Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
METODOLOGI
Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan
kajian. Aspek-aspek rekabentuk kajian, partisipan kajian, instumen kajian dan prosedur
kajian adalah amat penting untuk proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah
perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan
kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).
Persoalan tentang guru matematik terhadap penggunaan komputer dalam mengorganisasi
mata pelajaran matematik akan terjawab dengan menggunakan metodologi ini. Bab ini
membincangkan aspek-aspek reka bentuk kajian, partisipan kajian, instumen kajian dan
prosedur kajian.
Temu bual yang dijalankan dalam kajian ini memudahkan kami untuk mendapat
maklumat dengan lebih terperinci dan jelas. Kaedah ini dilakukan untuk mengetahui
secara langsung dari guru-guru matematik mengenai maklumat yang hendak diketahui.
Selain dari itu, maklumat yang diperolehi lebih tepat dan jujur. Proses ini dirakam dalam
pita rakaman dengan menggunakan radio kaset. Pita rakaman ini membantu kami
membuat skrip perbualan antara kami dan partisipan. Untuk mendapatkan maklumat yang
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, kami menemubual partisipan sekurangkurangnya dua kali.
Partisipan Kajian
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, kami sebagai penyelidik akan menjadi instrumen kajian ini. Kami akan
memungut data atau maklumat secara terus daripada guru-guru matematik Sekolah
tersebut secara temu bual dan rakaman. Soalan ini berbentuk temu bual separuh struktur
di mana jawapannya berpandukan soalan yang dikemukakan. Namun begitu ada di antara
soalan-soalan yang di luar daripada soalan yang dirancang kerana kami ingin mengetahui
dengan lebih mendalam lagi berkaitan soalan tersebut.
Prosedur Kajian
Dalam membuat prsedur kajian ini, perkara pertama adalah pemilihan tajuk yang sesuai
yang ingin dikaji. Setelah memilih tajuk yang sesuai, kami menulis cadangan
penyelidikan bagi tajuk tersebut. Setelah siap cadangan penyelidikan, permohonan
dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan ini untuk meminta kebenaran untuk
menjalankan kajian di sesebuah sekolah. Setelah diberi kelulusan oleh pihak
Setelah memperolehi kesemua dokumen seperti di atas, kami membuat temujanji dengan
partisipan untuk menetapkan masa, tarikh dan tempat yang sesuai untuk menemubual
secara sendirian dengan partisipan. Penetapan tarikh temu bual ini penting untuk
menentukan masa yang diluangkan oleh partisipan tidak mengganggu kerja sehariannya
yang sentiasa sibuk. Kami meminta kebenaran untuk merakam suara partisipan ketika
temu bual diadakan. Walau bagaimanapun, bagi partisipan yang tidak mahu suara beliau
dirakam, kami tidak merakam suara mereka dan kami cuba mencari partisipan lain
sebagai ganti. Kami menjaga kepentingan partisipan mengikut etika yang betul untuk
mengelak daripada amalan yang boleh mencemarkan nama baik partisipan termasuk
tanggungjawab yang bersabit dengan menjaga hak dan kepentingan partisipan agar
penglibatan mereka tidak mendatangkan kesan negatif kepada mereka. Oleh sebab itu
adalah lebih baik kami merahsiakan identiti mereka.
Soalan temu bual akan ditanya seperti soalan yang terdapat dalam lampiran, tetapi
penambahan atau pengubahsuai soalan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang
lebih mendalam atau lebih jelas. Rakaman dalam sesi temu bual tersebut dimainkan
semula serta semua perbualan antara kami dan partisipan dicatatkan satu persatu
perkataan dalam bentuk skrip.
Analisis Data
Setelah semua data dipungut melalui temu bual yang dirancang, rakaman antara kami dan
partisipan dimainkan beberapa kali untuk memastikan semua percakapan dalam temu
bual tersebut ditulis tanpa meninggalkan sepatah perkataan pun ketika menulis dalam
bentuk dialog. Dialog tersebut akan dijadikan transkripsi yang memudahkan kami untuk
membuat penilaian kajian mengikut kategori soalan kajian.
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual yang berbentuk separuh berstruktur dengan
jawapan yang diberikan terarah kepada soalan yang diberikan. Soalan yang terdapat
dalam lampiran ditambah atau diubahsuai untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan
jelas mengikut kesesuaian ketika temu bual dijalankan. Tambahan pula, tidak semua
soalan boleh ditentukan lebih awal. Saya menghadapi masalah dalam membuat
transkripsi kerana terpaksa menulis dengan cepat dan laju. Tambahan pula kebanyakan
partisipan bercakap menggunakan dialek tempatan. Justeru itu kami mengulang pita
rakaman berulang kali untuk membuat transkripsi dengan tepat.
Data yang diperolehi dalam sesi temu bual adalah berbentuk perkataan dan ayat.
Kesimpulan dan rumusan dapatan kajian dibuat daripada data dan ayat tersebut.
Kesimpulan juga boleh dibuat ketika kerja lapangan dilaksanakan, iaitu sewaktu data
dipungut di lapangan. Ini bermakna penganalisaan data boleh dibuat serentak dengan
pungutan data. Proses ini berlaku secara recursive dan dinamik di mana tafsiran tentatif,
hipotesis tentatif dan tekaan yang berasas terhadap data awal yang dipungut memandu
kami kepada sumber dan lokasi baru dan juga data tambahan yang perlu dipungut.
Selepas kerja lapangan, kami membuat penganalisisan data di mana kami akan membuat
tafsiran awal, hipotesis tentatif dan tekaan yang berasas untuk kami menyusun,
meniskala, menyepadu, dan mensintesis data dan seterusnya mentafsir maksud yang
terkandung dalam data. Maksud yang ditafsir dipengaruhi oleh cara data disusun,
diniskala, disepadu dan disintesis. Hal ini juga menimbulkan kemungkinan orang lain
membuat tafsiran maksud yang tidak sama sepenuhnya daripada data yang sama kerana
cara mereka menyusun, meniskala, menyepadu dan mensintesis data adalah berbeza.
Walau bagaimanapun keadaan ini dibenarkan dalam penyelidikan kualitatif asalkan cara
data dianalisis dihuraikan sepenuhnya untuk membolehkan para pembaca dapat menilai
analisis yang dibuat. Kami menyusun data mengikut kesesuaian dan kategori supaya
memudahkan data dianalisis dan juga untuk membandingkan cadangan penyelidikan yang
dirancang dengan yang dilaksanakan. Semua hasil temu bual, dialog dan transkripsi
disertakan pada bahagian lampiran.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
Kaedah kajian ini adalah menerusi temu bual. Temu bual yang dibuat di antara penyelidik
dan partisipan yang dipindahkan dalam bentuk dialog atau transkrip yang kemudiannya
dianalisis. Hasil kajian yang diperolehi daripada analisis data dikemukakan dalam bab ini.
Berdasarkan transkrip dan kategori yang dibuat, kami membuat analisis serta rumusan
kajian berlandaskan persoalan kajian. Kami tidak mengambil kesemua isi kandungan
skrip sebagai rumusan kerana tidak kesemua isi kandungan skrip adalah penting. Kami
hanya mengambil bahagian-bahagian skrip yang penting sahaja, bergantung kepada
kesesuaiannya dengan persoalan kajian. Selain daripada itu, kami juga menyentuh
beberapa perkara lain yang ditimbulkan semasa temu bual yang berkaitan persoalan
kajian.
Dapatan kajian
Mengikut pendapat partisipan pertama SMKPB dalam penggunaan komputer dalam P&P.
Beliau juga menyatakan penggunaan komputer bergantung pada masa dan keadaan:
Bergantung kepada masa, kalau kita sibuk tak boleh mengguna komputer ah, lebih suka
menggunakan manual bila kita ada kelapangan masa, seronok menggunakan komputer.
P1K1(6)
Bergantung pada keadaan sebab kita tak boleh nak kata bahawa kita boleh menggunakan
komputer setiap masa dan kita tak boleh nak kata kita menggunakan manual setiap masa
ok, ho gitu ah. P1K1(7)
komputer dalam P&P seminggu dua kali bermula pada tahun lepas.
Em seminggu dua kali gitulah, seminggu dua kali, sebab kita mengajar tiga masa,
hanya tiga kali je(sahaja) seminggu, tiga kali seminggu kita masuk kelas tu kan.
P1K1(2)
Tapi saya untuk guna peribadi saya, lama doh(sudah)maknanya hok mengajar
mengguna komputer mengajar masuk kelas bawak (bawa) komputer ni, baru tahun lepas
baru. P1K1(3)
Partisipan pertama dan kedua menyatakan komputer digunakan untuk membuat soalan:
[c]uma kita buat soalan je lah untuk em, bahan yang dah disediakan CD yang
dibekalkan oleh kementerian tu, daripada situ kita tambah sikit-sikitlah mana yang
sesuai, em soalan-soalan dia supaya em apa yang kita ajar tu lah.
P1K1(4)
kalau buat soalan tu, memang guna pun, guna komputer, tu komputer di sekolah kan.
P2K1(1)
Partisipan kedua yang mengajar tingkatan 2, 3 dan 4 di SMKPB pula menyatakan beliau
Berbeza dengan pernyataan partisipan ketiga yang menyatakan beliau hanya kerap
Gini (begini) em kalu (kalau) masa, masa tahun, tahun lepaslah, tahun pertama
mengajar dalam bahasa Inggeris ni, memang kerap ah, bila masuk tahun ni, tahun kedua
doh (dah) eh em kadang-kadang,[s]ebab em komputer tu
sebenarnya kita guna untuk em untuk, untuk membantu kan[b]ila kita dah biasa kan,
kita dok payah dohlah tu (tidak perlu lagilah itu), kita guna, guna cara kitalah pulak (pula)
sebab dalam tu pun ye(ia) ada hok (yang) kita nak sebut, sebenarnya komputer tu, ye(ia)
nok (nak) tu je (itu sahaja) nok (nak), nok (nak) suruh menda (apa), alat bantu kan bila
sekarang ni kak jarang doh (sudah) gunamasa baru-baru lagi kan, itu kak kata bila kita
dah kita dah ni, kita dah biasa, tahun lepas kita tak biasa lagi dengan term, term
matematik ni kita, kita tokleh (tidak boleh) nok (nak) kuasai lagi, kita bergantung
pada CD pah tu (lepas itu) tahun ni, doh (sudah) kita tahu doh (dah) kan sebutansebutan jadi dok payahlah (tak perlulah) CD tu P3K1(1)
Partisipan ketiga yang mengajar mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris
[b]ila kita ngajar (mengajar) diri (secara manual), ok, macam kita rasa budak boleh
bagi tumpuan kat (dekat) kita, ah macam ah, kalau komputer kadang-kadang ye (dia)
bosan, guna komputer. P2K1(3)
Partisipan ketiga pula berpendapat penggunaan cara manual lebih berkesan kerana tiada
gangguan:
Kalau tanya kak, kak rasa lebih suka manual[l]ebih effective ah, sebab kita dah
biasa[s]ebab em takdok (tidak ada) gangguanlah semasa kita mengajar, dok (tidak)
hang, komputer dok (tidak) hang, takdok (tidak ada) gangguan, kita boleh em ngajar
(mengajar) ikut cara kita, em P3K1(4)
Partisipan kedua berpendapat lagi, penggunaan komputer juga bergantung kepada pelajar
Cepat P3K1(6)
Beralih pula dari segi sejauh mana penglibatan guru dalam aktiviti yang melibatkan
Partisipan kedua dan ketiga pula menyatakan mereka tidak terlibat dalam kelab komputer:
Em tapi ada gok(juga) cikgu, cikgu hok (yang) ngajar (mengajar) ni ada jugak(juga)
hok(hak) yang terlibat tapi kak tak terlibat ah. P3K1(7)
cepat:
O tulis surat tu memang cepat ah, sebab kemas sikit, kan kemas skit (sikit) tulisan tu,
kadang ada setengah-setengah orang tu, tulisan dok (tidak) berapa lawa mana.
P2K2(8)
Sejauh manakah guru-guru matematik peka dengan perisian yang digunakan untuk
menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pengurusan mata
pelajaran matematik dengan menggunakan komputer?
Bagi menjawab persoalan kedua ini, kami lihat pandangan guru-guru SMKPB daripada
Partisipan pertama dan ketiga menyatakan mereka menggunakan perisian yang telah
O perisian yang dah sedia bagi pada kita [Menggunaan perisian yang telah
disediakan oleh pihak sekolah] P1K2(1)
Em Microsoft Word ah, hok (yang) kita buat sendiri[b]uat sendiri Microsoft
Word senang [Buat sendiri menggunaan Microsoft Word menjadi senang] P1K2(3)
Kalu (kalau) Microsoft Word tu guna ah nak taip soalan apa[Penggunaan perisian
Microsoft Word untuk menaip soalan] P3K2(2)
Partisipan pertama dan kedua menyatakan Microsoft Excel digunakan untuk memasukkan
markah pelajar:
Dia guna Excel lah, memang guna program Excel, jadi dia dah ready, dah (sudah)
sedia dah komputer tu kan, program tu, kita hanya pergi guna jelah, masuk markah,
bukan untuk P&P ah tu [Microsoft Excel digunakan untuk memasukkan markah
pelajar dan bukan untuk P&P] P1K2(4)
Ho, ya, ya, ya, em o hok (yang) tu guna ah, kalau sendiri dok (tidak) guna, dia set
doh (sudah) dalam dalam lab [Menggunakan perisian Microsoft Excel yang sudah
sedia ada dalam makmal untuk memasukkan markah pelajar] P3K2(4)
Partisipan kedua menyatakan penggunaan perisian Microsoft Excel hanya untuk guru
kelas:
O, pengiraan, dok (tidak) guna gi (lagi)[s]ebab, sebab bukan guru kelas, kan untuk
guru kelas jelah, kalau hok(hak) pelajar ni, untuk pelajar ni Microsoft Word dengan
tu jePower Point, pas tu (lepas itu) bahagian CD tu, hok (yang) tu ah.
[Penggunaan perisian Microsoft Excel hanya untuk guru kelas] P2K2(3)
Point:
Partisipan kedua pula menyatakan beliau menggunakan Microsoft Power Point untuk
mengajar:
Untuk ngajar (mengajar), untuk kita buat Power Point kan sebab untuk menambah,
untuk menarik budak, kalau dok (tidak) kalau dok (tidak) macam Power Point kan gerak,
gerak-gerak kan. Ho, jadi kalau macam ada gitu (begitu) ye (dia), budak tertarik skit
(sikit) kalau duk (duduk) diam je (sahaja), em dok (tak) jadi. [Penggunaan perisian
Microsoft Power Point] P2K2(4)
Partisipan pertama dan ketiga menyatakan beliau tidak menggunakan perisian Microsoft
Access:
Dok (tidak) guna, dok (tidak) guna [Tidak menggunakan perisian Microsoft Access]
P1K2(6)
Microsoft Access:
Partisipan ketiga menyatakan beliau juga belajar serta bertukar-tukar pendapat mengenai
Hem hem hem, melalui kawan-kawan gitu kita sama-sama cikgu math ni kan,
bertukar-tukar gitu ah [Belajar serta bertukar-tukar pendapat mengenai penggunaan
perisian bersama-sama guru-guru matematik] P3K2(5)
Kesesuaian perisian harus diambil kira dalam melakukan sesuatu tugas yang bergantung
Membantu gok (juga) komputer ni, pandangan sayalah lebih baik guru, sebab interaksi
secara insani ni, dengan menggunakan robot ni, sebab kita ada satu hubungan,
hubungan kemanusiaan ni, dia sebab itu kalau nak berguru ni kena cari guru bukan cari
robot[d]ia memang doh (lah) sebagai alat bantu mengajarlahbantu guru untuk
murid memahami contain apa yang dipelajari hok (yang)[m]embantu makna menda
(benda) tu bukannya em hok (yang) sepenuhnya kita guna menda (benda) tu je, tapi
tanpa benda tu pun, guru boleh mengajar, ok. P1K2(7)
Benda yang berhibur mendatangkan keseronokan tapi suatu benda yang bercorak
akademik dia tidak menjadi hiburan walau pun kita masuk dalam animasi yang bercorak
hiburanhanya orang yang bermotivasi sahaja dia, dia akan anggap bahawa menda
(benda) ini memang menyeronokkan, orang yang tidak bermotivasi dianggap benda tu,
apa benda ni[p]okok pangkalnya budak tu sendiri komputer je (sahaja) canggih, apa
yang dipersembahkan oleh, apa yang digunakan, apa yang ada contain dalam komputer
tu hebat tetapi bukan budak nak menda (benda) yang hebat itutapi sekurangkurangnya, menda (benda) tu memang membantulah dan kita tidak boleh
menganggapkan bahawa dengan adanya benda tu, dia akan menjadi bom meletup satu
keputusan yang maha besar[s]ebab saya kata tadi kan, bila nampak budak slow sikit,
kita kurangkan penggunaan, nampak budak apa benda ni manual nampak slow menda,
kita guna komputer balik. P1K2(8)
Pada pandangan partisipan kedua pula Microsoft Word sesuai untuk buat soalan, dan
Microsoft Power Point dapat menarik pelajar serta CD juga sesuai digunakan:
Kalau Microsoft Word tu sesuai untuk buat soalan tu, memang senang ah sebab ye (ia)
taip je (sahaja) kan[y]e (ia) taip je (sahaja), dok payah (tidak perlu) guna Power
Point ah menda tu, Power Point ni, untuk menarik budak, untuk tunjuk ke budak menda
(benda) kita buat o, hok (yang) kita buat tu, tunjuk ke budak molek ah, kira sesuai ah
sebab ye (ia) ada, ada ada menda (apa), ada bunyi-bunyi skit (sikit) kan, ada
pergerakan huruf-huruf tu, pas tu(lepas itu), okey ah budak, budak minat ah (lah)
[e]m tambah CD ah, CD pun okey gok (juga). P2K2(6)
Selain daripada itu, partisipan kedua berpendapat penggunaan komputer yang cepat
dia cepat, cepat tapi budak susah nak faham sebab ia terlalu cepat kan, bila
komputer tunjuk kalau, kalau kita guna, kalau kita ngajar (mengajar) kita boleh tunjuk
sutel (satu), sutel-sutel (satu-persatu), kalau komputer ni, ek, ek, ek, ek, macam deras
(cepat) ah, budak dok (tidak) faham pun tu je (sahaja), ada keburukan jugak ah
(jugalah). P2K2(7)
Sebab dia terlampau ni kan kalau, terlampau detail, benda perisian dia tu, misal
kalau nak ajar em nak ajar fraction, contoh dia, pecahan, ha adik dia pergi satu-satu,
macam kita, kita ada, kita boleh simplified dan dia gi (pergi) se (satu), se (satu) ah
lambatkadang-kadang setengah, dia bergantung pada CD, kadang-kadang CD tu
bila kita dok leh (tidak boleh) nok (nak) fast, kita dengar je (sahaja) P3K2(6)
Internet tidak digunakan di sekolah[d]i sekolah ni ada tapi tidak digunakan, makna
kita ada satu line tak di sambung ah[g]uru-guru nak guna boleh tapi guru-guru tak
gunadok (tidak) cukup talian, dok (tidak) cukup ruang masa kalau internet tu cikgu
masing-masing ah, individu di rumah( guru menggunakan internet secara individu).
P1K2(9)
Partisipan pertama berpendapat kelebihan komputer adalah cepat dan mempunyai bahan-
bahan P&P:
Kelebihan komputer, yang nombor satunya bila kita dah bersedia, dia jadi cepat ah,
masa tu kita boleh em cepat lagi dan satu lagi kelebihan dia, kita dah ada bahanbahan yang telah disediakanlah oleh kementerian, jadi menda tu membantu jugaklah
kita[h]o tapi syaratnya kita kena brsedia terlebih dahulu dan dia akan menjadi cepat
kalau masa tu nak tengok selalunya gitulah masa kita em, setengah jam nok (nak) masuk
kelas barulah kita tengok masa tu jadi kelam kabutnya[e]m dok (tidak) jugak (juga),
tidak semestinya tapi bila kita dok (tidak) tengok lagi, setengah jam sebelum nok (nak)
masuk kelas tu baru kita tengok, kalau kita tak tengok lagi kalau kita dah tengok sebelum
tu masuk je sebab kita tahu contain dalam CD tu apa dan kita carilah em, tajuk mana
yang kita nak ajar tu, kan barulah kita bawak (bawa) hok (hak) kita dah (sudah) tahu,
a bab berapa kita klip je bab yang kita nak ajar tu sebab dalam CD tu dia banyak
contain dia kan yang tidak semuanya ada dalam CD tu berkenaan dengan apa yang
kita nak ajar. P1K2(10)
Partisipan kedua berpendapat kelebihan perisian adalah membuatkan kerja mudah dan
kemas:
Macam latihan menggunakan komputer senang ok, senang nok (nak) wak (buat) kerja,
dok payah (tidak perlu) tulis tangan, kemas pun kemas. P2K2(9)
a, em, a, sebab ye (ia) ada animasi, benda tu bergerak, ye (ia) ada bunyi kan, menda
(benda) tu.( dengan penggunaan Microsof t Power Point) P2K2(10)
Manakala partisipan ketiga pula berpendapat kelebihan perisian ialah dapat membantu
A a kelebihan kita, dia membantu ni la, kalau kita dok (tidak) pandai sebut lagi
menda-menda (benda-benda) term, term matematik, term sains kedia membantu
melalui ha P2K2(11)
Daripada kajian ini, beberapa masalah yang dapat dikesan yang kerap dihadapi oleh guru-
pelajar.
Nombor satu, ambil masa untuk pasang, nombor dua bila kita kita guna komputer ni
kita pasang komputer kita kita, kita apa, kita ngadap (berhadapan) komputer tu, faham
dok (kan), ngadap (berhadapan) tu, buka komputer, budak-budak yo ya, yo ya (bising)
belakang nun (sana), kita nak kena cakna, kita cakna ke komputer, kita dok (tidak) cakna
ke budak, budak bising, kita tinggal komputer, komputer dok (tidak), dok (tidak)
terurus pah tu(lepas itu) pulak (pula) kita nak berinteraksi dengan komputer tu kan,
makna kita kena duk (duduk) depan je (sahaja) nak gerakkan mouse tu, nak
gerakkan komputer tu kan,
kita[j]adi kita kena tengok budak satu hal, kita kena tengok komputer satu hal, kalu
(kalau) kurang tengok budak, budak dok (tidak) berapa cakna, dia macam orang tengok
TV, tengok TV ni, ia macam satu benda hiburan dok (kan), tengok TV, ia nok (nak)
tengok tengok sekadar tengok, ha, macam, kalau benda tu berubah menjadi akademik
diadok (tidak) berapa, tumpuan dokleh (tiada perhatian) betul dok (kan)? P1K3(1)
Kalau ada macam masa-masa subjek, ada masa hok (yang) rasa begitu cepat sangat
kan, baru kita guna, sebab, sebab em gini, kalau kita guna tu lambat, nok pasang satu
hal pas (lepas) tu budak akan tengok tu ah. P3K3(1)
Partisipan kedua juga bersetuju dengan kenyataan di atas dan masalah membawa
Nok (nak) pasang tu lambat ahnok (nak) gabungkan dengan LCD, lambat skit (sikit)
kalau nak ngajar kan[S]e (satu) gi (lagi) ye (ia) macam nok (nak) bawak (bawa) gi
(pergi) mari, gi (pergi) mari remeh ah[n]ok kata berat, dok (tidak) berat tapi banyak
barang kan, laptop lagi, buku-buku kita lagi. P2K3(1)
Partisipan pertama menyatakan komputer yang rosak sedikit hanya dibaiki oleh guru-guru
sekolah sahaja:
Setakat ni, maknanya dengan cikgu sekolah sama-sama bantu membantulah baiki
[r]osak sikit-sikit, pakat-pakatsama-sama, kawan-kawan, hok (yang) ni tanya guana
(macam mana) ni, ho, hok (yang) ni mari tengoklah, kalu (kalau) hok (yang) teruk sangat
tu, kita hantar kedai ah (lah). P1K3(2)
Manakala partisipan ketiga menyerahkan komputer yang rosak kepada guru komputer
untuk dibaiki:.
kita akan serah, dia ada cikgu komputerada cikgu yang reti ah ha Kak dok reti
ah [Komputer yang rosak akan diserahkan kepada guru komputer atau guru yang
pandai membaiki komputer] P3K3(2)
Partisipan kedua pula menyatakan tiada makmal komputer yang digunakan untuk kelas:
Ha, kalau macam sediakan tempat khas takpe, macam bilik, bilik, makmal ke letak
komputer situ, senang, kita mari ho wak (buat) je (sahaja), dok payah (tak perlu) kita
nak angkut (bawa) sebab sekarang ni kan, sekolah takdok (tidak ada) lab, lab guna
untuk kelas, susah skit(lah).[Kalau disediakan tempat khas seperti bilik atau makmal
komputer untuk kelas akan memudahkan kerja kerana guru tidak perlu membawa
komputer ke mana-mana sebab sekarang ini sekolah tiada makmal guna untuk kelas]
P2K3(5)
Partisipan kedua dan ketiga berpendapat masalah komputer yang berhenti operasi secara
Hem, guna-guna acap skit dokleh ah. Em hang tu teruk em, masalah hang rosak,
rosak je, dok leh nok ngajar terus, he[d]oh duk baiki menda tu, o nok wak gane, nok
wak jadi macam terganggu pelajaran kita ah, kita nak ngajar tu, kan, terganggu, ah,
ngajar jugak, tapi, tapi masa tu kan, sikit ah, duk main sibuk baiki komputer
[Kekerapan penggunaan komputer menyebabkan komputer tersebut berhenti operasi
secara tiba-tiba serta menganggu waktu belajar dan kadang-kala terpaksa berhenti
mengajar untuk baiki komputer tersebut menyebabkan waktu belajar menjadi pendek.]
P2K3(2)
Em, memang, black out tu, black out tu merosakkan komputer gok (juga) o, black
out. P2K3(3)
Di samping itu, terdapat juga masalah penjagaan komputer seperti yang dinyatakan oleh
partisipan kedua:
Kalau laptop ni, memang sensitif sikit, ye (ia) kena jaga molek ah laptop sebab laptop
kan biasanya kita bawak (bawa) gi (pergi) mana-mana kan, hok (yang) lain personal
computer tu dok leh (tidak boleh) bawak (bawa) gi (pergi) mana ye(ia) sensitif ah, kena
jaga molek, lagi pun benda alat-alat mudah rosak gok (juga), o sensitif, macam skrin,
skrin ye sensitif P2K3(4)
Persediaan dilakukan untuk memudahkan guru semasa P&P kerana guru perlu memilih
bahan yang sesuai, jika perlu guru tersebut akan menambah atau mengubahsuai apa yang
terkandung dalam perisian yang ingin digunakan. Partisipan pertama berpendapat kadang-
Kadang-kadang kita nok (nak) bersedia tu kita tak dok (tidak ada) masa[b]elajar
kejap je, masa untuk bersedia tu lah yang mengambil masa nya[k]ita kena bersedia
dulu, baru jadi cepat, kalau tak bersedia memang lambat ah jadi P1K3(4)
Beliau menyatakan komputer tidak digalakkan bawa pulang ke rumah untuk membuat
persediaan:
Menda tu tidak, tidak bebas ah ok, nok (nak) wak (buat) balik rumah ke apa, tapi bila
ada keperluan[u]ntuk bersedia di rumah kita dibenarkan wak (buat) balik ahtapi
kita tidak menggalakkan wak (buat) balik, tak menggalakkan[s]ebab bila ada
kehilangan, menda tu bukan murah[m]emang bertambah kerjalah, bertambah, dulu
tak perlu tengok, tak perlu buka-buka komputer tengok apa bersedia tu, ni mengajar
banyak tu juga, betul dok (kan), ho sekarang ni bila dah ada komputer beban semakin
bertambah nok (nak) jaga komputer laginok sediakan bahan lagi mengajar pun banyak
tu juga. P1K3(5)
Daripada pendapat partisipan kedua yang menyatakan perlu masa yang banyak untuk
persediaan:
Tu lah (itulah) kita dok (tidak) bersedia secara manual kan[s]usah skit ah, masa
memang banyak, baik kita ngajar manual gitu senang, eksenang, senang je, bagi nota
skit (sikit), bagi nota. P2K3(6)
Partisipan ketiga pula berpendapat perlu masa yang lama guna komputer dalam P&P:
Rasa Kak Yah lambatlah, kita lambat ni kita, kita kalau hari tu kita nak learning outcome
dia, dua, tiga, boleh se (satu) je (sahaja) kadang-kadangdari segi proses tu lambat
[l]ambat, lambat, memang lambat guna komputer tapi dia memang mudah kalu (kalau)
kita ngajar (mengajar), maknanya membantulah, ni gok (juga). P3K3(3)
Bila kita pergi berkursus sekolah, murid tak belajar pulak, ha, ha, ha tapi hok yang lain
boleh dibuat jika mahu, betul, dok (kan)? Ho sebab benda ni program dalam negara
kan, saya akuilah memang guru-guru ni kurang berpengalaman dalam bidang
komputer [Apabila guru pergi menghadiri kursus, kelas terpaksa dibatalkan kerana
kekurangan guru.] P1K3(7)
Memang banyak masalah belajar sendiri ni, kita dokleh (tidak boleh) nok (nak)
nafikanlah. [Mempunyai banyak masalah belajar komputer sendiri] AHF20(III)
Berhubung dengan masalah pemahaman pelajar, menurut pendapat partisipan kedua yang
Ehem, em guna komputer untuk budak ah. Untuk budak macam, masa belajar kan,
masa belajar macam kan bahasa ing, bahasa inggeris, ETeMS kan ada tu, kena guna
komputer kan, ada program dalam komputer o, ada, ada CDlah maknanya, kita dokleh
(tidak boleh) nak guna gok (juga) sebab budak dok (tidak) faham sebab CD tu ye
macam, ye guna bahasa Inggeris straight kan, budak-budak bukannya pandai bahasa
Inggeris[t]erang gitu, gitu-gitu jelah, ye (dia) suruh tengok gitu-gitu P2K3(9)
Beliau berpendapat pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris tidak faham apa yang
dipelajari:
Ada setengah-setengah tu, ada setengah pelajar ok, setengah-setengah tu kurang kalau
macam hok (yang) hujung-hujung kan, ok, kalau macam hok (yang) dok (tidak) pandai
bahasa Inggeris tu, o hok (hak) tu memang dok (tidak) minat dok (tidak) faham kan
menda (benda) apa hok (yang) ye (ia) kata o, kalau budak yang pandai bahasa Inggeris
tu, minat lahlambat, se (satu) gi (pergi) macam kalau kita translate kira bahasa
Melayu, ok kalau kita royak (bagi tahu) dalam bahasa Inggeris, dok (tidak) faham, kita
kena royak (bagi tahu) bahasa Melayu pulak (pula). P2K3(11)
Kalau, kalau kelas depan tu mungkin deras ah, kalau kelas depan kita nok cepat kan
belajar, nok suruh habis silibus tu okey ah tapi kalau kelas hujung tu, dok (tidak) jadi
sebab budak dok (tidak) faham, budak susah nak faham, dok (tidak) sempat, jadi kita
kena ulang balik menda (benda) apa[k]alau sejam ok, kalau sejam mula-mula tu okey
ah, em, sepuluh minit pertama tu okey, lepas tu, em, mula lah ye (dia) bising ye (dia)
bosan, sebab ye (dia) dok (tidak) faham kan benda tu, benda hok (hak) buat komputer tu
royak (bagi tahu), makna kita kena jelas mula, kita kena a se (satu) tajuk kita terang
pulak dalam bahasa Melayu, sebab kelas, sebab sekolah ni kan, sekolah luar bandar,
susah skit (sikit) ah.
P2K3(14)
Beliau menyatakan lagi, sesetengah bahan yang terdapat dalam CD tidak difahami
pelajar:
CD yang diberi mempunyai penerangan yang jelas dan panjang lebar, ini
menyebabkan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan silibus lagi pun pelajar
kurang faham sesetengah bahan yang ditunjukkan dalam CD tersebut, ini juga
menjadikan kurang penggunaan komputer disebabkan murid tidak faham. Tidak perlu
ditunjukkan kepada murid jika murid tidak faham, lebih baik guna cara manual sahaja
yang lebih senang atau buat sendiri dalam Microsoft Power Point, kita boleh ikut
kesesuaiannya. P2K3(12)
Partisipan kedua juga berpendapat CD yang digunakan jelas dan panjang lebar
kita sepatutnya kita ada tiga hari tu, kita nak learning outcome tiga, tapi kalau kita
bergantung pada, boleh dua je, sebab dia direct sangat dalam CD ok
P3K3(4)
Daripada soalan temu bual didapati kesemua partisipan belum menggunakan perisian
tersebut dengan rasminya. Ada juga sesetengah partisipan yang tidak tahu langsung dan
ada juga partisipan yang tahu serba sedikit sahaja mengenai perisian tersebut. Pernyataan
A belum, kita tak tahu pun[h]o, ho belum, belum, belum, kita belum didedahkan
pun[c]uma sekadar tengok-tengok je lah, makna kita[e]m time apa orang
panggil, time constrain, he, hem. P1K4(1)
Em, em, dok guna..[d]ok belajar pun lagi hok tu atasan tu, budak-budak ni[h]a,
untuk diri sendiri ah. Ada gok(juga) skit(sikit). P2K4(1)
Bagaimanakah reaksi guru terhadap pihak pentadbir sekolah dan JPN dalam
melakukan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan mata pelajaran
Berdasarkan data yang didapati, berikut adalah reaksi guru terhadap pihak pentadbir
sekolah dan JPN dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan mata pelajaran
matematik oleh guru-guru matematik dengan menggunakan komputer dilihat dari segi
penggunaan komputer, alatan komputer dan kursus komputer.
Menurut pendapat partisipan pertama yang pernah mengambil kursus sebanyak dua kali,
kursus komputer masih lagi tidak mencukupi dan beliau terpaksa belajar sendiri:
Ho.. bergantung kepada self access learning, ha, ha cuba-cuba dan diberi tu,
maknanya kemahiran komputer dengan apa yang kursus yang dibagi tidak mencukupi
[s]aya baru kursus komputer dua kali baru P1K5(3)
Partisipan kedua yang pernah menghadiri kursus komputer sebanyak sekali juga
menyatakan beliau terpaksa belajar sendiri: