Anda di halaman 1dari 13

Kebaikan Laman Sosial

1. Berkomunikasi
Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama
terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara
satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah
manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan.
Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti
Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan,
berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.
Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman
sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan
restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang
terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.
3. Mudah menyebarkan maklumat.
Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu
mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman
sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan.
Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu
untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah
penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini
dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk
dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk
mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta
merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui
serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat
disebarkan.
Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan
kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak
manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di
antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan
kepada individu tertentu.
Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.
1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat
Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini

bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka,
dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas
tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang
memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa lapang
Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya
laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan
melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada
antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial
seperti facebook dan twitter.
3. Untuk mencari pasangan hidup
Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial sematamata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki
ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada
mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman
web sosial.
4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.
Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan
laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun
lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya
yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan
cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.
5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat
Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan
sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri
daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru.
Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.
6. Aplikasi menarik dan ketagih game
Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game
menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook
merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana
setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama
aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan
remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada
waktu malam.
Keburukan laman sosial
1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa
dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun

penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda


menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya. Ketagihan melayari
laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan
sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan.
Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.
2. Obses/ketagihan.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.
Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman
tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman
sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat
beberapa hari berterusan kerana melayari web.
3. Terhakis pergaulan secara realiti.
Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding
offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli
keluarga dan jiran semakin renggang.
4. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental.
Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak
buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan,
obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan
fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web
sosial.
5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.
Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu
berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan
wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap
seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.
Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala
zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan katakata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan
zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti
sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana
suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web
sosial
Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi
setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk
menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa
yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab

ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak
membawa padah kepada diri dan orang lain

Laman sosial merujuk perisian komputer yang memudahkan interaksi sesama


manusia di dunia global ini. Antara contoh laman sosial yang terkenal ini meliputi
Facebook, Twitter, dan juga MySpace. Generasi muda melihat laman sosial ini
sebagai sumber informasi utama mereka berbanding media massa jenis biasa
seperti televisyen dan radio itu. Sebenarnya, penggunaan laman sebegini
mempunyai banyak impak yang harus diberi perhatian oleh semua pihak itu.
Implikasi negatif yang ketara ialah penggunaan laman sosial tanpa kawalan akan
membuang masa seseorang individu tersebut sahaja. Ada ahli masyarakat kita
terutamanya remaja yang begitu asyik dengan teknologi ini lalu menghabiskan
masa yang berjam-jam untuk melayan semua bahan yang ada di laman tersebut.
Situasi ini apabila tidak dikekang dengan efektif boleh menyebabkan seseorang itu
membazirkan masa di pejabat dan juga di sekolah secara sia-sia. Maka, laman
sosial bolehlah dikatakan sebagai punca masyarakat kita membazirkan masa tanpa
melakukan sesuatu yang berfaedah itu.
Selain itu, keburukan laman ini juga dikaitkan dengan amalan pendedahan hal
peribadi seseorang tersebut. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang
lain telah mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang dibenci itu dengan
tujuan untuk memalukan mereka. Tindakan negatif sebegini telah menjadi satu
kebiasaan dan membawa kes jenayah apabila mangsa yang dimalukan itu membuat
laporan polis pula. Lantaran itu, ada pihak yang mahu supaya laman sosial dikawal
dengan lebih ketat supaya amalan mendedahkan hal peribadi tidak menjadi
kebiasaan pula.
Tambahan pula, ada pengguna laman sosial ini mencetuskan isu sensitif yang
berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat
majmuk. Sudah banyak tulisan berunsur perkauman dan mengkritik dasar kerajaan
yang disiarkan menerusi laman sosial ini lalu menimbulkan kemarahan pihak
berkuasa. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum begitu mudah
terganggu dek kritikan yang berunsur perkauman itu lalu membawa pergaduhan
besar pula. Sesungguhnya, laman sosial ini boleh mencetuskan sesuatu isu sensitif
itu sehingga sukar dikawal dan membawa kemusnahan yang besar.
Namun, kajian juga membuktikan bahawa laman sosial ini memiliki impak positif
seperti menjadi persada masyarakat meluahkan perasaan mereka itu. Kehidupan
zaman moden ini banyak tekanan seperti tekanan kehidupan kebendaan dan
tekanan untuk berjaya di sekolah yang menjejaskan kesihatan perasaan individu
tersebut. Kewujudan laman sebegini memudahkan masyarakat untuk menulis

tentang keresahan jiwa mereka lalu mengubati kemurungan tersebut. Jadi,


masyarakat boleh mendapat ketenangan jiwa apabila meluahkan perasaan mereka
menerusi penulisan di laman sosial tersebut.
Malah, masyarakat yang sering melayari laman sosial akan memiliki kenalan yang
banyak tanpa disedari oleh mereka itu. Laman sosial menerima pendaftaran semua
ahli masyarakat di dunia ini tanpa ada sebarang sekatan yang menyebabkan
sesiapa sahaja boleh menghubungi mana-mana pihak yang mereka kehendaki itu.
Situasi inilah yang menyebabkan pengguna laman tersebut memiliki beribu-ribu
sahabat dengan satu sentuhan jari sahaja. Ringkasnya, laman sosial boleh
digunakan sebagai alat untuk memperoleh lebih banyak kenalan di dunia ini.
Kesimpulannya, semua implikasi yang dibentangkan tadi membuktikan laman sosial
memiliki kesan positif dan negatif. Semua pihak terutamanya ibu bapa perlulah
mengubah persepsi mereka terhadap penggunaan laman sosial kerana sekali air
bah sekali pantai berubah yang membuktikan perubahan itu akan berlaku mengikut
zaman. Remaja pula hendaklah bijak menilai penggunaan laman sosial ini supaya
mereka tidak menggunakannya dengan cara yang tidak baik itu. Sudah sampai
masanya semua pihak merenung dan memahami bahawa laman sosial akan terus
wujud dan digunakan oleh masyarakat sejagat.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia.
Laman sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, Twitter dan sebagainya
mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja.
Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam
kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman
sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal
ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat
menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan
laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup
para remaja.
Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan
yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula.
Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah
menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial
ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah
terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan
dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam
profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat
menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat
dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah
kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan

kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sesawang
sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial.
Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka
dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa
lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman
sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman
sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan
bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang
dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat
untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke
dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat
menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk
membeli sesuatu barangan.
Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah
mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet
menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian
kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan
remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya
melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang
diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini
berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan
ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya.
Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah
dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang
dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang
telah menjadi mangsa rogol.
Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai
dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti
permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna
laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok
sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula,
penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam
kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana
tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila
berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari
peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah
dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang
melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu
membazir masa.

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan


keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi
perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai
manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk.
Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia.
Laman sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, dan sebagainya
mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta
senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat
sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan
laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu
mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih
dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung,
penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di
Malaysia.
Penggunaan laman sosial seperti Facebook yang meluas dalam kalangan
masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua
pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah
digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook.
Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan
bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan
keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu
telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak
bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga
mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis
semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara
yang disegani dan berintegriti.
Kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya
banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes
penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini
disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka
biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman
sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam
laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji
dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut
akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun

demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu,
mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.
Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam
melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan
yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial
tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan
lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman
sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan
anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan
idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang
melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga
kerja yang kurang berkualiti.
Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau
unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi
mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan
bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman
sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti Facebook dan My
Space diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di
dunia. Selain itu, budaya Barat seperti Black Metal, Punk, Gothic, dan Skin
Head akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan
mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme
dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat
mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral
masyarakat.
Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar
ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa
rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat
membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin
meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu
yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan
terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu
memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat
penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu,
masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak
hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktivitiaktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya

menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan


teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam
kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Pendahuluan
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia.
Laman sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, Twitter dan sebagainya
mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja.
Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam
kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman
sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal
ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat
menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan
laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup
para remaja.

Isi Kandungan:

Kebaikan (2 isi)

Keburukan (2 isi)

Kebaikan
Isi Pertama :

Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah


kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat
dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di
sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain.
Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan
lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi
oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah

diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka
juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di
sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini
menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara
menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman
sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.

Isi Kedua :

Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial.
Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang
mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi
masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui
laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan
laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan
bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang
dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat
untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke
dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat
menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk
membeli sesuatu barangan.

Keburukan
Isi Pertama :

Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah
mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet
menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian
kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan
remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya
melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang
diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini
berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan
ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya.
Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah
dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang

dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang
telah menjadi mangsa rogol.

Isi Kedua :

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi


lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik
seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat
pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa
seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan
pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran
dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran
kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila
berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari
peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah
dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang
melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu
membazir masa.

Penutup

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan


keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi
perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai
manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk.
Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati".
Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi


maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung
dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan

adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap
disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna.


Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet
merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan
maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga
dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini
dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan
dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa.


Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan
diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan
politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu
urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu
tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya
kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan
masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke
menara gading.

Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran


bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah.
Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan
antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja
dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan
masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat
diuruskan dengan mudah.

Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan.


Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu
seperti `hacking yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan
mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar
dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa
tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon
diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan
aspek keselamatan negara dan dunia.

Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan
ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta
boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang
mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat
atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu.
Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang
yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh
masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata,
sakit tulang belakang dan sebagainya.

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para


pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk
kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar
generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di
negara ini.