Anda di halaman 1dari 3

Nama:

Tingkatan:

SULIT
Bahasa
Melayu
Kertas 2
1jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001
Bahasa Melayu
Kertas 2
Satu jam tiga puluh minit
ARAHAN: Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. Soalan 1
mempunyai lima pilihan, manakala Soalan 2 dan Soalan 3 tidak mempunyai
pilihan.
Soalan 1
(Masa yang dicadangkan: 45 minit)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya
karangan anda hendaklah kira-kira 180 patah perkataan.
(a) Sains dan teknologi telah banyak membawa kemajuan. Komputer
merupakan salah satu ciptaan sains dan teknologi.Penggunaan komputer di
negara-negara membangun begitu ketara sekali.
Bincangkan tentang penggunaannya.
(b) Sebagai seorang yang berpengaruh dalam masyarakat, anda diminta untuk
memberikan ulasan tentang sebab-sebab remaja lari dari rumah.
(c) Banjir merupakan salah satu daripada bencana alam di dunia. Bincangkan
sebab-sebab berlakunya banjir dan cara-cara untuk mengatasinya.
(d) Kehidupan seorang pengemis sungguh mengharukan. Ceritakan
pengalaman anda jika ditakdirkan menjadi seorang pengemis.
(e)

Walaupun kita berada di negeri orang, namun negeri sendiri tetap menjadi
ingatan. Bak kata pepatah Hujan emas di negeri orang, manakan sama di
negeri sendiri. Tulis sebuah cerita berdasarkan pepatah ini.

[30 markah]

Soalan 2
(Masa yang dicadangkan: 30 minit)
Lihat graf di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang diberikan,
huraikan sebab-sebab penjualan kereta Proton di negeri Selangor
meningkat, tetapi kemudian menurun. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.

Unit
35000
30000
25000
20000
15000
12500
10000
5000
1994

1995

1996

1997

1998

[20 markah]

Soalan 3
(Masa yang dicadangkan : 15 minit)
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang
paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong
berkenaan berserta jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.

Sebagai negara pertanian, negara kita ____(1)____berusaha bersungguhsungguh untuk_____(2)____lagi______(3)_____pertanian di samping


meninggikan lagi mutu hasil tanaman. Hasil pertanian negara ini____(4)_____
sahaja untuk kegunaan penduduk_____(5)_____ tetapi untuk _____(6)_____
juga. Untuk______(7)_______ hasil pertanian dapat dihasilkan dengan banyak
dan_____(8)_____, beberapa faktor perlu_____(9)_____seperti tanah,
pemilihan benih, penggunaan baja, teknik menanam dan proses
penyenggaraan. Ada faktor-faktor lain yang perlu diberi______(10)_______
seperti kejadian banjir dan serangan penyakit. Semua di atas boleh membantu
meningkatkan pengeluaran sektor pertanian.
[10 markah]