Anda di halaman 1dari 9

HGF 3043 KAJI IKLIM

NO. KAD
MATRIK

DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD AMERMIRDZA BIN HAMDAN
ALLEN SARAH DAMIANUS
NUR ZAYANI BINTI ROZALI
NURASHIKIN BINTI ZULKIFLI
SITI NOR HAJARIAH BINTI YAAKOB
ENDYERRA NAZIELLA BT MOHAMMAD HISHAM

D20141067781
D20141067770
D20141067771
D20141068583
D20141067769
D20141067776

KUMPULAN C (GROUP 3)

NAMA PENSYARAH
DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

TAJUK
PERUBAHAN IKLIM / CLIMATE CHANGE

PENGENALAN
Perubahan iklim berlaku adalah disebabkan oleh pancaran (emission) gas-gas yang menahan
dan menyimpan panas terutamanya karbon dioksida (CO) yang berpunca dari kenderaan,
industri, aktiviti penggondolan hutan. Apabila gas tersebut berkumpul, maka ia akan
menghasilkan satu lapisan yang tebal sehingga menyebabkan bumi kita menjadi panas.
Keadaan yang sedemikian sebenarnya yang mengubah iklim kita dan mengancam
kesihatan serta ekonomi manusia. Perubahan iklim ini juga merujuk kepada perubahan
pelbagai faktor iklim seperti suhu dan hujan di seluruh dunia. Perubahan ini terjadi dalam
pelbagai tingkat dan dalam keadaan yang pelbagai cara. Contohnya, pada abad ke 20 dahulu,
Amerika menjadi lebih basah berbanding dengan daerah Sahel yang berada di Afrika Tengah
yang lebih kering.
Menurut Petit, J.R., et al. (1999), perubahan iklim adalah perubahan jangka panjang
dalam statistik cuaca (termasuk purata). Contohnya, ia boleh muncul sebagai perubahan dalam
normal iklim (dijangka nilai purata bagi suhu dan hujan) untuk tempat tertentu dan masa bagi
tahun dari satu dekad ke depan. Kita tahu bahawa iklim global kini berubah. Abad ke 21 adalah
merupakan tempoh paling panas dalam rekod suhu keseluruhan global.
Melalui perubahan iklim ini kita dapat lihat banyak masalah yang telah dihadapi
contohnya, peningkatan aras lautan, berlakunya perubahan daratan, terjadinya angin kencang
yang kuat, dan risiko kekeringan, kebakaran serta banjir yang tinggi. Masalah-masalah ini juga
telah memberikan kesan dari segi aspek fizikal, biologi dan kimia. Untuk itu, pelbagai langkah
telah disusun dan berstrategi bagi memastikan perubahan iklim ini tidak berubah secara
mendadak dan menyebabkan manusia dan persekitarannya terganggu.
Oleh itu, perumahan iklim ini serba sedikit telah mengubah corak kehidupan manusia
dan persekitarannya. Jadi, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam memastikan kestabilan
iklim di bumi kembali seperti biasa dan dengan itu penghuni bumi dapat hidup dengan sejahtera
dan tumbuh-tumbuhan juga hidup dalam udara yang segar.

MASALAH BERKAITAN PERUBAHAN IKLIM


Perubahan iklim merujuk kepada perubahan terhadap pelbagai faktor iklim seperti suhu dan
hujan di seluruh dunia. Perubahan iklim ini berlaku adalah disebabkan oleh pancaran gas-gas
yang menahan dan menyimpan panas terutamanya karbon dioksida (CO2) yang berpunca dari
kenderaan, industri dan aktiviti penggondolan hutan. Apabile gas tersebut berkumpul maka
akan terhasilnya satu lapisan tebal yang boleh menyebabkan bumi kita menjadi panas. Keadaan
sedemikian menyebabkan berlakunya perbuhan iklim. Oleh itu, terdapat beberapa masalah
yang bekait dengan perbuahn ikilm yang sedang dunia alami kini. Anatara masalah yang
dislami disebabkan oleh perubahan iklim adalah seperti yang berikut.
1. Kenaikan permukaan laut
Perubahan iklim menyebabkan suhu lautan bertambah panas. Ini menyebabkan
terjadinya fenomena bahaya seperti angin yang kuat, keri=osakan terumbu karang dan
naiknya permukaan lautan. Apabila bumi panas, permukaan laut meningkat
disebabkan air yang panas berkembang menyebabkan jumlah banyak air yang panas
lebih banyakberbanding dengan air yang sejuk. Pencairan air di kutub utara juga
menigkatkan kuantiti air tawar di lautan. Kenaikan permukaan laut menyebabkan:
Daerah dan pulau di kawasan rendah ditenggelami air
Kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan persisiran pantai terancam.
Terh=jadinya hakisan garisan pantai.
Selama 100 tahun permukaan laut telah meningkat antara 10 hingga 20
sentimeter. Namun, 100 tahun akan datang dijangkakan permukaan laut akan
menigkat lagi dari 10 hingga 90 sentimeter. Keadaan yang sedemikian mampu
menenggelamkan sebahagian besar bandar yang berada di kawasan persisiran pantai.
Misalnya di dunia, kira-kira 100 juta orang yang hidup tinggal di daerah setinggi 90
sentimeter dari permukaan laut. Hal ini berlaku kerana perubahan iklim
mengakibatkan puluhan juta orang di kawasan yang rendah hilang tempat tinggal
mereka. Sebahagian penduduk yang tinggal di kepeulauan kecil di mana
kedudukannya tinggi sedikit dari permukaan laut telah mula meninggalkan pulau
mereka.

2. Berlakunya perubahan daratan


Perubahan iklim menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dan perubahan pola hujan
serta salji di mana ia menyebabkan pertumbuhan tumbuhan naik kepada ketinggian
gunung. Contohnya, pencairan permafrost di daerah tundra menyebabkan hutan
belukar, padang rumput yang luas di amerika bertukar menjadi hutan. Di inggeris
guguran daun yang hilang kerana pertumbuhan untuk tumbesaran tumbuhan telah
beralih ke daerah yang lebih dingin. Keadaan sedemikian turut menyebabkan haiwan
yang bergantung terhadap sesuatu tumbuhan tersebut sebagai sumber makanan dan
tempat tinggal turut berpindah ke kawasan tumbuhan tersebut dapat tumbuh dan
membesar dengan subur. Namun terdapat beberapa spesis dan komuniti haiwan seperti
beruang kutub akan tinggal di habitatnya semula disebabkan tiada pilihan yang lain.

3. Terjadinya angin kencang yang kuat dan ganas


Perubahan iklim turut boleh menyebabkan taufan dan angin siklon tropika berlaku
dengan aktif di mana ia mampu melepaskan angin yang lebih kencang dan boleh
meneybabkan kerosakkan yang teruk terhadap ekosistem pantai dan masyarakat di
sekitarnya. Para ilmuan percaya bahawa suhu lautan yang tinggi akan menyebabkan
berlakunya taufan dan juga siklon tropika kerana ia mendapat kekuatan dari suhu air
yang panas. Apabila suhu permukaan laut meningkat, angin kencang yang sedang
terbentuk akan memperoleh kekuatan tambahan. Walau bagaimanapun, dalam masa
yang sama faktor-faktor lain seperti peningkatan permukaan laut, tanah kekeringan dan
peningkatan aktiviti pembangunan di persisiran pantai mengaktifkan lagi kejadian
angin taufan dan siklon tropika tersebut.
Selain itu, peningkatan suhu laut membunuh plankton di mana ia boleh
menyebabkan kendungan oksigen dan air laut lebih. Keadaan sdmikian menyebabkan
hidupan di dalamnya terganggu terutamanya ikan.

4. Risiko kekeringan, kebakaran dan banjir tinggi.


Suhu yang tinggi menigkatkan jumlah cairan yang meluwap dari tanah dan air sehingga
boleh menyebabkan berlkunya kekeringan di kebanyakkan tempat. Tanah yang
dipengaruhi oleh kekeringan akan lebih terdedah kepada banjir ketika hujan lebat.
Apabila suhu di seluruh dunia meningkat, kekeringan akan terjadi dengan lebih teruk
sehingga boleh menyebabkan kerosakan terhadap pertanian, gangguan terhadap
bekalan air dan mengganggu tahap kesihatan manusia. Fenomena sedemikian dapat kita

lihat di beberapa bahagian kawasan asia dan juga afrika di mana kekeringan berlaku
dalam jangka masa yang lama dan lebih teruk daripada sebelum ini. Contohnya, sejak
tahun 1970, berlaku kebakaran hutan lebih daripada 400%. Kebakaran hutan turut
menyebabkan merkuri yang dibawa oleh angin meningkat. Sebahagian merkuri yang
terkumpul di lapisan atmosfera berasal dari tanah, laut dan gunung. Namun, sebahagian
merkuri yang berada di lapisan atmosfera berasal dari aktiviti manusia melalui proses
kimia dengan dibantuan sinaran matahari. Walau bagaimnapun, merkuri tersebut akan
terurai dan turun ke permukaan bumi bersam hujan. Ini menyebabakan berlakunya
hujan asid.
MEMANTAU KESIHATAN PERUBAHAN IKLIM
Apa Itu Pemantauan Iklim
Pemantauan iklim merupakan proses memerhati dan memahami suasana, lautan dan lain-lain
komponen sistem bumi. Pemantauan biasanya seperti mengukur dan merekodkan suhu,
hujan, kelembapan, suhu lautan yang dalam, paras laut, tekanan, kelajuan angin dan banyak
lagi bagi membantu dalam memberi gambaran lengkap mengenai iklim global.
Pemantauan kesihatan perubahan iklim merupakan satu tugas yang sangat penting di
mana komuniti kesihatan awam menyediakan banyak bukti saintifik dan bukti dasar yang
berkaitan dengan pemanasan global. Terdapat banyak cabaran metodologi dalam menjalankan
pemantauan ini sebuah badan pakar analisis telah diperoleh hasil daripada usaha-usaha
penyelidikan beberapa tahun yang sudah.
Sepanjang 50 tahun yang lalu, aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil telah
mengeluarkan kuantiti karbon dioksida dan gas rumah hijau yang banyak. Hal ini menyebabkan
haba di permukaan bumi terperangkap dan tidak dapat dikembalikan semula ke atmosfera
sehingga memberi kesan kepada iklim global. Selain itu, hal ini juga menyebabkan paras air
laut meningkat, glasier mencair dan corak hujan berubah.
Kesan Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan Manusia
Menurut World Health Organisation (2003), Perubahan iklim dunia selama beberapa dekad
kebelakangan ini sangat mempengaruhi kesihatan manusia. Dalam hal ini, Pertubuhan
Kesihatan Sedunia menganggarkan di dalam Laporan Kesihatan Dunia 2002 bahawa
perubahan iklim pada tahun 2002, kira-kira 2.4% penduduk seluruh dunia mengalami ciritbirit, 6% penduduk dunia menghidapi malaria terutamanya di negara sedang membangun.

Kesan Fizikal Hasil Daripada Perubahan Iklim Dunia


Kesan fizikal hasil daripada perubahan iklim adalah seperti mendatangkan bencana alam
disebabkan oleh perubahan arah tiupan angin monsun, peningkatan paras air laut, peningkatan
suhu bumi, dan kadar taburan hujan yang tidak menentu. Hal ini seterusnya menyebabkan
berlakunya taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit. Selain itu, perubahan iklim juga
memberi kesan kepada ekonomi negara kerana mengalami kerugian akibat daripada episod
banjir.
Kesan Biologi Hasil Daripada Perubahan Iklim Dunia
Kesan perubahan iklim terhadap biologi terutamanya dari segi ekosistem menyebabkan
berlakunya peningkatan aras air laut yang menghasilkan gelombang ganas yang mengancam
garis pantai dan struktur hakisan pantai serta memusnahkan zon penampan paya bakau.
Kerosakan ini menyebabkan kerosakan dan kemusnahan habitat asli dan kehidupan akuatik.
Selain itu, perubahan iklim yang menghasilkan jerebu menyebabkan air sungai tidak selamat
untuk digunakan hasil daripada bahan-bahan terampai yang beracun masuk ke dalam sungai.
Kesan Kimia Hasil Daripada Perubahan Iklim Dunia
Menurut Raden (2014), perubahan iklim membuka satu perspektif baru pada peringkat global
terutamanya berkaitan dengan isu keselamatan makanan dan kemudahterancaman penduduk
luar bandar. Fenomena ini merujuk kepada perubahan iklim yang memberi kesan terhadap
ekosistem sama ada secara langsung ataupun tidak langsung menyebabkan pengeluaran
makanan di Malaysia terganggu seterusnya memberi kesan kepada taraf hidup golongan petani
padi. Hal ini menyebabkan berlakunya pengekalan Skim Subsidi Harga Padi ( SSHP ) bagi
mengurangkan kesan kekurangan makanan.

LANGKAH-LANGKAH PERUBAHAN IKLIM


Masalah perubahan melampau terhadap iklim seperti perubahan arus angin,taburan
hujan dan keadaan cuaca yang tidak menentu secara tak lansung akan memberi kesan yang
banyak dan serius. Antara langkah yang boleh dibuat adalah , kita patut memberi contoh
dengan mengubah tabiat harian dan pemikiran kita. Keadaan mungkin memerlukan sedikit
kerja keras pada mulanya, namum lama-kelamaan perubahan tabiat ini akan menjadi
sebahagian daripada gaya hidup kita. Contohnya adalah mengubah sikap supaya menyayangi
alam sekitar .Mengurangkan penggunaa sumber dan lebih menyumbang kepada aktiviti alam
sekitar sama ada,menganjurkan penanaman pokok,mengitar semula,dan mengurangkan jumlah
kenderaan di jalan raya. Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup hijau untuk menyelamatkan
bumi. Seterusnya, dengan pengurangan penggunaan kloroflurokarbon(CFC) manusia haruslah
mencari alternatif lain bagi mencegah pengguanaan CFC yang berlebihan seperti mencipta
penghawa dingin tanpa menbebaskan CFC.
Bukan itu sahaja, malah langkah melalui fizikal juga boleh kita buat terutamanya
tertumpu kepada permukaan bumi dan udara. Negara-negara berkembang seperti Indonesia
harus mengusahakan agar hutan dan tumbuh-tumbuhannya tetap lestari sehingga dapat
menbantu mengurangi gas karbon dioksida kerana tumbuhan dapat mengambil karbon dioksida
dari udara yang kemudian digunakannya untuk fotosintesis dan semua negara harus
mempunyai komitmen untuk mengurangi gas rumah kaca. Pemerintah dapat mencadangkan
program penanaman pokok dan pelestarian pokok. Keadaan ini akan membuatkan masalah
perubahan cuaca akan semakin baik dengan penanaman pokok yang lebih banyak di atas
permukaan bumi.
Selain itu, satu protokol telah diperkenalkan melalui suatu persetujuan antarabangsa
untuk mengatasi masalah pemanasan global iaitu Protokol Kyoto. Melalui protokol ini, negara
maju atau negara-negara perindustrian bersetuju mengurangi emisi (pembebasan) gas rumah
hijau secara minimum. Sungguhpun langkah ini merupakan satu usaha yang positif, terdapat
lapan negara yang tidak mahu menurunkan gas-gas rumah hijau iaitu Australia, Monaco,
Amerika Syarikat (pengeluar terbesar gas rumah hijau), Croatia, Kazakhstam, Zambia dan
Swiss. Gas-gas rumah hijau yang perlu dikurangkan ialah CO4, CH4, N2O. Impak yang akan
berlaku sekiranya Protokol Kyoto tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya ialah kerosakan harta
benda,kematian, jangkitan penyakit, kekurangan sumber air tawar, kegiatan ekonomi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, perubahan iklim merupakan perubahan yang berlaku dalam jangka masa yang
panjang. Perubahan iklim boleh merujuk kepada perubahan dalam purata keadaan iklim.
Perubahan iklim yang berlaku diseluruh dunia disebabkan oleh proses-proses dinamik bumi,
daya-daya luaran seperti kepanasan cahaya matahari dan kegiatan manusia telah memberi
kesan yang sangat serius kepada dunia dan manusia seperti pencairan glasier, peningkatan aras
air laut, perubahan corak hujan dan sebagainya. Kesan-kesan ini seterusnya mengakibatkan
berlakunya fenomena banjir dan kemarau. Perubahan suhu dunia turut berlaku shingga
memberi kesan kepada kelembapan tanah.
Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini sama ada daari segi
manusia dan fizikal . Manuasia haruslah bertindak dengan mengubah sikap sayang akan alam
sekitar dan mengurangkan segala penggunaan yang mampu mengurangkan perubahan iklim.
Manakala dari segi fizikal pula perlulah memperbanyakkan penanaman pokok yang mampu
mengurangkan pengeluaran CO2 ke bumi. Melalui Protokol Kyoto pula telah menyelesaikan
banyak langkah dari segi politik dan sebgainya. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan
peranan yang penting untuk memastikan masalah perubahan iklim dapat diselesaikan supaya
manusia dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.

RUJUKAN
C.Donald Ahrens.2008.Essentials Of Meteorology An Invitation To The
Atmosphere.Publisher
Thomson Brooks/Cole: United States of America.
John T. Hardy.2003. Climate Change : Causes,Effect,and Solutions. Publisher John Wiley &
Sons Ltd, The Atrium : Southern Gate, Chichester, West Sussex PO19 8SQ, England.
Harriet Bulkeley.2013.Cities and Climate Change. Publisher Routledge Critical Introductions
to Urbanism and the city : United State of America .
Jonathan Cowie.2007.Climate Change Biological and Human Aspects.Publisher Cambrige
University Press : New York.
Petit, J.R., et al. 1999. Climate And Atmospheric History Of The Past 420,000 Years From
The Vostok Ice Core, Antarctica. Nature 399: 429-436.
Bernard Prasodjo, 23 November 2015. Perubahan Iklim. Diperolehi daripada
https://pranaindonesia.wordpress.com/pemanasan-global/perubahan-iklim/.

Anda mungkin juga menyukai