Anda di halaman 1dari 2

PERBEZAAN AMALAN, PENDEKATAN DAN PROSES

AMALAN
Amalan boleh didefinasikan sebagai satu bentuk penerusan dalam sesuatu profesi secara aktif
atau juga keadaan melakukan sesuatu atau proses secara berulang-ulang (Merriam-Webster).
Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan
(dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sebagai suatu kebiasaan. Manakala pendapat lain pula
menyatakan amalan adalah aplikasi sebenar atau penggunaan sesuatu idea, kepercayaan atau
metod yang disandarkan kepada teori sesuatu aplikasi atau kegunaan (Cambridge Dictionary
Online, 2015)
Amalan Kaunseling
Menurut Society of Counseling Psychology ( American Psychological Association Division
17,2015 ) amalan kaunseling adalah melibatkan amalan sensitif budaya dan luas yang membantu
manusia untuk meningkatkan kesejahteraan diri, mengurangkan distress dan ketidakbolehsuaian
diri, penyelesaian krisis dan meningkatkan kebolehkan untuk berfungsi dengan lebih baik dalam
kehidupan mereka.
Amalan kaunseling juga dimaksudkan dengan bekerja dengan orang ramai sebagai kaunselor
profesional yang menawarkan perkhidmatan kaunseling termasuk dan tidak terbatas kepada
perkara-perkara seperti kaunseling, aktiviti penilaian, konsultasi, aktiviti 'referral' atau merujuk
kepada orang yang lebih pakar dan juga aktiviti penyelidikan (NC General Statutes - Chapter 90
Article 24 ) .

PENDEKATAN
Pendekatan membawa maksud cara untuk mengendalikan seseorang atau sesuatu. Dengan kata
lain, pendekatan juga bermaksud untuk mendekati dari segi kemunculan, kualiti atau keadaan
(Cambridge Dictionary Online, 2015). Pendapat lain menyatakan bahawa pendekatan adalah cara
untuk menyelesaikan masalah, pekerjaan dan lain-lain (Merriam-Webster). Kamud Dewan Edisi
Keempat pula menjelaskan pendekatan sebagai cara atau langkah yg diambil untuk memulakan
(melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dan lain-lain. Pendekatan juga adalah cara pemikiran yang
khusus dan pengendalian tentang sesuatu perkara (MacMillan Dictionary, 2015).

Dalam kaunseling, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi menangani isu
dengan klien seperti pendekatan humanistik, psikoanalitik, kognitif

PROSES
Proses kaunseling adalah sesuatu yang bersifat bersambung dan dalam model berulang di mana
kaunselor dan klien bersama-sama menetapkan matlamat, membina plan tindakan dan
mengakses perkembangan ke arah pencapaian matlamat.

MODEL MIZAN DAN HALIMATUN

Anda mungkin juga menyukai