Anda di halaman 1dari 3

Pelajar dan Pendidik boleh didakwa jika TPPA ditandatangani !

24 November 2015
Impak Peruntukkan Hakcipta Intelek TPPA
TPPA yang merupakan sebuah perjanjian perdagangan yang kini sedang
diteliti oleh Malaysia mempunyai 30 bab. Ianya bukan setakat sebuah
perjanjian perdagangan, tetapi lebih merupakan sebuah perjanjian yang
ingin menjamin hak pemilik modal, pelabur kapitalis dan pemilik harta
intelek (iaitu syarikat korporat besar dari Negara-negara dunia pertama) .
Sepertimana yang dinayatakan oleh Nizam Mahsar dari MTEM bahawa
Isu Hak Cipta memainkan peranan yang penting dalam pendidikan.
Setiap hari, bahan-bahan pendidikan seperti buku, CD, Internet dan
program komputer digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada jutaan
pelajar di negara ini dan juga memastikan bahawa mereka boleh
mendapatkan akses kepada pengetahuan dan maklumat dengan cara
yang mudah. Jutaan rakyat Malaysia bergantung kepada sumber-sumber
ilmu yang diimport dan kandungan bahan-bahan ini juga sudahpun
dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987.
Tetapi, pihak pemilik hakmilik dan korporat , tidak puashati dengan Akta
yang kita sudah ada, bahkan ingin mengetatkannya lagi dari segi
penguatkuasaan dan tempoh.
Kini tempoh hakmilik intelek ingin ditambahkan dari lima puluh tahun (50)
ke tujuh puluh tahun (70) selepas kematian pengarang buku tersebut
dalam TPPA ini. Maksudnya, harga buku rujukan para pelajar tempatan
akan kekal tinggi , menghalang ianya dicetak semula oleh pihak ketiga
dan dijual dengan harga yang lebih mampu.
Jenayah fotostat !
Tambahannya pula TPPA seolah olah menjadikan seseorang yang
mencetak semula buku atau fotostat buku apabila karya tersebut masih
berada dalam tempoh hakmilik itu sebagai seorang penjenayah berat.
Walaupun para pelajar atau pendidik hanya fotosat buku (atau sebahagian
daripadanya) untuk tujuan kegunaan sendiri atau kelas, dan bukannya
untuk dijual kepada orang ramai (komersial),TPPA mengkehendaki pihak
kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar atau
pendidik ini .
Teks Perjanjian TPPA menyatakan seperti berikut;
o Mengenakan hukuman penjara terhadap pihak yang melakukannya
Article 18.77 (1): Each Party shall provide criminal procedures and
penalties in cases of wilful copyright piracy.

Article 18.77 (6)(a): Each Party shall provide penalties that include
sentences of imprisonment as well as monetary fines sufficiently high to
provide a deterrent to future acts of infringement.
o Mengehendaki kerajaan semua 12 negara terlibat menggubal undangundang untuk merampas dan memansuhkan alat-alat yang dipakai untuk
buat fotokopi.
Article 18.77 (6)(c): Each Party shall provide for the seizure of suspected
pirated copyright goods and the implements used in the commission of
the alleged offence.
Article 18.77 (6)(e): Each Party shall provide for the authority to order the
destruction of pirated copyright goods and the implements used in the
commission of the offence.
Maka jelas bahawa para pelajar .pendidik dan juga pustakawan yang
fotostat hasil karya orang lain untuk tujuan menyampaikan ilmu akan
menghadapi risiko dihadapkan ke mahkamah dan boleh didenda dan
dipenjara bagi kesalahan melanggar undang-undang hak cipta dan
penggunaan harta intelek tanpa kebenaran khusus, walaupun bukan
untuk pulangan komersial/finansial.
Hakcipta diniagakan ?
Selain daripada peruntukkan yang dituntut oleh TPPA, kita juga perlu buka
minda kepada pelbagai kemungkinan penyalahgunaan yang akan berlaku
jika dibenarkan TPPA ini .
Copyright terhadap buku mungkin boleh dipajak ataupun dijual kepada
pihak ketiga yang akan menikmati segala hak daripada Copyright itu.
Wujudnya kemungkinan besar bahawa Dana Pelabuhan Asing Vulture
Funds akan membeli hakcipta Copyright sejumlah buku teks untuk
beberapa bidang pelajaran daripada pengarang asal. Setelah
memperolehi hakcipta untuk karya tersebut mereka boleh menubuhkan
sebuah bisnes francais kedai fotostat yang menawarkan perkhidmatan
Photostat.
Bisnes francise ini boleh pula mengutip royalti dengan menyewa francais
Photostat buku2 ini ke pihak-pihak seperti along di negara-negara lain.
Pihak along yang menyewa francais ini boleh membuka kedai-kedai
fotokopi di mana buku-buku ini dapat difotokopi tetapi dengan harga
tinggi yang dikawal oleh mereka, Mungkin RM 1 se muka surat ataupun
lebih.
Demi menjamin monopolinya, along yang memegang francais harus
mendakwa satu atau dua orang yang fotokopi melalui pihak yang lain
untuk mengawal pasarannya. Hukuman berat terhadap kesalahan ini
akan menakutkan orang awam dan juga pemilik kedai fotokopi biasa.

Maka pelajar terpaksa pergi ke pusat fotokopi pemegang francais ini


sahaja untuk melakukan fotokopi. Ini merupakan suatu kemungkinan
yang akan berlaku.
Kesemua ini tidak berlaku sebaik sahaja Perjanjian TPPA diratifikasikan.
Tetapi dalam tempoh masa 10 ataupun 20 tahun sudah tentu
perkembangan seperti ini akan berlaku dan pelajar kita akan dibebankan
dengan kos yang tinggi.
Justeru itu , implikasi TPPA ini sungguh menakutkan dan akan menjejaskan
hak pendidikan rakyat Malaysia. Hakcipta hanya merupakan sebahagian
daripada 30 bab TPPA ini, dan implikasi bab bab yang lain juga
menunjukan bahawa rakyat Malaysia tidak akan bermanfaat dari
perjanjian ini .
Dr. Jeyakumar Devaraj /Sivarajan.Parti Sosialis Malaysia

Anda mungkin juga menyukai