Anda di halaman 1dari 13

HGF 3043 KAJI IKLIM

DISEDIAKAN OLEH

NO. KAD MATRIK

ALLEN SARAH DAMIANUS

D20141067770

KUMPULAN C

AT33-ISMP GEOGRAFI FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

NAMA PENSYARAH
DR. MOHD HAIRY IBRAHIM

APAKAH MAKSUD MONSUN

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, perkataan monsun berasal dari bahasa Arab
mausim yang bermaksud musim. Pada zaman kuno, peniaga yang berulang alik di
lautan Hindi yang bersebelahan dengan lautan Arabian telah menggunakan ia untuk
menggambarkan sistem seli angin yang bertiup secara berterusan dari Utara semasa
musim sejuk dan dari arah yang bertentangan iaitu dari barat daya, semasa musim
panas Utara.

Menurut Rachelle ( 2015 ), musim monsun ataupun tengkujuh merupakan


fenomena yang membasahkan semula tanah yang kering disebabkan oleh musim
kemarau. Namun, monsun yang melampau membawa kepada kebuluran yang besar (
kesukaran untuk bercucuk tanam ), dan dapat mengambil nyawa serta merosakkan
harta benda. Asia dan India merupakan negara yang sangat terkenal dengan monsun.

Malaysia mempunyai dua jenis monsun iaitu Monsun Barat Daya yang
bermula dari akhir bulan Mei hingga bulan September, dan Monsun Timur Laut yang
bermula dari bulan November sehinggalah bulan Mac. Monsun Timur Laut membawa
hujan yang sangat lebat terutamanya kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
dan Barat Sarawak. Manakala Monsun Barat Daya biasanya menyebabkan cuaca
kering. Tempoh peralihan antara monsun dikenali sebagai tempoh peralihan monsun.

Ciri-ciri Monsun adalah, Monsun Timur Laut merupakan musim hujan yang
paling besar dan utama di Negara Malaysia. Sistem cuaca monsun yang berkembang
seiringan dengan cuaca sejuk dari Siberia sehingga menghasilkan hujan lebat dalam
tempoh masa yang lama dan seterusnya menyebabkan banjir yang teruk di beberapa
negeri di Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan di bahagian Timur
Johor di semenanjung Malaysia. Selain itu, banjir turut berlaku di negeri Timur
Sarawak.

BAGAIMANA MONSUN BERLAKU

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena monsun adalah disebabkan oleh


perbezaan suhu di antara tanah dan laut akibat pemanasan oleh matahari. Pada musim
sejuk, daratan benua akan menjadi sejuk dengan cepat sehingga menyebabkan suhu
berubah menjadi sangat rendah di Asia Tengah. Apabila suhu jatuh menurun, tekanan
atmosfera meningkat. Hal ini menyebabkan sistem tekanan tinggi yang ekstrem (
anticyclone ) berkembang di Siberia. Udara sejuk mengalir keluar dari Siberia sebagai
bayu barat laut dan bertukar menjadi bayu timur laut apabila mencapai perairan pantai
China sebelum menuju ke Asia Tenggara.

Air mempunyai muatan haba yang besar berbanding dengan tanah dan pasir,
dan berterusan memerlukan lebih haba untuk pemanasan agar lebih setara dengan
tanah dan pasir. Di sepanjang laluan pantai, permukaan tanah yang mempunyai
muatan haba yang kecil lebih cenderung untuk panas daripada laut pada siang hari.
Apabila hal ini berlaku, tanah akan memanaskan udara di atasnya. Apabila udara
berubah menjadi panas, udara akan bertindak balas dengan kejatuhan dan peningkatan
udara. Keadaan ini dengan segera menarik udara sejuk yang berhampiran dengan
permukaan laut ke arah tanah. Fenomena ini dikenali sebagai angin laut. Dengan
ketinggian di antara satu dan dua kilometer, berlaku pembalikan aliran udara dari
tanah ke laut.

Proses kejadian monsun


Faktor yang menyebabkan berlakunya monsun terbahagi kepada tiga proses iaitu,
pemanasan bermusim lautan dan benua, proses kelembapan di atmosfera dan putaran
bumi.
a) Pemanasan bermusim lautan dan benua
Di lembangan lautan yang besar, perubahan bermusim dalam peredaran tropika
adalah terhad kepada perubahan latitud kecil dan variasi yang kecil dalam intensiti
satu komponen yang utama, tetapi corak umum kekal sama sepanjang tahun.
Walau bagaimanapun, ia adalah sama sekali berbeza dengan benua tropika. Di
3

sini, suhu dan perubahan tekanan mengambil tempat. Kontras bermusim di


permukaan tanah menghasilkan perubahan tekanan atmosfera yang menghasilkan
pembalikan bermusim. Kesannya, berlakulah monsun.

b) Proses kelembapan di atmosfera


Apabila udara panas yang lembap naik ke atas, berlaku pemeluapan kelembapan
dan seterusnya melepaskan tenaga dalam bentuk haba pendam pemeluapan.
Pemanasan tambahan meningkatkan tekanan tahan-laut. Proses kelembapan ini
menggalakkan lagi musim tengkujuh ataupun monsun.

c) Putaran bumi
Disebabkan bumi berputar pada paksinya dan menghasilkan daya putaran yang
dipanggil daya coriolis, udara semasa monsun bergerak dalam laluan keluk. Hal
ini kerana, udara dari kawasan tekanan tinggi cenderung untuk bergerak ke
kawasan yang mempunyai tekanan rendah. Perbezaan si antara hemisfera dalam
arah daya coriolis menyebabkan angin menukar arah laluan apabila melalui
garisan khatulistiwa.

BAGAIMANAKAH MONSUN MEMPENGARUHI SUHU, KELEMBAPAN,


HUJAN, DAN KELAJUAN ANGIN

Suhu

Malaysia merupakan sebuah negara yang berada di garisan khatulistiwa dan


mempunyai suhu yang seragam. Semasa musim Monsun Barat Daya, suhu mulai
menurun terutamanya pada bulan Jun hingga Julai. Hal ini kerana, angin bertiup
secara tetap dari arah barat daya. Sepanjang tempoh ini, keadaan atmosfera adalah
lebih stabil dan membawa kepada keadaan yang lebih kering. Selain itu, keadaan
atmosfera yang stabil membantu dalam mengurangkan proses perolakan udara
sehingga mengalami hari yang banyak tanpa hujan.

Pada Monsun Timur Laut, suhu pada siang hari mulai menaik. Hal ini kerana,
semasa Monsun timur Laut, angin bertiup dari arah Timur Laut. Angin Monsun Timur
4

Laut menyebabkan negeri-negeri di Malaysia mengalami hujan yang lebat serta ribut
terutamanya di sebelah petang atau malam. Hal ini menyebabkan, suhu pada waktu
tengah hari boleh mencapai 34oC. Kebiasaannya, kenaikan suhu boleh dilihat dengan
lebih jelas pada pertengahan monsun iaitu pada bulan Februari. Namun begitu, pada
waktu malam, suhu menurun kerana hujan sering kali turun pada lewat petang.

Kelembapan

Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan adalah


di antara 10% hingga 90% dan berubah-ubah mengikut masa dan bulan. Namun,
dengan berlakunya Angin Monsun Timur Laut pada bulan November sehingga March
menyebabkan berlakunya kelembapan yang lebih tinggi berbanding kelembapan
sebelumnya terutamanya pada bulan November. Hal ini disebabkan oleh Angin
Monsun Timur Laut yang membawa hujan yang lebat di beberapa buah negeri di
Malaysia.

Hujan

Kejadian Monsun menyebabkan berlakunya pembentukan hujan yang lebat di


semenanjung Malaysia dan Borneo. Hal ini menyebabkan berlakunya banjir di
beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, dan di bahagian Timur Johor
di semenanjung Malaysia. Selain itu, banjir turut berlaku di negeri Timur Sarawak.
Angin monsun timur laut yang bermula dari bulan November hingga Mac
yang bertiup dari Laut China Selatan telah menyebabkan berlakunya hujan yang lebat
di kawasan-kawasan tanah tinggi di pantai timur Semenanjung Malaysia, bahagian
tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara Sabah, dan hampir di seluruh kawasan
negeri Sarawak. Namun begitu, Angin Monsun Timur Laut membawa hujan yang
sikit ke beberapa kawasan seperti di pantai barat Semenanjung Malaysia, kawasan
sekitar Tawau, dan pedalaman Sabah kerana kawasan-kawasan ini merupakan
kawasan lindungan hujan.

Angin Monsun Barat Daya bermula dari bulan Mei sehingga September. Pada
musim ini, berlaku musim panas di Asia Tengah sehingga menghasilkan tekanan
5

udara yang rendah. Manakala, kawasan di pedalaman Australia pula mengalami


musim sejuk dan turut menghasilkan tekanan udara yang tinggi di kawasan tersebut.
Disebabkan oleh hal ini, angin bertiup keluar dari kawasan yang mempunyai tekanan
yang tinggi iaitu dari pedalaman Australia ke Asia Tengah. Peralihan angin dari
kawasan bertekanan tinggi ke kawasan yang mempunyai tekanan udara rendah adalah
merentasi negara Malaysia dan dikenali sebagai Monsun Barat daya.

Tiupan Angin Monsun Timur Laut tersebut telah membawa hujan yang lebat
iaitu melebihi 2000mm di pantai timur Semenanjung Malaysia, bahagian tengah
Banjaran Titiwangsa, pantai utara Sabah, dan hampir di seluruh kawasan negeri
Sarawak. Berikut merupakan Purata hujan bulanan ( mm ) dan jumlah hujan setakat
September 2015 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Rajah 1 : Purata Hujan Bulanan (mm) dan Jumlah Hujan Setakat Sept 2015
Semenanjung Malaysia

Rajah 2 : Purata Hujan Bulanan (mm) dan Jumlah Hujan Setakat Sept 2015
Sarawak dan Sabah

Taburan hujan bagi kawasan Semenanjung Malaysia adalah berjulat dari


1500mm sehingga 4500mm. Corak taburan hujan adalah berkait dengan monsun yang
dialami di kawasan tersebut. Perbezaan corak hujan dapat dibahagikan kepada tiga
jenis corak utama iaitu :
a) Negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia menerima jumlah hujan
yang banyak semasa awal hingga pertengahan Monsun Timur Laut. Bulan
November, Disember dan Januari merupakan bulan di mana beberapa buah negeri
di Semenanjung Malaysia menerima hujan yang maksimum. Manakala pada bulan
Februari dan Mac iaitu bulan penghujung Monsun Timur Laut, negeri-negeri
tersebut semakin berganjak kepada keadaan cuaca yang lebih kering.
b) Corak taburan hujan yang dialami oleh kebanyakkan negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa terdapat dua tempoh hujan
maksimum ( lazimnya berlaku semasa tempoh peralihan monsun, iaitu bulan
Oktober hingga November dan April hingga Mei ) yang dipisahkan oleh dua
tempoh hujan minimum.

c) Semasa Monsun Barat Daya pada bulan Mei hingga September, Kebanyakkan
negeri di Semenanjung malaysia mengalami cuaca yang kering dan mencatatkan
purata jumlah hujan kurang dari 150mm sepanjang tempoh tersebut.

Taburan hujan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan purata
hujan tahunan yang berjulat dari 100mm ke 4500mm terutamanya di sekitar pantai
barat Sabah. manakala, kawasan kering dicatatkan di bahagian daerah Keningau dan
selatan Tawau. Corak taburan hujan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga
ditentukan oleh monsun yang dialaminya.
Negeri Sarawak merupakan negeri yang menerima purata jumlah hujan tang
paling banyak dalam setahun berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia di
mana kebanyakan kawasan-kawasan di Sarawak menerima hujan yang melebihi
3000mm kecuali kawasan di bahagian barat Miri. Kawasan yang terlembap adalah di
sekitar Kuching, timur Miri dan Limbang di mana jumlah hujan melebihi 4000mm.
Kesan daripada hujan lebat adalah berlakunya banjir besar yang mengakibatkan
kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dan sebagainya. Sebagai contoh, banjir
besar Fasa ll yang berlaku di Kelantan pada hujung tahun 2014.

Kelajuan Angin

Berdasarkan daripada forum kebangsaan iklim, kelajuan angin memainkan peranan


yang penting dalam proses kejadian monsun. Angin Timur Laut yang bertiup secara
konsisten dari arah Timur Laut adalah lazimnya bermula daripada bulan November.
Kelajuan angin mempunyai perbezaan dari satu kawasan dengan kawasan yang lain
mengikut arah angin. Kelajuan angin akan bertambah disebabkan oleh kecerunan
udara yang tinggi.

Rajah 3 : Pergerakan angin Timur Laut ( angin purata ms-1)

KESAN MONSUN TERHADAP MANUSIA DAN BAGAIMANA MANUSIA


MENGHADAPI MONSUN TERUTAMANYA BANJIR.

Kesan monsun terhadap manusia

Angin Monsun Timur Laut telah membawa hujan yang lebat di negara Malaysia.
Hujan lebat ini telah membawa kepada senario banjir yang besar di beberapa negeri di
Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak seperti di seperti
Kelantan, Terengganu, Pahang, dan di bahagian Timur Johor di semenanjung
Malaysia. Selain itu, banjir turut berlaku di negeri Timur Sarawak.

Hujan lebat yang berlaku pada 17 Disember 2014 dan berterusan sehingga 20
Disember 2014 telah menyebabkan peningkatan air secara mendadak di semua paras
sungai utama sehingga menyebabkan banjir fasa ll. Bermula 18 Disember 2014, hujan
yang lebat menyebabkan semua sungai-sungai utama mencapai paras yang bahaya
kecuali sungai Semerak dan Sungai Galas. Hal ini telah menyebabkan Jabatan
9

Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ( Jingga hujan yang kadangkala


menjadi sederhana mula turun dan dijangka berterusan untuk tempoh melebihi 1 hari )
bermula dari 20 Disember 2014 sehingga 24 Disember 2014 di daerah Kelantan
disebabkan oleh peningkatan semula paras air di hadapan semua sungai utama di
Kelantan.

Hujan lebat terus berterusan di Gua Munsang sehingga mencatatkan taburan


hujan tertinggi untuk tiga hari berturut-turut iaitu sebanyak 1295mm di mana ia
bersamaan dengan jumlah bagi hujan selama 64 hari dari 21 hingga 23 Disember
2014. Hal ini menyebabkan berlaku peningkatan yang mendadak pada paras air
sungai lebir yang turut menyumbang kepada peningkatan paras air sungai di Tangga
Krai pada 25 Disember 2014. Hasil daripada kejadian ini, Kelantan telah mengalami
banjir yang sangat besar yang bermula dari gua Munsang, diikuti oleh Kuala Krai,
Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan seterusnya merebak ke Kota Baharu.

Menurut berita KOSMO ( 2015 ), Selain itu Jabatan Meteorologi Malaysia


juga telah mengeluarkan amaran di beberapa buah negeri yang lain seperti di
Terengganu, Pahang, dan Johor. Banjir besar yang melanda negeri-negeri di Malaysia
ini telah menjejaskan beberapa kawasan dan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan di
pusat pemindahan banjir. Di Kelantan, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat
pemindahan adalah seramai 90,734 orang tetapi tidak termasuk mangsa yang
dipindahkan ke tempat-tempat yang tidak diwartakan seperti pejabat-pejabat kerajaan,
hospital, klinik, rumah waris, atas bukit dan lain-lain. Di Johor, jumlah mangsa
adalah sebanyak 1,221 orang, Pahang seramai 39,580 orang, mangsa yang
dipindahkan di Terengganu telah dicatatkan seramai 22,040 orang. Selain itu,
kejadian banjir besar di Kelantan ini telah menyebabkan kemalangan jiwa seramai 13
orang.

Selain daripada kemalangan jiwa, hubungan darat di antara Kelantan dengan


negeri-negeri lain turut terputus disebabkan oleh jalan raya dan jambatan yang
ditenggelami air dan runtuh. Penduduk juga mengalami kerosakan dan kerugian harta
benda kerana ditenggelami air. Kesan-kesan lain hasil daripada banjir besar Fasa ll
adalah, hasil hutan dan hasil tanah terjejas. Bangunan-bangunan seperti balai polis,

10

hospital dan pusat pentadbiran turut ditenggelami air telah menyebabkan kerugian
yang besar kepada penduduk dan kerajaan.

Bagaimana manusia menghadapi monsun terutamanya banjir


Menurut Rachelle ( 2015 ), banjir merupakan salah satu keadaan cuaca yang paling
teruk dan merupakan fenomena yang boleh meragut nyawa manusia serta merosakkan
harta benda. Banjir juga dianggap sebagai bencana yang teruk kerana hanya dengan
kedalaman enam inci dan air yang bergerak pantas mampu menghanyutkan orang
dewasa mahupun kanan-kanak. Selain itu, hanya dengan kedalaman air setinggi dua
kaki sudah cukup untuk mengangkut

dan menghanyutkan kenderaan. Oleh itu,

terdapat beberapa cara bagaimana manusia ataupun penduduk menyesuaikan diri


semasa musim tengkujuh terutamanya semasa musim banjir.

Manusia ataupun penduduk yang tinggal di kawasan yang mudah


ditenggelami air menyesuaikan diri mereka dengan mengambil langkah berjaga-jaga
apabila tiba musim tengkujuh ataupun Angin Monsun Timur Laut pada bulan
November sehinggalah bulan Mac. Dalam hal ini, sebelum musim banjir datang,
penduduk telah mula memindahkan barang-barang mereka ke tempat yang lebih
tinggi ataupun selamat dari ditenggelami air.

Selain itu, penduduk akan membuat persiapan awal iaitu dengan menyediakan
bekalan air bersih dengan secukupnya untuk menampung keperluan air semasa musim
banjir. Hal ini kerana, semasa musim banjir, bekalan air bersih akan terputus kesan
daripada sungai yang dipenuhi kelodak dan sampah serta loji tapisan dan
penyimpanan air ditenggelami air.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Monsun terbahagi kepada tiga jenis iaitu Angin Monsun Timur
Laut, Angin Monsun Barat Daya dan angin monsun peralihan. Angin Monsun Timur
Laut menyebabkan hujan yang lebat sehingga menyebabkan kejadian banjir besar
yang sehingga meragut nyawa dan merosakkan harta benda.
11

LAMPIRAN

Rajah 4 : Pembentukan Episod Hujan Lebat Monsun

Rajah 5 : bayu laut dan tanah

http://search.webssearches.com/search/images?q=land%20and%20sea%20breeze%
20circulation&fcoid=408&fcop=topnav&fpid=2

12

RUJUKAN
Azi Rahimee B. mohamed ( 2015 ). Pengalaman PKOB Negeri Kelantan :
Banjir 2014/2015. Forum Iklim Kebangsaan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Glenn R. McGregor & Simon Nieuwolt ( 1998 ). Tropical Climatology : An


Introduction to the Climates of the Low Latitudes. Second Edition. West Sussex PO19
1UD, England.

Jabatan Meteorologi Malaysia ( 2015 ). Permulaan Monsun Timur laut.


www.met.gov.my

Jabatan Meteorologi Malaysia ( 2015 ). Monsun. www.met.gov.my


KOSMO ( 2015 ). Kesan Negatif Bencana Banjir.
www.kosmo.com.my/kosmo/content/asp?y=2013&dt=1211&pub=kosmo&sec=infiniti
&pg=in_02.htm

Lim Joo Tick & Azizan Abu Samah ( 2004 ). Weather and Climate of
Malaysia. University of malaya 50603 Kuala Lumpur.

Malaysian meteorological department ( MetMalaysia)


www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=69&itemid=160&li
mit=1limitstart=0

Mohd.Hisham Mohd Anip ( 2015 ). Tinjauan Monsun Timur Laut 2015/2016.


Forum Iklim Kebangsaan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rachelle Oblack ( 2015 ). How to stay safe in a flood.


weather.about.com/od/monsoons/f/monsoons.htm

13

Anda mungkin juga menyukai