Anda di halaman 1dari 8

Saya perhati penuh teliti huraian Dr Asri terhadap soalan audien berkenaan maksud Jemah Islam (

)sebagaimana riwayat daripada Huzaifah R.A. Video ini saya lihat mempengaruhi minda pembaca yang
tidak mempunyai asas memahami fiqh hadis dan hukum yang berkaitan. Sekalipun ada banyak komen yang
saya rasa boleh dibuat, tetapi bagi menjimatkan pena supaya pembaca tidak jemu, saya nak fokuskan
kepada dua poin sahaja.

POIN PERTAMA: Dalam ulasan Dr Asri, saya melihat kecelaruan tafsiran maksud perkataan ()
sehingga dilihat seolah-olah menidak fungsikan (Ihmal/dysfunctional) hadis tersebut apabila menafsirkannya
dengan menghighlightkan maksud jemaah itu merujuk kepada jemaah sahabat di zaman nabi SAW.
Pendapat ini adalah pendapat yang tidak masyhur justeru ia dinukilkan oleh Imam Syatibi tanpa menyebut
nama yang jelas siapakah yang berpendapat begitu.
Imam Tabari, Imam Syatibi dan lain-lain menukilkan ada pendapat yang menyatakan bahawa Jemaah itu
bermaksud hanya zaman sahabat dan bukan selainnya, tetapi itu bukan pendapat terpilih atau pendapat
yang kuat justeru ia menukilkan dalam bentuk ada kumpulan yang berkata.
Imam Tabari selepas menukilkan pendapat yang pelbagai kemudiannya membuat kesimpulan:

Maksudnya: Dan yang benar dikehendaki daripada maksud hadis ialah beriltizam dengan jemaah yang
ditaati oleh kesepakatan ramai untuk mematuhi arahannya. Barangsiapa yang enggan memberikan baiahnya
(sokongannya) maka ia telah terkeluar daripada jemaah. (Rujuk Al-Fathul Baari: 13/37).
Tarjih menggunakan perkataan ( dan yang benar) menunjukkan pendapat yang dinukilkan oleh Dr Asri
itu adalah pendapat yang lemah (atau boleh dikatakan salah). Berbeza dengan sesetengah khilaf yang mana
pendapat yang pelbagai semuanya betul seperti isu had sapu rambut adakah sebahagian rambut atau
keseluruhan rambut. Maka khilaf ini digambarkan dengan ( yang lebih kuat) bagi menggambarkan
kedua-dua pendapat itu adalah betul. Tetapi dalam bab ini, pendapat yang ditarjihkan dengan
(sebetulnya) menunjukkan pendapat itu salah dari perspektif Imam yang mentarjihkan.
Begitu juga Imam Syatibi di dalam kitab Al-Iktisam (2: 260-265) membuat kesimpulan setelah menukilkan
pelbagai pendapat berkenaan tafsiran Jemaah Islam dengan menyebut:

Maksudnya: Kesimpulannya, maksud jemaah merujuk kepada kesatuan (orang ramai untuk mentaati)
pemimpin yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang demikian itu jelas bahawa kesepakatan
berdasarkan selain sunnah adalah terkeluar daripada jemaah yang disebut di dalam hadis tersebut.
Apabila Dr Asri menukilkan dan mengulas pendapat yang tidak masyhur dari kacamata ulama muktabar
berkenaan maksud sebenar Jemaah Islam tanpa menyebut dan mengulas pendapat yang muktabar seperti
Imam Syatibi, Imam Tabari, Imam Ibn Hajar dan lain-lain, maka sikap ini amat mengelirukan orang ramai.
Ia boleh mendorong kepada menidak fungsikan hadis tersebut di kalangan pembaca yang tiada asas ijtihad
dan pemahaman syariat.
Untuk mengetahui sesuatu hukum berkaitan dengan jemaah tidak boleh hanya merujuk kepada satu hadis
dan syarah lafaz sahaja. Untuk mengetahui hakikat hukum dan tuntutan syariat berkenaan dengan
berjemaah mestilah dirujuk kepada nas-nas yang lain di dalam Al-Quran dan Sunnah secara menyeluruh,
justeru nas-naslah yang membentuk rukun-rukun jemaah seperti siapakah pemimpin dan syarat-syaratnya,
siapakah pengikut dan syarat-syaratnya serta apakah agenda Islam yang hendak di bawa dan ditegakkan.
Ia seumpama wudhu, sebagaimana resam Al-Quran dalam banyak perkara, ia tidak menyebut istilah Wudhu
tetapi hanya menyebut rukun-rukun kepada wudhu di dalam firmannya: Wahai orang-orang yang beriman,
apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala
kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. Setiap rukun ini pula dinyatakan had dan

sebagainya di dalam hadis yang pelbagai. Ayat ini tidak menyebut dengan jelas kita wajib berwuduk, tetapi
datang arahan supaya kita basuh muka, tangan, sapu kepala dan basuh kaki. Maka himpunan kewajipan
basuhan dan sapuan ini membetuk rukun wuduk menurut syariat. Sebab itu, bila kita bercakap tentang
hukum wuduk, kita tidak boleh mengulas apa yang perlu kita buat berdasarkan pemahaman bahasa arab
yang wuduk boleh bermaksud sapu dada sahaja.
Maka untuk memahami apa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim bukan hanya menafsirkan lafaz
, bahkan kita perlu merujuk kepada ayat-ayat Quran dan Hadis yang mewajibkan kita taat kepada
pemimpin, cirri-ciri pemimpin yang wajib kita taat, bila kita boleh gulingkan dan sebagainya.
Dari situ datangnya penafsiran Jemaah Islam dari perspektif fiqh dan syarak, iaitu dengan merujuk rukunrukun jemaah seperti ketua (imam), pengikut (jundi) dan agenda kepada serta cara pergerakannya yang
dikenali sebagai siasah syariyyah seperti tahaluf siasi, penegasan dakwah dan seumpamanya. Setiap rukun
ada perbahasan Fiqh seperti bilakah boleh bantah ketua, bila kena sabar sekalipun tidak bersetuju, bila
wajib gulingkan ketua dan sebagainya. Hukum jemaah yang terdiri daripada rukun-rukunnya bukan ilmu
yang sempit, bahkan apabila kita pergi kepada isu siasah syariyyah menurut sunnah nabawiyyah maka
perbahasannya jauh lebih luas berbanding hukum berkaitan puasa atau wudhuk. Kalau hukum puasa kita
perlu merujuk ulama, bagaimana pula dengan hukum hakam siasah dan jemaah yang lebih luas daripada
hukum puasa itu sendiri.
Dr Asri juga dilihat menyempitkan penafsiran jemaah (dengan merujuk di zaman sahabat dan khalifah)
hanya berhujah dengan 2 alasan; iaitu (1) kewujudan banyak kumpulan yang mendakwa Islam
sebagaimana pada minit 1:18 sehingga minit 2:10 dan (2) takut diheret hadis-hadis ancaman pada minit
2:11 sehingga minit 2:23. Saya tak pasti imam mana dan mazhab usul mana yang mengguna pakai 2
hujah ini sebagai pentarjihan atau penafsiran sesuatu hadis. Yang saya tahu, maksud hadis dirujuk kepada
nas Al-Quran dan As-Sunnah yang lain sebagai penafsir, bukan reality sekarang dan bukan akal. Realiti
dilihat untuk perlaksanaan bagi mengetahui syarat-syaratnya dah cukup atau belum, tetapi ia bukan
penafsir kepada nas Quran mahupun Hadis.
Jika ada hadis ancaman, maka para *****aha akan lebih halusi kerana dibimbangi terkena ancaman oleh
hadis. Tambahan pula menyebut hadis tentang keluar jemaah boleh dibunuh pada minit 2:23 adalah
terjemahan hadis yang sangat extreme justeru hadis-hadis yang berkaitan tidak memaksudkan demikian
pada hakikatnya.
POIN KEDUA: Apabila beliau menafsirkan Jemaah Islam dengan menyebut bilangan mufrad (singular /
tunggal) apabila berkata pada minit ke 3:49: Jamaatul Muslimin dia singular, satu jemaah sahaja, jemaah
kaum muslimin.
Dalam kaedah bahasa arab, Idhofah (perkataan sandaran) dalam keadaan kata namanya bukan Isim Alam,
maka mufradnya tidak menunjukkan bilangan. Maka perkataan tidak menunjukkan bilangan satu
jemaah atau banyak, juga tidak menunjukkan Jemaah Daripada Kaum Muslim justeru perkataan yang
dihazafkan (dibuang) pada Mudhof bukan huruf jar dengan maksud sebahagian ( ) tetapi mustatir
(kata sendi tersembunyi) pada Idhofah Bayaniyyah. Dengan maksud, Idhofah perkataan Jemaah kepada
muslimin menunjukkan jemaah itu adalah jemaah Islam menurut syariat, justeru jemaah juga boleh
diberikan kepada kumpulan musafir, kumpulan bola, kumpulan nasyid semuanya boleh dipanggil Jemaah
dari segi bahasanya. Jadi, Idhofah (sandar perkataan Jemaah kepada Muslimin) ini memberikan maksud
jemaah khusus kerana Muslimin itu menerangkan maksud dan sifat jemaah. Jadi penafsirannya, perlu
kepada hujah Al-Quran dan Hadis, bukan akal dan realiti.
Sebagai contoh mudah difahami dalam bahasa melayu kita, apabila seseorang berkata: kereta orang
Malaysia kebanyakannya bercermin gelap. Idhofah (sandaran) lafaz Kereta kepada orang Malaysia
sekalipun dengan lafaz mufrad (bukan kereta-kereta), ia tidak memaksudkan satu atau banyak kereta.
Tetapi Idhofah itu lebih menggambarkan dan fokus kepada poin kereta yang dipunyai oleh orang Malaysia,
bukan fokus kepada bilangan kereta. Ini seni bahasa arab dalam memahami maksud Idhofah.
Habis? Kata-kata Imam Hassan Al-Banna dan pandangan Ikhwan salah ke?

Jawapan saya adalah TIDAK. Apa yang dinukilkan oleh Dr Asri daripada Imam Hassan Al Banna dan
Ikhwanul Muslimin (IM) perlu dihalusi. Ketika pemimpin-pemimpin IM menyatakan demikian, konteksnya
bukan menyatakan maksud hadis.
Kontek Ikhwan Al-Muslimun (Imam Hassan Al-Banna) sebagaimana yang saya faham daripada penglibatan
saya di dalam Ikhwan sewaktu belajar, bahawa kami merupakan salah satu jemaah daripada jemaahjemaah Islam dalam konteks dunia kerana di Pakistan ada Jamaat Al-Islamiah, di Indonesia ada mahsyumi,
di Turki ada gerakan islam yang ditinggalkan oleh Badiuzzaman Said An-Nursi dan sebagainya. Konteks ini
memaksudkan bahawa hubungan gerakan-gerakan Islam adalah rapat dan baik antara satu sama lain
menyebabkan gerakan-gerakan ini sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan tahunan sampai ke
hari ini.
Ia juga bermaksud dari segi konteks kepelbagaian fokus seperti jemaah-jemaah yang bersifat NGO seperti
tabligh, gerakan salafiyyah yang tidak ekstrem, tarikat-tarikat yang benar dan lain-lain jemaah di Mesir. Ia
bersifat ikhtilaf tanawwu bukan ikhtilaf tanazu. Yang ini saya akan coretkan dalam tulisan saya selepas ini,
Insyaallah.
Kesimpulannya, saya bukan bermaksud orang Islam hanya ada perlu ada satu jemaah sahaja atau bukan
juga bermaksud orang Islam harus ada banyak jemaah sesuka hati. Di sana ada tempat yang wajib ada satu
jemaah sahaja dan di sana juga harus ada banyak jemaah. Tetapi kalau nak lawan zalim tak boleh banyak
jemaah, nanti akan berpecah dan lemah. Yang ini saya akan coretkan dalam tulisan saya selepas ini,
Insyaalah.
Jika diizin Allah, saya akan coretkan apa pendirian saya terhadap jemaah pelbagai di Malaysia. Cuma saya
nak bagi mukadimah awal bahawa kewujudan jemaah seperti IRC yang bersifat ekslusif (semua orang lain
salah) dan mengambil pendekatan menyusup daripada dalam, adalah sesuatu yang tidak wajar dan
memecah belahkan kesatuan gerakan islam melawan kezaliman.
Sebagai intro awal kepada tulisan yang akan datang, IRC adalah golongan asal yang mempunyai agenda
jemaah politik yang bersifat ananiyyah (keakuan aku sahaja yang betul). Adapun JIM, IKRAM dan ISMA
adalah evolusi daripada IRC yang bagi saya pendokong-pendokong jemaah ini adalah orang yang ikhlas
sukakan kebenaran dan aktiviti-aktiviti Islam dan bukan sahaja tidak terlibat, tetapi mungkin langsung tidak
mengetahui gerakan IRC / HIS ini.
Lebih detail, esok lusa saya akan coretkan apakah pandangan saya tentang kepelbagaian jemaah di
Malaysia dan pendirian saya terhadap ABIM, JIM, ISMA, Tabligh dan lain-lain jemaah Islam.
Tulisan kali ini hanya sekadar menjawab beberapa penafsiran hadis Jemaah Islam oleh Dr Asri sahaja. Untuk
pendirian saya terhadap kepelbagaian jemaah, ia memerlukan kepada tulisan kedua.
Wallahuaklam.
Like & Share FB Page:
Zaharudin Muhammad

Pendirian Terhadap Jemaah Islam Yang Lain? Kenapa IRC/HIS


Dianggap Perosak

Ramai yang menganggap seolah-olah hanya ada dua pendapat sahaja tentang berbilang-bilang Jemaah
Islam, samada haram mutlak atau harus mutlak. Justeru itu, apabila saya membuat kritikan terhadap
ulasan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza), saya dapati ramai yang paste terjemahan tulisan ulama dulu dan
kini serta pendapat pelbagai individu tentang maksud sebenar Jemaah Islam melalui hadis Huzaifah. Seolaholah Dr Maza bersetuju 'harus mutlak' berbilang-bilang jemaah manakala saya pula tidak bersetuju mutlak
serta mengkritik pendapat Dr Maza.

Sedangkan dalam artikel itu, saya secara jelas telah menyatakan bahawa kritikan saya memfokuskan
kepada 2 point yang yang dikemukakan oleh Dr Maza, yang dilihat cuba menyempitkan maksud Jemaah
hanya kepada (1) zaman sahabat dan Khalifah sahaja serta (2) menafsirkan Jemaah Muslimin di dalam
hadis dengan maksud bilangan. Dengan jelas saya telah menyatakan dalam artikel tersebut:
Kesimpulannya, saya bukan bermaksud orang Islam hanya perlu ada satu jemaah sahaja atau bukan juga
bermaksud orang Islam harus ada banyak jemaah sesuka hati. Di sana ada tempat yang wajib ada satu
jemaah sahaja dan ada tempat yang harus ada banyak jemaah. Tetapi kalau nak lawan kezaliman tak boleh
banyak jemaah, nanti akan berpecah dan lemah.
Sebenarnya, mereka yang menukilkan pendapat kepelbagaian Jemaah Islam daripada pelbagai ulama
seperti Dr Yusof Al-Qardhawi, Imam Syatibi dan lain-lain tanpa mereka menyedari sebenarnya mereka telah
menyokong 2 point kritikan saya terhadap penjelasan Dr Maza yang membawa kepada fahaman sempit
tentang Jemaah Islam, justeru ulama-ulama silam menukilkan dengan jelas maksud Jemaah Islam yang
luas dan bukan terhad sebagaimana ulasan Dr Maza.
Jemaah Islam dalam erti kata yang dinyatakan di atas, berbilang-bilang itu bukan bersifat harus mutlak dan
bukan bersifat haram mutlak justeru tiada nas yang jelas ke arah itu. Tetapi kedapatan nas yang
menunjukkan bahawa nabi lebih cenderung untuk umat ini mempunyai seorang ketua dan dilihat sebagai
tersusun dan tidak berpecah sebagaimana hadis yang menyebut: adalah para sahabat R.A apabila mereka
melalui sesuatu tempat (ketika musafir), mereka berpecah (apabila melalui) lorong-lorong bukit dan
lembah. Rasulullah bersabda (menegur mereka): Sesungguhnya berpecahnya kalian di lorong-lorong dan
lembah-lembah seperti ini sebenarnya sebahagian perbuatan syaitan. Selepas itu mereka tidak lagi melalui
sesuatu tempat melainkan mereka akan bergabung antara satu sama lain sehingga (digambarkan) jika
dihamparkan satu helai kain nescaya kain itu boleh memuati mereka.- (Abu Daud Sanad Hassan).
Kalau bermusafir sekalipun mereka diperintahkan supaya bersatu dan bergabung, apatah lagi bergerak
menentang kezaliman dan menegakkan syariat yang jelas nas yang menggesa supaya dilakukan dalam saf
yang tersusun.
Jika kita mencari Illah, kita akan dapati di sana terdapat beberapa Illah yang melibatkan hukum; ikhtilaf,
tanazu, Iftiraq dan sof tersusun. Formulanya adalah seperti berikut:
A: Ikhtilaf: Ia bermaksud kepelbagaian yang tidak sama seperti A pakai baju hijau B pakai baju kuning
tetapi A dan B tidak menafikan antara satu sama lain. Kepelbagaian ini adalah masyiatillah (kehendak Allah)
yang manusia tidak mampu melawan kewujudannya sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Hud ayat
118-119. Perhatikan ayat Al-Quran dengan lafaz Ikhtilaf ( )(pada firman Allah SWT bermaksud: Dan
kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya
menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus

berselisihan ()(. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam
ugama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. (Hud: 118-119).
Ikhtilaf ini asalnya harus kerana ia masyiatillah (kehendak Allah) kecuali apabila ikhtilaf itu antara
pandangan manusia dengan Al-Quran seperti Al-Quran kata hudud itu wajib tiba-tiba ada yang kata tak
perlu. Itu maksud tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam
ugama Allah).
Dari sini menunjukkan bahawa ada perbezaan pendapat yang wajib bertolak ansur seperti uslub pelbagai,
kecenderungan pelbagai. Tetapi di sana ada yang wajib kita tidak bertolak ansur seperti berhadapan dengan
kezaliman dan kesesatan serta kebenaran akidah dan tauhid. Di sana juga ada tempat yang boleh kita
sembunyikan pertembungan tetapi di sana wajib kita zahirkan pertembungan terbuka khususnya apabila
melibatkan kebatilan terbuka yang boleh menyesatkan atau kesalah anggapan orag ramai terhadap yang
kebenaran.
B: Tanazu: Ia bermaksud kepelbagaian yang disertai dengan nafi-menafikan dan salah menyalahkan antara
satu sama lain. Contohnya, A menafikan kesesuaian warna baju B dan B pula mempertikaikan warna baju A,
maka itu dinamakan Tanazu. Ia masih belum dianggap tercela sehingga perselisihan ini dibawa dan dirujuk
kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jika pebezaan itu dibenarkan oleh Al-Quran dan sunnah, maka pihak yang
memaksa orang lain mengikut pandangannya adalah salah dan semua perlu bertoleransi. Tetapi jika di
dapati A bertepatan dengan nas dan sebaliknya B adalah bersalahan dengan nas, maka B perlu mengikut A.
Ini termasuk di dalam firmannya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya. (An-Nisa: 59).
Apabila Tanazu ini berlaku antara haq dan batil, maka pada masa itu haram bertoleransi. Firman Allah swt
bermaksud: Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan
setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini. (Al-Baqarah: 251).
Dengan kata lain, kalau Allah tidak mewajibkan pihak yang benar melawan pihak yang salah bumi ini akan
rosak binasa. Iaitu apabila pihak yang hak berdiam diri terhadap kebatilan kerana takut bergaduh dan
berpecah, pihak yang batil pula terus melebar luaskan kebatilan tanpa mempedulikan kerosakan dan
perpecahan, maka kesannya yang batil itu akan berkembang. Oleh itu, Allah wajibkan pihak yang hak lawan
pihak yang batil bagi memastikan yang batil itu tidak meluas. Dengan kata lain, hak dan batil tidak boleh
bertoleransi dengan alasan takut berpecah.
Sekalipun tanazu itu belum membawa kepada pengharaman sehinggalah ia dirujuk kepada al-Quran dan
Hadis, tetapi di sana kita semua digesa untuk tidak memperbanyakkan tanazu dan berbantah-bantahan.
Firman Allah swt: dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah
semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal: 46).
C: Iftiraq: Ia bermaksud berpecah. Antara sebab tanazu itu wajib dielakkan justeru kebimbangan ianya
membawa kepada perpecahan (iftiraq). Firman Allah swt: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada
tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai (berpecah / iftiraq). - (Aal-Imran: 103). Di
sana terlalu banyak hadis yang melarang daripada berpecah dan hukuman berat bagi mereka yang
memecah belahkan kesatuan umat Islam.
Daripada 3 istilah di atas, kita dapat simpulkan bahawa, seseorang muslim terlebih dahulu perlu mengetahui
status perselisihan sama ada ia boleh ditoleransi atau tidak. Di sini akhirnya membentuk saf yang tersusun
apabila ahli-ahlinya faham manakah tempat yang perlu bertoleransi dengan pemimpin dan jemaah lain dan
mana tempat yang wajib dipertegaskan. Di sini pentingnya sesebuah organisasi Islam dan individu Islam
dipimpin oleh orang mahir hukum (alim) bagi mengenal pasti tepat toleransi dan tempat bertegas menurut
syariat, buka menurut akal.
D: Sof Tersusun: Perkara ini dinaskan di dalam surah Sof ayat 4 dan ianya menjadi salah satu illah yang
perlu diambil kira di dalam penyusunan organisasi Islam. Berjuang menentang kezaliman dan berjihad

menegakkan keadilan Islam perlukan kepada saf yang tersusun yang boleh dikatakan mustahil saf
tersusun dapat di capai dengan adanya 2 kepimpinan atau lebih dalam satu-satu masa di satu-satu tempat.
Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya,
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Sof: 4). Dan
saidina ali pernah berkata: kebenaran tanpa organisasi tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang
mempunyai organisasi tersusun.
Untuk memastikan sof ini terus tersusun, kedapatan hadis yang meminta supaya umatnya bersabar
terhadap pemimpin yang mereka tidak sukai dalam perkara teknikal, pendekatan dan lain-lain yang bukan
bersifat usul Islam. Juseru, apabila ada yang tidak berpuas hati dengan pemimpin, maka ditubuhkan jemaah
baru, ada ahli jemaah baru pula tak puas hati dengan pemimpin baru, maka ditubuhkan pula jemaah baru,
seterusnya umat islam berpecah. Ini hikmahnya nabi memerintahkan umatnya bersabar dan patuh kepada
pemimpin sekalipun dalam perkara yang ia tidak sukai.
Ketika berjihad, lawan kebatilan; perkara yang harus pada hari dan waktu-waktu biasa akan berubah
menjadi wajib. Hukum asal pergi ke Mekah melalui mana-mana laluan adalah harus. Tetapi ketika
pembukaan Kota Mekah (perjalanan perang) di zaman nabi SAW, masing-masing wajib mengikut arahan
ketua masing-masing dan jalan yang ditetapkan oleh komander masing-masing, bukan pilih jalan ikut suka
masing-masing. Tiada lagi hujah hukum asal jalan mana-manapun menuju ke Mekah adalah harus ketika
menentang kebatilan. Inilah yang dimaksudkan oleh surah As-Sof ayat 4. Inilah antara konteks wajib taat
kepada pemimpin sekalipun bagi pandangan kita ianya lemah dan kita tidak menyukainya.
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya: Barangsiapa yang
melihat pemimpinnya sesuatu yang ia benci (seperti pemimpinnya lemah, buat keputusan lembab dll), maka
hendaklah ia bersabar, maka tiada seorangpun yagn meninggalkan jemaah walaupun sejengkal, melainkan
matinya adalah mati jahiliah. Kontek hadis ini ialah sabar terhadap kepimpinan yang memimpin jemaah
Islam dalam perkara-perkara bukan usul. Adapun perlawanan kita dengan UMNO dan pemimpin negara ialah
berkaitan isu usul, iaitu perlaksanaan serta penerimaan Syariat dalam konteks negara.
Arahan nabi supaya bersabar ini dilihat dengan jelas bertujuan untuk tidak memecahkan saf yang tersusun
kerana perpecahan itu adalah tindakan yang lebih lemah daripada pemimpin yang lemah itu sendiri.
Dengan mengambil kira syarat-syarat dan garis panduan syariat berkaitan ikhtilaf, tanazu, iftiraq dan sof
tersusun, saya menyimpulkan bahawa kepelbagaian yang tidak membawa perpecahan perlu ditoleransi
dalam konteks kewujudan pelbagai jemaah Islam di Malaysia hari ini. PAS, ABIM, Tabligh, PUM, ISMA,
IKRAM dan lain-lain perlu bantu membantu antara satu sama lain, bukan bertanzu (berbantah-bantah)
dalam perkara furu dengan syarat yang jelas, kepelbagaian yang tidak membawa kepada perpecahan dan
kelemahan seluruh Islam dan umatnya di Malaysia. Ini yang menjadi kunci kepada slogan: kita
bekerjasama pada tempat yang kita sepakati.
Dari satu sudut yang lain jika saya melihat dari sudut positif: bukankah lagi banyak Jemaah Islam yang
menjalankan dakwah, menghidupkan masjid, membina hospital-hospital Islam dan sebagainya adalah lebih
baik? Bukankah lagi banyak NGO yang mengfokuskan pembangunan mahasiswa supaya cintakan Islam,
maka ia lagi baik?
Yang tidak baiknya apabila kepelbagaian membawa kepada perpecahan dan kelemahan seperti infiltration
IRC dalam jemaah ABIM dan PAS bagi tujuan menguasai justeru mereka tidak dilihat sebagai jemaah Islam
yang perfect. Modus operandi mereka ialah menguasai dari dalam dan sehingga tahap menyingkirkan
kepimpanan Jemaah islam yang mereka susupi. (Rujuk Lampiran berkenaan Perkara ini). Ini yang saya kata
tidak sihat. Kepelbagaian jenis ini yagn sentiasa ditentang oleh senior-senior di dalam PAS.
Saya yakin anda semua tahu apabila melihat fakta sejarah PAS, toleransi PAS dengan jemaah lain bukan
sahaja berlaku sekarang, bahkan sewaktu awal-awal dahulu PAS pernah menyerahkan tarbiah perkaderan
pelajar kepada IRC. Saya berpegang dengan prinsip yang sama; menghormati ABIM, Tabligh, ISMA, IKRAM
dan sebagainya dan saya boleh berlapang dada dan gembira untuk bekerjasama antara satu sama lain. Tuan
Guru Presiden PAS sendiri pernah menziarahi dan membuat kunjungan hormat dan pertemuan mahabbah
dengan barisan Majlis Syura Jemaah Tabligh dalam kunjungannya ke Masjid Jamek,Bandar Baru,Sri Petaling
pada 21 Februari 2013 (sebagaimana gambar).

Ada ahli jemaah PAS sewaktu saya belajar dahulu adalah merupakan ahli Tabligh yang masih aktif. Usrah,
sokongan politik, program-program pengisian ilmiah PAS beliau ikuti dengan komitmen yang tinggi. Dalam
masa yang sama beliau keluar bersama-sama dengan rombongan tabligh merantau ke masjid-masjid.
Bukan setakat beliau tidak dipandang seorang oleh saya dan kawan-kawan jemaah yang lain, bahkan beliau
juga adalah pemegang jawatan kepimpinan. Ini sikap keterbukaan PAS yang saya alami dan saksikan.
Ini realit dan sejarah toleransi PAS dengan Jemaah Islam lain di Malaysia. Tetapi akhirnya ianya telah
dikhianati apabila kader-kader PAS ditarbiah mengikut acuan sempit mereka. PAS pernah mengalami
peristiwa pengkhianatan seperti tahun 1980an dalam peristiwa yang dikenali kes pemecatan Mustafa Kadeer.
Pada zaman itu, Mustafa Kader adalah Exco Pemuda Selangor dan juga Ustaz Alias Othman sebagai murabbi
besar IRC terbukti melakukan pengkhianatan melalui dokumen penting penglibatan IRC dalam strategi PAS
yang dikemukakan oleh PAS Shah Alam pada waktu itu. Mereka akhirnya diambil tindakan tegas dibuang
daripada ahli. Sikap mereka ini menyebabkan berlaku perpecahan dalaman parti justeru berlaku tanazu
dalaman dalam perkara bukan usul serta berlakunya ahli yang tidak taat kepada arahan kepimpinan
tertinggi parti yang mereka susupi, justeru mereka lebih taat kepada jemaah mereka dan kepimpinan, iaitu
IRC atau HIS. Di sini punca perpecahan.
Jadi, bukan PAS tidak toleransi, tetapi sejarah mengajar saya supaya berhati-berhati khususnya dengan
orang yang pernah khianati kita. Sebab itu, masalah yang sebenar bukan PAS tidak terbuka untuk jemaah
Islam lain, tetapi realiti IRC serta sejarah dan orang-orangnya perlu dihati-hati. ABIM, Tabligh dan lain-lain
jemaah selain IRC kita cukup terbuka dengan mereka. Tiada pandangan serong, sentiasa berlapang dada
dan bekerjasama pada tempat-tempat tertentu.
Dalam isu zaman setahun dua ini, isu Kajang Move untuk jatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Rahim Ghouse
yang antara Master Mind projek ini adalah seorang IRC. Langkah dua Adun PAS; Saari Sugihb dan YB Hasnul
Baharuddin selari dengan rancangan Rahim Ghouse daripada dalam PKR sehingga kedua-dua Adun ini
engkar arahan kepimpinan tertinggi PAS. Dan semua tahu yang YB Saari Sughib adalah kepimpinan IRC dan
dianggap murabbi penting yang menggunakan nama Abu Urwah. Saya secara peribadi tidak menganggap
game ini adalah game PKR justeru YB Azmin dilihat dipinggirkan daripada arus perbincangan Kajang Move
ini. Sikap IRC yang menyelinap dalam semua parti ini tidak menghormati keputusan kepimpinan tertinggi
parti yang mereka sertai adalah antara punca besar kepada kekalutan dan perpecahan yang berlaku. Cuma
saya tak pasti sejauh mana mereka telah masuk dalam DAP, justeru ada ahli PAS yang telah isytihar keluar
PAS dan masuk DAP adalah daripada gerakan ini yang susur galur pentarbiahan dan murabbinya sampai
kepada insan yang dikenali sebagai Alias Othman, murabbi agong IRC yang juga ahli PAS yang telah dipecat
tahun 1980an. Juga seorang master mind kertas rancangan penyusupan dalam UMNO 1990 yang telah saya
kongsikan dalam tulisan lepas.
Ditambah lagi apabila mereka mempunyai modus operandi keluarkan ahli mereka beramai-ramai apabila
mereka gagal menguasai menguasai sesuatu entiti, satu modus operandi IRC yang terbocor dalam kertas
grand design yang dikenali Harakah Islamiah Syamilah (HIS).
Hari ini, rancangan pembentukan parti baru sebahagian besar pelopornya adalah ahli IRC, maka adakah
anda jangka parti baru ia akan mengambil kerusi PKR, DAP, UMNO, MCA atau MIC dalam PRU akan datang?
Jika mereka bertanding di tempat di mana PAS bertanding, maka semua tahu jawapannya, undi siapakah
yang pecah dan siapa yang berpotensi untuk menang dan siapakah yang paling untung antara PKR, DAP,
MCA, MIC dan UMNO?
Dengan kata lain, jika G18 ingin menubuhkan parti baru dengan nama Islam juga, adakah ia menambahkan
undi menentang BN atau memecahkan undi menentang BN? Adakah matlamatnya memperkukuhkan Islam
atau menjadikan jemaahnya sebagai jemaah unggul yang bersifat ekslusif?
Apa yang bagi saya tidak sihat ialah apabila ada kumpulan yang bersifat hanya jemaah aku sahaja yang
betul dan terbaik dan berlaku pula penyusupan serta saraf untuk jatuh menjatuhkan, maka ini tidak sihat.
Ini yang saya tegaskan salah laku pada IRC di dalam rancangan HIS mereka. Tetapi ada pihak yang spin
seolah-olah PAS tidak mengiktiraf jemaah-jemaah yang lain seperti ABIM, JIM, IKRAM, ISMA dan lain-lain.
Sebagai tambahan, IRC adalah golongan asal yang mempunyai agenda politik yang bersifat ananiyyah
(keakuan aku sahaja yang betul). Adapun JIM, IKRAM dan ISMA adalah evolusi daripada IRC yang bagi

saya pendokong-pendokong jemaah ini adalah orang yang ikhlas sukakan kebenaran dan aktiviti-aktiviti
Islam dan bukan sahaja tidak terlibat, tetapi mungkin langsung tidak mengetahui gerakan IRC / HIS ini.
Dari segi yang lain, semua yang terlibat dengan ahli IRC pada tahun 1970 dan awal 1980an juga bukan
semua tahu tentang rancanga HIS ini. Sebab itu, tulisan saya ini bukan bundle semua sekali, tetapi hanya
IRC yang terlibat dengan HIS sahaja.
Sekian.
Lampiran-lampiran:
1. Bawah 1.1.3, penyusupan (infiltration) adalah salah satu strategi asas HIS.
2. Bawah 3.1.1.3 dengan jelas semua pertubuhan dakwah adalah wajihah (frot kepada HIS).
3. Sebelum 3.1.2, gambarajah HIS menguasai PAS dan ABIM yang dianggap sebagai front.
4. Di bawah 3.2.2.5 menyebut tentang usaha hasrat menyingkirkan kepimpinan ABIM.
5. Di bawah 3.1.2.3 dan 3.1.3 dengan jelas, antara 3 pilihan, IRC memilih untuk mengambil pendekatan
menyusup masuk ke dalam PAS ABIM dll.
6. Dengan jelas, 3.2.2.6 menunjukkan IRC akan merosakkan dan melemahkan jemaah yang mereka susupi
apabila mereka gagal menguasainya dengan mengeluarkan seramai mungkin ahli-ahli asal.
7. Gambar Presiden sewaktu pertemuan dengan pemimpin dan syura Tabligh.

Anda mungkin juga menyukai