Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2015

13 Julai 2015.......
. .
Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul
Rahman, Tutor Fakulti
Pengajian Al-Quran Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yang Berbahagia
Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, Ketua
Penolong Pengarah Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan
Menengah MARA,
Yang berusaha, Ayahanda Pengetua Tuan Hj. A. Bakar bin A.
Rahim, TPHEP En. Nazrul Hisham bin Mohd Tahir, TPHEA
Pn. Rahmatul Aida Binti AB Rahman, Pemangku TPHEKOK
Cik Hariza Binti Halim, Guru-guru, seterusnya..
Yang dikasihi, rakan-rakan sekalian..
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang
berbahagia al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman
dan Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad,
atas kesudian menerima undangan ke Majlis Khatam AlQuran MRSM Bentong bagi tahun 2015.
....
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi
kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita
dipertemukan di Surau Al-Fateh ini, dalam Majlis Khatam
Al-Quran dan Iftar Jamaie MRSM Bentong 2015. Sepanjang
bulan Ramadan ini, unit Pendidikan Islam dan Badan

Kerohanian MRSM Bentong telah mengadakan program


Tadarus al-Quran. Objektif program ini diadakan adalah
untuk menggalakkan para pelajar membaca Al-Quran bukan
sahaja pada bulan Ramadan malah pada bulan-bulan lain.
Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang
cintakan Al-Quran dapat direalisasikan melalui programprogram sebegini. Program Tadarus Al-Quran ini dibahagikan
kepada beberapa juzuk mengikut kelas dan tingkatan.
Alhamdulillah sepanjang tempoh yang diberi para pelajar
memberi kerjasama yang baik sterusnya melancarkan lagi
program tadarus yang diadakan.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini, marilah kita
sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan saudara Hafiz Haziq bin
Amizi untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.
#########
Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan
bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan
dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berbahagia, Al-Fadhil
Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Tutor Fakulti
Pengajian Al-Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM), untuk memperdengar bacaan suci Al-Quran.....
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

#########
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kepada
Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul
Rahman atas bacaan ayat suci Al-Quran sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan sekali lagi Al-Fadhil Ustaz Ahmad
Tarmizi bin Abdul Rahman untuk memimpin majlis Khatam
Al-Quran pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
#########
Alhamdulillah, majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima
kasih kepada Al-fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul
Rahman atas pimpinan majlis khatam al-Quran sebentaas tadi.
Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput Al-Fadhil
Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, Penolong
Pengarah Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Menengah
MARA, untuk menyampaikan Tazkirah ringkas, Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan..
#########
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil
Ustaz Wan ahmad Marzuki bin Wan Ahmad atas penyampaian
Tazkirah ringkas sebentaas tadi..
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Ayahanda
Pengetua Tuan Hj. A. Bakar bin A. Rahim untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

##########
Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda
ucapan sebentar tadi..

Pengetua, atas

Sebagai tanda terima kasih daripada pihak majlis,


dipersilakan Yang berusaha Ayanda Pengetua, Tuan Hj. A.
Bakar bin A. Rahim untuk menyampaikan cenderamata
kepada tetamu jemputan kita, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi
bin Abdul Rahman, Tutor Fakulti Pengajian Al-Quran
Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan AlFadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, Ketua
Penolong Pengarah Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan
Menengah MARA. Dipersilakan
#########
Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda Pengetua, atas
kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.
Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis
Khatam al-Quran MRSM Bentong, ingin mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Semoga kita semua
akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan
membaca
tasbih
kaffarah
dan
surah
al-`Asr.
Sekian, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum
wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa
ilal liqa, maas salamah.

Pengumuman.
Untuk makluman hadirin, kita akan menunaikan solat Magrib
terlebih dahulu sebelum minkmati juadah berbuka di Dewan
Selera. Sebentar lagi pihak BADAR akan mengagihkan
sebotol air mineral dan beberapa biji Tamar untuk berbuka di
suarau terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai