Anda di halaman 1dari 14

Nama:

Tingkatan:

SULIT

Bahasa

Melayu

2001

1½jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001

Bahasa Melayu Kertas 1 Satu jam tiga puluh minit

ARAHAN:

Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan

yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga Soalan 7 Baca puisi di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Sultan Abu Bakar

Sultan Abu Bakar konon namanya, Marhum Ibrahim nama ayahandanya, Sikap majlis elok parasnya, Arif laksana sempurna bicaranya.

Serta adil lagi perkara, Ramai memuji segala bangsa, Di dalam negeri senang sentiasa, Banyaklah mereka suka bertemasya.

Johor Bahru konon dinamakan, Di situlah bersemayam paduka sultan, Datuk menteri wazir pilihan, Memerintah di bawah baginda sultan.

Negerinya elok terlalu permai, Jalannya bersih terlalu besar, Segala mereka duduk berkedai, Segala dagangan berbagai-bagai.

Dahulu bernama Tanjung Puteri, Sekarang sudah jadinya negeri, Masa baginda bernama Tanjung Puteri, Johor Bahru nama gelari.

Adapun rumah pegawai sekalian, Di atas bukit tempatnya tuan, Rumah dan kampung elok kelihatan, Kedudukannya itu sangat berpatutan.

Kapal nan masuk berganti-ganti, Kecil dan besar tiada berhenti, Berbuat papan dan beluti, Di tepi enjin kapal menanti.

Ramai Cina bukan buatan, Ada yang bekerja segala galian, Bangsanya tiada teringatkan, Macao, Teo Chew, Khek, Hokkien.

1 Syair ini menceritakan tentang…

A keadaan di negeri Johor Darul Takzim.

B sultan-sultan negeri Johor Darul Takzim.

C penduduk negeri Johor Darul Takzim.

D bandar Johor Bahru.

2 Bagaimanakah keperibadian Sultan Abu Bakar berdasarkan syair di atas?

A sultan yang adil dan bijaksana

B pandai mengambil hati rakyat

C bersopan, baik tingkah laku, dan bijak berkata-kata

D berbudi bahasa dan menghormati orang tua

3 Keamanan, kemasyhuran, dan kegembiraan negeri itu digambarkan dalam…

A rangkap pertama.

B rangkap kedua.

C rangkap ketiga.

D rangkap keempat.

4 Kegiatan utama penduduk negeri yang digambarkan dalam syair di atas ialah…

A bertani.

B melombong.

C berniaga.

D bertukang.

5

Kecil dan besar tiada berhenti bermaksud…

A banyak pedagang kecil dan besar berniaga.

B penduduk negeri itu ada yang kecil dan besar.

C banyak kapal pelbagai jenis.

D pelbagai kapal pedagang datang silih berganti.

6 Rangkap kelapan syair di atas menunjukkan…

A banyak kapal dari negara China datang ke sana.

B pada masa itu banyak orang Cina yang bekerja di negeri itu.

C orang Cina terdiri daripada pelbagai suku.

D susah untuk mengingati suku-suku kaum Cina.

7 Bermuat papan dan beluti bermaksud…

A membawa papan dan kayu bergergaji.

B membawa papan dan papan lapis.

C membawa kayu balak.

D tiada satu jawapan betul.

Soalan 8 hingga Soalan 14 Perhatikan jadual di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pihak kerajaan sentiasa menggalakkan kemasukan pelabur-pelabur asing. Pelbagai langkah telah dilaksanakan melalui dasar-dasar jangka pendek dan jangka panjang. Kemasukan para pelabur akan mempercepat proses pembangunan di negara kita. Rakyat akan dapat menikmati faedah daripada kemasukan pelabur-pelabur tersebut. Usaha menarik minat pelabur untuk melabur di Malaysia dilakukan dengan pelbagai cara termasuk penyediaan kemudahan infrastruktur. Bilangan kemasukan pelabur ke negara kita seperti dalam jadual di bawah.

Bilangan Kedatangan Pelabur Mengikut Wilayah

Wilayah Bulan
Wilayah
Bulan

Januari-Mac

April-Jun

Julai-

Oktober-

September

Disember

Utara

300

340

300

460

Tengah

1200

1600

1900

2100

Timur

600

1500

1500

2000

Selatan

1000

1200

1400

1600

Sabah dan

800

820

890

960

Sarawak

8

Wilayah manakah yang menunjukkan bilangan pelabur yang paling banyak?

A Wilayah Tengah

B Wilayah Timur

C Wilayah Selatan

D Wilayah Sabah dan Sarawak

9 Wilayah manakah yang mengalami kemajuan perindustrian paling lembap sepanjang tahun?

A Wilayah Utara

B Wilayah Timur

C Wilayah Selatan

D Wilayah Tengah

10 Berdasarkan jadual yang ditunjukkan, antara kelima-lima Wilayah di Malaysia, yang manakah wilayah yang paling maju?

A Wilayah Timur

B Wilayah Utara

C Wilayah Selatan

D Wilayah Tengah

11 Perkara-perkara di bawah menarik kemasukan pelabur ke sesebuah wilayah kecuali…

A kemudahan asas seperti jalan raya.

B bilangan tenaga buruh yang ramai.

C pendapatan penduduk yang tinggi.

D bahan mentah yang banyak.

12 Dasar kerajaan yang berkait rapat dengan kemasukan pelabur ialah…

A Dasar Kependudukan Negara.

B Dasar Pendidikan Kebangsaan.

C Dasar Perindustrian Negara.

D Dasar Pembangunan.

13 Apakah kesan yang mungkin berlaku jika sesebuah wilayah tidak dapat menarik minat pelabur untuk melabur?

A Wilayah itu akan mengalami kerugian.

B Pembangunan di Wilayah itu menjadi lembap.

C Wilayah itu akan maju dengan sendiri.

D Tiada sebarang kesan ke atas wilayah itu.

14 Pelaburan bermaksud…

A pemecahan modal.

B penarikan modal.

C penanaman modal.

D pemberian modal.

Soalan 15 hingga Soalan 20 Baca laporan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Guru Penasihat

: Sharon Pamela Isaac : Mariam bt. Abdullah : Paul Leong : Steven Chua :Puan Maria Abdullah Cik Sarah Tan Encik Abdul Halim bin Taha

Kelab Pendidikan Seni ialah persatuan akademik. Tahun ini, persatuan ini telah bergerak aktif. Banyak kegiatan yang telah dijalankan dan disertai oleh anggota kelab ini. Tujuan utama kelab ini adalah untuk memupuk minat para pelajar dalam bidang lukisan dan kraf tangan. Dengan cara ini pelajar dapat meluaskan pengetahuan dan menjadi pelajar yang kreatif. Pada mesyuarat agung persatuan ini yang diadakan pada 18 Januari 2001, hanya 30 anggota persatuan sahaja yang hadir. Namun begitu, dalam perjumpaan berikutnya lebih banyak pelajar yang menyertai kelab ini. Keadaan ini berlaku kerana kempen dan aktiviti

kelab ini yang

pada awalnya berpendapat bahawa kelab ini hanya untuk mereka yang pandai melukis. Setelah menyertai kelab ini, mereka mendapati bahawa aktiviti kelab bukan terhad kepada kegiatan melukis sahaja. Oleh itu jumlah anggota kelab sehingga penghujung tahun telah menjadi 120 orang. Setiap anggota persatuan dikenakan bayaran tahunan sebanyak RM4. Kutipan yuran ini bertujuan untuk membiayai perbelanjaan membeli peralatan dan bahan-bahan untuk aktiviti

kelab ini. Sepanjang tahun lalu, beberapa aktiviti berkaitan dengan lukisan dan kraf tangan telah diadakan. Pada semester pertama, beberapa orang anggota telah menyertai satu pertandingan kraf tangan sempena Hari Kanak-kanak. Seorang peserta kelab, Aliza binti Ahmad telah memenangi tempat ketiga dalam acara pasu berhias. Pertandingan ini kali pertama diadakan dan kami amat bangga akan kejayaan itu. Selain itu, anggota kelab kami juga menyertai pertandingan-prtandingan lukisan yang diadakan di sekitar Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan. Selalunya dalam pertandingan-pertandingan ini, terdapat beberapa anggota kami yang memenangi hadiah dalam acara yang disertai oleh mereka. Kejayaan yang paling membanggakan ialah dalam pertandingan melukis potret.

melukis logo persatuan telah diadakan pada semester

kedua. Pertandingan itu disertai bukan sahaja oleh anggota kelab tetapi juga bukan

pelbagai dan menarik pelajar menyertainya. Banyak di kalangan pelajar

Suatu

pertandingan

anggota. Pemenang pertandingan itu juga bukanlah anggota kelab, iaitu Shamsiah binti Lamin yang menghantar tiga karya. Pihak pengadil mendapati logonya menarik sekali.

Beberapa siri lawatan telah diadakan juga. Kami telah melawat bangunan Infokraf dan Karyaneka. Pada tahun ini lawatan tahunan kami ialah ke Melaka. Kami berharap agar

pelajar amat

kelab ini

dialu-alukan. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada guru-guru penasihat yang banyak membantu kami.

akan lebih maju pada tahun hadapan. Penyertaan lebih banyak

Sekian.

Setiausaha.

15 Kelab Pendidikan Seni ditubuhkan untuk…

A menarik perhatian pelajar meminati lukisan sahaja.

B menarik pelajar meminati kraf tangan sahaja.

C menarik pelajar meminati lukisan, kraf tangan serta lawatan-lawatan.

D menarik pelajar meminati lukisan dan kraf tangan.

16 Apakah sebab-sebab yang mendorong kelab ini disertai lebih banyak pelajar menjelang akhir tahun ?

A kempen-kempen yang berjaya menarik banyak pelajar

B aktiviti kelab yang bukan hanya untuk aktiviti melukis sahaja

C lebih banyak pelajar menyedari kelab itu bukan untuk pelajar yang pandai melukis sahaja

D semua sebab di atas

17 Sumbangan tahunan yang dikenakan kepada setiap anggota bertujuan untuk…

A membiayai lawatan.

B menggerakkan kelab.

C untuk dihadiahkan kepada tempat-tempat yang mereka lawati.

D menyediakan pameran seni.

18 Antara yang berikut yang manakah bukan aktiviti Kelab Pendidikan Seni?

A membuat pasu cantik

B menyertai pertandingan lukisan

C mengadakan peraduan logo

D mengadakan lawatan-lawatan

19 Kelab Pendidikan Seni selalunya menyertai pertandingan berikut kecuali…

A lukisan.

B logo.

C kraf tangan.

D melukis potret.

20 Setiausaha kelab berharap supaya…

A lebih banyak pelajar yang menyertai kelab tersebut.

B lebih banyak aktiviti dapat dijalankan.

C lebih banyak orang meminati bidang kreatif.

D semua jawapan di atas.

Soalan 21 hingga Soalan 30 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

21 Pekerja-pekerja itu

A memangkas

B mencincang

C menghiris

D menggunting

pokok teh di atas bukit.

22 itu berjaya menggelapkan wang di bank sebanyak RM6 juta dengan menggunakan komputer.

A Perompak

B Pencuri

C Pegawai

D Pemeras ugut

23 Banyak negara yang mengenakan selepas penaklukan ke atas Bosnia-Herzegovina.

A sekatan

B desakan

C halangan

D tekanan

ekonomi terhadap Serbia

24 Emak saya menghasilkan itu.

A jahitan

B anyaman

C tenunan

D sulaman

corak bunga yang cantik pada kain cadar

25 Penunggang basikal itu

sebatang tiang elektrik.

A terlentang

B terpelanting

C terpelantingan

D tergelimpang

ke dalam longkang kerana terlanggar

26 Pantai yang bersih itu bertambah berseri apabila ombak

A mengalun

B beralun

C dialun

D beralunan

27 Negara kita sentiasa berusaha untuk bandar.

A tingkatan

B mentingkatkan

C meningkatkan

D meningkat

pendapatan penduduk di luar

28 Perdana Menteri

bahawa sektor ekonomi negara lebih dikuasai

oleh rakyat asing kerana rakyat tempatan tidak sanggup melibatkan diri dalam sektor tersebut.

A tegas

B menegaskan

C menegasi

D mempertegaskan

29 Tahun 1990 telah

A diisytihar

B diisytiharkan

C mengisytiharkan

D pengisytiharan

30 Tiap-tiap pagi Amran

A berkayuh

B mengayuh

C mengayuhi

D berkayuh-kayuh

sebagai Tahun Melawat Malaysia.

basikal ke sekolah.

Soalan 31 hingga Soalan 39 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika ayat itu tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

31 Masyarakat bandar memagari rumah mereka dengan pagar besi atau

A

B

konkrit.Tiada Kesalahan

D

C

32 Bangunan itu telah dibina sejak awal abad kedua-puluh.Tiada Kesalahan

A

B

C

D

33 Sifat keInggerisannya menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk

A

B

bergaul dengan masyarakat setempat.Tiada kesalahan

C

D

34 Suziliana mempunyai sebuah impian untuk memiliki sebuah rumah

A

B

banglo.Tiada kesalahan

D

C

35 Lagu “Rindu” telah tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas di dalam carta

A

B

lagu-lagu popular. Tiada kesalahan

D

C

36 Hanya mereka yang mendapat keputusan 8A sahaja dapat belajar dalam

A

B

aliran Sains Tulen.Tiada kesalahan

D

C

37 Cuaca yang amat dingin di Antartika menyebabkan aku mengokol.

A

Tiada kesalahan.

D

B

C

38 Bumi dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan

A

serangga. Tiada kesalahan

D

B

C

39 Di kalangan masyarakat bumiputera terutamanya di negeri Sabah,

A

B

kompang masih digunakan.Tiada kesalahan.

C

D

Soalan 40 hingga Soalan 48 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A,B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

40 Datuk suka menceritakan mengenai kehandalan para-para pahlawan Melayu pada waktu lapang.

A menceritakan kehandalan para pahlawan

B menceritakan tentang kehandalan para pahlawan

C bercerita kehandalan para pahlawan

D menceritakan mengenai kehandalan para-para pahlawan

41 Anak-anak Mak Limah yang dipersuami dengan orang kaya, cantik-cantik belaka.

A Anak Mak Limah yang dipersuami

B Anak-anak Mak Limah yang dipersuamikan

C Anak Mak Limah yang dipersuamikan

D Anak-anak Mak Limah yang dipersuami

42 Masalah itu diperhalusi di dalam perbincangan mereka.

A dihalus dalam perbincangan

B dihalusi dalam perbincangan

C dihalusi di dalam perbincangan

D diperhalusi di dalam perbincangan

43 Puan Rohani membeli sebentuk anting-anting untuk Salamah sempena hari lahirnya.

A membelikan sepasang anting-anting

B membeli sepasang anting-anting

C membelikan sebentuk anting-anting

D membeli sebentuk anting-anting

44 Bakal-bakal para guru perlu didedahkan dengan kemahiran menggunakan komputer untuk melahirkan pelajar bermaklumat.

A Bakal-bakal guru

B Bakal guru-guru

C Bakal para guru-guru

D Bakal-bakal para guru

45 Encik Harun cuba memperbesarkan lagi perniagaannya.

A memperbesar perniagaannya

B memperbesar lagi perniagaannya

C memperbesarkan perniagaannya

D memperbesarkan lagi peniaganya

46 Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas para pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

A dikenakan terhadap para pelajar-pelajar

B dikenakan di atas para pelajar

C dikenakan terhadap para pelajar

D dikenakan ke atas para pelajar-pelajar

47 Juruhebah radio itu memperdengar sebuah lagu untuk pendengar stesen radio itu.

A Pengacara radio itu memperdengarkan satu lagu

B Juruhebah radio itu memperdengarkan satu lagu

C Juruhebah radio itu memperdengarkan sebuah lagu

D Juruhebah radio itu memperdengar sebuah lagu

48 Susu itu diperkayakan dengan vitamin A dan C.

A diperkaya dengan vitamin A dan vitamin C

B diperkayakan dengan vitamin A dan vitamin C

C diperkaya dengan vitamin A dan C

D diperkayakan dengan vitamin A dan C

Soalan 49 hingga soalan 52 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang yang dicetak tebal.

49 Pensyarah pendidikan itu menjelaskan bahawa kurangnya minat membaca di kalangan pelajar menyebabkan prestasi akademik pelajar di universiti itu merosot.

A Di kalangan pelajar minat membaca yang kurang menyebabkan prestasi akademik mereka merosot mengikut penjelasan pensyarah pendidikan.

B Mengikut pandangan pensyarah itu, ada perkaitan antara kemerosotan akademik dan kurangnya minat membaca di kalangan pelajar universiti.

C Prestasi pelajar dalam bidang akademik merosot kerana minat membaca berkurangan di kalangan pelajar.

D Mengikut pandangan pensyarah, prestasi akademik pelajar di universiti itu semakin merosot kerana mereka kurang membaca.

50 Kempen yang diadakan secara meluas dan berterusan telah berjaya mengurangkan bilangan perokok di kalangan rakyat negara ini.

A Rakyat yang merokok semakin kurang setelah diadakan kempen secara meluas dan berterusan.

B Bilangan kempen yang diadakan secara meluas dan berterusan menyebabkan rakyat yang merokok semakin berkurangan.

C Bilangan perokok di kalangan rakyat negara ini telah mengurang ekoran kempen secara besar-besaran dan meluas.

D Bilangan kempen yang diadakan secara meluas dan berterusan menyebabkan rakyat yang merokok semakin berkurangan.

51 Disiplin yang ketat belum tentu dapat membanteras gejala keruntuhan di kalangan remaja.

moral

A Masalah kemerosotan akhlak remaja mungkin tidak dapat ditangani meskipun peraturan yang tegas dikenakan terhadap mereka.

B Gejala keruntuhan moral remaja tidak bergantung pada disiplin yang ketat.

C Remaja yang kuat disiplinnya tidak akan dilanda gejala keruntuhan moral.

D Gejala keruntuhan moral remaja bergantung pada disiplin yang ketat.

52 Kekacauan yang berlaku di kem tahanan sementara di Semenyih ditimbulkan oleh pendatang Vietnam yang tidak mahu pulang ke negara mereka.

A Rusuhan di kem tahanan sementara di Semenyih menjadi punca pendatang Vietnam enggan pulang ke negara mereka.

B Kemahuan untuk menetap di negara mereka menyebabkan pendatang Vietnam menimbulkan kekacauan di kem tahanan sementara di Semenyih.

C Oleh sebab tidak mahu tinggal di kem tahanan sementara di Semenyih, pendatang Vietnam telah menimbulkan huru-hara di negara mereka.

D Keengganan untuk pulang ke negara sendiri menyebabkan pendatang Vietnam merusuh di kem tahanan sementara di Semenyih.

Soalan 53 dan Soalan 54 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah.

53 Tindakan Raju yang sentiasa menceritakan kelemahan dirinya kepada orang lain tidak ubah seperti…

A cakap berdegar-degar, najis tersangkut di gelegar.

B cicak makan kapur.

C campak baju nampak kurap.

D cubit paha sendiri dahulu sebelum mencubit paha orang lain.

54 Amri ialah seorang pemuda yang sangat keras kepala. Kawannya Hisyam, sudah tidak mahu menasihatinya kerana…

A bagai dakwat dengan kertas.

B burung di bawah sangkar.

C bagai mencurah air di daun keladi.

D bagai menambah gelang bini.

Soalan 55 hingga Soalan 57 Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

55

I Kerajaan negeri Johor bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang di Batu Pahat.

II Sekiranya ada lapangan, saya akan berkunjung ke rumah Salleh.

III Encik Razali telah menceburi lapangan perniagaan sejak berusia 19 tahun.

IV Saya berasa lapangan setelah segala masalah dapat diselesaikan.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C III dan IV sahaja

D I,II,III dan IV

56

I Pelajar yang nakal boleh dihalusi guru dengan berdiplomasi.

II Dengan senang sahaja, Joko dihalusi penyeluk saku.

III Bijirin itu dihalusi hingga halus.

IV Perkara itu perlu dihalusi sebelum kami mengambil keputusan.

A I dan II sahaja

B I dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D III dan IV sahaja

57

I Garangnya persis seekor harimau kelaparan yang ingin menyerang mangsanya.

II Perangai Amalina persis perangai ibunya, lemah lembut dan bersopan santun.

III Rozila akan berlepas ke London persis jam 12.00 tengah hari ini.

IV Baru menjadi pengawas sekolah, tetapi lagaknya persis seorang pegawai tentera.

A I sahaja

B I dan II sahaja

C I,II dan IV sahaja

Soalan 58 hingga Soalan 60 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

58

I Tempat penginapan untuk atlet-atlet Sukan Komanwel telah diuruskan oleh tuan rumah.

II

Budak itu menceritakan dengan panjang lebar tentang peristiwa penculikan yang dilihatnya.

III

Yang turut serta dalam operasi itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

IV

Daripada pertuturannya, saya yakin bahawa Encik Ismail bukan penduduk setempat.

A

I dan III sahaja

B

II dan III sahaja

C

I,III dan IV sahaja

D

I,II,III dan I V

59.

I

Baginda telah mengurniai pahlawan tua itu pingat emas.

II

Semua orang murid tidak dibenarkan ponteng kelas

III

Kereta-kereta itu saling potong-memotong antara satu sama lain.

IV

Nenek saya sentiasa berpesan agar mengikut resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk.

A

I sahaja

B

IV sahaja

C

I dan IV sahaja

D

I, III, dan IV sahaja

60

I

Tindakan Maniam menelefon pihak polis tentang sarang penagih dadah telah mendapat pujian daripada Ketua Polis Daerah Jasin.

II

Ali tidak suka berkawan dengan Daud yang pemalas itu.

III Penduduk kampung menamai Pantai Emas untuk tempat itu.

IV Lakonan pelakon wanita itu sungguh berkesan sekali.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I dan IV sahaja

D I, II, dan IV sahaja