Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN

Kecergasan adalah keupayaan individu berfungsi secara bekesan untuk


menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang
dengan lebih berkesan, disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan
kecemasan. Kecergasan fizikal juga adalah berkaitan keupayaan individu untuk
bekerja dengan lebih berkesan dan menikmati masa lapang, rehat, menentang
penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan optima tidak dapat
dicapai jika tidak melakukan aktiviti fizikal secara berterusan.
Menurut Fox E.L (1983) sebelum perang Dunia Kedua, aspek kecergasan
fizikal langsung tidak diambil perhatian oleh masyarakat secara serius. Setiap masa
mesyarakat pada masa lalu hanya menumpukan kehidupan untuk mencari
makanan, tempat perlindungan dan pakaian bagi memenuhi keperluan hidup
mereka. Mereka mengabaikan kecergasan mereka untuk teruskan hidup menikmati
keseronokan hingga akhir hayat. Pada tahun 1955, Presiden Dwight D. Elsenhowe
mula mengambil perhatian tentang perkara ini. Melalui satu kajian yang dibuat
selepas perang dunia kedua, didapati bahawa askar Amerika yang kurang tahap
kecergasan adalah seramai 50%. Beliau telah mengambil perhatian yang serius
terhadap kajian yang telah dibuat oleh Kraus dan Hirschbind yang mendapati
bahawa belia Amerika masih mundur dari aspek kecergasan dibandingkan dengan
belia-belia di Eropah. Berdasarkan fakta yang diperoleh daripada kajian tersebut
adalah Majlis Kecergasan Fizikal yang ditubuhkan di Negara tersebut bagi
mengatasi masalah ini dalam bidang ketenteraan. Dalam pada itu, usaha tersebut
telah diteruskan oleh John F. Kennedy dan Lyndon B. Johnson. Pada mereka bahawa
dengan mempertingkat tahap kecergasan fizikal akan dapat mewujudkan insan
yang sempurna untuk keselamatan dan kemajuan negara.
Kesedaran untuk mempertingkat tahap kecegasan fizikal ini mula mendapat
perhatian di Malaysia. Langkah menyedarkan kepentingan perkara ini dapat dilihat
melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis
Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dengan mengadakan
aktiviti yang seiring dengan perkembangan sukan Negara dengan memperkenalkan
kursus yang berorientasikan kecergasansecara saintifik di university tempatan.
Terdapat kursus yang diperkenalkan seperti Pendidikan Jasmani, Sai ns Sukan dan
lain-lain sama dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana juga mesti selaras
melalui KBSR dan KBSM yang bertujuan memberi pendidikan yang seimbang,
kognitif, psikomotor dan emosi agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmoni. Sekiranya aspek kecergasan ini tidak dititikberatkan, maka sudah tentu
generasi kita hanya menumpukan kepada akademik dan kaya dengan budaya ilmu
tetapi miskin dengan budaya kerja, kerana jasmani dilupakan.
1.1

KONSEP KECERGASAN KESELURUHAN ATAU KESEJAHTERAAN

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen mental, social, emosi, fizikal


dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang
bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan
seseorang individu tentang kehiduoan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih
cekap dan berkesan.
1.1.1 KECERGASAN FIZIKAL
Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan efektif disamping
mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan
dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa
kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi
kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa aktiviti
senaman yang berterusan.
1.1.2 KECERGASAN MENTAL
Keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk
meningkatkan kualiti hidup seharian serta berfungsi secara optimal.
1.1.3 KECERGASAN SOSIAL
Keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orag lain bagi mewujudkan
perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua
pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
1.1.4 KECERGASAN EMOSI
Keupayaan individu menangani kehidupan seharian serta perasaan kendiri secara
membina, proaktif, dan optimistik.
1.1.5 KECERGASAN ROHANI
Keupayaan individu untuk membentuk satu system nilai dan bertindak
berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat
kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

1.2

KECERGASAN FIZIKAL

Anda mungkin juga menyukai