Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Esei ini menghuraikan konsep Demokrasi dan tahap Hak Asasi Manusia yang diamalkan
di Malaysia, tahap pertentangan prinsip Demokrasi yang diamalkan dengan hak asasi
manusia, tahap1 kebebasan asasi di Malaysia.

1. Demokrasi berparlimen Malaysia


Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan
demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong ialah ketua
negara Malaysia di mana bidang kuasa baginda ditetapkan oleh perlembagaan dan
undang-undang. Perdana Menteri dan kabinetnya menjalankan kuasa politik atas nama
Yang di-Pertuan Agong. Rakyat pula memilih ahli dewan perwakilan melalui pilihanraya
dan kemenangan majoriti dalam parti politik akan menentukan jawatan Perdana Menteri.
Perlembagaan Persekutuan menjadi garis panduan pemerintahan dan proses pentadbiran.

Malaysia mempunyai sebuah Parlimen, terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Anggota-anggota Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya umum untuk
mewakili kawasan pilihanraya masing-masing. Parlimen ini berfungsi membuat undang-
undang atau akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan.
Ahli Parlimen juga ialah ahli-ahli eksekutif.

Anggota-anggota Dewan Negara dilantik untuk mewakili negeri-negeri serta parti-parti


yang berkuasa di sana, golongan kepentingan (seperti ahli professional, pedagang dan
pemimpin masyarakat dan kebudayaan) dan golongan minoriti tertentu. Pada umumnya
Dewan Negara berperanan lebih kurang sebagai dewan penasihat untuk meluluskan
sahaja keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat. .[1]

2. Pilihanraya Umum

Seperti telah dinyatakan, untuk melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri.[2] maka pilihan raya diadakan. Secara tradisinya ia diadakan antara

1
Dewan Rakyat dikenali sebagai cabinet manakalaDewan Negara juga dikenali sebagai Dewan Senat.
2
Dewan Undangan Negeri adalah Dewan Undangan Kerajaan Negeri.
empat hingga2 lima tahun sekali. Wakil rakyat dipilih atas dasar kawasan pilihan raya,
iaitu mengikut cara yang diamalkan di Britain. Seorang wakil rakyat akan terpilih apabila
dia mendapat undi majoriti di kawasan pilihan raya yang ditandingnya. Umpamanya,
pada tahun 1990 dan 1995 parti-parti politik yang bergabung di bawah Barisan Nasional
hanya mempeoleh kira-kira 52 dan 65 peratus undi, tetapi ia tetap dianggap ‘menguasai
majoriti’ melebihi dua pertiga kerusi.[3] Dengan ini, rakyat diberi hak dan kebebasan
memilih wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat pusat atau negeri.

3. Doktrin Pengasingan Kuasa


Doktrin pengasingan kuasa ialah pembahagian kuasa kepada tiga badan yang bebas, iaitu
Badan Perundangan (legislature), Badan Kehakiman (judiciary) dan Badan Pengurusan
atau Eksekutif (executive). Biasanya ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan mengawal
dan mengimbang (check and balance) dalam pemerintahan.

Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,


Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Badan tersebut berfungsi untuk
mengadil tindakan-tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuan dari
Mahkamah bawahan, membuat dikri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll),
pengurusan pusaka, mengeluar waran tangkap, mentafsir undang-undang dan sebagainya
mengikut Perkara 121-131A Perlembagaan Persekutuan.

Badan Perundangan iaitu Parlimen Malaysia diperuntukkan kuasa membuat undang-


undang mengikut Perkara 44-68, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut terletak
kepada Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang membentuk
Parlimen. Badan Eksekutif iaitu Jemaah Menteri membuat keputusan mengenai polisi,
pemeriksaan, penyiasatan, pengeluaran lesen, membuat instrumen perundangan dan
undang-undang kecil, serta membuat pembangunan, dan sebagainya mengikut Perkara 39
– 43C Perlembagaan Persekutuan.

23
Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut
Pandangan Islam dan Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Terdapat ciri-ciri saling kebergantungan secara relatif antara ketiga-tiga badan. Yang di-
Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa dalam Badan Perundangan, Badan
Eksekutif, dan Badan Kehakiman. Kedua, Perdana Menteri dan kabinetnya
melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam
membuat dan menggubal undang-undang. Ciri yang ketiga, Peguam Negara turut diberi
kuasa istimewa oleh parlimen dalam hal-ehwal pemerintahan dan perundangan.

Dalam temuramah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad dengan Cable
News Network (CNN) pada 2 September 1997,(1997:7) beliau banyak menjelaskan
proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia hanya berkait rapat dengan proses
pilihanraya yang dipratikkan 5 tahun sekali, "Prinsip demokrasi diamalkan di Malaysia.
Ini kerana rakyat yang memilih kerajaan dan kehadiran kami adalah kerana sokongan
rakyat. Jika rakyat tidak menyukai kami, mereka boleh mengetepikan kami. Namun
rakyat telah menunjukkan sokongan kepada kami dalam pelbagai cara dan kami rasakan
ini (sokongan rakyat) adalah bukti demokrasi. Yang nyata ialah sesetengah rakyat tidak
bersentuju (satu ketidakpersetujuan yang minoriti) tidak menunjukkan bahawa kami tidak
demokratik. Kami percaya kepada demokrasi dan kami mengamalkan demokrasi." Maka
jelaslah beliau mempunyai tanggapannya sendiri berkenaan demokrasi yang harus
diamalkan di Malaysia. Bagi beliau Malaysia tidak harus mengamalkan demokrasi seperti
mana yang diamalkan di negara-negara Barat kerana pegangan nilai masyarakat Malaysia
yang berlainan mengenai pentingnya setiap majoriti rakyat mendapat haknya yang terbaik
dan seterusnya menjamin berlakunya kestabilan politik. [4]

4. Isu-isu Pelaksanaan
Salah satu ciri penting Demokrasi iaitu (journal) parlimen sebagai badan perbahasan
semakin merosot. P3arlimen tidak memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap
cadangan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak pembangkang. Prosedur
parlimen memberi kuasa kepada Speaker parlimen untuk menggantung ahli parlimen,
menyekat dari bertanya soalan, menyunting ucapan bertulis ahli sebelum disampaikan,
3
Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan
Islam dan Barat.
4
Lihat dalam Jurnal Alexa The Web Information Company.
dan banyak mengehadkan peluang ahli untuk menyoal dan membahaskan dasar-dasar
kerajaan.

Persoalan timbul apabila bentuk demokrasi yang diamalkan di Malaysia dilihat


memberikan kuasa dominan kepada Badan Eksekutif. International Bar Association
(IBA), Centre for the Independence of Fudges and Lawyers of the International
Commission of Furists (CIFL), the Commonwealth Lawyers' Association (CLA), dan
Union Internationale des Avocats (UIA) menghantar suatu misi pada 17 hingga 27 April
1999 untuk menyiasat mengenai kedudukan kebebasan kehakiman di Malaysia.

Keputusan yang diperoleh ialah Perlembagaan Persekutuan membatasi hak-hak yang


penting dan menafikan kajian semula kehakiman tindakan badan eksekutif. Namum
masalah utama yang dihadapi ialah tindakan badan eksekutif yang tidak mengikut
elemen-elemen masyarakat demokratik yang mengikut undang-undang serta menggugat
konsep pengasingan kuasa yang diamalkan. (IBA 2000:74&77) [5]

Isu klip video "Lingam" pada tahun 2007 mendedahkan kepincangan badan kehakiman.
Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam
terkemuka, Datuk V.K. Lingam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan
hakim-hakim di Malaysia pada 2002. Bekas Perdana Menteri Mahathir, Setiausaha
Agung Tengku Adnan, dan bekas Hakim Negara Eusoff Chin, antaranya yang terlibat
dalam memanipulasikan perlantikan kehakiman dan bersalah dalam mempengarahi
kenaikan pangkat hakim-hakim. Pada 22 Mei, Peguam Negara telah mengumumkan
bahawa pejabatnya akan menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut tetapi sehingga hujung
tahun masih tiada kemajuan yang diperolehi daripada siasatan tersebut.

Selain itu, kebebasan sistem Suruhanjaya Pilihanraya telah dipertikaikan apabila


kepincangan berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak nama pengundi
hilang, tetapi nama-nama peng4undi yang telah meninggal dunia pula muncul dan
terdapat orang yang mengguna nama tersebut untuk mengundi.
45
Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan
Islam dan Barat.
5. Perkembangan Kebebasan Asasi di Malaysia
Undang-undang di semua negara demokratik akan menyelitkan peruntukan mengenai hak
asasi manusia bagi rakyatnya. Maka kewujudan hak asasi manusia (Kamal Halili Hassan
1990:3) untuk memberikan dan mengiktirafkan hak seseorang dan menjamin
ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Perlembagaan Persekutuan 1957 ialah prinsip pemerintahan yang menjamin kebebasan


rakyat iaitu Kebebasan Asasi terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan
(1999) termasuklah Kebebasan diri dan nyawa (Perkara 5), Larangan Kerja paksa dan
pengabdian (Perkara 6), Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat
kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang (Perkara 7), Kesamarataan di sisi undang-
undang (Perkara 8), Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan
(Perkara 9), Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan (Perkara 10),
Kebebasan beragama (Perkara 11), Hak yang sama dalam pelajaran (Perkara 12), dan
Hak ke atas harta (Perkara 13).

Dalam konteks Malaysia, perkembangan hak asasi manusia telah bermula sebelum zaman
menentang penjajahan asing. Islam telah membawa perubahan nilai dan amalan yang
bercorak keislaman yang dilihat mampu mempertingkatkan tahap hak asasi manusia pada
Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874, British telah
memperkenalkan pemerintahan berasaskan undang-undang atau 'rule of law', sistem
kehakiman dan prinsip hak kebebasan individu, yang mengembangkan idea-idea
demokrasi. Misalnya Perlembagaan Johor 1908 (Pindaan) memperkenalkan beberapa
elemen hak asasi manusia seperti hak mendapatkan perbicaraan (Artikel 1), Kebebasan
kehakiman (Artikel 2), rayuan perbicaraan semula (Artikel 3), pemerintahan Sultan
secara adil dan berasaskan undang-undang (Artikel 4) dan hak mendapat gaji yang
disahkan oleh mahkamah undamg-undamg (Artikel 5). (Cheah Boon Kheng 2001:62).

Selepas menjadi anggota PBB, maka perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam
PBB perlu dipatuhi terutamanya melalui Artikel I(3) yang menjelaskan berkenaan hak
asasi manusia. Artikel I(3) menjelaskan, “Untuk mencapai kerjasama antarabangsa dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa dari segi ekonomi, sosial, budaya, dan kemanusiaan
dalam mempromosikan dan menggalakkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan
kebebasan asas bagi semua tanpa membezakan ras, jantina, bahasa, ataupun agama."
(Martin et al 1997:2) Meskipun begitu, Malaysia masih belum menerima pakai resolusi
Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 walaupun telah menjadi anggota PBB. (Rais
Yatim 1999:103) [6]

Namun Malaysia mengiktiraf undang-undang antarabangsa berkenaan hak asasi manusia


iaitu Supplementary Convention on the Abolition of Slavery, the Slave Trade, and
Institutions and Practices Similar to Slavery pada 18 November 1957 dan Convention on
the Nationality of Married Women pada 24 Februari 1959 (SUHAKAM 2001b:40). Ini
menjelaskan Malaysia menerima kesejagatan hak asasi manusia pada peringkat awalnya
hanya di atas dasar kepentingan sebuah negara baru yang memerlukan pengiktirafan
dunia. [7]

6. Akta-akta yang bertentangan dengan kebebasan asasi


Beberapa undang-undang atas alasan pemberontakan komunis tahun 1948 iaitu
'Emergency Regulations' yang kemudiannya diambil beberapa peruntukannya menjadi
Internal Security Act (ISA) pada 1960. Manakala 'Sedition Acts', 'Official Secrets Acts'
dan 'Printing Presses and Publications Ordinances' dipinda selepas merdeka lalu
membentuk akta yang sedia ada sekarang iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi
(Official Secret Act -OSA) 1972, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP)1984.
Satu akta y5ang membatasi hak asasi manusia telah ditambah selepas merdeka, iaitu Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

6.1 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

56
PBB ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang
ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat,
menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang
antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
7
Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan
Islam dan Barat.
Seseorang tahanan yang di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan
ditahan tanpa memerlukan waran tangkap, tanpa perlu di hadapkan ke hadapan majistret
di dalam tempoh 24 jam untuk mendapatkan perintah reman, tidak akan dibicarakan di
mahkamah awam diatas segala pertuduhan dan akan terus ditahan selagi di atas perkenan
Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Semenjak tahun 1960, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin
pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis
badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa
dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Tahanan ISA berada di Pusat
Tahanan Kamunting. Walaupun kerajaan mungkin melepaskan tahanan tanpa syarat,
tetapi dalam beberapa kes, orang-orang yang dibebaskan perlu untuk membuat
"pengakuan" awam di televisyen dan radio.

P. Uthayak umar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, Ganabatirau, dan T. Vasantha


Kumar yang merupakan para6 pemimpin Angkatan Tindakan Hak-hak Hindu
(HINDRAF) masih berada di dalam tahanan ISA pada hujung tahun kerana
menganjurkan bantahan terhadap dakwaan penyisihan kaum India pada tahun 2007.
Walaupun berada di dalam tahanan, Manoharan telah dipilih menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri Selangor. [8]

Polis juga telah menahan Ahli Parlimen Teresa Kok, seorang menteri cabinet kanan
Negeri Selangor dan ahli kanan Parti Tindakan Demokratik, di bawah ISA kerana
“menimbulkan ketegangan dan konflik antara kaum.” Pegawai polis mengatakan bahawa
Kok telah menimbulkan ketegangan agama melalui pengeluaran petisyen untuk
memperlahankan pembesar suara di masjid sewaktu azan; membuat kenyataan bahawa 30
peratus daripada peruntukan kewangan Jabatan Agama Negeri Selangor diberikan kepada
kumpulan-kumpulan agama yang lain; dan membantah terhadap penggunaan Jawi, iaitu
bahasa Melayu yang ditulis di dalam tulisan bahasa Arab pada tanda-tanda jalan.

68
M.Manoharan tidak dibebaskan dari tahanan tetapi beliau ialah Dewan Undangan Negeri bagi Kota
Alam Shah.
Perdana Menteri Malaysia Kelima, Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan"
Undang-undang seperti Internal Security Act tidak mempunyai tempat di Malaysia
moden. Ini adalah hukum yang kejam dan barbar. " Pada tahun 2003 ketika beliau
menjadi Perdana Menteri Namun, Abdullah Ahmad Badawi pula menyatakan ISA ialah
“undang-undang yang diperlukan,” dan berpendapat “Kami tidak pernah
menyalahgunakan ISA”. Semua mereka yang ditahan di bawah ISA terbukti ancaman
kepada masyarakat.” Akan tetapi parti-parti pembangkang percaya itu lebih kepada
ancaman bagi UMNO tetapi bukan ancaman kepada negara. ISA digunakan secara
menyeluruh selama Operasi Lalang tahun 1987 di mana ahli Pembangkang ditahan oleh
kerajaan UMNO melalui penggunaan ISA. Banyak para pemimpin pembangkang yang
ditahan tanpa proses mahkamah, bukti atau alasan. Pelaksanaan terkini ISA adalah
terhadap aktivis Hindu yang termasuk ke dalam kelompok HINDRAF[9] yang
menyuarakan menentang dasar kerajaan yang mengakibatkan orang India Malaysia yang
terpinggir dan tersisihkan daripada pembangunan negara.

6.2 Akta Hasutan


Akta Hasutan di Malaysia ialah undang-undang yang melarang tindakan dianggap
sebagai perbuatan menghasut. Selepas Peristiwa 13 Mei, ketika rusuhan kaum di Kuala
Lumpur mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 200. Jesteru itu kerajaan
perlembagaan meminda akta tersebut untuk memperluaskan lingkup sekatan kebebasan
bercakap. Bawah seksyen 3 (1), kecenderungan m7eghasut adalah niat untuk membawa
kepada kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan ketidakpuasan terhadap
terhadap Kerajaan, mempromosi perasaan sakit hati dan permusuhan di antara pelbagai
bangsa atau kelas daripada penduduk Malaysia, mempersoalkan segala sesuatu, hak,
status, kedudukan, hak istimewa, kedaulatan atau hak prerogatif yang dibentuk atau
dilindungi oleh peruntukan-peruntukan dalam bahagian III daripada Persekutuan
perlembagaan atau Perkara 152, 153 atau 181 daripada Perlembagaan Persekutuan.

(wikipedia) Pada tahun 2000, Marina Yusoff, seorang bekas Naib Presiden daripada Parti
Keadilan Nasional (Parti Keadilan Nasional) didakwa dengan Akta hasutan kerana telah
79
Hindraf ialah Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu merupakan satu kumpulan gabungan daripada 30
organisasi bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan
mereka di dalam masyarakat Malaysia.
membincangkan Peristiwa 13 Mei. Lim Guan Eng, seorang bekas ahli parlimen daripada
DAP, telah juga didapati bersalah atas Akta Hasutan pada tahun 1998 kerana terlibat
dalam kes bekas Ketua Menteri Melaka yang telah didakwa dengan kes pemerkosaan
anak persekolahan. [10]8 Pada tahun 2003, Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad
Badawi menyatakan bahawa kerajaan akan bertindak ke atas orang-orang yang
menentang perubahan dasar pendidikan menekankan pengajaran sains dan matematik
dalam Bahasa Inggeris dengan Akta Hasutan. Pada tahun yang sama, publikasi online
Malaysiakini ditutup sementara di bawah undang-undang hasutan selepas menerbitkan
surat mengkritik bahasa melayu dan hak istimewa.

6.3 Akta Rahsia Rasmi


"Akta Rahsia Rasmi (OSA)
OfficialSecret Acts diperkenalkan pada tahun 1972, tujuan utama undang-undang ini
adalah untuk menahan atau mengawal mereka yang mampu menyebabkan aktiviti-aktiviti
yang boleh membawa kemusnahan kepada negara, terutamanya pegawai yang terlibat
dalam urusan luar negara dan urusan ketenteraan.

Akta tersebut disalahgunakan sehingga seseorang pemberita boleh didakwa dibawah


OSA walaupun dia hanya melaporan terdapat bilangan cawan yang wujud dalam pejabat
menteri. Akta yang tidak dikawal ketat ini telah mencabul hak rakyat untuk mengetahui
sesuatu perkara. Selain itu, akta tersebut juga telah disalahgunakan oleh mereka untuk
menyekat pembongkaran sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan
menyekat prinsip kebebasan bersuara.

Penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sudah terbukti sejak lama lagi. Sebagai
contoh, kewujudan pelbagai perjanjian yang berat sebelah dalam kontrak di antara
kerajaan dengan pengusaha lebuhraya. Kerajaan dan pihak polis juga telah menyiasat
laman web Malaysia Today dengan akta tersebut. Malaysia Today telah mengemukukan
sepucuk surat dimana surat itu telah membongkarkan kegiatan dan juga maklumat
penjualan tanah di Port Klang Free Zone (PKFZ). Kabinet seharusnya

810
Lim Guan Eng yang telah membela gadis sunti Melayu dibawah umur d kes pemerkosaan anak
persekolahan.
mempertimbangkan hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di PKFZ
walaupun dokumen itu dibuktikan sebagai dokumen kabinet akhirnya.

6.4 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984


(Journal) Pihak kerajaan menyekat pihak media melalui Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 yang mewajibkan pihak penerbitan tempatan dan asing memohon permit
daripada kerajaan pada setiap tahun. Akta ini menganggap penerbitan “berita yang
berniat negatif” sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum dan memberi kuasa kepada
Menteri Dalam Negeri untuk mengharam atau menyekat sebarang penerbitan yang
dianggap boleh mengancam ketenteraman awam, moral atau keselamatan negara. Akta
ini juga melarang mahkamah daripada membantah penggantungan atau pembatalan
permit penerbitan. Menurut kerajaan, peruntukan ini memastikan bahawa pihak media
tidak akan menyebarkan "berita yang diputarbelit" dan ini perlu untuk menjaga
keharmonian serta menggalakkan kehidupan yang aman di negara berbilang bangsa. Pada
tahun ini, pihak Kementerian terus mengkaji, menapis, dan merampas banyak penerbitan
luar negeri.

6.5 Akta Universiti dan Kolej Universiti


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dikemukakan oleh Allahyarham
Dato’ Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 dan
mula dikuatkuasakan pada 30 April 1971. Tujuannya dikatakan untuk mengadakan
peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan
kolej-kolej universiti awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
AUKU telah menyekat kebebasa9n mahasiswa untuk berpersatuan, mengeluarkan
pandangan dan berhimpun. Selain itu, mahasiswa tidak dibenarkan terlibat politik;
samada dalam bentuk keterlibatan langsung atau tidak langsung, simpati, sokongan atau
bantahan. [11]
Akta ini memberi mandat kepada pihak universiti untuk meluluskan persatuan pelajar
dan melarang persatuan-persatuan pelajar dan ahli fakulti daripada melibatkan diri dalam
kegiatan politik. Namum, Parlimen telah meminda akta tersebut untuk membenarkan para
pelajar menjadi ahli organisasi di luar universiti pada bulan Disember 2007.
911
Lihat Wikipedia Bahasa Melayu Ensiklopedia Bebas, akta university dan kolej university.
Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk akta-kata di atas
dimansuhkan, tetapi pindaan boleh dibuat supaya lebih bersesuaian dengan keadaan
semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah untuk memelihara keharmonian dan
ketenteraman awam di negara ini. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi,
keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.

7. Batasan hak asasi manusia di Malaysia


7.1 Kebebasan Bersuara
Kebebasan Bersuara berkait rapat dengan Kebebasan Media. Kebebasan bersuara
bermaksud bebas untuk menyuarakan apa sahaja pendapat, samada melalui lisan
mahupun tulisan. Orang ramai juga perlu menjaga sensitiviti terutamanya persoalan hak
istimewa Melayu, kerakyatan jus soli, ketuanan Melayu dan isu-isu keagamaan. Isu-isu
ini amat sensitif dan mudah mencetuskan konflik perkauman. Lantaran itu Kebebasan
media massa dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk mencegah
orangramai dari mempermain-mainkan isu-isu yang dinyatakan tadi.
10

Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh ke kedudukan 132 daripada
173 negara. Penilaian ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang
berpangkalan di Paris, Perancis. [11] Menurut kerajaan, sekatan yang dikenakan terhadap
pihak media bertujuan memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam, dan
hubungan baik dengan negara-negara lain.
Stesen-stesen televisyen juga menapis siaran masing-masing selaras dengan garis
panduan kerajaan. Kerajaan telah menyekat atau mengharamkan beberapa buah akhbar
dan majalah asing, iaitu akhbar Tamil Makkal Osai, Mingguan Kristian The Herald,
Malaysia Nanban, Guangming D11aily, Watan, Mingguan Bumi, Harakah, dan
sebagainya.
Kerajaan mempunyai “senarai hitam” yang menyenaraikan nama-nama penghibur, ahli-
ahli politik, dan para pemimpin agama tempatan dan luar negara yang tidak dibenarkan
muncul dalam siaran televisyen atau radio. Pihak kerajaan juga akan menyekat komen

1011
Lihat Wikipedia Bahasa Melayu, Kebebasan akhbar.
11
Lihat jurnal Alexa The Web Information Company
atau penerbitan, termasuk buku, jika dianggap boleh menjejaskan keharmonian antara
kaum atau agama.
Walaupun tiada sekatan yang dikenakan terhadap capaian Internet oleh kerajaan, namun
pada tahun ini pihak kerajaan telah menghalang capaian kepada beberapa buah laman
web dan menahan beberapa pemblog terkemuka kerana menerbitkan komen-komen yang
mengkritik kerajaan. Akta Hasutan telah menyebabkan berlakunya penapisan sendiri oleh
beberapa sumber kandungan Internet tempatan seperti penulis blog, penyedia berita
Internet, dan para aktivis NGO. Akta Komunikasi dan Multimedia mensyaratkan supaya
penyedia khidmat Internet dan rangkaian tertentu mendapatkan lesen. Akta ini
membenarkan hukuman dikenakan terhadap pemilik sesebuah laman web atau blog
kerana membenarkan penerbitan kandungan yang bersifat perkauman, keagamaan atau
politik yang dianggap oleh mahkamah sebagai fitnah. [11]

Selain itu, Parti Perikatan yang memerintah juga mengawal sebahagian besar saham
dalam dua daripada tiga buah akhbar utama bahasa Inggeris dan kesemua akhbar bahasa
Melayu. Ahli-ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan serta
parti-parti yang memerintah memiliki akhbar bahasa Inggeris yang ketiga paling utama
dan keempat-empat akhbar bahasa Cina. Wartawan-wartawan kerap ditahan, diganggu,
dan ditakut-takutkan atas liputan yang dilaporkan. Misalnya, Tan Hoon Cheng, seorang
wartawan akhbar bahasa Cina, Sin Chew, telah ditahan kerana melaporkan ucapan yang
disampaikan oleh Ahmad Ismail, seorang pemimpin parti UMNO tempatan. Dalam
ucapan tersebut, beliau telah menyifatkan orang Cina di Malaysia sebagai “setinggan”
dan “pendatang.” Reaksi rakyat, termasuk ugutan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk
keluar daripada Barisan Nasional, telah memaksa pihak kerajaan untuk membebaskannya
dalam tempoh 18 jam selepas penahanannya.

Pihak kerajaan terus menapis media dengan mengawal kandungan berita, mengenakan
pembaharuan tahunan bagi permit-permit penerbitan, dan mengehadkan edaran
penerbitan kepada ahli-ahli organisasi sahaja. Pihak-pihak pencetak biasanya enggan
mencetak sebarang penerbitan yang mengandungi unsur kritik terhadap kerajaan kerana
takut dikenakan tindakan balas.
7.2 Kebebasan Berhimpun Secara Aman dan Kebebasan Berpersatuan
Ordinan Ketenteraman Awam boleh mengehadkan perhimpunan awam yang boleh
menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, manakala Akta Polis mewajibkan
permit polis diperolehi sebelum perhimpunan awam dirancang kecuali para pekerja yang
berpiket. Kedua-dua undang-undang ini telah menyekat kebebasan berhimpun.

Pada 9 November 2007, pihak polis telah menahan 23 individu semasa perhimpunan
yang diadakan untuk memperingati ulang tahun pertama bantahan HINDRAF 2007
kerana kumpulan tersebut tidak mendapatkan permit. Pada hujung tahun, kes-kes untuk
31 orang penunjuk perasaan HINDRAF, sembilan orang yang ditahan kerana menyertai
perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia 2007.

Mengenai Kebebasan Berpersatuan pula, organisasi masyarakat sivil dan hak asasi
manusia menyatakan bahawa mereka sukar mendapatkan pengiktirafan sebagai badan
NGO daripada pihak kerajaan. Oleh itu, sesetengah NGO didaftarkan sebagai syarikat
dan keadaan ini telah menimbulkan masalah undang-undang serta birokrasi dari segi
pungutan derma bagi membiayai aktiviti organisasi. Kesannya, NGO di negara Malaysia
tidak dapat memainkan peranan sepenuhnya dalam mempertahankan kepentingan
masyarakat.

7.3 Kebebasan Beragama


Orang bukan Islam yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah penduduk
Malaysia dan terdiri daripada penganut agama-agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh,
bebas mengamalkan kepercayaan agama masing12-masing. Pihak kerajaan umumnya
menghormati hak untuk beribadat golongan bukan Islam asalkan kontrak sosial[`12] tidak
dipersoalkan. Seperti contoh, undang-undang melarang keras orang bukan Islam daripada
berdakwah kepada orang Islam. Namun demikian, tindakan berdakwah kepada orang
yang bukan Islam tidak pula dikenakan sebarang halangan.

12
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan mengenai
kedudukan bumiputera.
Namum begitu, menurut Majlis Perundingan bagi Penganut-penganut Agama Buddha,
Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia, pihak kerajaan masih menyekat
permohonan visa paderi dari luar negara yang berumur kurang daripada 40 tahun.
Kerajaan juga telah menyekat penyebaran kitab-kitab Injil, pita-pita agama Kristian, dan
bahan cetak lain yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu serta mensyaratkan
bahawa amaran “Bukan Untuk Orang Islam” perlu dicetak pada semua bahan terbitan
bahasa Melayu tersebut. Agama yang lain kecuali agama rasmi dilihat manghadapi lebih
banyak halangan dalm menuntut kepentingan agama masing-masing.

8. Sejauh mana demokrasi dan hak asasi manusia bertentangan


Melalui peruntukan 73(1) ISA 1960, seseorang pegawai polis itu mempunyai hak melalui
kuasa yang diwakilkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepadanya untuk
menahan seseorang suspek tanpa sebarang waran sedangkan di dalam Perlembagaan
Persekutuan menolak penahanan tanpa sebab seseorang warganegara. Peruntukan ISA
untuk menahan seseorang suspek dalam jangka masa yang panjang juga bercanggah
dengan larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan (Perkara 9).
(Journal) AUKU dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah menjadi halangan
kepada warganegara dalam menyuarakan pandangan secara bebas walaupun Artikel 10
Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara adalah hak
kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia. (AUKU : PINDA
ATAU MANSUH?)

Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai “hak


untuk berhimpun secara aman tanpa senjata”, namun kerajaan telah mengenakan sekatan
terhadap hak ini melalui penggunaan Ordinan Ketenteraman Awam dan Akta Polis.
Bahagian Perlembagaan Persekutuan yang bercanggah dengan kelima-lima akta tersebut
telah menonjolkan kelemahan sistem pemerintahan Malaysia. Perkara 4 Perlembagaan
Persekutuan telah menyatakan bahawa Perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi
(supreme law) di Malaysia dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan
Perlembagaan ini akan terbatal setakat mana yang bercanggah. Maka jelas bahawa
percanggahan yang berlaku ini boleh menyebabkan peruntukan tersebut dibatalkan tetapi
akta-akta yang bertentangan masih dikekalkan pihak pemerintah. (AUKU : PINDA
ATAU MANSUH?)

9. Pembentukan Suruhajaya Hak Asasi Manusia


PBB telah menghantar Pelapor Khasnya (Special Rapporteur) ke Malaysia menyiasat
tuduhan pencabulan hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat pada 20 hingga
24 Oktober 1998. Hasil laporan tersebut menunjukkan hak kebebasan bersuara dan
mengeluarkan pendapat adalah terbatas daripada segi kewujudan akta-akta ISA, Akta
Hasutan, dan AMCP; kawalan pemilikan media arus perdana dan memperoleh maklumat
mengenai parti pembangkang di media elektronik oleh parti pemerintah, menghukum
wartawan asing dan menghalang pengedaran media elektronik asing; menghalang rakyat
memperoleh maklumat yang berupa pandangan dan pendapat kritikal kepada kerajaan;
serta memperlihatkan usaha campur tangan kerajaan ke atas badan kehakiman.
(Commission on Human Rights 1998:7-8)

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah merangka Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 9 September 1999. Walau bagaimanapun, akta
ini hanya berkuatkuasa pada 20 April 2000. Tujuan penggubalan Akta Suruhanjaya Hak
Asasi Mauusia 1999 adalah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Akta ini memperuntuk dan menjelaskan
kuasa dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah suruhanjaya bebas, untuk menberi
pendidikan dan perlindungan di samping memajukan hak asasi manusia di Malaysia.

Fungsi SUHAKAM adalah untuk menangani salah laku dan pencabulan terhadap hak
asasi di samping menyediakan pendidikan bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat
mengenai kepentingan untuk memahami dan menghormati hak tersebut. SUHAKAM
juga berfungsi untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merangka dan
merumuskan perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran berhubung dengan hak asasi
manusia di samping mengesyorkan sebarang Iangkah-langkah yang perlu diambil. Dalam
menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan oleh Akta, Suruhanjaya turut diminta
mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai aktiviti sepanjang tahun
termasuk aduan yang diterirna, saranan dan cadangan yang dibuat serta tindakan yang
telah diambil.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai Masyarakat majmuk , Malaysia memberi


penekanan terhadap prinsip melindungi hak umum berbanding dengan hak individu.
Harlida Abdul Wahab dan Asiah Bidin, pensyarah Universiti Utara Malaysia
berpendapat bahawa SUHAKAM hanya mampu berfungsi dengan berkesan sekiranya
kuasa yang komprehensif diberikan, kuasa yang diperuntukkan kepada SUHAKAM
sementara ini adalah terhad.

Keadaan tersebut boleh dilihat pada 20 Ogos 2001, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) mengeluarkan laporan rasminya mengenai perhimpunan 100,000
rakyat yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di Lebuh Raya Kesas dan Jalan Kebun
pada 5 November 2000. Hasil laporan SUHAKAM merumuskan pihak polis
bertanggungjawab pada beberapa pencabulan hak asasi manusia ketika perhimpunan
tersebut yang melibatkan cara penafian permit dn cara pengendalian kepada pihak yang
berdemokrasi di Lebuh Raya Kesas tersebut sehingga melibatkan kecederaan dan
kerosakan harta benda (SUHAKAM 2001a). Pada keesokan harinya iaitu 21 Ogos 2001,
Perdana Menteri Malaysia pada waktu tersebut mengkritik SUHAKAM dan menganggap
laporan tersebut berat sebelah dan dipengaruhi pemikiran barat tetapi bukan kepentingan
negara. (Berita Harian 2001a:1) [13]

Penubuhan SUHAKAM waktu itu  menyatakan penubuhan SUHAKAM adalah


berlandaskan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Sejagat Hak
Asasi Manusia terutamanya dalam usaha menjamin manusia berhak mendapat maklumat
yang tepat, benar, dan lengkap mengenai hak a13sasi manusia (Memo 2001:26). Ini
menunjukkan SUHAKAM wajip mengamal nilai dan hak sejagat yang terkandung dalam
deklarasi tersebut tetapi telah dikatakan menampilkan nilai-nilai Barat oleh kerajaan
Malaysia.

Rumusan

13
Lihat jurnal Akta 597: Satu perkembangan Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan
demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Seperti telah dinyatakan, untuk
melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri maka pilihan raya
diadakan.Doktrin pengasingan kuasa telah membahagikan kuasa kepada tiga badan yang
bebas, iaitu Badan Perundangan (legislature), Badan Kehakiman (judiciary) dan Badan
Pengurusan atau Eksekutif (executive) yang saling mengawal dan mengimbang.

Malangnya,sistem demokrasi Malaysia semakin merosot disebabkan sikap ahli Parlimen,


penyalahgunaan kuasa oleh badan eksekutif, dan kepincangan badan kehakiman.

Kebebasan Asasi di Malaysia disekat oleh lima akta iaitu Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960,Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984, danAkta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Kebebasan
Bersuara, kebebasan berhimpun, dan kebebasan bersuara terbatas. Keadaan ini
menimbulkan persoalan kerana pelaksanaan akta-akta tersebut mengehadkan kebebasan
adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SUHA14KAM yang ditubuh hasil daripada laporan anatarabangasa terhadap tahap hak
asasi di Malaysia tetapi tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk berfungsi.

Kesimpulan
Apabila melibatkan soal sesebuah negara, maka hak asasi manusia perlu berhadapan
dengan konteks tempatan dan keperluan yang berbeza dalam mengimplementasi hak
asasi manusia. Ini jelas kerana sekiranya Malaysia memensuhkan kelima-lima akta
tersebut dan menerima hak asasi manusia sejagat maka beberapa perkara-perkara sensitif
perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti hak istimewa orang Melayu, kebebasan
beragama, sentimen perkauman. Namum isu-isu ini dilihat agak sukar dan mustahil
diselesaikan pada masa terdekat ini. Ianya memerlukan suatu tempoh masa yang lama
dan memerlukan sikap toleransi yang tinggi di antara kaum dan agama bagi
menghapuskan isu-isu sensitif ini. Oleh kerana kedudukan sebeginilah yang
menyebabkan hak asasi manusia yang bersesuaian dengan norma tempatan menjadi
14
Lihat Jurnal Akta 597: Satu perkembangan Hak Asasi Manusia di Malaysia.
pilihan Malaysia. Sekurang-kurangnya ia menjamin kemakmuran ekonomi dan
pembangunan yang berterusan di Malaysia. Namum begitu, peruntukan-peruntukan akta
tersebut perlu ditinjau, dipinda atau dibatalkan mana yang patut supaya kuasa yang diberi
kepada badan pelaksana tidak bertindak keterlaluan sehingga kebebasan yang patut
dinikmati disekat sepenuhnya.

Bibliografi

Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan
Islam dan Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mohamed Anwar Omar Din. 2004. Dinamika Bangsa Melayu – Menongkah Arus
Globalisasi.

Syed Husin Ali. Demokrasi di Malaysia: Satu Pendidikan Asas Mengenainya.

Harlida Abdul Wahab dan Asiah Bidin. 2001. Akta 597: Satu perkembangan Hak Asasi
Manusia di Malaysia. http://www.psb1.uum.edu.my/lpBin21/emaj.dll/Infobase5/%40o
%40/25?f=templates&fn=document-frame.htm&ct=application%2Fpdf&2.0

Wikipedia Bahasa Melayu. 2010. Hak Asasi Manusia. 5 Mac.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia (3 Mac 2010).

MySpace Blog. Ketua menteri P.Pinang di penjara: Lim Guan Eng dipenjara kerana
membela gadis sunti melayu. March 19, 2008
http://blogs.myspace.com/index.cfm?
fuseaction=blog.view&friendId=315420802&blogId=368220013

Wikipedia Bahasa Melayu. Operasi Lalang


http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang

Wikipedia Bahasa Melayu. Isu Klip Video Lingam


http://ms.wikipedia.org/wiki/Klip_video_Lingam Klip video Lingam

Berita Harian, Jawatankuasa kaji ISA rujuk negara lain 20 Oktober 2009.
http://www.isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3267

Malaysia Kini, Syarat jika mahu kebebasan akhbar...


http://www.malaysiakini.com/news/81682

Alexa The Web Information Company. Journal


http://usembassymalaysia.org.my/bnet/hrrpt2008_bm.pdf

Ummah Online. Sheikhryz, I.S.A: Penghakisan Hak Asasi Manusia


http://www.ummahonline.com/?p=536

Laman Rasmi Jabatan Penerangan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dikekalkan
Demi Menjamin Kesejahteraan Negara
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&amp
%3Bview=article&amp%3Bid=4300:akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-dikekalkan-
demi-menjamin-kesejahteraa

Wikipedia Bahasa Melayu. Internal Security Act


http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_Security_Act_(Malaysia)

Wordpress Blog. Demokrasi di Malaysia boleh dijustifikasikan.


http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/10/demokrasi-di-malaysia-boleh-
dijustifikasikan/
Wikipedia the free encyclopedia Sedition Act (Malaysia)
http://en.wikipedia.org/wiki/Sedition_Act_(Malaysia)

Apa Itu Akta Rahsia Rasmi (OSA), gomalaysian, September 25


http://utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2640

AUKU : PINDA ATAU MANSUH?, PAS Johor, 27 December 2008 20:38


http://johor.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55:auku-
pinda-atau-mansuh-&catid=40:dari-meja-peguam&Itemid=57

Anda mungkin juga menyukai