Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN GEOGRAFI : ARAH DAN KEDUDUKAN

ARAH
1. Kompas magnetik ialah alat mudah untuk menentukan arah dengan lebih tepat
2. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjukkan ke arah utara magnet kerana tarikan
Magnetic bumi.
3. Kompas mempunyai empat arah mata angin utama iaitu:
a) utara (0 °/ 360 °)
b) selatan ( 180 °)
c) timur (90°)
d) barat (270°)
4. Selain itu, terdapat juga empat mata angin tambahan iaitu:
a) timur laut (45°)
b) tenggara(135°)
c) barat laut(315°)
d) barat daya (225°)
5. Cara menggunakan kompas magnetik:-
a) kompas magnetik diletakkan di atas permukaan yang rata
b) tentukan jarum kompas magnetik berada tepat pada tanda arah mata angina utara-selatan
c) baca arah pada kompas magnetik
6. Kelebihan menggunakan kompas magnetik:
a) mudah di bawa kerana kecil dan ringan
b) boleh menyatakan arah dengan tepat

GARIS LINTANG DAN GARIS BUJUR

GARIS LINTANG GARIS BUJUR


1. Dilukis dari timur ke barat secara 1. Dilukis dari kutub utara dan kutub
selari pada peta atau glob selatan pada peta atau glob
2. Tidak sama panjang 2. Di beri nilai dalam unit darjah
3. Garisan khatulistiwa - paling panjang 3. Garisan bujur 0° yang melalui Bandar
Greenwich dekat London disebut meridian
pangkal (GMP)
4. Di beri nilai dalam unit darjah 4. Garis bujur 180 ° T/B disebut garisan tarikh
antarabangsa (GTA)
5. Garis-garis lintang utama:
a. garisan artik
b. garisan sartan
c. garisan khatulistiwa
d. garisan jadi
e. garisan antartik

MENENTUKAN KEDUDUKAN
1. Titik persilangan garis lintang dan garis bujur menentukan kedudukan
sesuatu tempat pada peta atau glob.
2. Apabila menyatakan kedudukan sesuatu tempat:
a) garis lintang disebut dahulu
b) kemudian diikuti oleh garis bujur

MENENTUKAN WAKTU PIAWAI DAN WAKTU TEMPATAN


1. Garis bujur digunakan untuk mengira waktu.
2. Waktu piawai di Meridian pangkal di sebut Waktu Min Greenwich(WMG).
3. Semua tempat yang terletak pada garis bujur yang sama mempunyai waktu yang sama.
4. Perbezaan waktu tempatan ialah:
a) 1 jam(60 minit) bagi setiap 15° garis bujur.
b) 4 minit bagi setiap 1° garis bujur.

5. Waktu tempatan akan bertambah 1 jam bagi setiap 15 ° garis bujur, ke arah timur.

6. Waktu tempatan lewat(tolak 1 jam) bagi setiap 15° garis bujur, ke arah barat dari Waktu
Min Greenwich.

7. Garisan Tarikh Antarabangsa menentukan pertukaran tarikh antara zon waktu barat dan
zon waktu timur.

MENGIRA WAKTU TEMPATAN

1. Waktu tempatan sesuatu tempat dapat ditentukan berdasarkan Waktu Min


Greenwich.
2. Contoh soalan:
Kirakan waktu tempatan di Kuala Lumpur(102°T), jika waktu
di Meridian Greenwich(0°) ialah 12.00 tengah hari.

Pengiraan:-
Langkah 1 – kirakan perbezaan garis bujur antara Kuala Lumpur
dan Meridian Greenwich iaitu 102°201=°0−°
Langkah 2 - perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan
Meridian Greenwich ialah

102° × 4 minit = 480 minit


480÷60 = 6 jam 48 minit

Langkah 3 - 12.00 tengah hari tambah 6 jam 48 minit =6.48 pm.

Anda mungkin juga menyukai