Anda di halaman 1dari 12

GURU SEBAGAI MODEL YANG BOLEH DIBANGGAKAN

Melalui soalan nombor empat guru sebagai model dan bincangkan perkaraperkara yang boleh

dibanggakan

bagi menjawab soalan ini lima soalan

asas telah dirangka khusus bagi kehendak soalan diatas. Soalannya adalah
seperti berikut
1. Siapakah guru ?
2. siapakah dia yang layak menjadi guru ?
3. Apakah perananguru ?
4. Apakah yang dikatakan Profesion guru ?
5. Guru sebagai Model dan Profesion yang boleh dibanggakan ?
Melalui kerangka soalan yang pertama siapakah guru dari sudut bahasa dan
pandangan tokoh pendidikan

mengenai perkataan GURU. Perkataan

secara asasnya berasal dari perkataan Sanskrit lama yang digabungkan dari
dua kosa kata yang berlainan iaitu kalimat GU dan RU.
Dua

perkataan

ini

memberi

makna

yang

berbeza

.Untuk

perkataanGUmembawa maksud kejahilan ilmu yang dialami oleh manusia


manakala RUpula membawa maksud Pengetahuan yang menghilangkan
kejahilan. Bila kedua-dua perkataan ini digabungkan maka ianya menjadi
kalimat GURUyang memberi maksud orang yang menghilangkan kejahilan
ilmu dengan menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru jika diterjemahkan
dalam bahasa inggeris ianya memberi maksud TEACHERmaksud teacher
melalui kamus oxford ialah A teacher is a person who delivers an
educational program, assesses student participation in an educational
program bermaksud orang yang menjalankan aktiviti pendidikan dan
menilai penyertaan pelajar didalam aktiviti pembelajaran.
Dalam Bahasa Arab perkataan guru ialah ,,. Setiap
perkataan tadi membawa maksud yang berlainan tapi sama dari sudut tugas

iaitu memberi atau menyampaikan ilmu dan maklumat. Manakala guru juga
dipanggil dengan istilahUlamaoleh bangsa Arab iaitu orang yang berilmu.
Manakala mengikut kaca mata islam menurut Ibnu Masud Radhiallahu anhu
katanya:


Maksudnya:
( Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa
takut kepada Allah. Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185 )
Setelah diberi maksud guru pada bahasa secara umum maka, persoalan
yang kedua
dibawa iaitu siapakah dia yang layak menjadi guru ?
Sebelum individu itu digelar sebagai pendidik, paling tidak bagi individu
haruslah menpunyai peribadi yang unggul dan mempunyai daya pandang
jauh yang melangkaui zaman. Pengetahuan dan mahir dalam praktikal dan
mampu merealisasi pelbagai jenis teori pembelajaran . Bakal guru juga perlu
dilatih dalam melaksana pelbagai pembelajaran induktif dan deduktif secara
berkesan.maka dalam hal ini guru perlu diberikan pengiktirafan yang
selayaknya .

Sebenarnya amanah mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang


mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang guru,
jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin
syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )
Maka dalam hal ini guru perlu ada ketabahan hati dan bertindak secara
produktif

dalam

menghasilkan

pembelajaran

dan

pengajaran

yang

berkesan , rajin dan tekun menjalani kewajiban, kreatif dalam memberi


galakan kepada murid-murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran,

permainan dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa


hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat
dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan
pendidikan dalam perspektif Islam Guru, m.s: 2-4)

Melalui kerangka soalan yang ketiga pula perbincangan diteruskan dengan


persoalan

apakah

peranan

guru

secara

umumnya

dalam

pendidikan ?
Peranan guru dalam pendidikan-pecahan kepada tiga individu, keluarga
dan Negara
Barangkali ada orang mengatakan bahawa tugas guru adalah semata-mata
untuk mengajar, memberi arahan dan menyediakan soalan periksa. Jika ini
peranan seorang guru maka ianya terlalu kolot, maksudnya guru itu
bukanlah pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik tidak
terhad

kepada

mengasah bakat

menyampaikan
Jadi inilah

ilmu

pengetahuan

tetapi

mendidik,

sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya

menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara


ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru
dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )
Demikian itu pentingnya amanah guru dan menjadi harapan rakyat Malaysia,
maka keperluan penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan tersusun.
Pendapat ini ada betul dan ada silapnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau
sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi
seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai
sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai
ilmu

pengetahuan

yang

luas

dan

mendalam

tentang

bidang

ilmu

pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan


tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan
Long : 1980: M.s: 1-2 )

Para guru adalah anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung
dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan
yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang
pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan pencapaian sekolah.
Antara peranan-peranan guru ialah:
1. Sebagai tenaga pengajar yang menolah aktiviti pengajaran bersumberkan
sukatan pelajaran dan dilaksanakan dalam situasi bilik darjah mengikut
perancangan

dan

strategi

pengajaran

yang

bertepatan.

2. Sebagai peransang pembelajaran dengan memberikan galakan kepada


murid-murid

untuk

mereka

berusaha

belajar

secara

individu

atau

berkumpulan.
3. Sebagai konduktor bilik darjah sepertimana menyusun rutin bilik darjah,
menetapkan corak penyusunan meja-kerusi dan peralatan bagi melahirkan
keadaan pengajaran dan pembelajaran yang bertepatan.
4. Sebagai pengasuh kepada murid-murid, untuk memelihara keselamatan
dan

kebajikan

mereka.

Tugasan

ini

akan

mendorong

murid-murid

menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.


5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab memelihara disiplin para
pelajar serta membantu mereka membudayakan sahsiah dan kelakuan yang
sejajar

dengan

nilai

dan

norma

masyarat.

6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru dijadikan ikutan
teladan kepada murid. Nilai positif yang dipersembahkan oleh guru di
sekolah

dapat

diharmonikan

dalam

jiwa

murid.

7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan


kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau
masalah peribadi.
8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing
mereka menjalankan aktiviti sekolah.

9. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan


diantara pihak sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158159 )
Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan
peruntukan masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan ideaidea

yang

telah

dijanakan.

Akhirnya

guru

perlu

mengetahui

cara

melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan


membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof
Abdullah
Peranan

dan

et

al

fungsi

guru

:
ini

2009:
dilihat

M.s:

begitu

penting

18
dan

)
mampu

membangunkan anak-anak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di


dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus ketinggalan
di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus
pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).
Dengan

demikian,

amanah

mereka

tidak

sekadar

menyampaikan

pengetahuan agar pelajar mereka lulus . Tugas mereka adalah untuk


mendidik para pelajar dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari
segi rohani, emosi, jasmani dan intelektual.
Dalam sistem pembelajaran termasukcara komunikasi, kognitif, afektif dan
social. Unsur-unsur pengetahuan yang perlu digarapkan dalam kurikulum di
sekolah pula adalah berbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan
penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri.
Guru

yang

dianggap

sebagai

fasilitator

telah

diamanahkan

untuk

memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang.


Hakikat ini membawa implikasi bahawa keupayaan dan kebolehan intelektual
guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk
menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )

Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah
Subhanahu Wataala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat
yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan
kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )
GURU SEBAGAI PEMIMPIN buku jejak2 MS 103 Metodologi Kepimpinan
Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu
berjaya diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang
ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi
orang yang dipimpinnya .
Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan
yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap
pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja
kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih
daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun
pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah,
pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim
Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin
dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di
dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar
kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar
yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,
2010,M.s: 109 )
Seorang

pemimpin

seharusnya

mempunyai

pengikut.

Pemimpin

juga

mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai


matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman
dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan
kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk
mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad
Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).

Dalam

teori

pelaksanaan

kepimpinan

Islam,

pemimpin

bukan

hanya

merupakan orang yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga
merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini bermakna
bukan setakat qiadah atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan
qudwah iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu uswahatun. Ini jelas
dinyatakan

oleh

Al-Quran

dalam

beberapa

ayat

dan

hadith

yang

memerintahkan kita tunduk dan patuh untuk melaksanakan perintah dan


arahan Baginda Rasulullah, tidak mengingkari tegahan Baginda, lebih jauh
daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwah dan
uswatun hasanah.

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam
mendidik murid-muridnya agar arif tentang baik dan buruk, dosa dan pahala,
tahu halal dan haram. Guru terus berperanan mendorong mereka untuk
mendapat keredaan Allah.

Soalan nombor empat pula membincangkan tentang apakah yang dikatakan


profesion guru ? maka disini secara umum menbincangkan secara umum
mengenai Guru sebagai profesion atau kerjaya secara menyeluruh. GURU
SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA

Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk


berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi,
kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan
fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini.
( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh
sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh

para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian,
masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh
mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka
yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru
dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan
kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka
berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan
pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti
kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion
pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk
menerangkan

keraguan

sesetengah

guru

mengenai

fenomena

yang

dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )


Adapun pada peranan guru dapat dinilai sebagai pemboleh ubah terpenting
dalam usaha sesebuah negara mencapai kegemilangan pendidikannya.
Melalui dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak menunjukkan bahawa
wujud korelasi positif

tinggi di antara tahap akademik pelajar dengan

peranan guru di dalam kelas. Maka, permehatian yang sewajarnya harus


diberikan kepada guru-guru disebabkan sumbangan dan pengaruhnya yang
begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping
kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan
sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah
pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd
Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang
melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut,
tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik
berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu
profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
oleh

masyarakat,

menikmati

autonomi

individu

dan

kumpulan,

mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan


atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan halhal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying,
Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang
tinggi dan latihan yang khas.
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini
memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya
tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan
kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan
yang

seharusnya

lebih

bersedia

dan

peka

dalam

melahirkan

dan

menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.


Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif,
kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan

baharu

untuk

mengadaptasikan

amalan

mereka

dengan

kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat


abad ke-21.
Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh
pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa
yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan
mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid,
Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)
Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang
diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu
melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang
profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya,
malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam
konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai

tiga

ciri

kemahiran

profesional

guru

iaitu:

i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi


ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing muridmurid.
Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus
mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh
murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan
sekalipun.
Guru yang professional juga perlulah menguasai teknik dan kemahiran
menggunakan teknologi maklumat. Ini disebabkan profesion pendidikan
sentiasa

bergerak

kehadapan

dan

mengalami

perubahan

mengikut

peredaran zaman.
Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu
menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan
dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang
semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri
dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa.
Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )
CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Berdasarkan pemerhatian secara umum tentang profesionalisme guru, kita
dapat memberikan kesimpulan bahawa guru yang professional perlu berilmu,
berkemahiran ,waras dalam tindakan dan pengetahuan pedagogi serta
maklum

mengenai

kandungan

pedagogi

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan


ciri-ciri guru yang professional. Sejauh manakah masyarakat menganggap
guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa peranan

guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam
system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi
yang kian pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,
2010,M.s: 6, 7 & 10 )

Terus kepada kerangka soalan yang kelima Guru sebagai Model dan Profesion
yang boleh dibanggakan ?
Secara umumnya profesion perguruan merupakan satu pekerjaan yang amat
dimuliakan. Guru bukan sekadar yang mengajar didalam kelas dan
memenuhi proses pelajaran dan pembelajaran didalam kelas sahaja tetapi
membabitkan ketamadunan sesebuah bangsa mahupun maju mundur
sesebuah negara itu. Guru merupakan satu pekerjaan tertua didunia dan
tercatat didalam sejarah-sejarah dunia mengenai guru dan pembinaan
tamadun secara menyeluruh. Seperti mana yang kita kenali tamaduntamadun besar dunia sebagai contoh tamadun Rom, Mesir, China dan Parsi
yang pasti setiap tamadun ini ada mencatatkan tentang penglibatan guru
dalam membina peradaban dunia seperti mana seorang individu pendidik
yang berpengaruh dalam perkembangan peradaban tamadun china iaitu
Kung Fu Tze pengasas falsafah confucianisme. Kung Fu Tze hidup pada
zaman Dinasti Zhou (1027-256 s.m), zaman menjadi kacau-bilau dan kurang
bermoral. Oleh itu, Confucius pun mendidik orang ramai mengikut prinsipprinsip dan ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Ajaran dan teorinya
sebar luas keseluruh China oleh anak muridnya dan dimanfaatkan oleh orang
ramai. Antara kandungan kitab falsafah Kung Fu Tze Ajaran Confucius
dimuatkan dalam kitab Lun Yu (Analects) yang disusun oleh anak-anak
muridnya. Kitab Analects banyak mengandungi order sosiopolitik yang norm
atif,perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Itu sedikit
sebanyak mengenai seorang guru yang berjaya mengangkat sebuah
peradapan yang penuh dengan masalah moral dan korupsi dari kalangan
para pembesar china pada zaman itu. Sama juga dengan kebangkitan

tamadun-tamadun dunia yang lain penglibatan guru tidak terlepas dalam


catatan sejarah dunia .
Jadi profesion guru bukanlah satu pekerjaan yang ketinggalan zaman tetapi
tetapi satu pekerjaan yang mulia dan bernilai disisi umat manusia sepanjang
perjalanan zaman dan merupakan tulang belakang bagi setiap kemajuan
sesebuah negara

itu. Maka

profesion sebagai pendidik

adalah satu

kebanggaan bagi sesiapa yang mengalasnya tanggungjawab sebagai guru


ini kerana kerana guru merupakan peribadi yang mampu membina sebuah
tamadun melangkaui masa dan zaman.

Anda mungkin juga menyukai