Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEMBRONG

86000, KLUANG JOHOR

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI KOKURIKULUM
2014

DAM ULAR PINTAR

TARIKH:
06 OGOS 2014

Kertas Cadangan Projek Inovasi Dam Ular Pintar.


1.1Tajuk
Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Sembrong ialah bertajuk Dam Ular Pintar. Dam ular pintar ini adalah hasil inovasi
dalam cara permainannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang
melibatkan beberapa orang pelajar bersama guru penasihat, guru penolong kanan
kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.
1.2Pengenalan
Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang
India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU
yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan
mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari. Nama
lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria Inggris di mana
versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas
itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton
Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud
"Tangga Ular". Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti:
"Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan".
Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik
Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman
, dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu,
kemarahan, pembunuhan, dan kecurian. Moral pengajaran daripada permainan ini
adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik.
Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran
semula ke bentuk kehidupan yang rendah. Jumlah tangga kurang daripada jumlah
ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar
daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha
(keselamatan). Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.
Justeru, diharap agar inovasi dalam permainan dam ular ini dapat membantu
proses pembelajaran dan pengajaran (pdp) yang lebih menarik.

1.3Objektif
Dapat
Dapat
Dapat
Dapat

menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.


memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.
menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan.
mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi

pelajar.
1.4Rasional projek
Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran
di dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat
pelajar terhadap permainan dan seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu
subjek. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil bermain dam ular yang
diminati oleh pelajar. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik p dan p yang
boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas.
1.5Skop dan limitasi projek
Skop projek Dam Ular Pintar ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di
dalam kelas, mengisi masa lapang ketika ketiadaan guru, semasa mengisi kegiatan
kokurikulum sekolah dan boleh dijadikan set permainan di rumah.
Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek Dam Ular Pintar
ini ialah semasa penyediaan kad pintar. Bagi menghasilkan kad pintar yang unik
dan pelbagai, pelajar memerlukan masa untuk menghasilkan set permainan yang
banyak.
1.6Kepentingan dan Impak projek
Permainan dam ular tradisional hanyalah satu permainan yang mendatangkan
keseronokan semata-mata dan membuang masa sedangkan Dam Ular Pintar pula
mampu memberikan keseronokan disamping menambah ilmu pengetahuan kepada
pelajar.
Proses p dan p yang tradisional seperti sistem kuliah dan chalk and talk
membosankan pelajar dalam kelas. Manakala proses p dan p akan lebih berkesan
dan menarik minat pelajar dengan penggunaan Dam Ular Pintar ini dalam kelas.
Pelajar-pelajar akan mudah tertarik kepada proses pembelajaran dan pengajaran
kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan tiga deria iaitu penglihatan,
pendengaran dan perbuatan.

1.7Anggaran kos projek


BARANG
Dam Ular
Daun Terup
Kertas Warna
Gam
Jumlah

RM
RM
RM
RM
RM

HARGA
3.00
3.00
10.00
1.00
17.00

1.8Tinjauan / Kajian literature


Projek

Dam

Huruf,

kajian

daripada

Emir

Din

Baharudin

Muhamad

Fadheruhisham B. Daud Asmaa' Bt Mohd Sobri Pismp Pendidikan Khas Sem 4. Dam
huruf

ini

merupakan

gabungan

elemen

permainan

dan

pengintegrasian

pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan mengenali huruf konsonan dan


vokal dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam huruf ini
cuba menampilkan kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan
menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanak memang
akan teruja dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan saiz dam
huruf daripada saiz dam ular biasa akan menjadi daya penarik kepada murid.
Namun

begitu,

permainan

ini

tidak

berlalu

sekadar

permainan

biasa,

menggunakan dadu gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk
melambung dadu dan setelah mendapat bilangan langkah yang perlu dilalui, murid
akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, contohnya : dadu
menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar dia tahu destinasinya di
mana, setelah itu, murid memijak huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, guru
dikehendaki membantu murid dalam proses menyebut huruf samada vokal atau
konsonan, setelah sampai ke destinasi, guru boleh meletakkan penanda sebagai
tanda murid tersebut berhenti di situ.
Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya penarik, dam huruf ini
membezakan cara penzahiran huruf konsonan dan vokal, huruf konsonan berada
dalam keadaan biasa, namun, huruf vocal pula dibuat pop-up agar murid dapat
membezakan huruf konsonan dan vokal.

1.9Kaedah penyelidikan atau metodologi projek


KAEDAH
PEMERHATIAN

GAMBARAN

Hasil pemerhatian di sekolah saya mendapati


pelajar-pelajarnya

gemar

bermain

dam

ular

tradisional pada masa lapang. Hasil pemerhatian


mendapati bahawa pelajar lebih tertarik kepada
dam yang berwarna cantik dan bersaiz besar.
LAKARAN KONSEP
Konsep untuk alat ini, diadaptasi daripada reka
bentuk

dam

ular

yang

tradisional.

Konsep

Dam
Ular

permainan Dam Ular Pintar ialah ;


1. Pemain akan membaling dadu dan akan
menjalankan chip mengikut angka pada
dadu.
2. Jika pemain terkena pada nombor yang
mempunyai
mencabut

tangga,
satu

pemain

perlu

pintar

yang

menjawab

soalan

kad

mengandungi soalan.
3. Jika pemain berjaya

tersebut, maka ganjaran untuk menaiki


tangga akan diberikan, jika gagal pemain
tidak dibenarkan untuk menaiki tangga.
4. Manakala jika pemain terkena pada
nombor yang mempunyai ular, pemain
perlu mencabut satu kad pintar yang
mengandungi soalan.
5. Jika pemain berjaya

menjawab

soalan

tersebut, maka pemain dapat mengelak


dari dimakan ular.
6. Sesiapa
yang
sampai

paling

awal

diisytiharkan pemenang.
PROSES PERLAKSANAAN
Minggu 1 Proses perbincangan dan lakaran.
Minggu 2 -Membeli peralatan yang diperlukan.

Kad
Pintar

Minggu 2 - Menghasilkan dam ular pintar


1.10 Pelan perancangan projek
MULA
PENUBUHAN KUMPULAN
PEMILIHAN PROJEK
CADANGAN / PENYELIDIKAN

PERINGKAT UJIKAJI
HASIL
TIDAK

ANALISIS
KELEMAHA
N

UJIAN

BERJAYA

ATAU

PELAKSANAAN

PENAMBAHBAIK
PENILAIAN

TINDAKAN

SUSULAN
ANALISA KAJI SELIDIK
PENYERAGAMAN

TAMAT
1.11

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, projek inovasi Dam Ular Pintar ini memerlukan
kerjasama

berpasukan

dalam

kalangan

pelajar.

Pelajar-pelajar

dapat

berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan


projek

ini.

Perbincangan

dengan

guru

penasihat

memantapkan

lagi

pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan


menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk
menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan
usaha yang jitu daripada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai