Anda di halaman 1dari 3

Nama:

Tingkatan:

SULIT
02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
1 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001
Bahasa Melayu
Kertas 2
Satu jam tiga puluh minit

ARAHAN: Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. Soalan 1


mempunyai lima pilihan, manakala Soalan 2 dan Soalan 3 tidak mempunyai
pilihan.
Soalan 1
(Masa yang dicadangkan: 45 minit)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara-perkara di bawah.
Panjangnya karangan anda hendaklah kira-kira 180 patah perkataan.
(a) Anda ditugaskan untuk mewawancara seseorang pensyarah di Jabatan
Pengajian Alam Sekitar tentang kegiatan industri yang menyebabkan
pencemaran.
Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
(b) Sejak kebelakangan ini kebakaran sering berlaku.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah
kebakaran daripada berlaku.
(c) Anda merupakan seorang pakar kaunseling. Anda dikehendaki
menyampaikan ceramah yang bertajuk Gejala Sosial Yang Melanda Para
Pelajar dan Cara-cara Untuk Mengatasinya.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
(d) Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan banyak
memberikan sumbangan besar di peringkat antarabangsa. Nyatakan
sumbangan -sumbangan tersebut.
(e) Cogan kata Membaca Jambatan Ilmu menunjukkan bahawa amalan
membaca amat penting kepada masyarakat. Huraikan kepentingan
membaca kepada masyarakat.

Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

[30 markah]
Soalan 2
(Masa yang dicadangkan: 30 minit)
Lihat jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat di
dalam jadual itu, huraikan jenis-jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh
remaja di negara kita pada tahun 1997 dan 1998. Panjangnya huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

JENIS-JENIS KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN


OLEH REMAJA

Jenis Kesalahan
Mencuri kenderaan
Kecurian kecurian lain
Pecah rumah
Mencuri dalam bangunan
Mendatangkan kecederaan
Rogol
Samun
Peras ugut
Membunuh
Jumlah Kes

Tahun 1997

Tahun 1998

406
451
472
277
154
70
58
48
10
1946

500
452
521
260
206
97
89
60
32
2277
[20 markah]

Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Soalan 3
(Masa yang dicadangkan : 15 minit)
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang
paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong
berkenaan berserta jawapan anda. Petikan anda tidak perlu disalin semula.

Satu lagi gejala sosial yang _______(1) daripada sukan ialah perjudian.
Ketika sesuatu pertandingan sukan sedang dijalankan di gelanggang, segelintir
individu _______(2) judi pula di luar gelanggang. Masing-masing ______(3)
wang ringgit dengan meramalkan pasukan yang bakal menjadi pemenang.
Bukan sekadar itu sahaja, malahan ______(4) pihak tertentu yang merasuah
dan mengatur keputusan sesuatu perlawanan. Mereka ini juga dikenali sebagai
bookie. Ada bookie yang _______(5) membayar beribu-ribu ringgit asalkan
pemain sanggup mengikut_______(6) mereka. Akhirnya pemain menjadi boneka
bookie . Hal ini jelas terbukti apabila terdapat ahli-ahli sukan di seluruh dunia,
terutamanya pemain-pemain bola sepak didakwa di mahkamah kerana______(7)
rasuah. Di negara kita, ada pemain bola sepak yang digantung daripada bermain
bola sepak dan ada juga yang________ (8) daerah. Hakikatnya, kerana wang,
mereka menjadi tamak dan hilang kewarasan, lalu bertindak mengikut _____(9)
tanpa memikirkan kesannya, sama ada kepada diri sendiri, negara mahupun
dunia sukan itu_______(10).
[10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Portal Pendidikan Utusan 2001 Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur