Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


Hamdan wa syukran lillah..amma badu....
Hadirin yang saya hormati sekalian...
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Muliakanlah orang-orang yang telah memberi pengajaran kepadamu..(Hadith
riwayat Abu Hasan Mawardi)
Hadith ini menerangkan bahawa betapa pentingnya menghormati orang yang
telah mencurahkan segala ilmu kepada kita iaitu guru-guru kita.
Menghormati guru merupakan adab yang sangat mulia di sisi Islam kerana
mereka orang yang banyak berjasa kepada kita. Gurulah yang mendidik kita
sehingga kita pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik
kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang berguna.
Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha
mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa kita. Ini
kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang
menjaga,memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita
berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Mereka sanggup mengajar lebih
masa secara sukarela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Kita seharusnya menghormati guru bukan sekadar ucapan sahaja tetapi haruslah
dibuktikan dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti
akan gembira. Marilah kita sama-sama mendoakan moga guru-guru kita sentiasa
dilimpahi dengan segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus
mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar
kita terus mendapat keberkatan daripada Allah.

Akhirul kalam...jom kita berdoa untuk guru kita...


YA ALLAH...aku berdoa untuk guruku...Jadikanlah guruku tinggi
darjatnya....berikanlah tempat yang mulia untuknya...sihatkanlah tubuh
badannya...mudahkanlah rezekinya YA ALLAH...Jagalah mereka selalu dalam
kuasamu YA ALLAH..