Anda di halaman 1dari 11

......

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK : MONSUN/MONSOON
..
KURSUS:
KAJI IKLIM
KOD KURSUS:
HGF 3043
(KUMPULAN C)

NAMA

SITI NOR HAJARIAH BINTI YAAKOB

NO MATRIK

D20141067769

SEMESTER

SEMESTER 3

NAMA PENSYARAH

DR MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

TARIKH HANTAR

30 OKTOBER 2015

1. APAKAH MAKSUD MONSUN?

Perkataan monsun berasal daripada perkataan arab mausim yang bermaksud


monsun. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan
Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem silih ganti angin
yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim panas hemisfera utara.
Sebaliknya, semasa musim panas hemisfera utara, angin yang bertiup adalah dari
arah barat daya.( http://www.met.gov.my)

2. HURAIKAN

BAGAIMANA

MONSUN

BERLAKU

DAN

PENGARUH-

PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM.

Monsun disebabkan oleh perbezaan suhu antara daratan dan lautan hasil
pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, daratan benua menyenjuk
dengan cepat menghasilkan suhu yang amat endah dikawasan tengah asia.
Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem
tekanan tinggi yag hebat antisiklo di Siberia. Udara sejuk bergerak keluar dari
Siberia sebagai angina barat laut dan bertukar menjadi anin timur laut apabila tiba
di perairan pantai china sebelum menuju ke asia.

Pada musim panas tenaga haba suria yang kuat meningkatkan suhu di dataran
asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rndah terbentuk.
Angina lengas tenggara berasal daripada selatan lauta hindi dan Australia bertukar
menjadi angina barat daya apabila bergerak merentsi khatulistiwa dan bergerak
merentasi Asia Tengara sebelum memumpun kearah Indochina dan Pasifik barat
laut.

3. BERDASARKAN PEMBENTANGAN FORUM KAJI IKLIM KEBANGSAAN


BERKAITAN IKLIM, NILAI-NILAI RAMALAN MONSUN YANG BOLEH
MEMPENGARUHI CORAK HUJAN, SUHU, KELAJUAN ANGIN, DAN
KELEMBAPAN BANDINGAN.

Corak hujan:
Pada amnya, purata jumlah hujan tahunan di Semenanjung Malaysia adalah
berjulat dari 1500mm ke 4500mm. Kawasan terlembap dengan purata jumlah
hujan yang melebihi 3500mm setahun dicatatkan di sekitar Bukit Larut, Perak dan

di pendalaman Terengganu. Sebaliknya, kawasan terkering dengan purata jumlah


hujan yang kurang dari 2000mm setahun dicatatkan di negeri-negeri utara
Semenanjung iaitu Perlis, utara Kedah dan pantai selatan Perak; dan Negeri
Sembilan, Melaka dan utara Johor. Corak taburan hujan yang diterima di
Semenanjung Malaysia adalah berkait dengan monsun yang dialaminya.
Perbezaan corak taburan hujan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang
utama:

(a) Negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia menerima purata jumlah


hujan yang banyak semasa awal sehingga pertengahan monsun timur laut. Bulan
November, Disember dan Januari merupakan bulan-bulan dengan purata jumlah
hujan yang maksimum bagi negeri-negeri tersebut. Seterusnya semasa Februari
hingga Mac, iaitu dipenghujung monsun timur laut, negeri-negeri pantai timur
terutamanya di Kelantan dan Terengganu; dan negeri-negeri utara Semenanjung
terutamanya di Perlis dan Kedah berganjak ke keadaan cuaca yang lebih kering;

(b) Corak taburan hujan yang dialami oleh kebanyakan kawasan di negeri-negeri
pantai barat Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapatnya dua tempoh hujan
maksima yang dipisahkan oleh dua tempoh hujan minima. Dua tempoh hujan
maksima tersebut lazimnya berlaku semasa tempoh peralihan monsun, iaitu
Oktober hingga November dan April hingga Mei; dan

(c) Semasa monsun barat daya iaitu Jun-Julai-Ogos, kebanyakan negeri di


Semenanjung Malaysia mengalami keadaan cuaca yang kering. Sekitar 65%
kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan purata jumlah hujan bulanan
yang kurang dari 150mm semasa tempoh tersebut.

Kelajuan angin:

Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubahubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin.
Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu
monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun
yang lebih pendek.

Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei
atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada
amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15
knot.

Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir
pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau
timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai
timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini di
mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat
udara sejuk dari utara (luruan sejuk).

Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan


lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung
khatulistiwa merentangi Malaysia.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh dari April hingga
November bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan
bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan
barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh
mencapai 20 knot atau lebih.

Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas
corak tiupan angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan.
Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan
kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh
mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman.
Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana
bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.

Hubungan perubahan suhu terhadap perubahan monsun

Berdasarkan pembentangan oleh Dr. Mohd Hisham Mohd Aniq,


ramalan bagi hujan di kawasan semenanjung.

(Sumber: Forum kaji iklim kebangsaan)

Dibawah adalah jadual suhu purata bagi waktu siang dan purata bagi waktu
malam setiap bulan daripada Automatic Weather Station (AWS) di Stesen
Meteorologi KLIA pada siang dan malam hari mengikut bulan dan graf suhu
mengikut musim bermula pada April 2004 sehingga Disember 2008.

Graf 1: Graf suhu (oC) Mengikut Monsun dari bulan April 2004 Mac 2005.

(Sumber: http://www.met.gov.my)

4. Huraikan kesan monsun terhadap manusia dan bagaimana manusia menghadapinya.

Kesan monsun terhadap manusia adalah banjir besar yang boleh memusnahkan harta
benda, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Monsun yang membawa kepada bencana
banjir ini adalah monsun timur laut. Ia lebih dikenali sebagai musim tengkujuh.
Berlaku sekitar bulan November hingga Mac.

Sebagai contoh:
Episod hujan lebat kedua yang berlaku pada 17 Disember 2014 dan
berterusan hingga ke episod hujan lebat ketiga pada 20 Disember 2014 telah
menyebabkan peningkatan air secara mendadak di semua paras sungai utama
sehingga menyebabkan banjir fasa II. Hampir semua sungai-sungai utama
mencapai paras bahaya bermula pada 18 Disember 2014 kecuali Sg. Semerak
dan Sg. Galas.
Jabatan Meteorologi mengemaskini amaran (JINGGA) hujan sekejapsekejap kadangkala lebat di semua daerah di Kelantan bermula 20 Disember

2014 dan berterusan sehingga 24 Disember 2014 menyebabkan peningkatan


semula paras air di hampir semua sungai utama.
-

Contoh yang lain ialah:


Hujan lebat berterusan di Gua Musang mencatatkan taburan hujan tertinggi
untuk 3 hari berturut-turut (@ 1295mm pada 21 hingga 23 Disember 2014)
menyebabkan peningkatan mendadak paras air sungai Lebir yang seterusnya
turut menyumbang kepada peningkatan paras air sungai di Tangga Krai @
34.17m pada 25 Disember 2014.
Dilaporkan jumlah taburan hujan sebanyak 1295mm di Gua Musang pada 2123 Dis. 2014 adalah bersamaan dengan jumlah bagi 64 hari hujan. (400mm
bersamaan 20 hari hujan).
Seterusnya Kelantan telah mengalami banjir luar biasa bermula dengan Gua
Musang, diikuti Kuala Krai dan Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Kota
Bharu.
Jalan raya dan jambatan ditenggelami air

menyebabkan jaringan jalanraya

terputus di kebanyakan tempat dan menghalang penjawat awam hadir bekerja


sekaligus melumpuhkan fungsi jabatan untuk selama 25 Disember 29
Disember 2014 (5 hari).
Terdapat pelbagai lagi kesan terhadap manusia yang berlaku akibat daripada
Monsun timur laut atau musim tengkujuh ini.
Langkah yang boleh diambil bagi menghadapinya.
Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam
kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan
Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar
yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah
banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan
berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan
oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan
pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki
air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat
perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu

menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan
akibat pembangunan.
Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian
banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira
29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18%
daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah
kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian
JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif
dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia,
pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan
struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi
lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan
lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda
dan nyawa akibat banjir.
Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi
ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Berikut adalah petikan
Panduan Menghadapi Becana yang diterbitakan oleh Jabatan Pertahan Awam
serta gambar-gambar kartun yang mudah difahami untuk dijadikan.
Sebelum Banjir.

Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat


persediaan banjir tempatan.

Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis.

Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak
melimpah masuk melaluinya.

Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat
plan dan latihan pemindahan kecemasan. Sediakan Peralatan Kecemasan.

Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa


Kecemasan di rumah.

Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan

Dengar pengumuman dari radio.

Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir
air mungkin menjadi kotor.

Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.

Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam
bekas kalis air.

Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir - Di Dalam Rumah

Dengar pengumuman dari radio.

Bersedia dengan peralatan kecemasan.

Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Semasa Banjir - Di Luar Rumah

Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.

Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.

Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun


berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai


atau lombong. Jangan minum air banjir.

Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan

Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.

Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke
tempat yang selamat.

Semasa Banjir - Semasa Pemindahan

Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.

Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih
mudah dan selamat.

Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Selepas Banjir

Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke
rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua,
kanak-kanak atau orang-orang cacat). Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda
rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.

Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak
bahaya-bahaya yang tersembunyi.

Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan

Pakai kasut.

Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya.

Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai


rumah anda.

Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya

Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.

Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa


banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).

Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk
makanan dalam tin.

Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.

Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak


berkuasa.

RUJUKAN
Aguado, E., & Burt, J. E. (2007). Understanding Weather And Climate. New Jersey: Pearson
Education.
Ahrens, C. D. (2008). Essentials Of Meteorologi An Invitation To The Atmosphere. Belmobt
USA: Brooks/Cole Cengage Learning.
Bergman, E. F., & Renwick, W. H. (2008). Introduction To Geography Peaple, Places, and
Enviroment. New Jersey: Person Prentice Hall.
Danielson, E. W., Levin, J., & Abrams , E. (1997). Meterology : Weather Forecasting . New
York.
Lim Joo Tick & Azizan Abu Samah. (2004). Weather And Climate In Malaysia. Kuala
Lumpur: University Of Malaya.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.(2011). Garis Panduan Persediaan Menghadapi
Banjir. Retrieved 15.10.2015: from Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar:
http://www.water.gov.my/drainageflood-mainmenu-288/55?lang=my .

Anda mungkin juga menyukai