Anda di halaman 1dari 5

Tulis satu esei bertajuk Cabaran-Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan

Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya


___________________________________________________________________________
Definisi Menulis
Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat
tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini
begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur
, pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan
lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Menurut Paul
Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas
di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang
tak ternilai dalam kegiatan ini. Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik
yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun
menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi
di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Konsep Menulis
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat
secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan
gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih
menyeluruh. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi
mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai
alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan
berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.
Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya
malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca
seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika
masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek
pembelajaran bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling rendah
lagi tidak kira secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran menulis
merangkumi 4 tahap utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan mentalis.
Setiap tahap ini mempunyai cabaran masing-masing untuk guru mengajarnya. Terdapat beberapa
perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya termasuklah dari segi guru, murid, ibu
bapa dan utiliti yang dibekalkan. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan
pengajaran kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu di sekolah saya.
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran kemahiran
menulis dalam Bahasa Melayu di sekolah saya. Sebagai seorang guru sekolah rendah, saya
dapati saya mempunyai beberapa kelemahan dalam melaksanakan pengajaran menulis dalam
Bahasa Melayu. Cabaran pertama saya ialah dari segi pedagogi. Walaupun saya telah 10 tahun
mengajar Bahasa Melayu, tetapi saya dapati bahawa pengalaman sedia ada sahaja kurang
membantu. Sampai sekarang saya masih tidak dapat melaksanakan pengajaran menulis dengan
baik. Perkara ini berlaku kerana semakin hari semakin banyak elemen baru yang diperkenalkan
untuk mengajar kemahiran menulis terutamanya KSSR pada masa kini. Saya tidak dapat
menguasai kaedah mengajar kemahiran menulis bagi soalan yang berkaitan dengan KBAT.
Kedua, walaupun sekolah mempunyai kemudahan komputer dalam kelas, tetapi saya
masih kekurangan kemahiran ICT. Dalam era modani ini, kepantasan penyebaran informasi
melalui media elektronik memang sangat membantu. Tetapi, saya kurang mahir untuk
mengekstrak maklumat dari bahan-bahan maya ini.

Bukan itu sahaja, komputer di sekolah saya telah lama digunakan, jadi kadang-kadang terdapat
masalah semasa saya hendak gunakan komputer untuk mengajar. Jika pengajaran kemahiran
menulis melalui ICT, penjelasan guru akan lebih menarik dan berkesan.
Ketiga, kekangan masa untuk malaksanakan pengajaran menulis di bilik darjah.
Pembelajaran Bahasa Melayu tidak tersekang hanya kepada kemahiran menulis sahaja, tetapi
merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Maka,
peruntukan masa yang diberikan perlulah dibahagikan secara efektif supaya murid dapat
menguasai semua kemahiran yang dinyatakan seoptimum mungkin.
Keempat, sekolah saya adalah SJKC, ramai murid cina tidak dapat menguasai kemahiran
menulis dalam Bahasa Melayu. Walaupun saya telah cuba dengan pelbagai kaedah mengajar,
tetapi masih tiada kemajuan dalam penulisan mereka. Saya dapati masalah ini berlaku
disebabkan murid-murid lemah dalam tatabahasa, struktur ayat dalam Bahasa Melayu. Tambahan
pula, penguasaan kosa kata murid-murid agar lemah, mereka tidak faham maksud bagi perkataan
sehingga mereka tidak berminat terhadap penulisan Bahasa Melayu. Dengan ini, masa untuk
melaksanakan pengajaran menulis dalam Bahasa Melayu adalah panjang kerana pembelajaran
murid adalah lambat.
Selain itu, kemahiran asas dan latar belakang murid juga menimbulkan masalah.
Kemahiran asas murid tidak kukuh menyebabkan mereka mengahadapi masalah semasa menulis
walaupun hanya menulis ayat yang pendek sahaja. Saya juga dapati bahawa murid yang
mempunyai latar belakang yang baik atau ibu bapa yang mahir dalam Bahasa Melayu, muridmurid tersebut adalah lebih mahir menulis dalam Bahasa Melayu. Ini kerana ibu bapa muridmurid tersebut mengajar mereka semasa di rumah. Sebaliknya, bagi murid yang mempunyai
kedua-dua orang ibu bapa yang sibuk bekerja tiada masa untuk memberi perhatian terhadap
pelajaran anak mereka. Ini menyebabkan sikap murid-murid untuk belajar menjadi teruk dan
tidak berminat atau memberi perhatian samasa belajar di dalam bilik darjah. Ada sesetengah
murid, walaupun saya telah memberi isi-isi penting kepada mereka, mereka masih tidak dapat
menggunakan isi-isi tersebut untuk membina ayat yang betul.

Untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan pengajaran kemahiran menulis dalam


Bahasa Melayu, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
Murid adalah pelanggan guru dan pihak sekolah. Kita harus sedar, sebagai manusia, murid kita
pasti mempunyai ciri perbezaan individu antara satu sama lain. Ada antara murid yang cergas
pemikirannya dan ada juga yang sebaliknya. Maka, perbezaan ini perlu dititikberatkan semasa
proses pengajaran dan pengajaran dijalankan. Guru perlu bijak menggunakan teknik dan strategi
mengikut tahap murid yang sedang diajarnya. Aplikasi kaedah yang tepat dapat membantu
meningkatkan tahap fokus murid di samping menyuburkan minat mereka untuk belajar
kemahiran menulis. Contohnya seperti konsep belajar sambil bermain bagi kanak-kanak yang
masih tiada kesediaan untuk ke sekolah (school readiness).
Kualiti masa yang dihabiskan di sekolah belum tentu memadai untuk murid menguasai
kemahiran menulis. Oleh itu, ibu bapa serta penjaga perlu memberi kerjasama kepada pihak
guru. Sebenarnya, guru yang empati akan cuba membantu muridnya untuk menguasai kemahiran
yang diajar dengan pelbagai cara. Salah satu cara tradisi guru di Malaysia ialah dengan memberi
murid kerja rumah. Kerja rumah sebenarnya satu bentuk latihan pengayaan atau pemantapan
penguasaan murid terhadap sesuatu yang telah diajarkan. Tugas ibu bapa di sini ialah memantau
anak jagaan mereka membuat kerja rumah tersebut. Dari segi kemahiran menulis terutamanya
peringkat asas teknik menulis huruf dengan betul, saya kurang menggalakkan ibu bapa atau
penjaga mengajar anak jagaan mereka. Hal ini kerana wujud situasi salah teknik menulis huruf
yang salah dikalangan murid yang sudah belajar menulis huruf di rumah. Perkara ini memang
nampak remeh tetapi memberi impak yang agak besar dari teknik menulis murid hingga ke tahap
yang lebih tinggi.
Seterusnya adalah dari segi kemudahan utiliti yang ada. Utiliti dan fasiliti sekolah yang
tidak lengkap sebenarnya sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran kemahiran menulis.
Contohnya untuk pengajaran teknik menulis huruf menggunakan VCD bekalan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) kepada murid prasekolah atau tahun 1. Seandainya guru terpaksa
menggunakan komputer riba sebagai skrin tayangan untuk murid berkapasiti lebih 10 orang
pastinya sesi pengajaran tersebut menjadi tidak kondusif. Selain itu, timbul juga isu bahan
kurang menarik atau tidak sesuai dengan standard murid.

Misalnya, bekalan buku asas menulis yang mengandungi tulisan berangkai bagi murid
prasekolah. Perkara ini memang tidak relevan kerana murid prasekolah majoritinya masih belum
berkembang dari segi motor halusnya untuk menulis tulisan berangkai.
Kesimpulannya, cabaran mengajar kemahiran menulis di sekolah adalah sangat banyak
mengikut tahap murid yang sedang kita ajar. Apa yang penting sebenarnya ialah semua pihak
perlu berfikir secara logik dan proaktif dalam mengatasi setiap cabaran semasa mengajar
kemahiran ini. Tabiat suka menunding jari dan pasif perlu dielakkan kerana impaknya lebih
banyak negatif dari positif. Sebaliknya, ambillah langkah proaktif seperti berdiskusi antara satu
sama lain bagi menghadapi apa jua cabaran. Sesungguhnya cara ini adalah lebih afdal dan
memberi manfaat untuk setiap pihak yang terlibat .

Anda mungkin juga menyukai