh semua pihak maka para mahasiswa/i boleh
mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa
Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

Melalui program Usrah dan Qiamullail, para mahasiswa/i juga ditekankan dengan
ibadat solat. Dalam kumpulan usrah yang terdiri daripada 8 atau 9 orang mahasiswa/i
akan dilatih oleh naqib atau naqibat masing-masing supaya menjadi imam atau imamah
ketika solat. Sekiranya terdapat mana-mana kesalahan dalam solat yang dikerjakan maka
naqib atau naqibah akan memberitahu anak buah mereka tentang kesalahan mereka
tersebut dengan memperbetulkan cara mengerjakan ibadat solat itu. Jadual giliran sebagai

16

imm atau immah dibuat supaya semua ahli usrah terlibat tanpa ada pengecualian.
(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)
Sementara itu program Qiamullail merupakan program yang telah menjadi
kebiasaan di fakulti ini. Mahasiswa/i digalakkan supaya menyertai program yang
dianjurkan ini yang selalunya dibuat di Masjid UKM, mereka diwajibkan supaya bangun
pada tengah malam untuk mengerjakan Qiamullail. Antara pengisian yang dibuat ketika
Qiamullail ialah mengerjakan ibadah solat sunat seperti solat sunat Tahajjud, Hajat,
Taubat, Witir dan sebagainya. Biasanya selepas mengerjakan solat sunat para mahasiswa/i
akan mengisi masa dengan bertadarus al-Quran, berzikir dan sebagainya sehingga
masuknya waktu Subuh. Pada waktu inilah para mahasiswa/i lebih menghayati solat
mereka kerana di waktu ini tiada sebarang gangguan dan bunyi yang boleh mengganggu
mereka melakukan amal ibadat. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian
Islam sesi 2005/2006)
Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti agama yang telah dilaksanakan PMFPI ini
terutamanya aktiviti yang berkaitan ibadat solat memang wajar diwujudkan. Para
mahasiswa/i yang telah melibatkan dengan program seperti ini mendapat infak dan
kesedaran dalam diri mereka betapa pentingnya penghayatan solat itu perlu wujud dalam
diri seseorang individu muslim. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian
Islam sesi 2005/2006)

2.5 PERANCANGAN

PIHAK

PERSATUAN

MAHASISWA

FAKULTI

PENGAJIAN ISLAM KE ARAH PENGHAYATAN SOLAT DI KALANGAN


MAHASISWA
Pihak PMFPI terutamanya di bawah Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan telah membuat
beberapa perancangan ke arah penghayatan solat di kalangan mahasiswa/i di fakulti ini.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ialah :-

17

Program Penghayatan Bulan Sembahyang


Program ini akan dilaksanakan selama sebulan oleh pihak fakulti. Antara pengisian dalam
program ini ialah Ceramah Perdana berkaitan dengan ibadat solat. Pihak PMFPI akan
menjemput beberapa orang penceramah seterusnya mempraktikal ibadat solat di kalangan
mahasiswa/i. Tujuan program ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah keberkesanan
ibadat solat yang telah dilakukan oleh mahasiswa/i FPIUKM. Bagaimana cara takbir,
sujud, rukuk, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat awal, akhir dan sebagainya. Di
samping itu juga, dalam program ini para mahasiswa/i mungkin akan dilatih menjadi
imam atau imamah dalam solat, di sini mahasiswa/i akan didedahkan mengenai cara
bacaan dalam solat dengan betul dan cara bacaan yang salah dalam solat di mana
seringkali ia dianggap ringan oleh umat Islam, malah mahasiswa/i juga akan didedahkan
pada waktu mana dibolehkan bacaan solat dengan kuat dan perlahan. (Sumber: Fail
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)
Program Mengimarahkan Masjid
Pihak PMFPI di bawah Jawatankuasa Takmir Masjid akan membuat perancangan
berkaitan dengan penghayatan solat di kalangan mahasiswa/i. Antara perancangan
tersebut ialah menggalakkan setiap mahasiswa/i di fakulti ini solat berjemaah di Masjid
UKM.
Selain itu, mengadakan jadual imam atau imamah khususnya kepada saff
kepimpinan PMFPI. Manakala selepas solat berjamaah akan diadakan juga sesi tazkirah
yang akan disampaikan oleh exco-exco Lajnah di bawah PMFPI atau di kalangan
mahasiswa itu sendiri. Pihak jawatankuasa surau akan menetapkan jadual imam atau
imamah serta jadual tazkirah mengikut mingguan atau bulanan sebagaimana tarikh yang
telah ditetapkan. Di samping itu, perancangan jawatankuasa masjid juga akan
mengadakan program tadarus al-Quran dan khatam al-Quran bukan sahaja pada bulan
Ramadhan tetapi juga pada bulan-bulan yang lain. Dengan adanya program seperti itu,
maka lahirlah para mahasiswa/i yang cintakan rumah Allah. (Sumber: Fail Persatuan
Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

18

Mengadakan Program Kem Solat

Program Kem Solat ini akan diadakan di luar kawasan universiti. Tempat yang akan di
pilih ialah tempat yang agak mencabar contohnya di dalam hutan, sungai, tempat orang
ramai bersuka ria, atas bukit dan sebagainya. Objektifnya adalah untuk melatih
mahasiswa/i supaya melaksanakan kewajipan solat walau di mana berada sekalipun dan
menyedarkan orang ramai yang berada di tempat program tentang kewajipan menunaikan
solat. Sekiranya kem solat ini diadakan di tempat orang ramai contohnya di tempat
perkelahan dengan pengisian seperti mengadakan ceramah serta solat secara berjemaah di
situ, ini mungkin boleh memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya ibadat
solat dikerjakan walau di mana berada. Sementara itu, para mahasiswa/i juga akan
didedahkan bagaimana cara ingin mengerjakan solat ketika bermusafir, peperangan, sakit,
di dalam hutan dan sebagainya. (Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian
Islam sesi 2005/2006)

Program Ceramah dan Praktikal Solat

Program seperti ini dirancang oleh pihak PMFPI adalah untuk memberi pengetahuan
kepada para mahasiswa/i mengenai solat seperti cara-cara atau kaedah mengambil wuduk
dengan betul mengikut tertib seterusnya mengerjakan solat dengan betul mengikut rukun
dan syarat yang telah ditetapkan dalan syariat Islam.
Pengisian dalam program ini ialah ceramah dan praktikal solat. Pihak fakulti akan
menjemput penceramah untuk mengupas mengenai tajuk ceramah berkaitan dengan
ibadat solat secara keseluruhan. Manakala di akhir program ini akan diadakan praktikal
solat oleh semua mahasiswa/i.
Kesimpulannya, perancangan pihak PMFPI ke arah penghayatan solat ini perlu
diteruskan bagi menanam kefahaman yang jelas kepada mahasiswa/i dengan ilmu
khususnya ilmu yang berkaitan dengan ibadat solat agar mereka mampu menterjemahkan
ilmu tersebut ke dalam masyarakat seterusnya membantu orang ramai meredakan
kekeliruan dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan ibadat solat.
(Sumber: Fail Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam sesi 2005/2006)

19

2.6

DEFINISI MAHASISWA

Menurut Kamus Dewan perkataan mahasiswa adalah gabungan dua perkataan iaitu
maha dan siswa. Maha (dalam kata majmuk) bererti sangat, amat, yang teramat, besar,
esa, kuasa, luas, mengetahui, mulia, suci dan tahu (Kamus Dewan 1989: 782). Manakala
perkataan siswa pula bermaksud penuntut, pelajar (maktab dan lain-lain). Maka
gabungan di antara kedua-dua perkataan tersebut terbentuklah istilah yang di panggil
mahasiswa yang mempunyai maksud pelajar (penuntut) di universiti.
Manakala istilah mahaiswa menurut kamus global bermaksud penuntut lelaki di
institusi pengajian tinggi (seperti universiti dan lain-lain). Perkataan mahasiswi pula
bererti penuntut universiti (perempuan) (Kamus Melayu Global 1997: 722).
Perkataan siswazah pula bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan
terakhir di universiti dan lain-lain, orang lulusan universiti. Mengikut istilah yang terdapat
dalam The American Dictionary, siswazah didefinisikan sebagai seseorang yang telah
menerima segulung ijazah atau diploma (Morrist t.th: 571). Manakala definisi siswazah
dari sudut pengertian yang diberikan oleh Grolier Webster International Dictionary pula
boleh dihuraikan sebagai seseorang yang telah menerima segulung ijazah atau diploma
kerana telah menamatkan pengajian sama ada di universiti, kolej atau sekolah (Pei, M.
Grolier 1972: 420).
Dari kedua-dua definisi di atas secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa
siswazah adalah merupakan golongan pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan
memperolehi segulung ijazah atau diploma. Oleh kerana golongan siswazah adalah
merupakan golongan yang berpendidikan tinggi, maka agak mudah bagi mereka untuk
memperolehi perkerjaan.
2.6.1

Faktor Penyebab Mahasiswa Bermasalah Dan Penyelesaiannya

20

Antara faktor penyebab kepada berlakunya permasalahan dalam diri mahasiswa ialah
kelemahan institusi keluarga, pengaruh negatif rakan sebaya, paparan media massa dan
pergaulan bebas.
Kelemahan Institusi Kekeluargaan
Hampir semua kajian tentang gejala sosial sejak 1980-an hingga kini berpendapat bahawa
75 % gejala sosial berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga. (Mustafa Hj. Daud,
1999 : 159).
Gejala keruntuhan sosial dalam keluarga dapat dilihat dengan meningkatnya
penceraian di kalangan suami isteri, penganiayaan terhadap kanak-kanak, hilang perasaan
kasih sayang sesama anggota sendiri dan memutuskan hubungan silaturrahim malah di
kalangan anggota keluarga sendiri yang sanggup melakukan jenayah zina sesama sendiri
dan ada bapa yang sanggup merogol anaknya sendiri.
(Fariza, Sulaiman Dan Idris, 2000 : 161)
Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh negatif daripada rakan sebaya turut merumitkan masalah di kalangan
mahasiswa. Apabila berada di kalangan mereka, pelbagai pengaruh baru dapat diperolehi.
Menurut Khadijah Khaidi Khalid, beliau menyifatkan pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa yang
tercicir. Jelas menunjukkan jika mahasiswa bermasalah bercampur dengan kumpulan
yang bermasalah pasti menambahkan masalah.
Golongan mahasiswa yang masih remaja biasanya mudah meniru, terikat dan
terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada peringkat umur yang masih muda, masih mentah
naluri yang kurang tabah dan perasaan ingin tahu yang berkobar-kobar. Jadi apabila
dipujuk oleh rakan sebaya mereka mudah terikut dan meniru dan sudah tentu tidak dapat
mengawal perasaan mereka.
Pengaruh Media Massa

21

Paparan media massa yang berorientasikan kebaratan yang banyak megeksploitasi minda
mahasiswa. Program televisyen yang berunsurkan jenayah, seks dan tahyul mampu
mencelarukan mahasiswa dalam mencari dan membina identiti sendiri. Dalam usia muda
remaja, mereka senang dipengaruhi.
Menurut pandangan Prof. Dr. Hamid Arshad, beliau menyatakan bahawa kanakkanak dan remaja yang terlalu dibebaskan dengan seks, sama ada melalui pita video,
internet atau majalah-majalah boleh menimbulkan syahwat. Oleh sebab itulah, didapati
banyak berlaku kes perkosaan yang dilakukan oleh saudara sendiri .
Manakala menurut pandangan Asiah Sarji pula, kanak-kanak, para belia dan
golongan miskin merupakan kelompok yang paling ramai terdedah kepada televisyen dan
filem di negara ini. Sekiranya keadaan ini tidak diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan
dan pemilik stesen televisyen di Malaysia, mungkin masalah yang dihadapi di bandar lain
seperti Tokyo, London dan New York akan berlaku di negara ini. Tegasnya keruntuhan
moral akan berterusan. (Zulkiflie Abd. Ghani 2001 : 116)
Pergaulan Bebas
Pergaulan tanpa batas dan peraturan di antara lelaki dan perempuan menimbulkan
pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Dalam konteks masa kini, ungkapan
tersebut perlu dilanjutkan kepada pergaulan antara sesama lelaki dan sesama perempuan.
Ini kerana pergaulan tanpa batas dan peraturan di antara sesama sejenis dilihat dalam
tempoh masa kini, tidak kurang hebatnya dalam memberikan sumbangan kepada
kemunculan pelbagai unsur keruntuhan akhlak dan masalah sosial. (Zakaria Stapa, 1998 :
14). Firman Allah S.W.T:



Maksudnya : Dan Nabi Luth juga ( kami utuskan ). Ingatlah ketika dia berkata kepada
kaumnya

patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak

22

pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam sebelum kamu ?
Sesungguhnya kamu mendatangi perempuan bahkan kamu ini adalah
kaum yang melampaui batas.
(Surah al-Araf 7:80)
Dan antara penyelesaian kepada permasalahan ini ialah:

Hikmat Dan Nasihat Yang Bijaksana

Untuk mendekati dan memujuk mahasiswa yang mengalami masalah sosial ini, strategi
yang berhemah dan bijaksana dengan penuh kelembutan dari kasih sayang serta sopan
santun perlu digunakan. Biarlah mereka berasa bahawa pendakwah ialah rakan sebaya
yang boleh diajak berbincang atau ibu dan ayah yang menyayangi dan perihatin
terhadapnya.

Contoh dan Teladan

Dalam tahap usia remaja seperti mahasiswa, mereka masih mencari-cari identiti diri.
Mahasiswa yang terjebak dalam masalah sosial memerlukan role model ikutan terbaik
untuk membentuk syaksiah peribadi yang sejati. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah
memainkan peranan mereka sebagai role model ikutan dalam keluarga sendiri.

Perbincangan, Forum Dan Penerangan Yang Berkesan


Sifat golongan remaja yang selalu diistilahkan sebagai antiestablishment perlu ditangani
melalui pendekatan pendidikan, penerangan pendidikan yang berhemah, meyakinkan,
memberangsangkan serta pendekatan mencabar jika perlu. (Fariza, Sulaiman, Ideris, 2000 :
91).
Kumpulan mahasiswa yang kurang berminat dengan pendekatan pendidikan
formal, ilmu dan mesej dakwah perlu disampaikan secara tidak formal melalui program

23

riadah, kem motivasi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sebagainya yang diminati oleh
mahasiswa.
Oleh itu, usaha, tanggungjawab dan kerjasama antara semua pihak iaitu ibu bapa,
pensyarah, pendakwah, pemimpin, masyarakat adalah diperlukan untuk menangani
masalah mahasiswa daripada terus merebak seperti barah penyakit. Ingatlah sabda Nabi
SAW yang bermaksud:
Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka kedua ibu bapanyalah yang akan
menjadikan anak itu samada Yahudi, Nasrani atau Majusi
2.6.2

Peranan Mahasiswa Ke Arah Pembinaan Generasi Islam

Mahasiswa merupakan tunggak utama kemajuan dan kekuatan sesebuah negara. Kita
dapati dalam sesebuah masyarakat yang maju dan persekitaran yang baik adalah lantaran
wujudnya mahasiswa yang berpotensi dan optimis dan baik akhlaknya. Apabila
masyarakat itu baik, maka secara tidak langsung negara turut maju dan aman. Namun
yang menjadi masalah kita hari ini ialah masih wujud para mahasiswa yang tidak tahu
apakah sebenarnya peranan diri mereka sama ada untuk diri mereka sendiri, keluarga,
masyarakat atau pun negara.
Sejarah telah membuktikan bahawa golongan muda yang paling berperanan di
dalam perkembangan dakwah Islam. Rasulullah S.A.W sendiri waktu menerima wahyu
pertama berusia 40 tahun. Sementara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar masingmasing berumur 37 dan 27 tahun sewaktu memeluk Islam. (Jab. Kemajuan Islam , 1997 :
7)
Allah juga telah menyebutkan mengenai wasiat Luqman kepada anaknya supaya
tidak mempersekutukan Allah, menyedari bahawa Allah S.W.T Maha Mengetahui setiap
perbuatan yang dikerjakan oleh hamba-Nya, samada mereka mendirikan solat dengan
tidak merasa angkuh atau mereka sentiasa bersederhana dalam tingkah laku mereka.
Firman Allah S.W.T:

24



Maksudnya:

Wahai anak kesayangan, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan,


serta larangan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya
yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.
(Surah Luqman 31:17)

Mahasiswa yang menjadikan masjid sebagai sumber rujukan sudah pasti


memperlihat watak yang jelas dalam setiap tindak tanduknya. Ia akan menjadikan
dirinya model serta sebagai perantara masjid dengan masyarakat. Apabila ini terjadi
maka mahasiswa itu akan menjadi rujukan pula kepada masyarakat. (Jab. Kemajuan
Islam , 1997 : 7)
Sungguhpun begitu masih terdapat kekosongan dalam ruang lingkup kehidupan
golongan mahasiswa ini perlu diisikan atau dipertingkatkan nilai-nilai masjid supaya
paradigma remaja mahasiswa ini dapat berada pada tahap yang tinggi dan dihormati.
Perancangan dan usaha yang rapi sangat perlu bagi menangani persaingan ke atas
pengaruh negatif yang sentiasa mencari peluang untuk merosokkan golongan ini. Harus
diingat bahawa arus kehidupan masa kini yang semakin maju dan kompleks,
sememangnya memberi pengaruh yang besar dalam sosialisasi kehidupan mahasiswa.
Dengan demikian kehidupan golongan mahasiswa perlu dipenuhi dengan
peningkatan nilai-nilai unggul dan murni. Sekiranya kekosongan ini tidak diisi dengan
nilai-nilai tersebut, nilai-nilai negatif pasti mudah mengambil tempat kekosongan yang
wujud itu. Maka begitu juga dengan penghayatan solat di kalangan mahasiswa akan
musnah begitu sahaja. ( Jab. Kemajuan Islam, 1997 : 12 )
2.6.3

Kepentingan Penghayatan Solat Di kalangan Mahasiswa

25

Solat adalah hasil dari gabung jalin antara dua unsur asasi kejadian manusia iaitu rohani
dan jasmani, zahir dan batin. Solat juga merupakan ibadat yang wajib bagi muslim, yang
harus dilakukan berulang kali pada setiap pagi, siang, petang dan malam, berterusan ke
akhir hayat. Maka, dari itulah solat akan memberi faedah kepada golongan mahasiswa
yang mementingkannya. Antara kepentingan penghayatan solat yang akan diperolehi
ialah :
Aspek Kejiwaan
Seorang akan merasa tenang jiwanya apabila dia berada di hadapan orang yang dapat
memberikan kepadanya segala sesuatu yang diperlukannya dan mampu pula menolak
daripadanya segala bencana atau perkara-perkara yang tidak diingini menimpa dirinya.
Begitu juga situasi yang diakui oleh orang yang bersolat, iaitu mereka berada di hadapan
Tuhan Rab al-Alami, munajat kepada Penguasa alam semesta yang Maha Berkuasa ke
atas segala sesuatu, apabila ia menghendaki sesuatu maka dengan mudah sahaja ia terjadi.
Di dalam solat kita berdoa kepada Allah dalam setiap posisi, sama ada sewaktu
berdiri, rukuk, sujud mahupun sewaktu duduk, berdoa kepada Allah yang dapat
memperkenankan segala doa. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:

Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku


perkenankan doa kamu
(Surah al-Mukmin 40: 60)

Selain itu apabila solat dilakukan dengan sepenuh erti ia akan dapat memberikan
kekuatan dalaman kepada seseorang mukmin untuk menempuh penderitaan dan aneka
hidup di dunia ini. Ini bererti solat merupakan salah satu sumber kekuatan yang harus di
miliki.

26

Di dalam solat seseorang mukmin menghadapkan jiwa dan raganya kepada Tuhan,
mengadu kesusahan dan penderitaan, memohon supaya dibukakan kepadanya segala
pintu rahmat dan dicurahkan kepadanya segala bantuan dan pertolongan hanya ada pada
Allah sahaja. Firman Allah S.W.T:



Maksudnya: Dan Dialah yang menurukan hujan setelah mereka berputus asa, dan ia
pula menyebarkan rahmatnya merata-rata ( Ingatlah) Dialah pengawal
yang melimpahkan ehsannya, lagi Yang Amat Terpuji
(Surah al-Syura 42:28)
Dengan keyakinan bahawa segala ketentuan ditangan Allah akan menimbulkan
kekuatan jiwa dan melahirkan sifat-sifat mulia seperti berani menegak kebenaran dan
membenteras kemungkaran, bertawakal kepada Allah, bertenang dalam menghadapi
sebarang bahaya dan bencana, kerana kemudharatan dan kemanfaatan hanya Allah SWT
sahaja yang dapat menentukannya. (Abd. Rashid Hj. Ahmad ,1995 : 158)

Aspek Akhlak

Solat memberi kesan yang mendalam di dalam membentuk akhlak yang mulia. Kesan ini
bukan hanya terdapat sewaktu mendirikan solat sahaja, tetapi bermula sebelum
mendirikan solat iaitu ketika azan dan berwuduk. Seterusnya setelah selesai mendirikan
solat iaitu melalui zikir dan wirid. (Budah Udah Muhsin 1986 : 2)
Solat yang dilakukan berulang kali pada setiap hari di waktu-waktu tertentu
merupakan saat keemasan bagi seseorang menyegar kembali ingatannya kepada Allah

27

yang maha berkuasa sebagai tumpuan segala amal perbuatan dan di hari akhirat sebagai
matlamat akhirnya. Untuk tujuan itu seseorang yang bersolat sentiasa membersihkan
dirinya dari sebarang dosa dengan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Selain dari itu juga pentingnya solat adalah untuk membina akhlak seseorang ke
arah mendisiplinkan dirinya. Di dalam solat terdapat waktu yang tertentu untuk solat
yang tertentu. Begitu juga dengan rukun dan syarat dalam solat hendaklah dipatuhi
sekiranya tidak, solat seseorang itu tidak dikira.
Solat diperintahkan dalan waktu-waktu tertentu sebagai amalan harian kepada
setiap orang yang muslim adalah bertujuan membangunkan kesedaran kepada manusia
agar sentiasa berjaga-jaga tentang kepentingan masa.
Aspek Kesihatan
Kepentingan bagi mereka yang menghayati solat juga ialah ia dapat mendidik seseorang
supaya menjaga kebersihan. Solat hendaklah dilakukan dalam keadaan bersih tubuh
badan sama ada dengan mandi ataupun berwuduk. Begitu juga dengan pakaian
hendaklah bersih dari sebarang najis dan kekotoran, dan bersih tempat yang akan
didirikan solat. Firman Allah S.W.T:









Maksudnya : Wahai orang-oarang yang beriman ! Apabila kamu handak mengerjakan
solat( padahal kamu berhadas kecil ) maka berwuduklah iaitu basuhlah
muka kamu dan kedua belah tangan kamu sampai ke siku ,dan sapulah
sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu

28

sampai ke buku lali, dan jika kamu junub ( berhadas besar ) maka
bersucilah dengan mandi wajib.
(Surah al-Maidah 5:6)
Manakala apabila dilihat kepada pergerakan badan sewaktu melakukan solat yang
bermula dari berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk, ia tidak ubah bagaikan gaya -gaya
senaman badan yang dilakukan oleh ahli-ahli sukan di zaman moden ini. Menurut
Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, solat dapat dilakukan oleh semua orang, amalan solat
ini licin, lancar dan mudah serta boleh menjadi latihan rohaniah atau latihan jasmaniah.
(Diari Islam : 2003)
Oleh itu tidak hairanlah bahawa semua orang Islam yang mengerjakan ibadat solat
setiap hari mempunyai kekuatan tubuh badan, cergas dan efektif sepanjang masa.

Mewujudkan Perpaduan dan Persaudaraan

Sesetengah orang mengira bahawa solat ibadat yang hanya mendekatkan manusia
dengan Tuhannya sahaja. Namun sebenarnya di samping faedah tersebut di atas tedapat
kepentingan lain lagi iaitu solat dapat mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan
dengan cara berhimpun di masjid-masjid dan surau- surau .
Tidak wujud suatu kesatuan yang lebih erat daripada kesatuan orang-orang yang
bersolat jamaah di belakang seorang imam dan bermunajat kepada Tuhan iaitu Allah
S.W.T dengan kitab iaitu al-Quran al-Karim menghadap wajah ke arah qiblat yang satu
iaitu kaabah Allah Bait Allah al Haram dan seluruh ucapan serta pergerakan disatukan
dalam membentuk suatu amalan wajib iaitu solat. Dengan itu lahirlah kesatuan yang
menyeluruh yang dijiwai oleh roh. ( Abd. Rashid Hj. Ahmad 1995:165)
2.7 KESIMPULAN
Kesimpulannya, ibadat solat dilakukan untuk mencapai suatu tingkat kehidupan yang
hakiki di bawah siraman hidayah Allah S.W.T. Itu merupakan suatu tingkatan yang di
dalamnya berisi kelazatan iman, kedamaian dan ketenteraman batin.

29

Pada hakikatnya, solat merupakan saranan terbaik untuk mendidik jiwa dan
memperbaharui semangat, sekaligus sebagai penyucian akhlak. Oleh kerana itu solat
harus dilakukan dengan khusyuk, ikhlas dan rendah diri kerana keagungan-Nya. Solat
juga harus dilakukan sesuai dengan aturan syariat Islam seperti yang dicontohkan oleh
Nabi S.A.W baik menyangkut bacaannya mahupun kaifiyahnya.
Ibadat solat juga merupakan tindakan selanjutnya dalam pernyataan dua kalimah
syahadah. Oleh kerana itu wajiblah dikatakan bahawa solat itu adalah tiang agama. Tiang
yang menyangga atap atau puncak bangunan Islam (jihad).
Orang yang tidak menghayati makna solat, maka dia tidak akan boleh menjunjung
tinggi ukhuwah Islamiah. Padahal ukhuwah Islamiah itu merupakan kekuatan iman dan
semangat yang boleh membangkitkan perasaan yang dalam terhadap kasih sayang,
mahabbah, kemuliaan dan rasa saling percaya terhadap sesama mukmin yang terikat pada
ketakwaan dan akidah Islam.

Anda mungkin juga menyukai