Anda di halaman 1dari 51

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

PROGRAM

SARJANA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

KOD KURSUS

GGGB6012

TAJUK KURSUS

PENULISAN AKADEMIK 1

PENSYARAH

PROF. MADYA DR. ZAMRI B MAHAMOD

NAMA PELAJAR

NORLIZA BT AHMAD

TUGASAN

KERTAS KONSEP INDIVIDU

TAJUK TUGASAN

PENINGKATAN
PRASEKOLAH
PENGAJARAN

(P69734)

PROFESIONALISME
MELALUI
DAN

GURU
AMALAN

PEMBELAJARAN

BERMAKNA MERANGSANG PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK.

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PRASEKOLAH MELALUI AMALAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA MERANGSANG
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK.................................................................................................................................3

ABSTRACT...............................................................................................................................4

PENGENALAN.........................................................................................................................5

LATAR BELAKANG KAJIAN.................................................................................................6

DEFINISI ISTILAH...................................................................................................................9

TEORI DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN........................................11

KAJIAN LEPAS.......................................................................................................................16

KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH YANG PROFESIONAL..........18

AMALAN GURU DALAM MEWUJUDKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERMAKNA...........................................................................................................................20

1.

SELARI DENGN FALSAFAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN


PRASEKOLAH...........................................................................................................21

2.

BERDASARKAN KURIKULUM...............................................................................21

Muka surat 1

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

3.

KEPELBAGAIAN PENDEKATAN DALAM

PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN......................................................................................................23

4.

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN...........................................................................31

5.

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI..........................................................40

6.

AKSES DAN EKUITI..................................................................................................41

7.

SETTING DAN PERSEKITARAN FIZIKAL YANG KONDUSIF.............................42

8.

LATIHAN DAN PENGURUSAN................................................................................42

IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA TERHADAP


PERKEMBANGAN POTENSI KANAK-KANAK................................................................43

CADANGAN...........................................................................................................................45

KESIMPULAN........................................................................................................................46

RUJUKAN...............................................................................................................................47

Muka surat 2

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PRASEKOLAH MELALUI AMALAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA MERANGSANG
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.
Oleh
Norliza bt Ahmad
ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan kepentingan amalan pengajaran dan


pembelajaran bermakna di prasekolah dalam merangsang dan meningkatkan
perkembangan kanak-kanak. Untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
bermakna di prasekolah beberapa cadangan diketengahkan agar kualiti dan
profesionalisme pendidikan prasekolah dapat ditingkatkan. Kepentingan dan
ciri-ciri guru prasekolah yang professional turut mendasari amalan harian guru
dan kualiti bagi sesebuah prasekolah adalah tertumpu kepada hasil pengajaran
dan pembelajaran yang ditonjolkan menerusi perkembangan kanak-kanak.
Kertas konsep ini juga akan membincangkan amalan pengajaran dan
pembelajaran bermakna menerusi indikator penilaian kualiti pendidikan
prasekolah yang terdiri daripada lapan dimensi serta implikasi amalan tersebut
kepada perkembangan kanak-kanak. Selain itu, turut dibincangkan ialah
cadangan-cadangan untuk penambahbaikan dalam mewujudkan amalan
pengajaran dan pembelajaran bermakna di prasekolah.

Kata kunci : pengajaran dan pembelajaran bermakna, kanak-kanak

Muka surat 3

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

ABSTRACT

This concept paper will discuss on the importance of meaningful teaching and
learning in preschool to stimulate and enhance children's development. There
are several proposals has been referred in order to have some ideas to improve
meaningful teaching and learning in preschool. The importance and
characteristics of

professional preschool teachers also underlie the daily

practice of teachers and the quality of the preschools are focused on teaching
and learning results are portrayed through a child's development. This paper
will also discuss the concept of meaningful teaching and learning through
indicators measuring quality pre-school education consists of eight dimensions
and implications of these practices on child development. In addition, it will
explain on the recommendations for improvement in creating the meaningful
learning and teaching practices in preschool.

Keywords: meaningful teaching and learning, children

Muka surat 4

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal


yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga
enam tahun sebagai persediaan ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan
Akta Pendidikan 1996, pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke sekolah rendah (KSPK, 2010).

Pelaburan kerajaan dalam sektor pendidikan prasekolah adalah signifikan kepada


prasyarat dalam memastikan keutuhan pembangunan modal insan yang menjadi aset utama
negara. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanakkanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang
sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan
perkembangan kanak-kanak seterusnya. Jesteru itu pelbagai aspek perlu diberi perhatian
terutama dalam pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar keberhasilan modal insan
bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan mendapat pulangan yang menguntungkan
negara seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
menerusi anajakan yang kesepuluh.

Di prasekolah guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat


kerajaan. Oleh yang demikian usaha ke arah meningkatkan profesionalisme guru prasekolah
merupakan langkah bijak yang harus diberi penekanan. Kajian oleh Thoonan, Sleegers, Oort,
Peetsma dan Geijsel (2011) mendapati tahap amalan pengajaran guru akan lebih meningkat
melalui peningkatan profesionalisme guru tersebut. Dapatan kajian tersebut selaras dengan
pandangan Hargreaves (2011) yang menyatakan bahawa peningkatan kemahiran guru
merupakan aspek kritikal yang perlu dititikberatkan kerana sangat berpotensi dalam
meningkatkan komitmen individu dan pasukan ke arah pencapaian matlamat sekolah.

Guru perlulah peka terhadap keperluan dan kehendak murid dengan sentiasa berusaha
memperbaiki dan mencari kelemahan setiap kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran
Muka surat 5

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

berlangsung. Proses refleksi terhadap pengajaran yang dibuat dapat membantu dalam usaha
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Selain itu guru juga akan lebih
mengenali murid dengan lebih dekat di samping dapat mempertingkatkan mutu pengajaran
mereka sendiri seterusnya dapat memberi impak yang besar kepada pencapaian murid dan
turut merangsang perkembangan mereka.

Apabila guru mula menjejakkan kaki di dalam

kelas prasekolah, beliau akan

berhadapan dengan pelbagai kerenah serta tingkah laku kanak-kanak yang sukar untuk
dijangka. Untuk menjadi guru yang berkesan dalam menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna, mereka perlu memikirkan pendekatan pengajaran dan aktiviti
yang sesuai. Guru perlu sedar bahawa setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza,
sama ada dari segi fizikal, afektif dan kognitif. Hal ini adalah penting kerana pengalaman
pembelajaran di peringkat prasekolah akan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan
seseorang individu seperti yang diungkapkan dalam syair Arab belajar sewaktu kecil ibarat
mengukir di atas batu, belajar setelah dewasa ibarat melukis di atas air.

Dalam pendidikan prasekolah, guru telah dipertanggungjawabkan untuk membantu


meningkatkan kemahiran membaca, mengira dan menulis serta menaakul (4M). Untuk itu,
guru perlulah menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik, dan aktiviti yang sesuai
dengan bakat serta minat kanak-kanak secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih
bermakna, berkesan, dan menyeronokkan. Guru yang baik mampu meningkatkan
pengetahuan pelajar seterusnya berjaya mencapai objektif pengajarannya (Yaakub Isa (1994),
Shahril Marzuki (2004), Clark (1993), Anderson (2004). Peningkatan pencapaian kanak-kank
dalam memperoleh kemahiran dan pengetahuan pastinya akan memberi impak kepada proses
perkembangan mereka di samping meningkatkan profesionalisme guru prasekolah sekaligus
meningkatkan imej institusi pendidikan di Malaysia.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Guru merupakan nadi penggerak ke arah merealisasikan hasrat kerajaan dalam


membangunkan modal insan. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala
Muka surat 6

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

tuju Malaysia menjelang 2020 yang telah dilancarkan pada tahun 2010 menggariskan
beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara. Oleh yang demikian tidak dapat
dinafikan lagi peranan guru dalam memperkasa dan membangunkan bidang pendidikan di
negara ini. Selaku penyampai ilmu fungsi dan peranan guru diiktiraf dan dipandang tinggi.
Mereka bukan hanya bertindak sebagai penyampai ilmu malah turut berperanan sebagai
jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah juga sebagai agen
perubahan.

Pada 11 September 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan


Pembangunan Malaysia (2013) (2025) bagi mempertingkatkan kualiti bidang pendidikan
yang bertaraf antarabangsa. Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2012) selaku Menteri
Pelajaran Malaysia juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pelan Awal
Pembangunan Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Referendum
bersejarah ini melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara
yang merupakan nadi utama dalam penghasilan modal insan yang akan memacu negara kelak
dengan cemerlang dan penuh manfaat.

Selain itu menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud (2011)
guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan
negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri
kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Beliau juga menyatakan
bahawa dalam memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di
sekolah pihak Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan
pembaharuan. Hal ini memerlukan komitmen dan sokongan yang tinggi daripada para guru
dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar dan polisi tersebut.

Guru juga merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus
pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Hal ini adalah kerana usaha gigih para guru
dalam merealisasikan hala tuju Program Transformasi Kerajaan Malaysia menjelang 2020
adalah merupakan faktor pendorong yang utama. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Abd. Ghafar Mahmud (2011) juga indikator pencapaian adalah untuk mempertingkatkan
pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan seperti prasekolah, kemahiran asas
literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua
Muka surat 7

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

dan Guru Besar. Oleh yang demikian adalah wajar peningkatan profesionalisme guru
termasuk guru prasekolah melalui amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna dalam
merealisasikan harapan tersebut.

Di samping itu Ketua Pengarah Pelajaran (2011) juga memohon kerjasama dua hala di
antara pihak kerajaan dan guru dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan.
Kedua-dua pihak memainkan peranan yang tersendiri dan pihak guru perlulah sentiasa
berusaha dalam meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Guru perlulah sentiasa
berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif untuk menambah baik amalan pengajaran mereka
dengan sentiasa supaya mengaplikasikan serta mengamalkan kaedah P&P terkini seiring
dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk
menimba ilmu.

Menurut kajian keupayaan kanak-kanak menggarap ilmu adalah paling pesat di antara
0 hingga 5 tahun (Chiam Heng Keng 2000; Azizah, 2007). Oleh yang demikian adalah perlu
untuk guru prasekolah memikirkan pendekatan yang sesuai melalui pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna dengan mengambil kira waktu kritikal dan yang paling ideal ini
untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang dikenal pasti seterusnya merangsang
perkembangan kanak-kanak. Di samping itu tindakan ini juga adalah selaras dengan harapan
pihak kerajaan dalam meningkatkan mutu bidang pendidikan di negara ini. Keupayaan dan
kesungguhan para guru juga secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan masyarakat
terhadap institusi pendidikan sekaligus memartabatkan profesion perguruan itu sendiri.

Muka surat 8

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

DEFINISI ISTILAH

Profesionalisme

Menurut Kamus Dewan (2002), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas. Manakala perkataan profesionalisme adalah merujuk kepada sifat-sifat (kemampuan,
kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan sebagainya) sebagaimana yang sewajarnya terdapat
pada atau dilakukan oleh seorang professional.

Profesionalisme dalam pendidikan prasekolah adalah merujuk kepada darjat, martabat


atau prestij dan kedudukan sosial yang tinggi dan dilihat sebagai elit, diingini serta dikagumi.
Keperluan kepada peningkatan profesionalisme adalah berkait dengan penyediaan program
ke arah perkembangan kanak-kanak yang meliputi aspek kualiti dari segi pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan di prasekolah. Peningkatan profesionalisme dapat
ditingkatkan melalui kepelbagaian latihan dan kursus di samping amalan-amalan yang
dipraktikkan oleh guru prasekolah itu sendiri.

Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pengajaran bermaksud segala yg berkaitan


dengan mengajar atau mengajarkan sesuatu seperti kaedah atau sistem. Manakala maksud
pembelajaran pula ialah perihal atau proses belajar serta segala kegiatan yang berkaitan
dengan belajar.

Secara khususnya pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk


murid-murid bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam
proses pembelajaran. Pengajaran juga merupakan susunan maklumat dan suasana bagi
memudahkan pembelajaran (Heinich et. Al. 1986). Gagne (1985) menyatakan bahawa
pengajaran adalah set tatacara luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang berkaitan
Muka surat 9

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

bagi mencapai hasil pembelajaran. Manakala Wittrock (1979) mengatakan bahawa


pengajaran ialah aktiviti yang melibatkan proses meransang murid untuk membina maksud
atau erti berdasarkan pengalamannya. Sebaliknya bukan meransang mereka untuk
mengeluarkan semula pengetahuan orang lain.

Dari segi makna pembelajaran pula secara khususnya ialah merujuk kepada
perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Woofolk (1980) pembelajaran
adalah perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru
atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru.

Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran bermakna boleh dirumuskan


sebagai suatu proses pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur
pengertian yang sudah dimiliki murid yang sedang melalui pembelajaran. Pembelajaran
bermakna terjadi apabila murid boleh menghubungkan fenomena baru ke dalam struktur
pengetahuan mereka. Guru juga perlu peka dengan pemilihan kaedah atau pendekatan supaya
pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan semasa menjalankan aktiviti
bersama murid supaya objektif pengajaran yang dirancang dapat dicapai.

Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) perkataan perkembangan bermaksud


perihal iaitu proses berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan
sebagainya).

Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang
tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi terdapat perubahan yang berlaku dan memperlihatkan
sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Arnold Gesell (1949) menyatakan, secara
global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan perkembangan dan
pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Muka surat 10

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Perkembangan kanak-kanak juga dapat dilihat dari segi fizikal, kognitif, emosi dan
sosial. Perkembangan sesuatu aspek saling mempengaruhi sebagai contoh, perkembangan
fizikal seperti merangkak, duduk, berdiri dan berjalan serta perkembangan otak akan
membolehkan kanak-kanak menambahkan kefahamannya (kognitif) terhadap persekitarannya
di samping membolehkannya menyertai aktiviti main sosial dan secara tidak langsung
menggalakkan perkembangan bahasa dan sosio emosi mereka.

TEORI DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Teori Pembelajaran Bermakna David Ausubel


David Ausubel merupakan seorang ahli psokologi Amerika dalam bidang psikologi
pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran dalam pendidikan sains. Beliau terkenal
dengan teori pembelajaran bermakna. Menurut beliau pembelajaran bermakna wujud apabila
bahan pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Bahan yang
bermakna ini pula tergolong kepada dua aspek iaitu, teks pengajaran dan juga aspek
penyampaian ilmu oleh guru. Menurut Ausubel gabungan kedua-dua aspek ini menjadikan
hasil pembelajaran yang bermakna. Hal ini demikian kerana, murid memperolehi banyak
maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang berkesan
iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.

Menururt Ausubel, pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana murid itu sendiri
mempunyai kesedaran tentang tujuannya. Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang
dipelajarinya juga adalah bermakna untuknya. Sekiranya murid hanya mempunyai tujuan
untuk menghafal sahaja, maka hasil pembelajaran adalah berupa hafalan dan tidak bermakna.
Menurut Ausubel, terdapat dua syarat untuk menjadikan pembelajaran menjadi bermakna.
Syarat pertama ialah, murid mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran. Manakala syarat kedua pula ialah pengetahuan sedia ada dalam struktur
kognitif murid harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

Muka surat 11

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Ausubel juga menggariskan beberapa perkara yang mengganggu pembelajaran yang


bermakna antaranya peringkat perkembangan kognitif murid yang masih rendah bagi
memahami konsep pembelajaran yang lebih kompleks. Kekurangan motivasi untuk
mendorong murid supaya dapat mempelajari konsep pembelajaran dengan bermakna. Strategi
pembelajran secara menghafal formula, teori, definisi, langkah-langkah penyelesaian masalah
akan mengganggu pembelajaran bermakna kerana ia hanya menggalakkan pembelajaran
secara hafalan yang tidak bermakna.

Di samping itu, Ausubel berpendapat, pembelajaran adalah bergantung kepada


pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada dan persembahan maklumat
umum. Ini adalah kerana pengetahuan sedia ada dapat membantu seseorang memahami
sesuatu topik pembelajaran yang sedang dipelajarinya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
sudah memahami konsep penambahan dalam matematik apabila diajar mengenai pendaraban,
mereka akan lebih mudah memahami konsep pendaraban berbanding murid-murid yang
belum menguasai konsep penambahan. Murid-murid yang sudah mempunyai pengetahuan
sedia ada menegenai konsep penambahan akan mudah memahami bahawa pendaraban adalah
satu proses penambahan sesuatu bilangan secara berterusan. Murid yang telah mempunyai
pengatahuan asas dan maklumat umum mengenai sesuatu topik yang sedang dipelajarinya
lebih mudah memahami topik pembelajaran itu kerana mereka mampu untuk mengaitkan
pembelajaran baru dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang mereka miliki.

2. Teori Behavioristik
Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian
dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung
di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan
gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau
tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa
tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Muka surat 12

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

3. Teori Kognitif
Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman
yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada
tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian
kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal
mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka
adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian
masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur
kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam
ingatan.

4. Teori Konstruktivisme
Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
Dengan kata lain pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada. Murid tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang
disampaikan oleh gurunya sebaliknya akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan
pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan
bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

5. Teori Sosial
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori
mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori
Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa
proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan
pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar
terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh
pelajar berdasarkan kefahaman pelajar.

Muka surat 13

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

6. Teori Humanisme
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi
dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu
itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun
mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi
mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

7. Model Robert Glaser


Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses
pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada
pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar
sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif
pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah
mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk
mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi
meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model
Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang
menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan
maklum balas.

8. Model Sim
Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses pengajaran yang berlaku
adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga
objektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu
interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran
tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan
Muka surat 14

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

mengikut kebolehan muridmurid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser
ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya
menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik
darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.
Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi di antara guru,
pelajar, objektif, isi pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan.
Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.

9. Model Taba
Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam
suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan
maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini.
Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan
pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti
berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan,
menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya,
membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu,
dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model
ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi,
konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

10. Model Latihan Terus


Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk
membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar
dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai Model Latihan dan
Model Pengajaran Aktif. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar
berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada
kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan
pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap
apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.
Muka surat 15

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

11. Model Inkuiri


Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti
soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,
merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan
jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua
jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing
memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini
sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka,
pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri.
Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di
universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan
pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

KAJIAN LEPAS

Pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang sangat rapat. Lazimnya


pembelajaran dikaitkan dengan pengajaran (Sufean Hussin 2002). Pembelajaran khususnya di
peringkat awal memerlukan bantuan dan bimbingan seorang guru atau pendidik. Oleh itu,
guru dan pengajaran yang berkesan sangat penting untuk mendapatkan pembelajaran yang
baik dan bermakna. Kebanyakan murid pada peringkat awal belum memiliki pengetahuan
dan kemahiran kaedah belajar untuk belajar. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran
bermakna di tahap rendah khususnya prasekolah memerlukan guru yang cekap supaya proses
pembelajaran dapat berlaku dengan baik dan berkesan.

Di peringkat prasekolah amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna boleh


diterapkan melalui pendekatan belajar sambil bermain. Hal ini adalah kerana belajar melalui
bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.
Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Di samping itu juga dengan bermain
Muka surat 16

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan
bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Moyles (2005) bermain
adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

Pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan kerana pengalaman


pembelajaran secara tidak formal yang telah diperolehi sebelum ini dapat dizahirkan ketika
kanak-kanak bermain dalam keadaan yang menyeronokkan (MacNaughton & Williams 2004)
Pengalaman-pengalaman seperti keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan ketika bermain
dapat memperkuatkan kebolehan berfikir yang dihubungkan ketika menerima pengetahuan
yang baru. Hal ini adalah kerana kanak-kanak lebih mudah untuk mengingat sesuatu yang
releven dengan apa yang mereka sedang lakukan (Arthur et al.1996). Menurut pendapat
Montessori dalam Khairul, Siti Khatijah, Siti Idayu et. al (2010), apabila seseorang kanakkanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu
pengalaman yang baru melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Di antara
permainan lazim yang dimainkan di prasekolah yang boleh mewujudkan pembelajaran
bermakna ialah seperti permainan padan dan suai, kad-kad nombor, kad-kad bergambar,
binaan blok dan sebagainya.

Teori perkembangan kanak-kanak Erikson (1950) dan Piaget (1980) menekankan


keupayaan yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berlainan.
Berdasarkan tahap ini perkembangan kanak-kanak diasah dan ditingkatkan mengikut
keperluan kanak-kanak. Menurut Ornstein dan Hunkins (2004) pula, pembelajaran sentiasa
berlaku dalam kehidupan seharian kanak-kanak dan ianya mestilah berdasarkan keperluan
dan minat kanak-kanak. Badan penyelidikan pendidikan awal kanak-kanak, iaitu National
Association for the Education of Young Children (NAEYC) percaya bahawa kanak-kanak
belajar mengikut keperluan dan perkembangan mereka. NAEYC (2008) sentiasa menekankan
amalan-amalan terbaik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal
kanak-kanak

dan

ia

seharusnya

bersesuaian

dengan

perkembangan

kanak-kanak,

Developmentally Appropriate Practices (DAP) atau pun Amalan Bersesuaian dengan


Perkembangan Kanak-kanak (ABP). Menerusi ABP kanak-kanak dilibatkan secara aktif
dalam pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan umur dan tahap kebolehan mereka. Selain
itu pengajaran dan pembelajaran bermakna juga dapat diwujudkan menerusi ABP menerusi
Muka surat 17

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

aktiviti inkuiri, meneroka dan menyiasat, membuat eksperimen dan membuat projek yang
amat digalakkan dalam DAP (Berk 2008; Roopnarine & Johnson 2005).

Semakin seronok murid prasekolah belajar, semakin cepat mereka memahami


pembelajaran mereka (Sumiyati, 2009). Alat bantu mengajar yang menarik dapat menjadikan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih berkesan (Ruhaida, 2005).
Di samping itu juga seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran
mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar, pentadbir dan
lain-lain lagi kepada kanak-kanak (Rohani Abdullah, 2004). Oleh itu, adalah penting untuk
guru prasekolah memikirkan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dengan lebih kreatif di
samping penyediaan alat bantu mengajar yang menarik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna di
prasekolah yang akhirnya dapat merangsang perkembangan kanak-kanak. Dengan demikian
kertas konsep ini ingin membincangkan amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna di
prasekolah dalam merangsang perkembangan kanak-kanak sekaligus meningkatkan
profesionalisme guru prasekolah

KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH YANG PROFESIONAL

Dewasa ini perubahan dalam sistem pendidikan

semakin mencabar, profesion

perguruan perlu diperlengkap dan disediakan dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.
Secara umumnya, guru mesti mencintai profesion perguruan dengan mempunyai pengetahuan
dalam bidang yang diajar serta sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid.

Antara kepentingan perkembangan professional bagi guru prasekolah adalah untuk :

Memperbaiki kemahiran prestasi kerja.


Membentuk pengetahuan professional dan kefahaman guru.
Meningkatkan kepuasan guru.
Menyediakan guru-guru dengan perubahan.
Menyampai dan mengkelaskan dasar yang dikehendaki.
(Rohaty 2003)
Muka surat 18

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Guru prasekolah yang professional perlu menguasai perkara-perkara yang tertentu,


antaranya ialah:

Memahami ilmu pengetahuan yang mendalam tentang perkembangan kanak-kanak


dan mengaplikasikannya kepada kanak-kanak dalam amalan seharian.

Pemerhatian dan membuat penilaian ke atas tingkah laku kanak-kanak.

Menstabil dan memperkukuhkan keselamatan dan persekitaran yang selamat dan sihat
untuk kanak-kanak.

Merancang dan melaksanakan kurikulum berdasarkan perkembangan kanak-kanak


termasuklah social, emosi, interlek dan kecekapan fizikal.

Menjalin hubungan yang mesra dengan kanak-kanak sesuai dengan pertumbuhan dan
perkembangan mereka.

Menyedia dan mengharmonikan hubungan dengan para ibu bapa.

Mengenali kanak-kanak serta memahami cara terbaik dalam kontek keluarga, budaya
dan masyarakat mereka.

Memahami profesion dan memberikan komitmen yang tinggi dan terbaik.

Bagi membimbing guru-guru prasekolah menjadi professional yang berketrampilan


perlu diwujudkan Kod Amalan Pendidikan Prasekolah yang bertindak sebagai pengawalan
kualiti (Rohaty 2003).

Muka surat 19

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

AMALAN GURU DALAM MEWUJUDKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERMAKNA

Pendidikan prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang


pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak yang berumur antara
empat hingga enam tahun. Kualiti pendidikan prasekolah boleh dilihat berdasarkan beberapa
dimensi atau komponen seperti rajah 1 di bawah. Setiap prasekolah perlu meletakkan
demensi tersebut sebagai indikator utama dalam menyediakan pendidikan prasekolah yang
berkualiti. Bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna guru prasekolah boleh
menggunakan dimensi tersebut sebagai panduan supaya perancangan pengajaran yang
disusun lebih terarah seterusnya dapat merangsang perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh.

Indikator Penilaian Pendidikan Prasekolah

Rajah 1 : Dimensi Pendidikan Prasekolah


Berdasarkan dimensi tersebut memperlihatkan bahawa kanak-kanak merupakan
individu yang paling penting dan diletakkan di tengah-tengah bulatan serta merupakan
bahagian yang paling aktif dalam pusingan atau kitaran kualiti. Pemusatan kepada murid
atau kanak-kanak menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.
Terdapat lapan kitaran dimensi yang digariskan dalam kualiti pendidikan prasekolah yang
perlu diberi perhatian dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna di
prasekolah iaitu :
Muka surat 20

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

1.

SELARI DENGN FALSAFAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN


PRASEKOLAH
Pengajaran dan pembelajaran bermakna yang dirancang oleh guru perlulah selari

dengan falsafah, matlamat dan objektif supaya hasil pembelajaran yang dicapai dapat
memenuhi kehendak dan aspirasi negara yang terkandung di dalamnya. Pendidikan
prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui persekitaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif
pada diri kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran sedia ada dan
bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

2.

BERDASARKAN KURIKULUM

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang di prasekolah adalah didasari


kepada kurikulum. Penyediaan kurikulum di prasekolah adalah penting kerana ia adalah
implikasi daripada falsafah dan matlamat yang telah digariskan (Zainal & Ana 1993; Hussain
1996).

Kurikulum melibatkan kedua-dua pengalaman yang dirancang dan tidak dirancang


yang wujud daripada nilai dan sikap yang dihasilkan guru dan pentadbir sekolah, ibu bapa
dan masyarakat (Arce 2000). Dewey (1859-1952) dan ahli-ahli yang lain dalam pergerakan
progresif menyarankan bahawa pengalaman kurikulum perlu berasaskan pada minat dan
penglibatan kanak-kanak dalam pengalaman yang aktif. Peringkat prasekolah adalah masa
terbaik dalam proses perkembangan kanak-kanak dari segi mental, fizikal, sosial dan
emosional. Kurikulum yang bersesuaian dengan kanak-kanak ialah kurikulum yang dapat
membina kemahiran kognitif dengan memberikan pengalaman yang konkrit, relevan dan
bersesuaian dengan keperluan dan tahap perkembangan kanak-kanak (Arce 2000,
Norhashimah & Yahya 2003).

Kurikulum di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan kepada


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah dilaksanakan pada tahun
Muka surat 21

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

2010. Kurikulum ini memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak. Kedua-dua
standard ini adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam
tunjang pembelajaran iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains
dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri
(rajah 2). Untuk tujuan kesinambungan tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan
tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

Rajah 2 : Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Di prasekolah pengajaran dan pembelajaran bermakna yang dijalankan perlulah


berdasarkan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) seperti dalam
rajah 3. Tindakan ini adalah selaras dengan konsep Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan di samping menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis
dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Seperti dalam rajah 3 hasil
daripada pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan murid menguasai kesemua
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid atau kanak-kanak prasekolah seperti yang telah

Muka surat 22

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

digariskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah menerusi konsep amalan bersesuaian


perkembangan kanak-kanak.

Rajah 3 : Kerangka Konsep Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

3.

KEPELBAGAIAN PENDEKATAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran bermakna guru perlu peka kepada
pendekatan, teknik atau kaedah pengajaran yang dipilih di samping meneliti tahap
perkembangan yang telah dicapai oleh setiap murid. Hal ini adalah kerana pemilihan tersebut
akan memberi impak kepada pencapaian objektif pengajaran yang akan diterima selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Muka surat 23

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Di prasekolah antara pendekatan yang boleh diamal atau digunakan dalam


menyedikan pengajaran dan pembelajaran bermakna ialah :

1.

PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

Aktiviti bermain adalah sangat penting untuk meningkatkan perkembangan kanakkanak dan mereka menerima dn mengasah perkembangan tersebut dengan pelbagai cara.
Kanak-kanak juga belajar kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif
melalui bermain. Keupayaan kanak-kanak memahami dunia di sekelilingnya semakin
meningkat melalui bermain.

Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu dan melakukannya secara


berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya menguasai konsep pada peringkat
yang seterusnya. Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel dan Maria
Montesori yakin bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Froebel yang pernah
mengasaskan Kindergarten berpandangan, bermain adalah penting dalam pembelajaran
secara tidak langsung (Downey & Garzoli 2007). Maria Montessori yang membangunkan
kurikulum berasaskan aktiviti bermain percaya bahawa kanak-kanak perlu bermain dan
berhak menentukan sendiri bagaimana mereka hendak bermain dan belajar.

Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang


dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak-kanak juga
mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain. Pakar dalam bidang perkembangan kanakkanak percaya bahawa bermain adalah cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari konsep
dan kemahiran asas yang kemudiannya membantu meningkatkan perkembangan yang
seterusnya.

Wardle (2008) menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain
pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Hal ini tidak berlaku
semasa pengajaran secara langsung yang dilakukan guru. Kajian Sharifah Nor et al. (2009)
yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif mendapati
kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok dan

Muka surat 24

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

kreatif. Terdapat pelbagai jenis permainan yang dilakukan kanak-kanak semasa bermain.
Jenis-jenis permainan itu boleh diklasifikasi seperti berikut:

Permainan Motor/Fizikal
Menurut Doherty dan Brennan (2008), pendidikan fizikal adalah sebahagian

daripada proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi.
Permainan motor dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanakkanak. Kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-otot kasar dan halus kanakkanak, dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus
melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti menggenggam, mengoyak,
menggunting, meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting
untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas
harian. Contohnya membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan
sebagainya. Manakala kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otototot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan memanjat. Semasa kanakkanak bermain, kanakkanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka. Pada
masa ini juga kanakkanak menggunakan koordinasi mata dan tangan mereka untuk
mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan dengan
kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot
badan bekerja bersama.

Permainan Sosial
Apabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain,

kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerja sama dan
berkongsi sesuatu (Smidt 2010). Semasa kanak-kanak bermain, mereka bersosial
dengan rakan sebaya. Permainan sosial boleh berlaku dalam kumpulan ataupun
individu. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakannya dan
bertanya ataupun meminjam alat permainan walaupun kanak-kanak tersebut tidak
bermain dengan rakannya itu tetapi akan berlaku juga interaksi sesama mereka.

Muka surat 25

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Permainan Konstruktif
Permainan konstruktif berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu dengan

memanipulasi persekitaran. Froebel merujuk permainan konstruktif sebagai aktiviti


yang melibatkan pergerakan motor halus seperti menganyam, menggentel, melipat
kertas dan menyulam (Roopnarine & Johnson 2005). Permainan seperti bangunan
daripada blok, bermain pasir dan dan mencipta bahan-bahan kraf merupakan
permainan konstruktif. Permainan konstruktif memberi peluang kanak-kanak belajar
membuat sesuatu dan apabila kanak-kanak bermain secara konstruktif, mereka belajar
melakukan sesuatu tugas sehingga selesai. Bermain secara konstruktif juga
melibatkan kemahiran manipulatif. Kanak-kanak yang memiliki kemahiran
manipulatif berupaya memanipulasi idea, konsep dan pendapat.

Permainan Fantasi
Salah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak belajar dan

mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka adalah melalui permainan fantasi.


Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan ataupun
tanpa peralatan dan dilakukan berasaskan imaginasi kanak-kanak. Bermain pondokpondok misalnya dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang dunia di
sekelilingnya dan bagaimana hendak bersosial dengan rakan sebaya. Semasa
permainan fantasi, kanak-kanak belajar bagaimana hendak menggambarkan sesuatu
karakter dalam sesuatu situasi. Mereka menggunakan imaginasi dan bahasa untuk
menyatakan idea, konsep dan keinginan. Mereka juga berupaya mengubah
ideamenjadi fantasi secara kreatif.

Permainan Mengikut Peraturan


Sejak keci lagi kanak-kanak diajar mematuhi peraturan melalui permainan.

Melalui permainan berperaturan, kanak-kanak mempelajari cara-cara mematuhi


peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak memahami
Muka surat 26

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

peraturan sosial melalui permainan yang memerlukan mereka mengikut peraturan.


Permainan seperti dam, catur, kad, dan monopoli mengajar kanak-kanak bahawa
setiap individu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Permainan sebegini dapat
membantu kanak-kanak memahami konsep-konsep peraturan dan perlunya mematuhi
undang-undang.

2.

PENDEKATAN BERTEMA
Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan

asas dalam perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sangat sesuai dan efektif dalam
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna dalam pendidikan murid prasekolah
kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat
murid serta guru. Menerusi pendekatan bertema kanak-kanak dapat meneroka pelbagai
pengalaman manusia yang mengandungi maklumat di samping memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memindahkan maklumat kepada ilmu yang baru diperolehi. Selain itu
tema juga memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di
menikut konsep yang telah dipilih. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang
kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari pengajaran
yang tidak tersusun berpunca daripada pelajaran yang tidak berkaitan. Pengajaran bertema
juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran
termasuk juga bidang-bidang kurikulum.

Bagi memperkembangankan unit pembelajaran pemilihan tema adalah merupakan


langkah yang penting. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan melalui
pemilihan tema yang tepat. Antaranya ialah :

o
o
o
o
o

Berasaskan konsep
Berasaskan kemahiran
Berasaskan kandungan
Berfokus kepada isu
Berfokus kepada projek, dan
Muka surat 27

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

o Berorientasikan kajian kes.

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek tertentu antaranya ialah boleh


merentas semua mata pelajaran. Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada
semua mata pelajaran. Contohnya tema pokok. Oleh yang demikian semua mata pelajaran
akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik misalnya, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberap batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam
mata pelajaran muzik atau estetika pelajar menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat
pergerakan seperti pokok bergoyang, tumbang dan sebagainya.

Selain itu pemilihan tema juga perlu bersesuaian dengan pengalaman dan kehidupan
kanak-kanak. Guru perlu memastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman
kehidupan diri kanak-kanak. Ini akan memudahkan guru untuk berinterksi dengan kanakkanak di samping membntu guru menjalankan aktiviti seni dengan berkesan.

Kriteria yang perlu diambil kira dalam membuat pemilihan tema juga adalah ia perlu
bersesuian dengan situasi, masa atau peristiwa yang berlaku pada masa kini. Hal ini adalah
kerana ia dapat membantu dan memudahkan kanak-kanak membuat perkaitan antara perkara
yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar.

Di samping itu juga kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan salah satu faktor
utama semasa membuat pemilihan tema. Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat
pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh bahan dan
sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat
mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan hands on. Tidak wajar
sekiranya guru Cuma bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

Minat guru terhadap tema yang dipilih juga penting. Guru hendaklah berminat dengan
tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasi dan meningkatkan lagi penglibatan kanakkanak terhadap aktiviti yang dijalankan. Penglibatan aktif kanak-kanak ini secara tidak
langsung memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak khususnya dalam
Muka surat 28

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial di samping mendapat pengalaman yang


bermakna.

Guru juga perlu mengambil kira pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada
yang lebih mencabar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna di
prasekolah. Guru perlu memastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran daripada mudah
untuk dijalankan kepada yang lebih kompleks atau mencabar. Hal ini penting dalam
mengekalkan minat kanak-kanak untuk meneruskan aktiviti yang telah dijalankan.

3.

PENDEKATAN INKUIRI

Model inkuiri didefinisikan oleh Piaget (Sund & Trowbridge. 1973) sebagai
pembelajaran yang mempersiapkan situasi bagi kanak-kanak untuk melakukan eksperimen
sendiri. Dengan kata lain kanak-kanak melihat apa yang terjadi, ingin melakukan sesuatu,
menggunakan symbol-simbol bagi mencari jawapan terhadap persoalan yang bermain di
kotak pemikiran mereka. Menerusi pendekatan ini kanak-kanak menghubungkan satu
penemuan dengan penemuan lain seterusnya membandingkan apa yang telah ditemukan
dengan penemuan orang lain.

Pembelajaran berasakan inkuiri adalah didasari oleh teori pembelajaran konstruktivis.


Oleh itu guru boleh menggunakan pendekatan ini semasa meminta kanak-kanak
menyelesaikan masalah

dengan menggarap pengetahuan atau pengalaman lalu dengan

pengetahuan semasa untuk menemui fakta. Guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk
memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dengan
meminta kanak-kanak membuat peninjauan, memanipulasi objek atau melakukan sesuatu
ujikaji.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna guru perlu
wujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan dalam masa yang
sama membimbing mereka menerusi persoalan yang diberi. Penglibatan kanak-kanak dalam
menemui pengetahuan sendiri turut menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir secara
mendalam. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk
Muka surat 29

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

berinteraksi di samping seronok menerima cabaran bagi meningkatkan pengetahuan sendiri


tanpa bergantung kepada guru. Selain itu mereka juga belajar mengumpul, menyusun,
menganalisa maklumat untuk sampai kepada satu keputusan dengan menggunakan kemahiran
berfikir peringkat tinggi pada aras mereka.

4.

PENDEKATAN BERSEPADU

Pendekatan bersepadu dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar. Pendekatan ini sesuai
digunakan dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajran bermakna kerana dalam
kehidupan sebenar setiap sesuatu itu mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Di prasekolah pendekatan bersepadu melibatkan :

Kesepaduan antara tunjang;

Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni;

Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas;

Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid; dan

Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik.

Dengan kata lain kesepaduan yang diterapkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran secara tidak langsung telah menambah nilai dan kredit kepada kanak-kanak
kerana ia bersifat serampang dua mata malah lebih kerana kanak-kanak menerima pelbagai
pengetahuan dan kemahiran dalam satu slot pembelajaran.

5.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Satu kaedah pembelajaran yang bertujuan untuk menggalakkkan kanak-kanak


mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Menerusi pendekatan ini murid-murid
akan dibimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep
Muka surat 30

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

tertentu. Pendekatan ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan
dengan tujuan supaya murid-murid memberi lebih perhatian dan minat terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Hal ini juga turut menjadikan pembelajaran
tersebut lebih bermakna kerana ia melibatkan kanak-kanak secara aktif.

Antara kepentingan pendekatan ini sebagai kesan yang menjadikan pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna ialah murid berpeluang untuk memilih pojek tanpa paksaan.
Tindakan ini menambahkan minat kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif di samping
melatih mereka untuk berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat mereka.
Selain itu ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama dalama kalangan murid. Melalui aktiviti
yang dijalankan juga ia turut melatih murid untuk menilai hasil kerja mereka dan hasil projek
tersebut juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar.

4.

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Bagi memastikan keberkesanan penyediaan pengajaran dan pembelajaran bermakna


terhadap kanak-kanak guru prasekolah perlulah membuat penilaian dan pentaksiran secara
berkala. Penilaian dan pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk
mengumpul maklumat tentang perkembangan kanak-kanak bagi membantu guru membuat
penilaian terhadap mereka dengan tujuan untuk mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai
untuk membantu kanak-kanak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

di

prasekolah. Menurut Nor Hashimah dan Khadijah (2000) penilaian perkembangan adalah
suatu perkara yang dilakukan setiap hari bagi membantu guru prasekolah mendapat gambaran
yang jelas tentang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, pengajaran guru dan
keberkesanan program. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul,
menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan lebih bermakna dengan adanya


penilaian dan pentaksiran terhadap kanak-kanak. Hal ini adalah kerana penilaian dan
pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran
dan pembelajaran serta bertumpu kepada apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana
Muka surat 31

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

ianya dilakukan (Meisels 1995). Penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah


melibatkan pemerhatian, rakaman dan dokumentasi kegiatan dan permainan yang dijalankan
oleh kanak-kanak. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap kanak-kanak membolehkan guru
mengambil

tindakan

susulan

yang

berkesan

dan

seterusnya

membantu

guru

memperkembangkan potensi kanak-kanak sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan


psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

Pentaksiran kanak-kanak prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan


mereka dengan kanak-kanak yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran kanak-kanak
berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran
Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Menurut Zurida et al.
(2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih bercorak rujukan kriteria kerana ia
memberi ruang kepada guru untuk memantau kemajuan kanak-kanak secara individu.

Penilaian dan pentaksiran kanak-kanak di prasekolah lebih menekankan kepada


usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan
pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas
sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses penilaian
dan pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanakkanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancang proses
pentaksiran.

TUJUAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran perlu dititikberatkan oleh guru. Ia mengandungi maksud dan tujuannya seperti
berikut:

i.

Mengenal Pasti Kecerdasan dan Potensi Kanak-Kanak

Tanpa pentaksiran guru tidak akan dapat mengesan dengan lebih awal tahap
kecerdasan murid-murid. Perbezaan ini akan dapat membantu guru dalam membuat

Muka surat 32

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

persediaan dalam pengajaran kerana pengajaran yang baik mengambil kira perbezaan
tahap potensi murid-murid.

ii.

Mengenal Pasti Kelebihan Dan Kekurangan Kanak-kanak

Pentaksiran membolehkan guru mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kanakkanak. Kelebihan ini akan dimanipulasi agar kanak-kanak tersebut dapat melonjakkan
pencapaiannya dengan menggunakan seluruh kekuatannya. Kanak-kanak akan
dibantu menangani kelemahannya dengan cara yang terbimbing agar mereka tidak
berasa rendah diri.

iii.

Menjalankan Tindakan Susualan yang Sesuai dengan Serta Merta

Dengan adanya pentaksiran, tindakan serta merta dapat diambil oleh guru. Tindakan
serta merta ini mungkin melibatkan perubahan dalam cara mengajar oleh guru.
Mungkin juga guru baru menyedari bahawa anak muridnya mengalami rabun jauh,
masalah sosial dan sebagainya.

iv.

Memberi Maklumbalas Kemajuan Murid

Ibu bapa sentiasa ingin tahu akan perkembangan dan kemajuan anak mereka. Oleh itu
pentaksiran yang didokumentasikan boleh menjadi alat untuk melaporkan kepada ibu
bapa kanak-kanak.

PROSES PELAKSAAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH

i.

Merancang

Muka surat 33

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Sebelum menilai kanak-kanak, guru perlu membuat perancangan terlebih


dahulu seperti menentukan kanak-kanak yang hendak dinilai, menentukan domain
yang hendak diberi tumpuan, memastikan kaedah pemerhatian yang sesuai, cara
merekod penilaian tersebut dan tempoh masa untuk menjalankan penilaian tersebut.

ii.

Membina Indikator

Guru hendaklah mengambil kira hasil pembelajaran seperti dalam tunjangtunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan seperti
komunikasi,

kerohanian,

sikap

dan

nilai,

kemanusiaan,

tunjang

ketrampilan

diri,

perkembangan fizikal dan estetika, dan sains dan teknologi.


iii.

Melaksanakan Penilaian
Dalam

melaksanakan

penilaian

di

prasekolah,

guru

biasanya

akan

menggunakan kaedah pemerhatian kerana cara ini adalah satu kaedah penilaian yang
sistematik untuk mengumpul data atau maklumat seterusnya merekod dengan lebih
tepat. Terdapat beberapa kaedah penilaian melalui pemerhatian yang boleh digunakan
oleh guru seperti pemerhatian melalui tingkah laku murid, pemerhatian melalui
perbualan dan interaksi dan pemerhatian melalui hasil kerja murid.
Dalam penilaian melalui pemerhatian tingkah laku, murid akan dinilai oleh
guru dari aspek sikap, amalan, kemahiran sosial, kemahiran manipulatif, dan
kemahiran kinestetik. Manakala penilaian guru melalui pemerhatian perbualan dan
interaksi pula ialah untuk mendapatkan maklumat semasa berlakunya interaksi antara
murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan. Contoh aktiviti
yang boleh dilihat melalui pemerhatian perbualan ini ialah seperti main peranan,
bersoal jawab, bercerita, bacaan dan nyanyian.
Pemerhatian dari segi penelitian hasil kerja murid pula, guru perlu melihat
hasil kerja yang boleh diperhati dan dinilai seperti lukisan, tulisan, buku skrap, kraf
Muka surat 34

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

tangan, buku kecil dan juga model. Guru boleh menilai kesemua hasil kerja kanakkanak melalui portfolio mereka. Portfolio memperlihatkan perkembangan kanakkanak yang sistematik. Ia juga dapat menunjukkan potensi kanak-kanak menghasilkan
pelbagai hasil kerja, berupaya untuk mengintegrasikan pengajaran dan penilaian, dan
membolehkan aktiviti guru dan murid berlaku serentak. Pendapat ini disokong oleh
Arter et al.(1995) yang juga menambah bahawa portfolio membolehkan apa yang
diketahui dan boleh dibuat oleh kanak-kanak dilihat dengan jelas dan merupakan satu
bentuk penilaian autentik untuk melaporkan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa
dengan lebih baik.

iv.

Merekod

Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian kanak-kanak. Maklumat dalam
rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran murid. Terdapat tiga kaedah yang sering digunakan oleh guru dalam
merekod penilaian yang dilakukan terhadap murid iaitu senarai semak, rekod anekdot
dan rekod berterusan.

I.

Senarai semak

Guru perlu merancang penyediaan senarai semak lebih awal sebelum sesuatu
pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak. Sewaktu menyediakan senarai semak
terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru seperti tingkah laku
kanak-kanak yang ingin diperhati, dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai
semak digunakan untuk melihat atau menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks
semulajadi, oleh itu hanya kemahiran-kemahiran yang penting sahaja dinyatakan
dalam senarai semak. Item-item di dalam senarai semak disusun mengikut
pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin
diperhati. Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu
atau dua pemerhatian.

II.

Rekod Anekdot
Muka surat 35

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah
laku kanak-kanak yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
Rekod anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana ia berlaku. Melalui catatan ringkas ini akan membantu guru lebih memahami
kanak-kanak berkenaan, rekod anekdot mudah digunakan kerana ia tidak memerlukan
guru untuk menyediakan borang dan tidak mempunyai masa yang tertentu.

Dalam menyediakan rekod anekdot, terdapat langkah-langkah yang perlu


diikuti oleh guru seperti membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku,
mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan
kanak-kanak. Selain itu guru juga perlu memastikan perkara-perkara yang direkod
dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan
literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan kanakkanak.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi panduan guru sewaktu merekod


secara anekdot seperti guru perlu membuat catatan bagi memastikan insiden yang
direkod tidak tercicir. Guru juga perlu memastikan nama, tarikh, masa dan suasana
dicatat dalam buku nota. Sebaik sahaja selesai melakukan pemerhatian, guru perlu
terus rekod hasil pemerhatian tersebut untuk mengelak daripada terlupa mencatat
peristiwa penting. Sekiranya terdapat respon orang lain, guru perlu mencatat respon
tersebut sebagai peristiwa dalam rekod anekdot dan memastikan setiap peristiwa yang
dicatat itu mengikut urutan.

III.

Rekod Berterusan

Rekod berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau


kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap pelakuan dan apa
yang dikata oleh kanak-kanak akan dicatat oleh guru sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga 5 minit.

Terdapat beberapa panduan dalam menyediakan rekod berterusan seperti guru


perlu memastikan item-item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Apa yang
Muka surat 36

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

dilakukan oleh kanak-kanak akan dicatat satu persatu terhadap perkara yang difokus.
Guru perlu memastikan rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Sewaktu
merekod guru perlu menjelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku dan hanya
merekod perkara-perkara sebenar yang berlaku dan menggunakan satu ayat untuk
menerangkan setiap aksi. Selain itu sewaktu merekod juga bahasa yang digunakan
haruslah yang mudah difahami. Rekod yang dicatat hendaklah mengikut urutan
peristiwa dan ikhlas sewaktu merekod. Guru hanya perlu menggunakan singkatan
yang ringkas sahaja sewaktu merekod.

IV.

Melapor

Pelaporan ialah satu proses menyampaikan maklumat penilaian dari masa ke


semasa mengenai perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian
kanak-kanak. Maklumat untuk pelaporan ini diperolehi daripada rekod penilaian yang
dijalankan pada kanak-kanak. Pelaporan perlu dilakukan oleh guru terhadap kanakkanak dari masa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan kanak-kanak,
pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

V.

Tindakan Susulan
Tindakan susulan merupakan satu aktiviti bimbingan, pengukuhan dan

pengayaan setelah guru mengenal pasti kelebihan, kekurangan dan perkembangan


kanak-kanak. Aktiviti bimbingan dirancang oleh guru bagi membantu kanak-kanak
mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan kanak-kanak tidak terus terhimpun.
Dan setelah itu proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan
pula merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.
Manakala aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada kanak-kanak
menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran atau aspek yang
sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Muka surat 37

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Penilaian dan pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran kanakkanak. Ciri-ciri utama penilaian dan pentaksiran di prasekolah adalah seperti berikut:

i.

Mengambil kira psikologi kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak.

ii.

Lebih mementingkan proses bukan produk.

iii.

Dijalankan tidak secara langsung (not direct testing).

iv.

Dijalankan dalam suasana semula jadi (naturalistic).

v.

Dijalankan dalam suasana tidak formal (informal)

vi.

Dijalankan dalam keadaan yang tenang.

vii.

Tidak bertujuan membandingkan kanak-kanak dengan rakannya yang lain.

viii.

Tidak melabelkan kanak-kanak sebagai pandai, tidak pandai.

ix.

Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran.

x.

Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan (formatif).

xi.

Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.

xii.

Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid.

xiii.

Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian kanak-kanak


(autentik).

Muka surat 38

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

xiv.

Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) kanakkanak.

xv.

Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum


Standard Prasekolah Kebangsaan.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU

Hasil pentaksiran membantu guru di prasekolah untuk:

i.

Mengesan keberkesanan pengajaran.

ii.

Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada kanak-kanak.

iii.

Mengesan pertumbuhan kanak-kanak bersesuaian dengan peringkat umur.

iv.

Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan.

v.

Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai kanak-kanak.
vi.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan


dan pertumbuhan kanak-kanak.

vii.

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kanak-kanak dalam pembelajaran dari


semasa ke semasa.

viii.

Mengenal pasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi kanak-kanak yang boleh
diperkukuhkan.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA KANAK-KANAK

Hasil pentaksiran membantu kanak-kanak di prasekolah untuk:

i.

Memahami tujuan belajar

ii.

Motivasi dan keyakinan diri untuk meningkatkan prestasi

Muka surat 39

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan penilaian dan pentaksiran yang
dibuat ialah penggunaan maklumat penilaian dan pentaksiran oleh guru untuk memberi
respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada kanak-kanak. Maklum balas guru
yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam
bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja kanak-kanak
itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, kanak-kanak perlu
diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Kanak-kanak juga perlu
diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi
mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat
tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan
bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat
yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu kanak-kanak
untuk lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang
memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi
mereka di masa akan datang di samping dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran bermakna di prasekolah. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak
menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula bagi mengetahui
perkembangan mereka seterusnya.

Oleh yang demikian penilaian dan pentaksiran yang dilakukan hendaklah


mempunyai tujuan serta mempunyai kaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Penilaian
dan pentaksiran bukan hanya melibatkan kanak-kanak semata tetapi juga ibu bapa dan
penjaga. Kaedah yang digunakan perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak
supaya pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan sekaligus memberi kesan
yang positif dalam penilaian dan pentaksiran kanak-kanak. Guru perlu kreatif dalam memilih
strategi penilaian yang pelbagai dan dalam masa yang sama, guru juga perlu memastikan
tujuan penilaian difahami, kekuatan serta kekangan bagi setiap perkara apabila melibatkan
penilaian dan laporan yang komprehensif.

Muka surat 40

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

5.

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama kepada kanak-kanak sebelum
berhadapan dengan guru-guru di prasekolah. Penglibatan ibu bapa di prasekolah sangat
penting kerana kefahaman ibu bapa tentang prasekolah terutama dari segi kurikulum dapat
meningkatkan mutu proses pembelajaran di prasekolah (Rohaty 2003b).

Di prasekolah kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul


merupakan fokus yang perlu diberi perhatian. Setiap pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di prasekolah akan lebih bermakna sekiranya diteruskan oleh ibu bapa di rumah
sebagai langkah peneguhan terhadap apa yang telah dipelajari. Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab pihak ibu bapa untuk turut menyediakan suasana yang menggalakkan kanakkanak untuk turut seronok belajar di rumah. Hal ini kerana kanak-kanak di usia ini perlu
belajar dalam persekitaran yang baik dan memerlukan sokongan orang dewasa.(Zainiah Isa
2005)

Kemahiran membaca antara kemahiran yang sangat dititikberatkan sebagai persediaan


ke tahun satu. Terdapat kajian yang menyatakan program membaca bersama keluarga akan
memberi kesan yang positif terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak. Program membaca
bersama keluarga adalah merujuk kepada aktiviti yang dilakukan bersama di antara ibu bapa
dan anak-anak. (Mary E. Barr 1997; Suzanne M. Stauffer 2007; Joan N Kaderavek
&Elizabeth Sulzby 1998; Zainiah Isa 2005). Kajian juga mendapati kanak-kanak yang boleh
membaca di peringkat umur awal biasanya datang dari keluarga yang kaya dengan
penggunaan bahasa dan aktif dalam komunikasi lisan. Ibu bapa yang menjadikan membaca
kepada anak-anak sebagai rutin harian, secara tidak langsung menggalakkan kebolehan
membaca anak-anak dan seterusnya menumbuhkan rasa minat terhadap membaca (Khadijah
& Fatimah 2004).

Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran bermakna akan lebih mantap sekiranya
kanak-kanak turut menerima pengaruh menerusi role model yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Pada kebiasaannya kanak-kanak yang memiliki kedu-dua ibu bapa yang cakna akan mudah
menerima pengajaran guru dengan membuat hubung kait pengalaman pembelajaran yang

Muka surat 41

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

diberi oleh ibu bapa dan mereka kebanyakannya mempamerkan sikap yang positif semasa
berada di prasekolah.

6.

AKSES DAN EKUITI

Peringkat prasekolah merupakan tahun kritikal bagi perkembangan kanak-kanak dan


peluang untuk akses ke prasekolah perlulah diberi kepada semua golongan kanak-kanak sama
ada kanak-kanak normal atau yang berkeperluan khas supaya pengintegrasian kedua-duanya
boleh dilaksanakan selaras dengan dasar pendidikan kementerian pelajaran. Pemantauan yang
sistematik juga perlu supaya pengintegrasian kanak-kanak prasekolah normal dan kanakkanak berkeperluan khas berhasil. Peluang kejayaan akademik di sekolah dapat diwujudkan
melalui pengenal pastian kanak-kanak berisiko pada peringkat awal sekaligus menghapuskan
kegagalan di sekolah.

Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran bermakna haruslah menjadi
indikator utama dalam memastikan supaya tidak berlaku masalah keciciran di kalangan
kanak-kanak prasekolah. Pengajaran dan pembelajaran bermakna juga perlu dirancang
dengan teliti dan sistematik menerusi amalan bersesuian perkembangan (ABP) kepada kanakkanak yang telah dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran supaya prestasi dan
perkembangan mereka dapat ditingkatkan dengan lebih baik di peringkat awal sekaligus
memberi kredit kepada persediaan mereka untuk ke tahun satu kelak.

7.

SETTING DAN PERSEKITARAN FIZIKAL YANG KONDUSIF.

Pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan melalui penyediaan


persekitaran kondusif yang dapat memberi makna kepada pengalaman pembelajaran mereka
semasa berada di prasekolah. Guru prasekolah perlu memastikan ruang yang mencukupi
untuk kanak-kanak serta bersifat mesra pengguna iaitu sesuai dengan keperluan fizikal dan
Muka surat 42

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

perasaan mereka. Selain itu aspek keselamatan dan keselesaan untuk kanak-kanak bergerak
dengan bebas juga perlu ditikberatkan.

Manakala ruang pembelajaran pula perlu dilengkapkan dengan bahan-bahan


permainan yang dapat menarik minat serta merangsang emosi dan pertumbuhan fizikal
mereka. Bahan bacaan bertulis dalam ruang permainan misalnya gerai piza yang diletakkan
papan tanda, menu dan nama pekerja dapat meningkatkan kemahiran literasi dengan
berkesan. Bukti juga menunjukkan persekitaran bermain yang diperkayakan dengan
kemahiran literasi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak tentang
fungsi perkataan bertulis, keupayaan mengenal perkataan bertulis, keupayaan menggunakan
strategi kefahaman seperti memasti dan membetulkan sendiri perkataan bertulis yang dilihat.

Susunan di ruang pembelajaran juga perlulah didasari oleh sifat fizikal kanak-kanak
supaya mereka boleh meneroka dan bermain di ruangan tersebut tanpa memerlukan bantuan
orang lain sekaligus menambahkan minat mereka untuk bersosial dengan selesa di ruangan
yang dipilih oleh mereka sendiri. Guru yang kreatif sudah pasti akan mengambil peluang
dengan mewujudkan elemen pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dengan
membuat label dan menampal carta-carta yang sesuai untuk dilihat dan dibaca oleh kanakkanak. Hal ini akan lebih bermakna apabila murid dapat mengaitkan suasana di ruangan
tersebut semasa sesi pembelajaran.

8.

LATIHAN DAN PENGURUSAN

Kualiti pengajaran guru prasekolah merupakan salah satu faktor yang mendorong ke
arah peningkatan profesionalisme di kalangan guru prasekolah atau tadika. Oleh yang
demikian adalah wajar untuk semua guru mempertingkatkan kualiti pengajaran mereka ke
arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bermakna dengan memberi ruang
untuk kanak-kanak mengaitkan pengalaman lalu mereka dengan pembelajaran baru. Hal ini
memberi kredit kepada peningkatan kemahiran menaakul serta kemahiran-kemahiran lain
yang turut dititikberatkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kebijaksanaan
guru dalam mengurus dan merancang pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sudah pasti
dapat meningkatkan prestasi kerja di samping memupuk amalan terbaik dalam pendidikan
prasekolah di samping merangsang perkembangan kanak-kanak.
Muka surat 43

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Peningkatan profesionalisme di kalangan guru-guru prasekolah adalah turut merujuk


kepada keperluan latihan perguruan yang menjadi tunggak utama dalam memberi informasi
dan praktikal yang berkesan dalam meningkatkan mutu pengajaran. Guru-guru prasekolah
perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini
dengan mengikuti kursus-kursus atau bengkel serta seminar yang dianjurkan oleh pihak
jabatan mahu pun kementerian supaya mereka benar-benar mahir tentang perkembangan
kanak-kanak dalam semua aspek. Kurikulum latihan perguruan perlu mengintegrasikan
penggunaan teknologi, kaedah yang inovatif dan kreatif supaya tahap keprofesionalisme
guru-guru prasekolah dapat ditingkatkan (Rohaty 2003).

IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA TERHADAP


PERKEMBANGAN POTENSI KANAK-KANAK

Peranan guru dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi kanak-kanak yang


diwujudkan melalui konsep pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat memberi kesan
yang positif. Konsep ini adalah bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti
kanak-kanak supaya memiliki ciri -ciri tingkah laku yang baik dan sesuai dengan kehendak
matlamat prasekolah serta selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Guru merupakan pengaruh yang paling utama dalam perkembangan kanak-kanak dari
segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan
kanak-kanak yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran negara kelak. Iklim prasekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan

pengajaran

dan

pembelajaran

bermakna

akan

membantu

perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak.

Guru merupakan sebaik-baik contoh kepada kanak-kanak di prasekolah. Mereka


sentiasa menarik perhatian kanak-kanak menerusi pengajaran dan pembelajaran bermakna
yang disampaikan sehingga kanak-kanak dapat menjiwai dan mempraktikkan apa yang diajar
Muka surat 44

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

dalam kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran bermakna di prasekolah


yang didasari oleh pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak, membentuk amalan
professional yang tinggi di kalangan guru prasekolah untuk menggunakan strategi pengajaran
dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan
perkembangan kanak-kanak secara optimum.

Amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna membawa guru untuk meneliti


perkembangan kanak-kanak menerusi penilaian dan pentaksiran yang telah dijalankan.
Amalan tersebut akan memudahkan guru untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada
pada kanak-kanak di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada
pada seseorang kanak -kanak itu dan berusaha untuk memperbaiki dengan menggunakan
strategi -strategi tertentu. Manakala kekuatan atau bakat yang dikenal pasti pula boleh
dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk kanak-kanak
itu meningkatkan potensinya.

Setiap pengalaman yang dapat memberi kepuasan dan kejayaan kepada kanak-kanak
akan menambahkan lagi perasaan yakin dalam diri kanak-kanak. Di samping itu juga ia turut
memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran
baru yang bakal menguji daya intelek mereka. Banyak kajian menunjukkan potensi dan
keberkesanan teknologi maklumat dalam persekitaran permainan komputer melalui pelbagai
jenis aplikasi dan medium yang telah dibangunkan (Syamsul Bahrin & Norshuhada, 2009).
Oleh yang demikian guru perlulah sentiasa peka dengan arus perubahan semasa termasuk
perkembangan teknologi supaya konsep pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat
dimantapkan lagi sekaligus merangsang perkembangan kanak-kanak untuk lebih bersedia
dalam memperlengkapkan diri ke tahun satu kelak.

CADANGAN

Seperti yang dibincangkan di atas amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna adalah
merupakan satu konsep yang perlu dipraktikkan di prasekolah selaras dengan perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh. Berikut dikemukakan beberapa cadangan yang boleh diberi
perhatian dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna di prasekolah:

Muka surat 45

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

1- Peruntukan masa yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran iaitu tidak
terlalu singkat atau terlalu lama supaya kanak-kanak tidak berasa bosan. (Zainiah
Mohamed Isa, 2007)
2- Penglibatan ibu bapa dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melalui
pembacaan di rumah, menyediakan suasana persekitaran dan bahan bacaan yang
mendorong kanak-kanak bermotivasi untuk membaca. (Khadijah Zon & Fatimah
Saleh, 2004) dan (Zainiah Mohamed Isa, 2005)
3- Guru perlu mengambil kira pelbagai aspek dalam mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran bermakna contohnya pertimbangan gaya pembelajaran berdasarkan
jantina atau etnik dalam memilih kaedah dan strategi pengajaran.
4- Penggunaan bahan bantu yang konkrit bagi membantu kanak-kanak membuat hubung
kait pengalaman sedia ada dengan pembelajaran yang baru supaya dapat merangsang
perkembangan kanak-kanak di samping memberi nilai tambah kepada penglibatan
aktif kanak-kanak di dalam kelas.
5- Gaya pengajaran guru perlulah sesuai dan mengikut perkembangan teknologi semasa
kerana zaman kanak-kanak kini adalah zaman yang penuh dengan kepesatan
teknologi. Keupayaan guru mengaplikasikan kecanggihan teknologi terkini akan
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna serta dapat memberi kesan yang
positif terhadap perkembangan kanak-kanak
6- Menerapkan amalan penilaian dan pentaksiran yang berterusan. Hal ini adalah kerana
amalan tersebut juga merupakan kunci kepada pemantapan pengajaran dan
pembelajaran bermakna. Amalan ini akan memandu guru untuk merancang
pengajaran harian mengikut perkembangan dan prestasi kanak-kanak.

KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang terlah diperjelaskan menerusi kertas konsep ini dapatlah
dirungkaikan bahawa amalan dan pembelajaran bermakna perlu sentiasa diwujudkan di
prasekolah bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Melalui amalan
ini guru mampu untuk memberi kredit kepada penglibatan kanak-kanak secara aktif di dalam
kelas di samping menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Guru juga perlu
kreatif dan inovatif dalam memilih pelbagai strategi pengajaran yang merangkumi
pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran asas kanakMuka surat 46

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

kanak. Di samping itu juga guru perlu sentiasa peka dengan perubahan dan perkembangan
kanak-kanak kerana ia turut memberi implikasi dalam mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran bermakna di prasekolah. Dengan kata lain amalan pengajaran dan pembelajaran
bermakna dan perkembangan kanak-kanak mempunyai hubung kait yang kuat dan perlu
diketahui oleh semua guru prasekolah dalam meingkatkan profesion mereka dalam bidang
ini. Senario ini juga melonjakkan profesionalisme guru prasekolah dan institusi pendidikan
melalui cerminan kualiti yang dipamerkan menerusi amalan pengajaran dan pembelajaran
bermakna.

RUJUKAN

Christie, J. F. & Roskos, K.A. 2009. Plays potential in early literacy development: dan
kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Proceedings of The 4th
International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI
Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.
Faridah binti Mokhtar & Maimunah Binti Ropar. 2011. Keberkesanan penggunaan Program
Atom 23 dalam membantu murid prasekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan PISMP.
Fenggeng Ke. 2008. A case study of computer gaming for math: Engaged learning from
gameplay. Computer & Education Journal. 51:1609-1620.
Glenda MacNaughton & Gillian Williams. 2004. Techniques for teaching young children:
choices in theory and practice. Australia : Pearson Prentice Hall.
Muka surat 47

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Hajah Noresah Baharom. 2002. Kamus dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur : Harian
(Zulfadzli) Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. 2009. Perkembangan kanak-kanak untuk sarjana muda
perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ibrahim Ahmad & Azizah Jaafar. 2011. Permainan komputer : perlaksanaan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM.
Bangi : Penerbit Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jeni Riley, 2007. Learning in the early years 3-7. London : SAGE Publication Ltd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Kuala
Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan : Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khadijah Zon & Fatimah Saleh. 2004. Kesan keprihatinan guru dalam latihan kemahiran
awal bacaan. Jurnal Pendidikan Islam 13(2).
Khalid Mohd. Nor. 2008. Kaedah pembelajaran berkesan . Kuala Lumpur : Cahaya Pantai
(M) Sdn. Bhd.
Koo Kee Peng, Zainab Majid. 1992. Teknik pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Linda Pound.2011. Influencing early childhood education. England : The McGraw-Hill
Companies
Mahfuzah Mohammed Zabidi & Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi. 2009. Penghayatan
dan perlaksanaan konsep berguru dalam proses keilmuan pada era globalisasi. Kertas
Kerja Persidangan Pendidikan Islam Sedunia kali Ke-7, Kolej Universiti Islam
Selangor, Grand Blue Wave Hotel, 21-23 Disember 2009.
Meisels, S. J. 1993. Remaking classroom assessment with the work sampling system. Young
Children. 48 (5): 43-40
Mercer, C. D. 2005. Teaching students with learning problems. UK: Prentice Hall.

Mohd Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim Ismail (Simulasi). 1992. Teknik Pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muka surat 48

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Mohd. Fadzly Mohd. Izab. 2011. Peranan guru jana transformasi pendidikan.
http://www.utusan.com.my/utusan/ rencana [Diakses pada 18 Mei 2013]
Mok Soon Sang. 1992. Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 4. Kuala
Lumpur.
Mok Soon Sang. 2010. Psikologi pendidikan dan pedagogi : Murid dan alam belajar. Perak :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. 2012. Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Moyles, J. 2005. The excellence of play. New York: Open Press University.
Noor Hisham Md Nawi. 2011. Pengajaran dan pembelajaran; penelitian semula konsepkonsep asas menurut perspektif gagasan Islamisasi ilmu moden . Kertas kerja
dibentangkan di Kongres Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Kebangsaan
Malaysia, Hotel Vistana Pulau Pinang, 18-20 Disember 2011.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. 2012. Panduan pendidikan prasekolah. Kuala
Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Pusat perkembangan kurikulum.2001. Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rita Kurnia & RohatyMohd. Majzud. 2009. Kesediaan membaca kanak-kanak prasekolah di
Pekan Baru Riau. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, 167-171.
Bangi : Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin. 1989. Pendidikan prasekolah. .Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah : Cabaran kualiti. Bangi : Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Salhah Abdullah. 2009. Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sharifah Alwitah Alsagoff . 1986. Ilmu pendidikan : Pedagogi. Kuala Lumpur: Heineman
Asia.
Sharifah Nor Puteh& Aliza Ali. 2012. Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum
berasaskan bermain. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 141: 141-159.
Syamsul Bahrin & Nurshuhada. 2009. Analisis teori pembelajaran dalam permainan mudah
alih. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi PengajaranPembelajaran . Putrajaya.

Muka surat 49

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab. Halim Tamuri, Isahak Othaman & Mohd. Sabri Mamat.
2009. Kajian persepsi pelajar terhadap tahap profesionalisme guru Pendidikan Islam
MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education 1(2) : 31-50
Zainiah Mohamed Isa. 2007. Tahap bacaan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Jurnal Pendidikan FFPM UPSI
Zainiah Mohamed Isa. 2005. Peranan ibu bapa dan guru dalam mempertingkatkan tahap
bacaan kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan FPPM UPSI .

Muka surat 50