Anda di halaman 1dari 1

Sahabat...

Ketika aku keseorangan dalam kalangan lautan manusia yang


tidak kukenal,
Kau muncul bagaikan pengubat kesunyianku,
Kau hulur tanganmu menanda salam perkenalan kita,
Kujabat tanpa kusedari kaulah bakal teman susah senangku.

Dari bayi,
Kau tatangku dengan penuh kasih,
Menyediakan segala yang terbaik untukku.
Setiap kali kujatuh dalam hidup,
Kauhulur tanganmu mengangkatku kembali,
Kau kukucup dahiku tanda cinta.

Di saat susah dan senang,


Kau bersamaku menemani,
Membantu aku mengenali setiap kerenah ragam duniawi,
Meredah setiap halangan dengan segala tenaga kudratku.

Tiap masa kurebah,


Kau bimbingku dengan pedoman hidupmu,
Hinggaku kuat untuk menempuhi rintangan hidupku,
Kau bagaikan lilin yang membakar dirimu untuk menerangi
hidupku,
Setiap kali aku kebuntuan akal fikiran,
Jasamu terlalu banyak hingga aku tidak terdaya untuk
Kaulah bagai cahaya yang menerangi jalanku yang suram dan membalasnya.
sunyi,
Kau pegang tanganku meredah jalan yang penuh dengan
Walau usia memakan dirimu,
dahan duri tajam,
Kau masih gagah membimbingku,
Memberi segala semangat untuk berjaya.
Masih bertenaga untuk menyayangiku,
Apabila kugembira menyambut kejayaan,
Kau juga tersenyum kegembiraan,
Gembira melihatku berjaya,
Akan tetapi,
Dalam sayu kaubimbang bahawa adakah aku akan bimbingmu
hingga
ke pintu kejayaanmu,
Jangan kau bimbang,
Kusentiasa bersamamu meredah segala rintangan dalam
hidupku,
Memberi segala kata semangat dan tenagaku demi
kejayaanmu,
Kerana,
Kaulah sahabatku...

Ibu...
Hanya tiga huruf untuk memanggilmu,
Namun tanggungjawabmu lebih daripada itu,
Kau jagaku sepanjang masa,
Kasih sayangmu tak dapat kucari dan tidak diganti langsung,
Terlalu suci.

Tak akan kulupa jasamu sehingga mati,


Kerana aku tahu aku perlu membalas jasamu,
Dan aku tahu,
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Anda mungkin juga menyukai