Persoalan:
6)Hidup berdikari
Sejak kecil lagi Kanang belajar hidup berdikari selepas dihalau oleh ibunya.
Sikap berdikari ini tetap ada apabila usianya menanjak remaja. Kanang
sememangnya senang hidup berdikari.
Watak sampingan
Ciri-cirinya ialah:
a)merupakan isteri Kanang ,berkahwinan ketika usia 14 tahun.
b)memahami tugas dan tanggungjawab kanang
c)bertanggungjawab
d)perasaan kasih dan saying sebagai seorang isteri amat menebal.
e)bijak dan gigih..
f)berfikiran positif
~Datuk Kanang
Ciri-cirinya ialah:
a)anggota tentera dan berbangsa Iban
b)Amat menyayangi Kanang .
c)orang yang memperkenalkan Helen kepada kanang
~Mr. Ford
Ciri-cirinya ialah:
a)Majikan pertama kanang
b)berbangsa inggeris
c)memberi surat kepada Kanang untuk menyertai Iban Tracker
Ciri-cirinya ialah:
a)memimpin pasukan Rejimen 8 Renjer dari 2 Jun 1976 hingga 26
Disember 1977.
b)bertanggungjawab menukar haluan hidup Kanang
c)memberi semangat agar Kanang meneruskan perkhidmatannya
Ciri-cirinya ialah:
a)seorang yang pendiam dan amat memahami kehendak kanang
b)peninjau kedua dalam operasi jejakan musuh di kawasan
hutan Tanah Hitam
c)cedera parah akibat tertembak oleh pihak musuh semasa mereka
diserang hendap.
Ciri-cirinya adalah:
a)seorang daripada pegawai Memerintah
b) gelaran CO Helmet kerana gemar menggunakan topi besi
c)tegas dan berdisiplin
d)memimpin pasukan Rejimen 8 Renjer dari Julai 1974 hingga 1 Jun
1976
~Nam Yat
Ciri-cirinya ialah:
a)pemimpin pengganas Markas Unit Penggempur kelima
b)bergerak cergas di sekitar kawasan hutan korbu
c)cedera tapi sempat melarikan diri
~Permulaan
~Perkembangan
Sejak dihalau, Kanang hidup menumpang dan meminta belas ihsan daripada
sesiapa untuk meneruskan kehidupan. Selepas beberapa lama, Kanang dijaga
oleh datuk dan neneknya. Kanang memulakan kerjayanya sebagai Iban Tracker
di bawah pasukan Rangers Sarawak pada 21 April 1962. Kanang menjalani
latihan rekrut dan mengesan di sekolah di Sekolah Latihan Peperangan Hutan,
Ulu Tiram, Johor. Misi mendapatkan kembali Limbang dan membebaskan Brunei
daripada memberontakan yang diketuai oleh Azahari merupakan misi terawal
yang disertai oleh Kanang.
~Klimaks
Pada tahun 1980, Kanang telah menyertai operasi Gerakan Pukat untuk
menjejaki komunis di kawasan Tanah Hitam, Perak. Pertempuran yang hebat
telah berlaku pada 19 februari 1980. Pasukan Kanang telah diserang hendap di
kedudukan QY 615212. Kanang mengalami cedera parah di bahagian perut dan
dada. Kanang dipindahkan dengan helicopter dari kawasan pertempuran ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
~Peleraian
Kanang koma selama seminggu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi. Akibat
daripada kecederaan tersebut. Kanang telah diklasifikasikan sebagai Base
Everywhere (BE). Kanang ditukarkan ke Sekolah Tempur Pegawai Muda
(STPM) sebagai seorang jurulatih pada 2 januari 1981. Sebelum bersara,
Kanang telah dinaiikan pangkat lagi sebagai Pegawai Waran 2 dan kemudian
Pegawai waran 1. pada 6 Mei 1986, upacara penyerahan potret kanang kepada
pihak.
~Dialog
Contoh:
a) ‘ awak tidak ikut berbaris?’ tegur satu suara telor keinggerisan.
‘tidak mahu,’ jawab saya dalam bahasa Iban.
Lelaki kulit putih yang berpakaian seragam tentera itu bersuara semula.
‘ awak tidak mahu masuk askar?’
b) ‘Apa awak fakir Sarjan ?’ tanyanya.
‘Saya pasti pengganas. Tapi kesan ini sudah beberapa hari,’ kata saya.
‘kita ikut jejaknya,’ ketua plantun mengarahkan.
~Saspens/suspens
Contoh:
a) Pembaca tertanya-tanya akan kesudahan yang dialami oleh Kanang
setelah mengalami kecederaan yang begitu parah. Sebelum itu, pembaca
juga tertanya-tanya sama ada Kanang dan anggota-anggota tentera yang
lain mampu membunuh musuh atau tidak.
~Imbas muka
Contoh:
Kanang telah menyatakan hasratnya untuk berjuang dalam bidang yang lain
selepas bersara
~Monolog dalaman
Contoh:
Ketika terjaga daripada mimpi buruk, Kanang telah berfikir sendirian tentang
mimpi tersebut
~Pemerian
Contoh:
Keadaan hidup Kanang yang serba susah dan kekurangan sejak kecil telah
diceritakan melalui teknik ini…
Kisah mimpi Kanang bahawa parang kesayangannya banyak berjasa kepadanya
telah dipatah-patahkan, telah disampaikan melalui teknik ini
Matahari sudah naik dan teriknya sudah mula menggigit kepala.
Latar Masa
Februari 1963:
Kanang terlibat dalam usaha membanteras pemberontakan di Brunei.
25 Mei 1965:
Kanang mendirikan rumah tangga dengan Helen Latai
Mei/Jun 1979:
Tentera di hutan Korbu, Perak ke atas Unit Penggempur ke-5 pimpinan Nam
Yat.
Feb 1980:
Gerakan di Tanah Hitam, Perak, Kanang mengalami kecederaan parah di perut
dan di dada.
LATAR TEMPAT
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang cinta akan tanah air dengan sepenuh jiwa raga
- Anggota tentera yang diketuai Kanang yang tabah berjuang mempertahankan
keamanan negara daripada ancaman musuh, iaitu pengganas komunis
walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka.
(3) Kerajinan
- sikap Kanang yang rajin menjalani latihan kawad
(6) Kerjasama
- Kerjasama Kanang dan anggota tentera yang lain sebagai satu pasukan,
misalnya dalam operasi Gerak Setia 8/79.
- Kanang dan anggota yang lain membantu rakan-rakan mereka yang tercedera
ke winching point untuk diberikan rawatan, manakala anggota risik tempur dan
pasukan tinjau khas mengawal keselamatan kawasan tersebut.
Semasa makan, Kamarul Azam telah berjaya menghalau agas dan kelkatu
berterbangan dan masuk ke dalam makanan mereka. Hal ini demikian kerana
dia telah berusaha untuk mengumpulkan ranting kayu kering untuk dibakar bagi
menghalau agas dan kelkatu. Dalam KCSP pula, Kanang telah berjaya
mengesan jejak musuh dalam beberapa operasi termasuk Gerakan Pukat.
Kejayaannya didorong oleh berkat semangat dan usahanya yang bersungguh-
sungguh.
Diksi
Pemilihan kata yang digunakan sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan
dengan dunia ketenteraan. Contohnya, markas, raifal, platun.
Ayat
Ayat pendek. Contohnya,
Malam.
Badan masih lesu.
Ayat panjang. Contohnya:
Pada jam 2130 malam, selaku platun risik gempur 8 Renjer, saya telah
menerima hukuman bergerak bersama-sama dengan kompeni C tinjau khas dan
platun risik gempur RAMD.
Peribahasa
Maklumlah selama ini saya umpama katak di bawah tempurung.
Seperti sirih pulang ke tepak, maka saya pun ditukarkan semula ke batalion yang
telah mengharumkan nama saya dahulu, Iaitu Batalion Kelapan Rejimen Renjer
Malaysia.
Anak buah – merujuk kepada anggota bawahan Kanang yang tercedera dan
terkorban semasa Gerakan Setia di Hutan Korbu.
Simile
Pendek kata hidup saya laksana perahu yang terumbang-ambing dibuai ombak
dan tidak mempunyai arah tujuan.
Repitasi/Pengulangan
Kalau datuk ke sungai menjala ikan, saya ikut. Kalau datuk ke hutan pergi
memburu, saya ikut.
Personifikasi
Keletihan membuatkan saya tidur begitu nyenyak dengan dengkur yang keras
tetapi sang mimpi telah mengganggu saya.
Metafora
o Api marah sudah menghantui saya.
Hiperbola
Tangan kanannya tidak boleh diangkat. Dagingnya kelihatan berkecai dan darah
membuak keluar.
Sinkof
“Tunggu pak cik! Saya nak potong kepala pak cik!” Saya berteriak.
Loghat daerah
Dua kupang lima duit