Anda di halaman 1dari 9

DEFINISI BUDAYA DAN EPIDEMIOLOGI PENYAKIT

1. PENGENALAN

1.1.

Definisi budaya
Budaya atau kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh
sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup,
meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara perkara
tersebut adalah seperti pengumpulan bahan bahan kebendaan, pola organisasi
sosial, cara tingkah laku yang dipelajari, imu pengetahuan, kepercayaan dan
aktiviti lain yang berkembang dalam persekitaran manusia. Oleh itu, kebudayaan
adalah sumbangan manusia kepada persekitarannya.
Kebudayaan biasanya di katakan sebagai benda benda seperti lukisan,
kesusateraan, muzik dan falsafah. Kesemuanya ini adalah sebahagian sahaja
daripada kebudayaan dan bukan secara keseluruhannya. Kebudayaan mengikut
pemahaman teknik yang khusus, bukan sahaja merupakan benda yang terdapat di
persekitaran manusia yang dibuat oleh manusia, termasuk benda benda seperti
kayu penggali, upacara suku bangsa, TV A, lukisan, simponi dan soneta.
1.1.1. Kebudayaan, kebendaan dan budaya bukan kebendaan
Dalam penganalisan, kebudayaan selalunya terbahagi kepada kebendaan
dan bukan kebendaan. Kebudayaan kebendaan meliputi bahan bahan fizikal
kebudayaan, beserta dengan cara cara penggunaan. Budaya bukan kebendaan
meliputi kepercayaan, adat resam, ideologi dan struktur sosial. Sungguhpun tidak
dapat dilihat dengan nyata namun semuanya tetap penting.

Sebagai contoh, satu jenis alat tembikar beserta dengan kegunaan adalah
sebahagian daripada kebudayaan kebendaan. Satu tabu untuk berkahwin dengan
saudara perempuan sendiri adalah sebahagian daripada budaya bukan kebendaan.

Penyaluran budaya adalah satu proses bagaimana kebudayaan itu


disampaikan kepada satu generasi yang berikutnya melalui pembelajaran.
Kebudayaan bukan diwarisi secara biologis. Tiap tiap generasi mempelajari
kebudayaan untuk dirinya dan kemudian mengajarnya kepada generasi berikut,
termasuk segala perubahan yang ebrlaku dalam hidupnya. Penyaluran budaya
membolehkan kebudayaan itu diteruskan kepada beberapa generasi. Jika dilihat
daripada kaca mata orang yang menerima, proses ini dinamakan akulturasi.

1.1.2. Timbunan Budaya


Melalui penyaluran budaya, tiap tiap generasi boleh meneruskan
kebudayaan itu daripada bahagian yang ditinggalkan oleh generasi sebelumnya.
Oleh itu, perkara perkara baru akan bertambah dalam kebudayaan itu dan akan
menjadi sebati dengan kebudayaan yang telah ada dari setahun ke setahun. Dalam
pada itu, kadang kadang ada juga yang diketepikan. Timbunan budaya berlaku
apabila lebih banyak tret yang bertambah daripada yang diketepikan dalam
sebarang tempoh yang tertentu.

1.1.3. Kebudayaan dan Masyarakat


Kebudayaan dan masyarakat. Masyarakat merupakan satu kelompok manusia
yang sedikit sebanyak mempunyai perseikatan secara tetap dan teratur dalam aktiviti
kolektif, dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Bukanlah individu yang
yang sama sahaja yang menjadi anggota satu satu masyarakat kerana anggota baru akan
terus menerus lahir di dalamnya dan ada pula yang mati. Oleh yang demikian terdapat
perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama
berabad abad.
Kebudayaan pula bukanlah manusia tetapi apa yang mereka lakukan. Kebudayaan adalah
pelbagai cara hidup yang berbeza di kalangan berbagai bagai masyarakat manusia dan
diperkembangkan.

2.0.

EPIDEMIOLOGI
Epidemiologi adalah satu bidang sains yang berhubungan dengan
penyebaran penyakit manusia. Ia adalah suatu sejarah semula jadi sesuatu
penyakit, tidak hanya termasuk infeksi pada manusia tetapi juga pada haiwan dan
agen lain berperanan sebagai sarang dan vektor. Jika sesuatu penyakit berterusan
terdapat di dalam sesuatu golongan masyarakat, maka penyakit ini bersifat
endemik; jika terdapat prevalensi (kejadian yang tinggi), disebut hiperendemik;
jika terjadi sekali sekala disebut sporadik, dan apabila mencapai tingkat
prevalensi yang tinggi melalui penyebaran yang luar biasa cepatnya maka
keadaan ini disebut epedemik. Secara berturutan, istilah yang sama untuk
penyakit penyakit haiwan ialah enzootik, hiperenzootik, sporadik dan
epizootik. Ada juga beberapa jenis infeksi yang diperoleh secara serentak
daripada suatu sumber yang sama dan tidak disebarkan daripada seseorang kepada
seseorang, sebagai contoh ialah trikinos akibat memakan daging sosej babi dan
keadaan ini di sebut wabak.
Secara epedemiologi, penyakit penyakit yang disebabkan oleh parasit
boleh dikumpulkan seperti berikut:
1. Infeksi melalui kekotoran atau pencemaran, seperti pada protozoa
usus, beberapa helmint usus, kudis yang disebabkan Sarcoptes dan
infestasi kutu.
2. Infeksi yang diperolehi daripada tanah atau air, dengan termakan
bahagian bahagian peringkat infeksi seperti telur Ascaris dan telur
Trichuris, atau melalui kulit, seperti larva berinfeksi cacing kerawit
atau fluk darah.
3. Infeksi bawaan makanan boleh diperoleh:
i) Jika daging mentah atau daging kurang masak yang mengandungi
peringkat larva parasit, contohnya Trichinella dalam daging babi,
cacing pita ikan dalam ikan air tawar di makan atau

ii) Jika larva bersista pada tumbuhan air, contohnya fluk hati biri
biri dimakan
4.

Infeksi bawaan artropod, dengan artropod sebagai perumah


perantara dan vektor penting, misalnya Anopheles dan malaria,
lalat tsetse dan tripanosomiasis Afrika.

5.

Infestasi artropod yang mungkin bersifat khusus, separuh khusus


atau secara kebetulan, bergantung kepada darjah penyesuaian
artropod terhadap perumah.

6.

Keracunan artropod termasuk pelbagai jenis tindak balas


daripada alergi ringan hingga keracunan atau hipersensitiviti yang
menyebabkan kematian

(tidak termasuk parasitosis tetapi

dimasukkan ke dalam senarai untuk memudahkan pemahaman.)

2.1. Faktor-faktor Budaya dalam Epidemiologi


Dalam Epidemiologi, terutama yang berkaitan dengan Antropologi Kesihatan
terdapat 23 faktor-faktor budaya yang boleh menjadi punca suatu penyakit atau
mempengaruhi tahap kesihatan seseorang atau masyarakat. 23 faktor tersebut
berkaitan antara satu sama lain. Faktor faktor tersebut ialah:
1. Family structure (Struktur keluarga)
2. Gender roles (Peranan jantina)
3. Marriage patterns (pola perkahwinan)
4. Sexual behaviour (tingkahlaku seksual)
5. Contraceptive Patterns (corak kontraseptif)

6. Population policy (dasar penduduk)


7 .Childbirth and child-rearing practices
8. Body image alteration (Persepsi tentang tubuh ideal)
9. Diet (Makanan)
10. Dress (Pakaian)
11. Personal higiene (Kebersihan diri)
12. Housing arrangements
13. Sanitation arrangements (Pengaturan kebersihan)
14. Occupations (Pekerjaan)
15. Economic situation (Status ekonomi)
16. Religion (Agama dan sistem kepercayaan)
17. Funerary customs (Adat pengebumian)
18. Culturogenic stress (Stress)
19. Migrant Status (Status Kependudukan)
20. Use of chemical conferters (Penggunaan ubat-ubatan)
21. Leisure persuits (hiburan dan rekreasi)
22. Domestic animals and birds (haiwan peliharaan)
23 . Lay Therapies (pengubatan alternatif)

3.0 KESIMPULAN

Istilah epidemiologi boleh ditafsirkan mengikut komponen iaitu, demo = penduduk


dan logo = sains. Oleh itu, epidemiologi adalah kajian tentang segala-galanya yang menimpa
penduduk. Menurut WHO (2006), epidemiologi adalah satu kajian pengagihan dan
penentuan status kesihatan atau berlakunya penduduk tertentu, dan permohonan kajian ini
untuk mencegah dan mengawal masalah kesihatan. Objektif utama adalah untuk
menyediakan data untuk perancangan epidemiologi dan perubatan untuk mendapatkan
pengetahuan mengenai mekanisme sebab dan akibat yang boleh digunakan sebagai asas
untuk langkah-langkah pencegahan terhadap penyakit itu dan untuk mengkaji proses biologi
seperti kehamilan yang berulang-ulang dan kesuburan. Objektif ini boleh dicapai dengan
menjalankan epidemiologi pengawasan epidemiologi dan kajian epidemiologi. Kajian
epidemiologi berdasarkan objektif boleh dibahagikan kepada kajian penerokaan, deskriptif,
analisis dan eksperimen. Kajian epidemiologi pendekatan berasaskan dijalankan boleh
dibahagikan kepada keratan rentas dan membujur.
Kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah penglibatan kajian pemerhatian
dan intervensi. Kajian epidemiologi mempunyai peranan yang penting dalam kemajuan sains
perubatan.

Kejadian penyakit yang disebabkan oleh interaksi antara manusia (tuan rumah) dengan
pelbagai alam (biologi, fisiologi, psikologi, sosiologi, antropologi) dengan sebab (ejen) dan
persekitaran (alam sekitar)

RUJUKAN
1. Joseph S. Rouce., Roland L. Warren., Sosiologi Suatu Pengenalan, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Manusia, Kuala Lumpur 1986.
2. Ernest Carroll Faust., Paul Chester Beaver.,Rodney Clifton Jung, Dewan Bahasa dan
pustaka Kementerian Pelajaran Manusia, Kuala Lumpur 1987.