Anda di halaman 1dari 8

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

1.0 PENDAHULUAN
Kemunculan dunia ketiga adalah selepas perang dunia II, Negara-negara yang pernah
dijajahi oleh Negara bekas turut mendapatkan kemerdekaan daripada tangan barat.
Negara tersebut telah dikenali sebagai Negara ketiga. Negara -negara yang dikenali
sebagai dunia ketiga adalah merujuk kepada wilayah-wilayah yang terletak di Asia,
Africa dan Amerika Latin. Negara- Negara penjajah telah meninggalkan beberaa
kesan kepada Negara dunia. Dunia ketiga adalah Negara-negara yang sedang
membangun akan menghadapi masalah kemiskinan, masalah pengganguran, masalah
pembangunan dan sebagainya. Faktor utama yang memyebabkan masalah ini berlaku
adalah sektor ekonomi yang digiatkan dalam Negara-Negara tersebut. Ekonomi
dunia ketiga kebanyakan adalah berasas kepada sektor utama dan kekurangan
kepakaran sumber manusia dan teknologi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi
memainkan peranan yang penting untuk menyelesai masalah yang dihadapi di dunia
ketiga
Zaheruddin Othman & Yusuf Pon (2005) telah menjalankan kajiannya bagi
pertumbuhan

ekonomi

adalah

memastikan

persekitaran

ekonomi

dapat

mempertingkatkan kualiti kehidupan semua ahli masyarakat dalam sesebuah


Negara. Menurut Chandra,R (1992) sektor ekonomi di dunia ketiga bermula dari
sektor pertanian dan akan mentranformasi ke sektor perindustrian supaya
mempelbagaikan sektor ekonomi untuk meningkatkan pendapatan Negara dan
mewujudkan peluang pekerjaan. Negara dunia ketiga akan menghadapi beberapa
halangan dalam pertumbuhan ekonomi seperti teknologi, pelaburan asing, sumber
manusia dan bantuan luar Negara. Maka negara dunia ketiga perlu menggunakan
masa yang panjang untuk bersedia bersaing di peringkat globalisasi.

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


2.0 STRUKTUR EKONOMI DI DUNIA KETIGA
Buku Konsep, Teori, Dimensi & Isu Pembangunan (2003) adalah kajian mengenai
terdapat perbezaan struktur ekonomi di antara negara maju dan negara dunia ketiga.
Pembangunan ekonomi di sesebuah masyarakat atau negara adalah melalui empat
proses perubahan struktur iaitu perubahan teknologi, pembangunan pertanian, proses
industrialisasi dan proses urbanisasi. Kempat proses ini akan membawa perubahan
atau pembangunan sesebuah kawasan mundur ke kawasan maju dan mampu berdaya
saing dengan kawasan lain.
2.1 Perubahan Teknologi
Perubahan teknologi adalah perubahan daripada penggunaan teknologi pengeluaran
tradisi ke teknologi pengeluaran teknik berasaskan sains dan teknologi. Pengeluaran
teknik tradisi merupakan ciri negara mundur manakala teknik pengeluaran
tekonologi adalah ciri negara maju. Contohnya, negara yang maju akan
menggunakan E-komersial, E-perdagangan untuk memudahkan aktiviti perniagaan
manakala negara mundur tidak mempunyai teknologi yang canggih perlu berasaskan
aktiviti

ekonomi

dengan

bersemuka.

Teknologi

yang

canggih

mampu

memaksimunkan pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran secara optimun.


Terutamanya dalam bidang pembinaan perlu teknologi yang canggih untuk membuat
pembinaan pembangunan yang bertingkat tinggi.
2.2 Pembangunan Pertanian
Pembangunan pertanian adalah negara mundur mengasaskan sektor pertanian untuk
bersara diri dan msayrakat maju adalah menghasilkan hasil pertanian untuk
berkoemersil dan eskport ke luar negara. Khususnya boleh dilihat melalui ciri nilai
2

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


perniagaan, pengkhususan tanaman jualan dan perkembangan buruh upah.
Contohnya di negara mundur akan mengasaskan sektor pertanian untuk kegunaan
sendiri dan negara maju akan menghasil secara besar-besaran untuk mengeksport ke
luar negara.
2.3 Proses Industrialisasi
Seterusnya adalah proses industrialisasi. Proses industrialisasi adalah merujuk
kepada masyarakat yang bergantung kepada tenaga haiwan atau manusia untuk
menghasilkan produk telah tranformasi ke gantung kepada mesin untuk
memproseskan pengeluaran. Contohnya, negara mundur akan bergantung kepada
lembu untuk sektor pertanian manakala negara maju akan menggunakan loji dan
mesin untuk mengeluarkan kuantiti barangan yang banyak.
2.4 Proses Urbanisasi
Akhir sekali adalah proses urbanisasi. Ciri-ciri negara maju dan negara mundur dapat
dibeza melalui gaya hidup, geografi, aktiviti ekonomi dan lain-lain. Proses
Urbanisasi adalah proses perubahan hidup dari masyarakat mundur ke masyarakat
maju dengan aktiviti ekonomi dan gaya hidup. Contohnya di negara mundur tidak
mempunyai aktiviti ekonomi perkhidmatan yang canggih seperti pusat perhiburan,
pusat perdagangan, pusat perniagaan yang melengkapi segala kemudahan asas. Oleh
itu gaya hidup di negara mundur adalah tidak tercemar oleh gaya hidup barat yang
sering dibanjiri oleh pelbagai perhiburan dan permainan.

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


3.0 SISTEM EKONOMI DI DUNIA KETIGA
Kajian yang dijalankan dalam buku Industrialization And Development In The Third
World (1992) terdapat empat jenis sistem ekonomi di dunia ketiga iaitu sistem
kebergantungan, sistem kapitalis, sistem ekonomi neo-klasik dan sistem lokasi
industri.
3.1 Sistem Kebergantungan
Sistem kebergantungan adalah merujuk kepada negara yang mundur terlebih gantung
kepada bantuan negara maju. Hal ini kerana, negara maju mengekpolitasi sumber asli
atau bahan mentah yang terdapat di negara mundur dan membeli dengan harga yang
murah. Harga bahan mentah dan sumber asli turut dikawai oleh negara maju. Selain
itu, negara maju juga dapat kos buruh yang lebih murah di negara mundur untuk
memghasilkan barang dan perkhidmatan, kemudian jual semula kepada masyarakat
di

negara mundur dengan harga yang tinggi. Negara dunia ketiga juga boleh

bergantung kepada negara maju untuk mendapatkan bantuan tekonologi, pendidikan,


kesihatan dan pelabur asing supaya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi di
negara itu.
3.2 Sistem Kapitalis
Sistem Kapitalis adalah menerapkan bahawa ekonomi yang semakin berkembang di
dunia akan mewujudkan satu sistem iaitu golongan kaya semakin kaya manakala
golongan miskin semakin miskin. Oleh itu, para pelabur akan memaksimunkan
penggunaan modal melalui kegiatan ekonomi untuk mendapatkan keuntungan yang
tinggi. Maka proses pertumbuhan ekonomi ini telah memperbesarkan jurang

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


pendapatan diantara negara maju dan negara miskin. Negara dunia ketiga akan
sentiasa berada di peringkat bawah daripada negara maju dan tidak mampu bersaing.
3.3 Sistem Ekonomi Neo-Klasik
Secara ringkas sistem ekonomi neo-klasik adalah menyatakan bahawa ekonomi
sesebuah negara adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran.
Apabila permintaan buatan negara tersebut meningkat, jumlah produk yang
dihasilkan oleh negara tersebut akan meningkat. Apabila negara maju mempunyai
tekonologi dan sumber manusia yang canggih. Kebanyakan pelabur asing akan
melabur di negara tersebut untuk mendapatkan tekonologi dan kepakaran sumber
manusia.
3.4 Sistem Lokasi Industri
Sistem lokasi industri merupakan salah satu ilmu yang menyelidiki tentang kegiatan
ekonomi. Berdasarkan dunia ketiga, teori lokasi industri dapat menerangkan faktor
yang menyebabkan sesebuah wilayah atau kawasan dapat dibangunkan dengan
menarik pelaburan asing untuk membangun kawasan itu.

Bahawa kebanyakan

pelaburan akan melabur di kawasan yang dapat membiayai kos yang paling
minimum dan paling mudah mendapati sumber asli dan buruh pada harga yang
rendah. Seperti contoh semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Kerajaan British
telah membinakan kawasan pusat di Ipoh, Kuala Lumpur dan Georgetown. Faktor
utama yang mendorong mereka untuk membuat pembangunan di kawasan tersebut
adalah mudah mendapati sumber asli dan buruh pada harga yang rendah.

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


4.0 KOMPOSISI EKONOMI DI DUNIA KETIGA
Ekonomi di Dunia Ketiga adalah komposisi komoditi eksport dan import. Setelah
Tahun 80-an Dunia Ketiga telah memperluaskan barangan eksport daripada sektor
utama kepada sektor pembuatan. Sebelum ini adalah lebih bergantung kepada sektor
utama khususnya negara-negara Afrika yang mengesportkan cocklat, teh, guna dan
kopi. Pada masa itu, Ekonomi Malaysia adalah tengah tranformasi dari mengesport
aktiviti ekonomi sektor utama kepada sektor kedua pada masa itu.
Jadual 1: Komposisi Eksport Di Malaysia pada tahun 1975-1950 (Peratusan):

Sumber: Buletin Ekonomi Malaysia Suku Tahun, Bank Negara Malaysia


(Tahun1975-1999)
Daripada jadual diatas telah menunjukan pada tahun 1975 jumlah peratusan
eksport jentera elektrik dan elektronik hanya 25.1 peratus dan barangan produk kayu
adalah 10.2 peratus. Apabila tahun 1999 jumlah eskport jentera elektrik dan
elektronik telah meningkat daripada 25.1 peratus ke 71.8 peratus berbanding dengan
6

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


tahun 1975. Manakala eksport produk kayu adalah semakin berkurang dari 10.2
peratus turun ke 2.6 peratus berbanding diantara tahun 1975 dan 1999. Ini telah
membuktikan perdagangan di dunia ketiga tidak bergantung kepada sektor utama
sahaja.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Negara-Negara dunia ketiga tidak mampu bersaing atau
melebihi negara maju dalam pembangunan ekonomi. Hal ini kerana pertumbuhan
ekonomi Negara-Negara dunia ketiga adalah lebih rendah berbanding dengan negara
maju. William Easterly (2002) telah membuat kajian dalam jurnal The Elcusive
Quest for Growth bahawa pada tahun 1960-1970 ekonomi di negara-negara sedang
membangun mempunyai pertumbuhan ekonomi yang lambat berbanding dengan
negara maju. Keluaran Dalam Negara perkapita 38 negara berpendapatan rendah
hanya meningkat 1.8 peratus dan 1.6 peratus pada tahun tersebut. Negara-negara
dunia ketiga perlu meningkatkan kegiatan ekonomi, taraf pendidikan, kualiti
masyarakat dan dasar-dasar yang membawa kemajuan kepada negara tersebut supaya
dapat meningkat daya saing untuk bersaing dengan negara-negara lain.
Oleh itu, Pembangunan yang ketidakseimbangan antara negara maju dan
negara mundur telah mewujudkan keadaan sebegini. Manakala negara maju akan
mengekpolitasi sumber-sumber di negara mundur. Negara mundur perlu bergantung
kepada pelaburan negara maju untuk mempergiatkan kegiatan ekonomi. Akhirnya
negara maju semakin kaya dan maju dan negara mundur akan sentiasa miskin dan
kurang maju. Negara- Negara dunia ketiga perlu mempelbagaikan kegiatan ekonomi
dari aktiviti ekonomi sektor utama kepada sektor pembuatan dan sektor
perkhidmatan. Kebanyakan harga barangan sektor utama adalah bergantung kepada
7

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA


negara maju kerana negara maju merupakan pihak permintaan yang tinggi. Maka
harga produk sektor utama seperti padi, sayur, biji timah, kelapa sawit, minyak dan
sebagainya telah dimonopoli oleh negara maju. Melalui mempelbagaikan kegiatan
ekonomi Negara-Negara dunia ketiga mampu berdikari dalam kegiatan ekonomi dan
tidak perlu terlalu bergantung kepada negara maju.

Anda mungkin juga menyukai