Anda di halaman 1dari 4

Seorang maut, empat cedera dalam kebakaran

PENYELIA kilang, Roslan Othman, 40, maut dalam kebakaran kilang


memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Prai, manakala
empat lagi cedera dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
FOTO Danial Saad (25/3/13)
BUTTERWORTH: Seorang penyelia maut manakala empat lagi
pekerja cedera dalam kebakaran di kilang memproses bahan kimia
di Kawasan Perindustrian Perai, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamadul Ehsan Mohd
Zain berkata, mangsa Roslan Othman, 40, maut di tempat kejadian
akibat 50 peratus badannya terbakar dan lemas dalam kepulan
asap.
Menurutnya, mereka yang melecur ialah dua lagi penyelia, Baharin
Arsad, 49, dan Jamaluludin Ismail, 39, selain pekerja bahagian
pengeluaran K Ramis, 41, dan seorang pekerja kontrak warga
Bangladesh dikenali sebagai Mostak. Kesemua mereka dimasukkan
ke wad Hospital Seberang Jaya.
Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang bekerja di bahagian
pengeluaran di tingkat tiga bangunan kilang empat tingkat itu dan
kebakaran dipercayai bermula dari bahagian stor menyimpan bahan
kimia bercampur logam di tingkat berkenaan.Mohamadul Ehsan

berkata, bomba menerima panggilan pada kira-kira 11.40 pagi dan


jentera pertama tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. ----myMetro 25 Mac 2013
Tindak balas kimia punca kilang hangus
Butterworth: Tindak balas kimia dipercayai menjadi punca
kebakaran sebuah kilang memproses bahan kimia di Kawasan
Perindustrian Perai, hingga mengorbankan seorang juruteknik dan
mencederakan empat yang lain, pagi kelmarin.
Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamadul Ehsan
Mohd Zain, berkata pihaknya menolak unsur jenayah mahu pun
khianat hingga menyebabkan kejadian.
Sebaliknya, katanya, siasatan awal mendapati kebakaran
disebabkan kemalangan kerana bahan kimia sememangnya bahan
mudah terbakar.
Teruskan siasatan
Kita sudah memulakan siasatan di lokasi kejadian sejak semalam
(kelmarin) dan hari ini (semalam) kita masih meneruskannya dan
dijangka siap Khamis ini (esok).
Berdasarkan siasatan awal, kebakaran mungkin berpunca daripada
tindak balas kimia. Bagaimanapun kita akan siasat secara
menyeluruh sama ada pekerja juga ada mengikut Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang betul, katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengambil keterangan
beberapa saksi kejadian bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Pulau Pinang turut menghantar pegawai bagi menjalankan siasatan
berhubung kejadian.
Pengarahnya, Mohd Anuar Embi, berkata kilang itu juga diarahkan
untuk menghentikan operasi buat sementara waktu bagi
membolehkan siasatan dilakukan.
Siasatan kini masih di peringkat awal dan kita ada menghantar
pegawai untuk menyiasat serta mengenal pasti beberapa saksi
utama kejadian untuk diambil keterangan, katanya.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi kelmarin, Roslan Othman, 40, yang
bertugas sebagai juruteknik di kilang itu maut dipercayai akibat
sesak nafas selepas stor menyimpan bahan kimia bercampur logam

meletup lalu membakar bahagian pengeluaran kilang yang terletak


di tingkat tiga.
Berita Harian 27 Mac 2013
Seorang lagi pekerja meninggal
Butterworth: Seorang daripada empat pekerja yang kritikal selepas
cedera parah dalam kebakaran sebuah kilang memproses bahan
kimia, Isnin lalu meninggal dunia malam Selasa lalu.
Jamalludin Ismail, 39, juruteknik yang melecur 95 peratus bahagian
badan menghembuskan nafas terakhir jam 9 malam, 26 Mac lalu
selepas hampir 24 jam tidak sedarkan diri di Hospital Seberang Jaya.
Meninggal selepas bacaan yasin
Jiran mangsa, Anuar Murad, 46, yang memaklumkan perkara itu
berkata, pada hari itu kawasan kejiranannya mengadakan majlis
bacaan yasin untuk Jamalludin dan menerima panggilan daripada
isteri mangsa mengatakan dia sudah meninggal dunia sebaik majlis
tamat.
Jenazah arwah tiba di rumahnya di Taman Relau Indah, Sungai
Bakap, Nibong Tebal jam 1.30 pagi dan disembahyangkan sebelum
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau Relau. Urusan
pengebumian selesai jam 3 pagi, katanya.
Jamalludin meninggalkan isteri dan empat anak berusia 10 hingga
15 tahun.
Isnin lalu, kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian
Prai, terbakar mengakibatkan seorang pekerja maut.
Berita Harian 27 Mac 2013

http://duniaitu.blogspot.my/2013/03/seorang-maut-empat-cederadalam.html

Anda mungkin juga menyukai