Anda di halaman 1dari 5

Tatabahasa Asas

Buku Tatabahasa Asas dikarang oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi
Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim merupakan edisi yang pertama dan telah
diterbitkan pada tahun 2012. Di dalam buku ini terkandung beberapa isi yang penting misalnya
penggolongan kata adverba, makna kata adverba yang lain, kata pascakata, kata pembenda dan
kata penekan.
1. Penggolongan kata adverba
Kata adverba terdiri daripada empat bentuk, iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

Kata adverba jati


Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kata adverba bentuk gandaan

(i) Kata adverba jati


Kata adverba jati merupakan sekumpulan kata yang berfungsi untuk menerangkan kata kerja atau
frasa kerja, kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata adverba jati tidak
termasuk ke dalam mana-mana golongan kata. Contoh kata adverba jati ialah tadi, kelak, dahulu,
nanti, tulat, esok, saling, kadang-kadang, acap kali, sekali gus,
Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Dia kadang-kadang ke kedai itu.
2. Anis dahulu cantik.
(ii)Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata yang menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Contohnya: bergerak perlahan, berjalan lancar, hampir roboh, tegak berdiri,
berpura-pura tenang, sakit tenat, mengalir deras, segera ke sana.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Program kami berjalan lancar.
2. Air sungai itu mengalir deras.
(iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja

Kata adverba jenis ini terdiri daripada kata kerja yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau
frasa sendi nama. Contohnya: tidur bersandar, makan bersila, bergerak berkumpulan
Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Mereka itu duduk bersila.
2. Pelajar sekolah itu datang berkumpulan.
(iv) Kata adverba bentuk gandaan
Kata adverba boleh berbentuk gandaan. Kata adverba bentuk gandaan terdiri daripada:
a) penggandaan penuh
b) penggandaaan separa
c) penggandaan berentak
a )Kata adverba penggandaan penuh
Contohnya: jarang.jarang, besar-besar, sama-sama, diam-diam, senyap-senyap, Beberapa
contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Kami bertindak senyap-senyap.
2. Pasangan pengantin itu sama-sama cantik.
(b) Kata adverba penggandaan separa
Contohnya: tersekat-sekat, terburu-buru, berhari-hari, teresak- esak, bergungguh-sungguh,
sekali-kali. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Adik menangis teresak-esak.
2. Dia menghabiskan kerja itu berhari,-hari.
Contoh kata adverba berbentuk gandaan separa dengan akhiran -an: habis-habisan, terangterangan, kecil-kecilan, ikut-ikutan, Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti
yang berikut:
1. Mereka mengadakan kenduri besar-besaran.
2. Ibu berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan.
Contoh kata adverba berbentuk gandaan separa dengan imbuhan "se-" dan pascakata "-nya':
sebaik-baiknya, selengkap-lengkapnya, semahu-mahunya, sebenar-benarnya, seboleh-bolehnya,
Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Saya akan bekerja sebaik-baiknya.


2. Adik menangis semahu-mahunya.
(c) Kata adverba penggandaan berentak
Contohnya: lintang-pukang, kelam-kabut, ulang-alik, bolak-balik, simpang-siur, selang-seli.
Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Mereka lari lintang-pukang.
2. Dia bercakap bolak-balik.
2. Makna Kata Adverba
Kata adverba mempunyai makna yang banyak. Antara makna kata adverba ialah:
adverba waktu

adverba jarak

adverba cara

adverba keadaan

adverba ragam

adverba perasaan

(a) adverba waktu


Perkataan yang menerangkan masa berlakunya sesuatu perbuatan atau peristiwa dan keadaan.
Contohnya:
1. Amir hendak pulang sekarang.
2. Bas ekspres itu tiba lewat.
(b) adverba cara
Perkataan yang menerangkan cara sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contohnya:
1. Hamid duduk menyendiri.
2. Dia berkata demikian semata-mata untuk berbohong.

(c) adverba ragam


Perkataan yang menerangkan ragam atau keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan.
Contohnya:

1. Saya tentu sampai di sana petang ini.


2. Mohd Nor benar-benar baik.
(d) adverba jarak
Perkataan yang menerangkan jarak yang berkaitan dengan kata kerja yang diterangkannya.
Contohnya: Burung gagak itu terbang tinggi,
(e) adverba keadaan
Perkataan yang menerangkan keadaan yang berlaku pada kata kerja, kata adjektif dan kata
adverba. Contohnya: Askar itu berambut pendek.
(f) adverba sifat perasaan
Perkataan yang menerangkan sifat perasaan bagi kata kerja. Contohnya: Ibu berasa rindu sejak
achik ke universiti.
3. Kata Pascakata
Pascakata merupakan unsur kata yang tidak dapat berdiri sendiri, sebaliknya hadir selepas
sesuatu perkataan. Unsur kata yang dimaksudkan ialah partikel nya yang berfungsi sebagai
penekan dan pembenda. Unsur ini tidak berfungsi sebagai kata ganti diri.
4. Kata Pembenda
Partikel -nya berfungsi sebagai pembenda apabila digabungkan dengan perkataan yang tidak
terdiri daripada kata nama ataupun frasa nama. Kata tersebut menjadi kata nama setelah
menerima partikel -nya. Contohnya:
1. Lajunya tidak terkejar olehku.
2. Berjalannya macam itik nila.
Kata yang berhuruf condong itu berfungsi sebagai frasa nama atau kata benda walaupun kata
asalnya bukan kata nama. Kata yang mendapat partikel nya yang berfungsi sebagai pembenda
ini kerap menduduki subjek ayat.
5. Kata Penekan

Partikel nya berfungsi sebagai penekanan dan memberikan penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. Contohnya:
1. Yang sakit itu sebenarnya adik saya.
2. Bahawasanya, dia benar-benar tidak bersalah.

Anda mungkin juga menyukai