Anda di halaman 1dari 1

SI PENCURI

Ali sedang menonton televisyen bersama neneknya sewaktu dia mendengar loceng
pintu hadapan. Ali berlari untuk untuk membuka pintu, mengingatkan kakaknya telah pulang ke
rumah. Dia terperanjat dan berasa takut apabila dia melihat seorang lelaki yang memakai
topeng dan belati ditunjukkan kearah Ali.
Lelaki bertopeng itu cuba menolak pintu dan masuk ke dalam namun Ali bertindak
pantas dengan menutup pintu. Tetapi, lelaki itu amat kuat untuk Ali. Dia berjaya menolak pintu
dengan kuat dan Ali terpelanting. Dengan mendengar bunyi kecoh di hadapan, nenek Ali
menuju kea rah mereka. Dia menjerit dengan kuat apabila melihat lelaki bertopeng dengan
belati tersebut. Jeritan tersebut membuatkan pencuri tersebut berlari kea ah Ali dan
mencederakan tangannya. Darah mengalir daripada luka tersebut dan menitik ke atas katil. Ali
berasa sangat marah dan dia berlari ke hadapan neneknya untuk mempertahankanya.
Ali tidak pasti sama ada hendak panggil polis atau tidak. Walaupun pencuri hampir leka,
Ali gementar untuk membuat sesuatu. Ali telah menarik kain meja untuk membalut tangan
neneknya untuk memberhentikan pengaliran darah. Muka nenek telah menjadi pucat dan
kelihatan tidak bermaya dan dia mula kelihatan seperti hendak pengsan. Ali terdengar suara
yang kuat dan bunyi kain dikoyakkan dari bilik ibu bapanya. Seterusnya dia terdengar bunyi
gelas pecah. Pencuri itu keluar daripada bilik dengan barang-barang berharga. Ali cuba
menghalang pencuri tersebut tetapi berundur setelah melihat pencuri menghalakan belati ke
arahnya. Pada masa itu, pencuri itu ternampak patung figurina yang berada di sebelah set
teelvisyen. Pencuri terus mengambil patung figurina tanpa mempedulikan Ali dan neneknya. Dia
mengepitkannya di ketiaknya dan terus beredar menggunakan pintu utama.
Ali dan nenek hanya melihat sahaja kejadian itu dan tanpa dapat berbuat apa-apa.
Mereka tidak berani untuk membuka mulut kerana ketakutan di mana mereka berasa pencuri
mungkin akan balik untuk mencederakan mereka. Mereka tahu mereka tidak setanding pencuri
tersebut. Pencuri tersebut berjalan kearah elevator sambil memebuka topeng. Selepas
beberapa minit, barulah Ali dan neneknya mula bertindak. Mereka cepat-cepat memanggil pihak
polis.

Anda mungkin juga menyukai