Anda di halaman 1dari 4

Mohd.

Rasdi bin Saamah dalam kajian Alam dan Budaya dalam Bahasa Kiasan Bahasa
Semai pada tahun 2011. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual terhadap lima orang
responden yang terdiri dari masyarakat Orang Asli Semai dengan ulasannya dibuat
berdasarkan penyesuaian terdahap kerangka linguistik kognitif yang dikemukakan oleh
Lakoff dan Johnson (1980). Kajian ini dilakukan bagi meneliti aspek-aspek bahasa kiasan
yang terdapat dalam bahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai. Kajian ini dilakukan
bertujuan bagi pengkaji mengumpul dan mendokumentasikan bahasa kiasan dalam bahasa
Semai sebagai salah satu khazanah ilmu di negara ini, bagi memahami makna bahasa kiasan
dalam konteks masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan meneliti pengaruh alam dan
budaya dalam bahasa kiasan Orang Asli suku kaum Semai. Hasil kajian ini mendapati
bahawa kebanyakan bahasa kiasan yang terdapat dalam penggunaan bahasa masyarakat
Orang Asli suku kaum Semai adalah berasaskan alam dan budaya dalam ruang lingkup
kehidupan dan pemikiran seharian masyarakat tersebut. Kajian ini penting untuk memberi
pemahaman kepada masyarakat tentang seni berbahasa dalam bahasa serumpun, merapatkan
jurang sosial dalam kalangan masyarakat dan sebagai landasan untuk kajian-kajian lanjut
mengenai bahasa-bahasa natif atau bahasa sukuan yang terdapat di negara ini.

Norazlina Mohd. Kiram dalam kajian Kiasan Melayu dalam Pengucapan Awam: Satu
Kajian Teks Ucapan pada tahun 2002. Kajian ini mengemukakan satu analisis tentang
penggunaan kiasan Melayu dalam pengucapan awam dan dianalisis berdasarkan kepada Teks
Ucapan Belanjawan Negara 1998. Teks terdapat terdapat menteri-menteri telah melakukan
kritikan dan teguran secara langsung sehingga menyinggung perasaan pendengar. Kajian ini
bertujuaan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk kiasan Melayu yang digunakan dalam teks
ucapan. Hasil kajian ini menunjukkan bahasa kiasan Melayu merupakan gaya bahasa yang
positif, kreatif dan halus Ia mengandungi mesej dan pengajaran yang kuat serta berupaya
untuk menyampaikan maksud dengan tajam. Kiasan Melayu yang telah digunakan dalam teks
ucapan ialah kiasan berpindah, kiasan bentuk peribahasa dan kiasan bentuk bukan peribahasa.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahasa penggunaan kiasan Melayu dalam
pengucapan awam adalah sangat sesuai untuk ,menyampaikan maksud tersirat dan ia
merupakan salah satu strategi kamunikasi yang berkesan.

Yahya Othman dan Nurliham Haji Tuah dalam kajian Penggunaan Gaya Bahasa
dalam Penulisan Karangan Naratif Pelajar Prauniversiti di Brunei Darussalam pada tahun
2011. Kajian ini meneliti penggunaan gaya bahasa dalam penulisan karangan naratif pelajar
prauniversiti. Kajian secara analisis teks ini memfokuskan aspek penggunaan gaya bahasa
perbandingan yang kurang diberikan perhatian oleh pelajar semasa menulis karangan. Hal ini
menyebabkan kualiti penulisan dari segi nilai estetika kurang wujud dalam teks yang
dihasilkan. Data berdasarkan hasil penulisan karangan pelajar dianalisis dengan
mengkategorikan aspek gaya bahasa yang dikenal pasti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
variasi dalam penggunaan gaya bahasa dalam penulisan karangan naratif. Gaya bahasa yang
sering digunakan oleh pelajar dikategorikan sebagai simile, hiperbola, metafora,
personafikasi, dan eufemisme. Walau bagaimanapun, penggunaan gaya bahasa dalam
penulisan karangan sampel kajian masih kurang digunakan. Di samping itu, terdapat sampel
kajian yang tidak mahir dalam menggunakan gaya bahasa perbandingan bagi menyatakan
maksud yang tersirat. Kesimpulannya, sampel kajian masih belum begitu mahir dalam
menggunakan gaya bahasa yang melambangkan nilai estetik dalam penulisan karangan
mereka. Kurangnya penggunaan gaya bahasa perbandingan dalam karangan jenis naratif
sering ditemui dalam penulisan yang bercorak kreatif.

Jambi bin Jambi kajian Terjemahan Bahasa Kiasan dalam Novel Kokoro dari
Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu : Satu Analisis pada tahun 2001. Penterjemahan bahasa
kiasan adalah satu aspek penterjemahan penting dalam pengetahuan khusus tentang wacana
dan strategi yang sesuai bagi bahasa kiasan. Tambahan lagi, pengkaji menganalisis terjemahan
bahasa kiasan daripada bahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu untuk mengenal pasti bahasa
kiasan yang digunakan dan strategi-strategi penterjemahan bahasa kiasan yang diambil
penterjemah. Pilihan sebuah novel terjemahan daripada bahasa Jepun karya Soseki Natsume
(1914) berjudul KOKORO yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Thaiyibah
Sulaiman (1996) berjudul KALBU. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti dan
menyenaraikan jenis-jenis bahasa kiasan yang terdapat dalam teks asal, mengenal pasti dan
menyenaraikan tejemahan bahasa kiasan yang terdapat dalam teks terjemahan, mendapatkan
kekerapan penggunaan bahasa kiasan dan mengenal pasti dan mengkaji strategi yang
digunakan oleh penterjemah bagi rnenterjemahkan bahasa kiasan dalam teks yang dipilih
oleh pengkaji. Dapatan pula melihatkan versi bahasa Jepun menggunakan lebih banyak jenis
bahasa kiasan yang mencerrninkan kemungkinan besar bahawa bahasa Jepun pada amnya
menggunakan lebih banyak bahasa kiasan dibandingkan bahasa Melayu dan strategi utama
pentejemahan yang digunakan oleh penterjemah ialah menterjemah tanpa rnengekalkan
unsur-unsur atau imej-imej bahasa kiasan.

Yahya Othman & Nurliham Haji Tuah. 2011. Pengunaan Gaya Bahasa dalam Penulisan
Karangan Naratif Pelajar Prauniversiti di Brunei Darussalam. Journal of Applied Research
in Education Vol. 15, No 1 & 2. 2011 (29-42).

Anda mungkin juga menyukai