Anda di halaman 1dari 3

PERANAN JURUTERA AWAM

1.0

PERMULAAN PROJEK
Jurutera Awam adalah satu bidang yang sangat penting dalam
suatu projek pembinaan pada fasa awalan. Pada permulaan projek,
kebiasaannya Jurutera Awam akan membuat penyiasatan tapak di
tapak bina yang telah dicadangkan. Penyiasatan tapak merupakan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan penerokaan kawasan bagi menguji
bahan-bahan yang ditemui di tapak untuk dibawa ke makmal untuk
dibuat ujikaji. Data dan analisis keputusan akan dikumpulkan untuk
membuat penilaian tapak yang dicadangkan. Ia merupakan satu
penyiasatan yang terperinci yang dilakukan oleh Jurutera Awam
semasa permulaan projek dilakukan. Penyiasatan tapak kebiasaannya
bergantung kepada saiz menyeluruh dan jenis struktur dalam struktur
projek malah dalam keadaan tertentu kerja-kerja kejuruteraan awam
yang kecil pun memerlukan penyiasatan tapak.
Secara amnya penyiasatan tapak merupakan satu langkah yang
perlu

diambil

sebelum

projek

dilaksanakan.

Untuk

keselamatan

bangunan serta penghuni-penghuninya dan juga keselamatan di


sekitar kawasan bangunan tersebut. Oleh itu, keselamatan tapak
secara teliti perlu dijalankan sebelum pembinaan sesuatu projek
binaan itu dimulakan. Contoh pihak ynag terlibat dengan penyiasatan
tapak ialah Kumpulan IKHRAM Sdn Bhd.

2.0

PERANCANGAN PROJEK

Pada

peringkat

perancangan

projek,

Jurutera

Awam

akan

membuat rekabentuk struktur bagi bangunan yang akan dibina. Pada


peringkat ini, Jurutera Awam akan memastikan rekabentuk yang dibuat
adalah benar-benar selamat kepada pengguna bangunan tersebut.
Rekabentuk yang dibuat mestilah ekonomi dan mempunyai tahap
keselamatan yang baik. Selain itu, Jurutera Awam bertanggungjawab
untuk memastikan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor
adalah seperti yang dilakukan oleh lukisan kontrak. Jika Jurutera Awam
mendapati pihak kontraktor gagal untuk melakukan kerja tersebut
seperti

yang

dinyatakan,

maka

pihak

Arkitek

berhak

untuk

mengeluarkan arahan untuk melakukan ujian terhadap kerja yang


dilakukan oleh pihak kontraktor.
Selain

melakukan

kerja-kerja

merekabentuk

bagi

struktur

bangunan, Jurutera Awam juga berperanan dalam merekabentuk


sistem bekalan air yang akan digunakan bagi bangunan yang akan
dibina. Rekabentuk tersebut mestilah bersesuaian dengan fungsi serta
jumlah penghuni yang akan menggunakan bangunan tersebut. Oleh
itu, Jurutera Awam perlu merekabentuk sistem bekalan air dengan
mengutamakan

faktor

keselesaan

kepada

pengguna

bangunan

tersebut.
Jika berlakunya kerja-kerja perubahan di dalam kerja-kerja yang
berkaitan dengan Jurutera Awam, maka pihaknya akan membuat satu
rekabentuk yang baru bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai
contoh, kebanyakan ujian beban yang dilakukan oleh pihak kontraktor
kepada cerucuk didapati gagal. Oleh itu, pihak Jurutera Awam telah
mengambil keputusan untuk membesarkan saiz tukup cerucuk (pile
cap) tersebut. Penukaran saiz tukup cerucuk (pile cap) itu dianggap
perubahan kerja.

3.0

PERLAKSANAAN PROJEK
Di dalam fasa perlaksanaan projek, terdapat pelbagai ujian yang
perlu dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu
kerja yang dihasilkan. Oleh itu, untuk mengelakkan ketidakjujuran
pihak kontraktor dalam melakukan ujian tersebut, pihak Jurutera Awam
berperanan dalam mengawasi segala ujian yang dilakukan oleh pihak
kontraktor dari semasa ke semasa. Melalui cara ini, ianya bukan sahaja
dapat memberikan keadilan kepada kedua-dua belah bahkan akan
memberikan keputusan ujian yang dilakukan secara tepat.

4.0

PENUTUPAN PROJEK
Perlaksanaan projek mempunyai tempoh tertentu iaitu bermula
dan tamat. Pada fasa penutupan projek ini, Jurutera Awam berperanan
untuk mengurus dengan yang baik supaya kerja-kerja akhir dapat
dilaksanakan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai