Anda di halaman 1dari 6

1.

PENGENALAN

Seiring dengan peredaran dan perkembangan dunia menuju ke arah zaman


kemajuan, penggunaan teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) di seluruh
dunia turut tidak ketinggalan. Oleh kerana, TMK dibina oleh manusia atas dasar
masyarakat maka sains sosial memainkan peranan yang begitu besar dalam era
TMK pada masa kini.
Secara definisinya, sains sosial merupakan satu bidang ilmu sama ada ia
adalah ilmu sastera atau sains yang mengkaji hubungan di antara manusia dan
masyarakat (Zawiyah, 2008). Menurut Rohana, 2006 dalam bukunya Asas Sains
Sosial pula mengatakan bahawa bidang sains sosial itu adalah satu bidang yang
mengkaji tingkah laku manusia dan segala aspek kehidupan manusia di dunia.
Hunt dan Colander, 2002 pula memecahkan sains sosial kepada bidang-bidang
seperti Antropologi, Sosiologi, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sains Politik dan
Psikologi. Di sini dapat dirumuskan bahawa sains sosial ini merangkumi pelbagai
bidang tertentu untuk melihat dan mengkaji segala aspek mengenai manusia
dan kehidupannya di dunia.
Bagi TMK pula, Kamus Dewan Edisi Ketiga karya Dewan Bahasa dan
Pustaka mendefinisikan bahawa teknologi ialah satu aktiviti ataupun kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan dalam pelbagai bidang, kaedah
atau proses untuk menangani sesuatu masalah. Maklumat pula didefinisikan
sebagai sesuatu pengetahuan manakala perkataan komunikasi pula ditakrifkan
sebagai perhubungan secara langsung mahupun tidak langsung. Sebagai
kesimpulan, TMK dapat didefinisikan sebagai satu aktiviti yang menggunakan
pengetahuan

sains

untuk

menyampaikan

sesebuah

maklumat

ataupun

pengetahuan secara langsung mahupun tidak langsung.

2.0

FUNGSI SAINS SOSIAL DALAM ERA TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT

MASA KINI MENGIKUT SUB BIDANG


Sekiranya dirangkumkan, adalah sukar untuk melihat kegunaan sains sosial
dalam era TMK pada masa kini. Oleh itu, adalah lebih mudah untuk melihat
kegunaan atau fungsi Sains Sosial kepada TMK dengan melihat bidang-bidang
tertentu yang terdapat dalam sains sosial.
2.1

Bidang Antropologi Dan Sosiologi


1

Bidang Antropologi dan Sosiologi ialah satu bidang ilmu yang melihat perbezaanperbezaan yang terdapat dalam kelompok manusia atau masyarakat tempatan
dari aspek bentuk dan kebudayaan masyarakat tertentu. Selain itu, ia juga
adalah satu ilmu yang digunakan untuk melihat pertumbuhan, peranan dan
perkembangan peradaban manusia dan kelompok manusia. Oleh itu, bagi
memudahkan data tentang apa yang dikaji dalam bidang ini, kemudahan
teknologi yang digunakan ialah aplikasi SPSS. Melalui SPSS, semua data yang
dikumpul mengikut kategori dapat dipaparkan dan memudahkan lagi paparan
dilakukan sebagai rujukan masyarakat.
2.2

Bidang Psikologi

Bagi bidang Psikologi pula ialah satu bidang yang memberi kefahaman dan
pengetahuan tentang sifat, tingkah laku serta jiwa individu dalam kelompok
manusia. Contoh aplikasi dalam TMK yang digunakan pada masa kini ialah ecounseling.

E-counseling ini merupakan satu perkhidmatan yang mewujudkan

tentang perbincangan, perkongsian pandangan , pengalaman tentang kesulitan


atau masalah yang berkaitan dengan peribadi, keluarga mahupun kerjaya dan
sebagainya serta mencari jalan penyelesaian bersama pada akhir sesi. Melalui
aplikasi ini, masyarakat kini sudah tidak perlu untuk mencari kaunselor di luar
kerana mereka boleh mencari kaunselor secara atas talian. Mereka juga boleh
berhubung

dan

membuat

temujanji

hanya

dengan

menggunakan

emel.

Penggunaan aplikasi ini lebih mudah, menjimatkan masa dan selesa kerana
sudah tidak perlu untuk keluar dari rumah semata-mata untuk mendapatkan
seorang kaunselor.
2.3

Bidang Sejarah

Sejarah pula ialah satu bidang ilmu yang memberi kesedaran tentang keadaan
sebenar masyarakat dan negara pada masa lampau dan kini, pengalaman lepas
dijadikan iktibar kepada masyarakat masa kini agar tidak mengulangi kesilapan
yang sama. Pertti dan Gretel, 1989 mendefinisikan sejarah sebagai bidang
penyelidikan berbentuk ideografi, yang bertujuan untuk memberi huraian yang
konkrit tentang sesuatu peristiwa, benda atau manusia pada masa atau tempat
tertentu.

Bidang

ini

juga

adalah

untuk

memberi

pengetahuan

tentang

perkembangan politik, ekonomi dan sosial kawasan, negara dan tamadun


manusia dengan melihat dokumen atau tinggalan lampau. Contoh aplikasi TMK
yang boleh digunakan bagi memudahkan lagi kajian sejarah ialah melalui
penggunaan Ground Penetrating Radar (GPR). GPR ialah salah satu metod yang
2

digunakan dalam bidang penelitian Arkeologi geofizikal. GPR dapat digunakan


untuk mengesan gambaran bawah permukaan untuk mengukur kedalaman
sesebuah kawasan serta mengesan kedudukan sesebuah artifak arkeologi. Selain
itu, laporan ataupun hasil kajian sejarah pula dapat dipaparkan melalui
pendokumentasian pada laman-laman web tertentu untuk tujuan paparan
kepada masyarakat sebagai medan untuk menimba atau mengetahui sesuatu
pengetahuan.
2.4

Bidang Ekonomi

Di samping itu, bidang ekonomi juga mempunyai peranan dalam bidang TMK.
Ekonomi ialah satu bidang yang mengkaji tentang pengeluaran, pengagihan dan
penggunaan sumber dan barangan serta perkhidmatan selain ia juga merupakan
satu ilmu yang menghurai dan meramal peraturan sosial untuk memuaskan
kehendak ekonomi dan meramal apa yang akan terjadi. Selain itu, ekonomi juga
merupakan penyebab dan yang memberi kesan kepada inflasi, penggangguran
dan cukai dalam masyarakat kita, (Rosanne, 2004). Selain itu, bidang ini juga
turut mencipta aplikasi yang boleh digunakan oleh masyarakat dengan cara
yang lebih mudah dan pantas. Contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah
aplikasi e-dagang, e-shop UMS, Cimb Clicks dan Maybank2u.
2.5.

Bidang Geograf

Dalam perkembangan semasa melalui perubahan peralatan teknologi terkini,


masyarakat kini tidak dapat lari daripada penggunaan kecanggihan dan
kecekapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Fenomena ini berlaku

disebabkan masyarakat mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan bermula


dari era pertanian hingga ke era perindustrian dan seterusnya memasuki era
TMK. Anjakan paradigma ini menyebabkan keperluan terhadap perubahan sistem
pendidikan negara tidak dapat dielakkan bagi memenuhi matlamat masyarakat
bermaklumat sejajar dengan arus pembangunan semasa (Palany, 1997). Dengan
ini kemahiran penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
termasuk Geografi perlu diberi penekanan dan keutamaan. Lebih-lebih lagi
dengan perkembangan kurikulum Geografi terkini yang memerlukan kemahiran
pengaplikasian dan pemikiran yang tinggi, ia amat memerlukan kelestarian
penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi yang melibatkan
pemikiran

secara

kritis

dan

kreatif

melalui

gabungan

konstruktivisme, kontekstual dan kajian kerja lapangan.

pembelajaran

TMK dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran


geografi kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pendidik bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan
menyeronokkan. Ini disebabkan TMK boleh membantu pelajar dalam pembinaan
daya kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan
teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang sejajar
dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi. Antara
penggunaan pendekatan TMK dalam proses pengajaran pembelajaran geografi
terdiri daripada pembelajaran tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.
Penggunaan TMK dalam proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan
hanya setakat di dalam bilik darjah, tetapi juga merentasi di luar bilik darjah
sehingga ke peringkat global. Transformasi maklumat boleh dilakukan dari satu
hala menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran pembelajaran
menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen TMK seperti teks,
audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Sehingga kini
pelajar tidak digalakkan menghafal fakta geografi tetapi amat digalakkan untuk
meningkatkan tahap kemahiran berfikir dan berkomunikasi bagi menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat keputusan. Dengan ini sebagai menyahut
anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan geografi masa kini,
kelestarian penggunaan TMK secara terancang, bersesuaian adalah amat
diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran
pembelajaran geografi di sekolah. Untuk ini guru dan pengamal geografi perlu
memainkan peranan masing-masing dalam melengkapi diri dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan termasuk pedagogi dan kemahiran memilih perisian
TMK demi meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran geografi di sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Geographic Information System (GIS) ataupun Sistem Maklumat Geografi
adalah satu sistem maklumat berasaskan komputer yang boleh menyunting,
menyimpan, memanipulasi, menganalisis dan memaparkan maklumat spatial
dan atribut bagi menyelesaikan pelbagai uji kaji yang kompleks serta masalah
perancangan dan pengurusan. Penggunaan GIS ini telah terbukti berkesan di
dalam pelbagai disiplin terutamanya yang melibatkan pengurusan yang merujuk
kepada kedudukan di atas muka bumi. Aplikasi-aplikasi GIS telah didapati mula
mendapat tempat di hati pengguna yang celik TMK. Kalau dahulu kebanyakan
4

perisian GIS seperti Genasys dan Arc Info menggunakan platform UNIX untuk
beroperasi di mana pengguna terpaksa menghafal dan mengingati beberapa
kata kunci tetapi sekarang dengan kemajuan teknologi komputer, perisian GIS
dapat dijalankan menggunakan platform Windows seperti perisian MapInfo, Arc
View dan Geomedia. Dengan ledakan teknologi Internet, maka sudah ada
perisian GIS yang diperkenalkan untuk beroperasi secara website. Kemudahan
demi kemudahan yang diperkenalkan oleh pembekal perisian GIS akan terus
memperlihatkan kemajuan dalam teknologi ini (Mohd Zambri bin Mohamad
Rabab).
2.6

Bidang Komunikasi

Komunikasi sangat berkait rapat dengan komuniti kerana komunikasi adalah satu
alat yang menggerakkan manusia. Komunikasi juga satu mekanisme yang
melaluinya

perhubungan

penyampaiannya

menerusi

manusia
ruang

wujud

dan

dan

berkembang,

mengekalkannya.

Komunikasi

cara
juga

merujuk kepada sistem sosial yang berkongsi simbol dan makna dan ia mengikat
manusia bersama dalam satu kumpulan, masyarakat, dan budaya. Di samping
itu, dengan adanya TMK dalam komunikasi dapat melahirkan individu yang mahir
dalam

berkomunikasi,

mengurus

dan

mengendalikan

media

cetak

serta

elektronik yang merupakan medan untuk menyampaikan pengetahuan dan


maklumat kepada orang awam. Antaranya ialah,
i
ii
iii
iv

3.0

Penyiaran Langsung Satelit (DBS)


Radio dan Teknologi
Penerbitan Setempat (Desktop Publishing)
Sistem Penerbitan Web

FUNGSI TMK KEPADA SAINS SOSIAL

Dalam era keunggulan maklumat ini, TMK telah menguasai global dengan
berleluasa. Hampir setiap saat masyarakat menggunakan teknologi ini dan
teknologi ni jugalah yang menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal
hampir semua perkara di hujung jari sahaja. Kemajuan TMK ini telah memberikan
banyak manfaat kepada Sains Sosial iaitu individu, masyarakat dan negara.
Kewujudan TMK dapat membantu mengubah budaya masyarakat yang
primitif kepada budaya yang lebih maju. Hal ini dapat dibuktikan apabila TMK
mempercepatkan hubungan antarabangsa. Ini menyebabkan dunia seakan-akan
5

menjadi semakin kecil kerana dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh


dunia tanpa had. Kita dapat menghubungi dengan sesiapa sahaja melalui laman
sembang seperti e-mail, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), Skype dan banyak lagi.
Selain itu, melalui TMK juga kita dapat mengikuti perkembangan semasa yang
berlaku di seluruh dunia seperti perlawanan bola sepak dunia dan berita dunia.
Jika ditinjau lebih dalam lagi, kewujudan TMK juga membantu dalam
pengurusan data dan sistem pengajaran dan pembelajaran ( P&P) dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana pelajar dapat memperoleh maklumat dari
seluruh dunia melalui internet untuk melakukan projekprojek di sekolah.
Kemajuan

TMK

ini

dapat

mengurangkan

dan

menjimatkan

kos

dalam

mendapatkan maklumat.

4.0

KESIMPULAN

Manusia tidak dapat dipisahkan dengan kemudahan teknologi malah ia saling


berkaitan antara satu sama lain. TMK juga menjadi suatu medan yang penting
dalam kalangan ahli Sains Sosial kerana teknologi dapat memudahkan,
mempercepatkan dan menjimatkan masa manusia. Selain itu, TMK merupakan
keperluan asas yang perlu dimiliki oleh pelajar khususnya dari aliran Sains Sosial.
Ini kerana pelajar pelajar Sains Sosial dapat menikmati dan mempelbagaikan
sumber maklumat yang tidak terhad dan membina penjanaan budaya pemikiran
kritis dan kreatif dalam pembelajaran serta mampu menjadikan TMK sebagai
satu medan yang mampu memberi pengetahuan kepada masyarakat luar iaitu
masyarakat dunia secara amnya.

Anda mungkin juga menyukai