Anda di halaman 1dari 17

1. Code No.

KPD 6074

2. Lecturer

PM. Dr. Abd Kadir Bin Ariffin

Konsep Lebihan Penduduk


Suatu keadaan dimana jumlah penduduk melebihi daya tampung sumber alam yang
ada di sesebuah negara ataupu kawasan
Lebihan Penduduk terbahagi kepada 2:
1) Lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau
sudah habis digunakan
2) Lebihan penduduk relatir iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi
keupayaan teknologi untuk membangun/ menjana sumber tersebut adalah rendah
sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.
Sebab-sebab berlakunya lebihan penduduk
1) Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah
Keadaan ini adalah disebabkan oleh kemudahan kesihatan (hospital/klinik), sistem
peralatan dan juga perubatan yang moden. Keadaan ini menyebabkan kadar kematian
sesebuah negara menurun kerana pelbagai penyakit dapat diubati. Selain itu, faktor ini
juga didorong oleh kurang nya keberkesanan atau kegagalan dalam program
perancangan keluarga bagi menjarakkan kehamilan. Keadaan ini disebabkan oleh
faktor pemikiran dan taraf pendidikan yang rendah serta status ekonomi yang rendah
bagi sesetengah masyarakat
2) Teknologi pengeluaran masih rendah dan faktor kerajaan/Governan
Di sesetengah negara teknologi untuk meneroka,menjana dan mempelbagaikan
sumber pengeluaran yang ada bagi menampung keperluan penduduk masih rendah.
Sumber terbiar sebagai stok atau diguna secara membazir. Keperluan makanan,
tempat tinggal dan pekerjaan penduduk tidak dapat dipenuhi. Banyak berlaku di negara
yang mengalami lebihan penduduk mutlak.
Kelemahan kerajaan/faktor politik. Ketidakcekapan kerajaan untuk mengawal
kelahiran,menyebarkan inovasi/pendidikan kekeluargaan,masalah ketidakstabilan
politik/negara bergolak yang menyebabkan dasar kependudukan tidak dapat
dilaksanakan.
Kesan Negatif lebihan penduduk terhadap sosio ekonomi
1) Kadar pengganguran yang tinggi

Aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan sumber pekerjaan


yang terhad/tidak dipelbagaikan.

Persaingan tinggi dan ini akan menyebabkan pengganguran ketara mendorong


kepada masalah sosial dan migrasi.
Disesetengah negara kadar pengganguran melebihi 3% seperti di Indonesia
2) Fenomena kemiskinan dan kemunduran
Lingkaran kemiskinan Berpunca daripada pendapatan perkapita yang rendah
ekoran penduduk yang terlalu ramai.
Pendapatan keluarga menjadi kecil - kesannya kuasa beli dan tabungan menjadi
rendah.
Ini menyebabkan kemunduran/taraf hidup penduduk yang rendah.
Ekonomi secukup hidup hanya memenuhi keperluan asas sahaja.
3) Masalah perumahan
Keupayaan pemilikan rumah amat terhad , hartanah mahal, kos rumah tinggi,
fenomena setinggan.
perumahan/setinggan, kesesakan, pencemaran alam sekitar, wabak penyakit
yang menjejaskan kesihatan penduduk dll indeks kualiti hidup yang merosot
4) Bebanan kerajaan sangat besar
Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti
pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk
yang ramai.
Beban kerajaan bertambah terpaksa berhutang dengan bank dunia dan IMF
Cara-cara mengawal pertumbuhan penduduk
1) Mengalakkan wanita dan keluarga untuk merancang kelahiran anak yang mereka
mahukan.
Dengan adanya perancangan kehamilan sesebuah keluarga itu mampu untuk
mengawal pertambahan penduduk disesebuah negara tersebut. Seperti contoh di
negara China, pihak kerajaan mengawal kehamilan dengan menghadkan sebuah
keluarga hanya boleh memiliki seorang anak. Langkah ini diambil bagi mengawal
kelahiran disebabkan negara mereka mengalami lebihan penduduk. Ini menyebabkan
ketidakseimbangan ekosistem dimana berlakunya lebihan permintaan keatas
penawaran.
2) Pendidikan dan peluang pekerjaan , terutama bagi wanita.
Ini adalah komponen penting untuk membasmi kemiskinan, ketidaksamaan gender dan
lebihan penduduk . Kajian telah mendapati bahawa apabila wanita yang mempunyai
pendidikan yang lebih dan peluang pekerjaan , mereka memilih untuk mempunyai

keluarga yang kecil , dan mampu untuk melabur lebih banyak dalam setiap kanakkanak yang membantu memecahkan kitaran kemiskinan.
3) Kesedaran kos alam sekitar dan sosial lebihan penduduk.
Penduduk kita sudah di atas paras yang mampan, dan dalam banyak kawasankawasan yang jauh melebihi tahap yang selamat dan makmur. Sebagai seorang yang
sedar tentang perkara ini dalam tahun 60-an dan 70-an ramai orang memilih untuk
mempunyai keluarga yang kecil. Anak-anak yang benar-benar sempurna, dan menjaga
mereka adalah satu pengalaman yang mencabar dan memuaskan. Tetapi ibu bapa
harus ingat bahawa setiap orang mesti dijaga dalam kekangan persekitaran tempatan
dan global.
4) Kuasa-kuasa ekonomi .
Kebanyakan orang mengambil kira keadaan ekonomi mereka apabila merancang keluarga mereka.
Jika mereka tidak mempunyai perumahan dan pekerjaan mereka melambatkan untuk memiliki
keluarga. Kadar kelahiran meningkat pada gelembung perumahan mulai pada tahun 2002, tetapi
apabila gelembung pecah dan kemelesetan ekonomi 2008 bermula, kadar kelahiran digugurkan.
Dasar-dasar ekonomi yang lebih baik bersama-sama dengan pertumbuhan penduduk yang perlahan
di seluruh dunia, boleh membantu meningkatkan kemakmuran global. Langkah biasa kita kemajuan
ekonomi , Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK ) mempunyai hubungan dengan pertumbuhan
penduduk yang terbina dalam (iaitu lebih ramai orang bermakna urus niaga yang lebih ekonomi ). Ini
bermakna KDNK boleh meningkat dengan penduduk manakala pendapatan isi rumah median (dan
kesejahteraan ) sebenarnya menolak ! Dengan langkah-langkah yang salah kita menetapkan
matlamat yang salah.

DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK


Latarbelakang

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri
Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam
bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya
dengan penduduk sebanyak 70 juta.

Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau
dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan
Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan
dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.

Rasional

Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika
kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika
dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas
334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 15 juta, Negeri Thai dengan
kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan
Republik Indonesia dengan kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai
sebanyak 150 juta.

Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk


menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri industri
tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan
selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport.
Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi
dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya
pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah

demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk


mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.

Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.5%*


bagi jangkamasa 1981-1985. Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan
menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2%
daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi
jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:-

Jangkamasa Kadar Pertumbuhan


1957 - 1960 2.8%
1960 - 1870 2.6%
1970 - 1980 2.3%
1980 - 1985 2.5%

Perbandingan antara jangkamasa di atas menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan


sekarang ini adalah lebih tinggi sedikit dari kadar pertumbuhan bagi 1970-1980. Ini
adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang lebih tinggi dalam tahun lima
puluhan dan enam puluhan dan bertambahnya jumlah wanita-wanita muda yang
mencapai umur perkahwinan. Walaubagaimana pun berdasarkan kepada arah aliran
pertumbuhan penduduk sekarang, adalah dijangkakan bahawa kependudukan
Malaysia akan mencapai jumlah kesetabilan dalam linkungan 39 juta orang dalam
tahun 2150.

Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Development Report) yang diterbitkan


oleh Bank Dunia dalam bulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka menjadi
33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada kadar
pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-2000) atas andaian
kadar kesuburan yang berkurangan secara sederhana. Laporan ini selanjutnya
menunjukkan penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun
1990 dan mencapai jumlah 21 juta dalam tahun 2000. Unjuran-unjuran Bank Dunia
ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk 70 juta sekarang yang dijangka
dicapai dalam tahun 2100. Ini bermakna bahawa dua komponen utama mengenai
kependudukan iaitu kadar kesuburan dan kadar kasar kelahiran perlu
dipertingkatkan dengan sewajarnya.

Perlu dijelaskan bahawa kajian kependudukan memerlukan pengetahuan mengenai


arahaliran perkembangan masa lepas dan masa kini. Ketetapan unjuran besar
bergantong kepada kefahaman yang mendalam terhadap fakta-fakta dinamik
kependudukan pada pada keseluruhannya, terutama mengenai pola-pola
kesuburan, kematian dan kekeluargaan.
______________________________________________________________
* Laporan Ekonomi 1984/85 Kementerian Kewangan Malaysia

Objektif

Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70
juta.

Strategi Pelaksanaan

Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa alternatif telah


dikaji. Antaranya adalah seperti yang berikut:

i. Sekiranya JKK* (jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu sebanyak


4 dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata setiap 5 tahun sehingga ia
sampai ke paras penggantian, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun
2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun) dan penduduk akan stabil pada atau dalam
lingkungan 73 juta.

ii. Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan,


matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2045 (iaitu 70 tahun).

iii. Sekiranya JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya


dikekalkan kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan
2085 (iaitu dalam 100 tahun).

iv. Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada


paras ini, maka matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam lingkungan tahun
2031 (dalam 50 tahun).

v. Tempoh yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai ialah
dalam tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK ditingkatkan kepada
10 dan seterusnya dikekalkan pada paras sekarang.

vi. Sekiranya JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun 2000
dari 4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke paras penggantian maka
matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2070 dan akan stabil pada 79
juta.

vii. Tempoh masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah
dengan membiarkan aliran sekarang menurun dan meningkat secara pusingan
sehingga mencapai paras penggantian. Matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan
tahun 2125 iaitu dalam 135-140 tahun dan penduduk akan stabil pada 73 juta.

Salah satu daripada masalah utama, dalam membuat unjuran berasaskan kepada
andaian JKK yang malar ialah, sungguhpun jumlah penduduk secara teorinya boleh
mencapai 70 juta, pertumbuhan kependudukan tidak akan berhenti pada jumlah
tersebut tetapi akan terus bertambah. Jadi langkah langkah yang wajar dan perlu
diberi pertimbangan adalah alternatif yang pertama iaitu memperlambatkan JKK
sekarang supaya penggantian penduduk di paras kesuburan boleh dilewatkan
selama kira-kira 40 tahun daripada tahun 2030 kepada tahun 2070. Dengan cara
ini, saiz kependudukan yang muktamat bagi Malaysia dijangka akan mencapai
jumlah kira-kira 73 juta dalam tahun 2150, di mana 70 juta kependudukan akan
tercapai dalam lingkungan tahun 2100.

Alternatif ini juga akan mempastikan kadar pertumbuhan kependudukan tahunan


adalah rendah daripada kadar pertumbuhan keluaran negara supaya usaha-usaha
pembangunan tidak terjejas oleh pertumbuhan kependudukan.

Jangkamasa untuk mencapai matlamat ini adalah mencukupi untuk memberi masa
kepada pembangunan sosial dan ekonomi dari segi kepadatan penduduk, taburan
penduduk, sumber keluaran dan alam melebihi 70 juta. Jumlah 70 juta ini dianggap
optima selepas mengambilkira faktor-faktor dinamik kependudukan berasaskan saiz
tanah dan sumber-sumber yang ada.

* JKK (Jumlah kadar kesuburan) ialah salah satu daripada ukuran ke atas status
kesuburan bagi satu-satu kumpulan, komuniti atau negara (purata bilangan anak
bagi setiap wanita dalam lingkungan umur subur (15-49).

Pelaksanaan

Di sebalik tanggapan-tanggapan rumit mengenai isu kependudukan ini, Kerajaan


mempunyai sebab-sebab yang munasabah berhubung dengan pembesaran saiz
kependudukan terutama dalam usaha mewujudkan penduduk yang rajin,
berdisiplin dan produktif. Ini adalah asas penting bagi perkembangan perindustrian
dan pengujudan pasaran untuk barang keluaran tempatan. Pertambahan penduduk
sebanyak empat atau lima kali ganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi
sosio-ekonomi. Kesan pembesaran kependudukan sebegini rupa akan dirasai di
semua peringkat kehidupan khususnya terhadap sumber-sumber negara. Di antara
bidang bidang yang akan terlibat adalah seperti berikut:-

i. Bekalan Makanan
Sebahagian besar barang-barang makanan terpaksa di import dan ini akan
menimbulkan masalah jaminan makanan dan pertukaran asing. Dengan itu kajian
yang sepatutnya perlulah dibuat mengenai keupayaan kegunaan tanah dan
penggunaan sumber-sumber lain.

ii. Perumahan
Sekurang-kurangnya sebanyak 10 juta unit perumahan akan diperlukan untuk
menampung tambahan penduduk sebanyak 50 juta dan ini akan mengambil masa
selama 100 tahun mengikut kadar pembinaan sekarang ini.

iii. Pekerjaan
Lebih daripada 20 juta pekerjaan baru perlu diujudkan. Dengan demikian adalah
penting untuk menggerakkan tenaga buruh menjadi berdisiplin, bermotivasi dan
produktif.

iv. Kesihatan
Bilangan katil-katil hospital perlu ditambah dari 25 ribu sekarang ini kepada 140,000
jika matlamat jangka panjang iaitu 2 katil bagi tiap-tiap 1,000 penduduk hendak
dicapai. Bilangan doktor-doktor pun perlu ditambah daripada 4,200 kepada lebih
30,000.

v. Pelajaran
Tempat bagi 15 juta hendaklah disediakan dan sekurang-kurangnya 4000,000 guru
diperlukan.

vi. Bekalan Air


Penggunaan air adalah dijangkakan sebanyak 15.6 billion meter padu. Kekurangan
air telah pun dijangkakan pada tahun 2000 bagi jumlah penduduk sebanyak 21 juta.

vii. Penggunaan Tenaga


Penggunaan tenaga akan meningkat sebanyak 4 atau 5 kali ganda ini akan berlipat
ganda lagi dengan adanya ekonomi perindustrian. Masalah ini akan bertambah
rumit kerana pencapaian 70 juta akan berlaku dalam masa Malaysia mengalami
kehabisan minyak dan gas (post-hydrocarbon).

Berikutan dari masalah-masalah di atas, adalah penting agar dasar- dasar yang
sewajarnya diberi perhatian yang utama. Di antara dasar- dasar tersebut adalah
seperti berikut:-

i. Dasar pembangunan ekonomi, yang mengambilkira pertalian antara


pembangunan dan kesuburan, kematian, penghijrahan di samping pertumbuhan,
komposisi dan taburan penduduk serta peningkatan pendapatan daya pengeluaran.

ii. Dasar tenaga manusia, yang mengambilkira pertumbuhan tenaga


buruh dan perubahan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan juga
keperluan yang meningkat untuk latihan teknologi yang termaju.

iii. Dasar sosial yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti


kesihatan, pelajaran, perumahan, pembangunan keluarga (termasuk perancang
kelauarga) peningkatan kebudayaan, keseimbangan sosial dari segi kumpulan
ethnik dan jantina, kebajikan kanak- kanak dan orang-orang tua dan lain-lain kerana

kesemuanya ini akan dipengaruhi oleh arus pembangunan sosioekonomi,


pertumbuhan dan taburan penduduk.

iv. Dasar makanan, air dan pertanian haruslah memberi tekanan ke


atas kecukupan dari segi taburan, perubahan corak penggunaan dan juga ke atas
peningkatan cara-cara penghasilan.

v. Dasar Tenaga haruslah dan mengenalpasti sumber-sumber tenaga


baru.

vi. Dasar alam sekitar yang mengambil kira bahaya-bahaya akibat


kerosakan ekosistem yang disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan
penduduk yang pesat.

Kerajaan dalam usaha mencapai dasar kependudukan ini telah memperkenalkan


beberapa langkah, di antaranya dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin yang
akan memberi munafaat kepada keluarga beranak lima. Kerajaan juga telah
mengkaji semula dan menyelaraskan fungsi-fungsi dan peranan Lembaga
Kependudukan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan lembaga ini
diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat dasar
ini.

Penutup

PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990

Berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar kesuburan telah menurun


daripada 3.8 bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada 3.6 dalam tahun 1990.
Laluan pertumbuhan penduduk ini adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.
Pertumbuhan penduduk negara pula mencatitkan penambahan daripada 13.8 juta
dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada keseluruhannya, tren
ini adalah selaras dengan matlamat Dasar ini. Walaubagaimanapun, penurunan
kadar kesuburan ini adalah berbeza di antara kumpulan-kumpulan ethnik negara ini.
Jumlah kadar kesuburan Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu
4.3, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan Cina dan India yang kini
menghampiri paras penggantian.

RAJAH 1

Laluan Pertumbuhan Penduduk ke Arah

Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk

-------------------------------------------Tahun Jumlah Kadar Pertumbuhan


Kesuburan Penduduk (Juta)
1990 3.6 17.6
2000 3.5 22.3
2010 3.3 27.7
2020 3.1 33.6
2030 2.9 39.8
2040 2.7 46.0
2050 2.5 51.9
2060 2.3 57.5
2070 2.05 62.1
2080 2.05 65.8

2090 2.05 68.7


2100 2.05 70.8

Dari segi penyelarasan perlaksanaan Dasar ini pula, pada keseluruhannya faktorfaktor kependudukan mengikut matlamat Dasar ini telah dapat diambilkira dan
diintegrasikan di peringkat perancangan sektor-sektor pembangunan. Ini dihasilkan
menerusi kerjasama yang rapi dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan strategistrategi dan objektif-objektifnya dengan Dasar Kependudukan Negara dalam
merancang dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi tempoh 19841989, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan kesihatan untuk penduduk
negara yang telah bertambah.

Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar kematian kasar yang telah menurun
daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam tahun
1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran
kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara kadar kematian ibu bersalin
mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran dalam tahun 1988,
berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970. Akibat daripada penurunan kadar
kematian ini, jangka hayat penduduk negara telah meningkat daripada 55.8 tahun
(1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita.

Bagi sektor pendidikan pula, faktor-faktor kependudukan telah digunakan sejak


tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan murid-murid yang akan memasuki
Darjah 1, bilangan bilik darjah dan guru, bilangan yang akan menamatkan
persekolahan dan menyertai pasaran buruh serta taburan keciciran mengikut
jantina dan umur. Selain daripada itu, aspek-aspek kependudukan juga telah
diperkenalkan di dalam kurikulum-kurikulum persekolahan menerusi mata-mata
pelajaran seperti Alam dan Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu Alam dan Statistiks.

Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang kependudukan


dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan beberapa usaha kajian dan
penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan sumber rujukan dan
input yang penting kepada perancangan, pengawasan dan penilaian pencapaian
perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.

Di bawah program Pembangunan Keluarga pula, pencapaian yang diperolehi


sehingga kini adalah pada keseluruhannya memuaskan. Di antara aktiviti-aktiviti
yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang keluarga yang bertujuan
untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan keluarga melalui amalan
penjarakan kelahiran yang lebih baik. Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kelima
(1986-1990), seramai 380,621 penerima baru perancang keluarga telah
didaftarkan. Ini merupakan penambahan sebanyak 19.3% berbanding dengan
pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Keempat (1991-1995).

Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang
dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia.
Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta
aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus
satu program kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh
agensi-agensi yang berkenaan.

Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentigan peranan institusi


keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kaunseling
keluarga yang merangkumi perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak
dan keibubapaan. Pada awal bulan Mac, 1990, Lembaga ini dengan kerjasama
Kementerian Kebajikan Masyarakat telah melancarkan Kempen Keluarga Bahagia di
peringkat seluruh negara. Kemuncak kempen ini yang telah mendapat sambutan
baik di kalangan orang ramai ialah pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pada 11
November, 1990. Perayaan ini yang akan diadakan setiap tahun pada tarikh
berkenaan merupakan satu pengiktirafan rasmi oleh pihak Kerajaan mengenai
pentingnya institusi keluarga di dalam proses pembangunan negara. Pelancaran
Hari Keluarga Kebangsaan juga meletakkan Malaysia di antara negara yang
pertama yang menetapkan satu hari yang khusus untuk merayakan institusi
keluarga.

Pihak LPPKN kini sedang berusaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan program
Pembangunan Keluarga di masa-masa akan datang. Dalam hubungan ini keutamaan
ditumpukan kepada usaha menyelaraskan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang
dijalankan oleh pelbagai agensi ke arah pencapaian matlamat pengekalan dan
pengukuhan institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat.

Masalah-masalah Yang Dihadapi

Di antara masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan Dasar


Kependudukan Negara ialah :-

i. Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Yang Rendah


Hasil daripada kajiselidik yang telah dijalankan oleh LPPKN dan Jabatan Penerangan
Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perbezaan dalam tanggapan
dan persepsi masyarakat mengenai Dasar ini. Di antara lain, Dasar ini disalah
anggap sebagai satu rancangan untuk menggalakkan kadar kelahiran yang lebih
tinggi.

Di samping itu masih juga terdapat keadaan di mana isi kandungan mesej-mesej
yang disiarkan kepada orangramai oleh beberapa agensi Kerajaan sering
bertentangan antara satu dengan lain atau dengan objektif-objektif Dasar
Kependudukan Negara.

Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN akan meneruskan usaha-usaha penyebaran


maklumat mengenai Dasar ini kepada semua lapisan masyarakat menerusi media
cetak dan lain-lain aktiviti seperti seminar, bengkel, kursus dan majlis-majlis
taklimat. Dalam usaha ini, peranan lain-lain agensi yang terlibat dengan penyiaran
dan penerangan kepada orang ramai juga adalah sangat mustahak untuk
mengurangkan kekeliruan dan masalah salah tafsiran Dasar ini.

ii. Keperluan Memperkukuhkan Penyelarasan Perlaksanaan Dasar


Faktor-faktor Kependudukan mempengaruhi dan juga dipengaruhi oleh
pembangunan sosioekonomi. Walaupun pada keseluruhannya pencapaian agensiagensi sektoral dalam melaksanakan Dasar Kependudukan Negara adalah
memuaskan, aspek penyelarasan antara agensi ini masih perlu dipertingkatkan.
Usaha ini perlu dilaksanakan lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa Dasar baru

yang telah digubal oleh Kerajaan, seperti, Dasar dan Plan Induk Penswastaan, Dasar
Pendidikan Negara, Dasar Pertanian dan lain-lain.

Untuk memperkukuhkan lagi mekanisme penyelarasan perlaksanaan Dasar


Kependudukan Negara,LPPKN sedang berusaha untuk mewujudkan semula
Jawatankuasa Penasihat Penduduk. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Kerajaan
dalam tahun 1985 untuk tempoh 2 tahun bagi mengkaji aliran pertumbuhan
kependudukan negara serta aspek aspek yang berkaitan dengan perlaksanaan
Dasar ini. Keanggotaan Jawatankuasa ini akan terdiri daripada mereka yang
mempunyai pengalaman dalam bidang kependudukan dari agensi-agensi Kerajaan
dan pusat-pusat pengajian tinggi. Satu daripada fungsi utama Jawatankuasa ini
kelak ialah pembentukan satu Pelan Indikatif yang akan merangkakan keperluankeperluan sumber mengikut sektor bagi tempoh-tempoh jangka panjang,
pertengahan dan jangka pendek selaras dengan perlaksanaan Dasar Kependudukan
Negara.

Selain daripada itu, LPPKN juga akan terus menjalankan aktiviti-aktiviti kajian untuk
mendapatkan maklumat yang lebih kemas kini mengenai kependudukan. Dalam
hubungan ini, bermula dengan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), satu
usaha mengumpul data-data demografi akan dilaksanakan di peringkat peringkat
Negeri dan juga Daerah. Usaha ini dijangka akan memperkukuhkan lagi sumber
data dan juga penyelarasan pelaksanaan Dasar Kependudukan Negara.

Malaysia adalah dalam golongan negeri-negeri yang kecil yang secara tegasnya
mempunyai dasar kependudukan. Untuk matlamat dasar kependudukan ini secara
berkesan, adalah penting mengadakan dasar-dasar serentak dalam bidang-bidang
ekonomi, sosial, guna tenaga, alam sekitar, makanan, air, pertanian, tenaga dan
lain-lain secara menyeluruh. Dengan itu adalah perlu supaya semua pihak iaitu
Kerajaan, sektor swasta dan yang paling penting daripada rakyat sendiri,
memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan pemikiran yang penting dan
radikal mengenai kependudukan iaitu daripada dasar pertumbuhan yang berbentuk
'restrictive' kepada yang berbentuk 'promotive'. Dasar seperti ini diharap
memelihara kepentingan jangka panjang negara memandangkan hakikat bahawa

rakyat bukanlah merupakan 'tanggungan' negara tetapi sebaliknya dianggap


sebagai harta-harta produktif yang penuh berpotensi. Seperti yang telah dihuraikan
oleh Y.A.B. Perdana Menteri sendiri, sebarang pertambahan dari segi kependudukan
sepatutnyalah diiringi dengan pertambahan daya pengeluaran yang seimbang di
segenap bidang. Perkara yang utama dalam hal ini ialah untuk mempastikan kadar
pertumbuhan ekonomi mendahului kadar pertumbuhan kependudukan

Anda mungkin juga menyukai