Anda di halaman 1dari 36

BAB 1

PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Bidang sumber manusia dahulunya dilihat kepada keupayaan seseorang
melakukan kerja tanpa menghiraukan personaliti seseorang pekerja. Jadi, anggota
sesebuah organisasi memerlukan kemahiran dalam diri yang sedia ada bagi
membentuk hubungan yang baik sesama ahli organisasi. Kemahiran ini bukannya
kemahiran yang tetap tetapi boleh digilap atau diperbaiki dalam diri seseorang.
Lazimnya, kemahiran inilah dirujuk sebagai kemahiran insaniah (soft skills). Kemahiran
insaniah merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru di Malaysia.
Dengan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi, proses pengajaran dan
pembelajaran diandaikan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam
mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Ini sejajar dengan kenyataan bahawa
pengajaran yang berkesan merupakan teras kepada pembentukan modal insan.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah insaniah dikaitkan dengan
manusia yang bersifat kemanusiaan dan akhlak seseorang individu. Antaranya ialah
kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,
kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.
Kemahiran insaniah dalam konteks pembangunan sumber manusia, merujuk kepada
istilah sosiologi yang merujuk kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik sosial,
kemampuan berbahasa, norma peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap
optimis

seseorang.

Kemahiran

insaniah

merangkumi

beberapa

aspek

dalam

mempertingkatkan kualiti peribadi yang merangkumi erti tanggungjawab, kepercayaan


diri, kemampuan berinteraksi, pengenalan diri, integriti dan kejujuran. Kemahiran
insaniah inilah membantu meningkatkan keterampilan interpersonal. Kemahiran-

kemahiran inilah akhirnya melengkapi kemahiran lahiriah yang menyempurnakan


seseorang manusia.
Menyedari betapa pentingnya kemahiran insaniah ini di kalangan guru maka
kajian ini telah dilaksanakan bagi melihat tahap kemahiran insaniah yang diperlukan
dan yang diperolehi oleh guru sekolah menengah.
1.1 Objektif Kajian

1.1.1 Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap perolehan kemahiran insaniah dan
tahap keperluan kemahiran insaniah oleh guru sekolah menengah semasa sesi
pengajaran didalam aspek berikut :
a) Kemahiran berkomunikasi

b) Kemahiran berfikir secara kritis


c) Kemahiran menyelesaikan masalah
d) Pemahaman budaya
1.1.2 Kajian ini bertujuan untuk menyiasat tahap keperluan penguasaan kemahiran
insaniah dari segi :
i.

Kemahiran berkomunikasi

ii.
iii.
iv.

Kemahiran berfikir secara kritis


Kemahiran menyelesaikan masalah
Pemahaman budaya

1.1.3 Kajian ini bertujuan untuk menyiasat tahap keperluan penguasaan sedia ada
kemahiran insaniah dari segi :
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berfikir secara kritis
iii.
Kemahiran menyelesaikan masalah
iv.
Pemahaman budaya
i.
ii.

1.1.4

Untuk mengkaji perbezaan dikalangan kemahiran- kemahiran insaniah yang


diperlukan dan sedia ada oleh guru semasa proses pengajaran.

1.2 Signifikan Kajian


2

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kemahiran insaniahsoft skills
diperlukan dan diperolehi oleh guru-guru sekolah menengah.Dapatan kajian ini boleh
menjadi rujukan kepada beberapa pihak bagi meningkatkan pentadbiran pengurusan
sekolah dan seterusnya menjayakan transformasi pendidikan. Antara kepentingan
kajian ini dijalankan adalah :
1.2.1 Kajian ini sebagai sumber rujukan professional kepada semua institusi latihan
perguruan seperti Institut Perguruan dan universiti tempatan dalam meningkatkan
kualiti guru-guru baru pada masa akan datang.
1.2.2 Kajian ini juga membolehkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan
yang bertanggungjawab seperti Institut Aminuddin Baki ( IAB) merangka dan
merancang program latihan dan seminar khususnya berkaitan konsep insaniah
guru kerana kemahiran ini penting dan perlu ada dalam diri setiap guru.
1.2.3 Kajian ini dapat memberi satu gambaran dan keyakinan kepada pentabdir
sekolah terhadap kemahiran insaniah dalam kalangan guru sekolah menengah
yang dapat diterapkan

untuk memperbaiki pengurusan sekolah bagi mencapai

visi dan misi sekolah.


1.2.4 Kajian ini memberi kesedaran kepada guru-guru sekolah menengah bahawa
kemahiran insaniah dapat membantu mereka menjalankan tugas dengan baik di
samping menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.
1.2.5 Kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada guru-guru untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemampuan mereka dalam kemahiran insaniah.
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
3

2.0 Teori / Pendekatan / Model


Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan rangka kerja yang
mencadangkan pendekatan yang perlu digunakan dalam melaksanakan kemahiran
insaniah. Rajah 2.1 menunjukkan Model Terapan Empat Elemen Kemahiran Insaniah
yang dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006.

BERKOMUNIKASI
PROSES
PENGAJARAN

KEMAHIRAN
INSANIAH

MENYELESAIKAN
MASALAH

GURU
GURU

KEFAHAMAN
BUDAYA
BERFIKIRAN KRITIS
Rajah 1 : Model Terapan 4 Kemahiran Insaniah
Rajah 1 : Model Terapan Empat Elemen Kemahiran Insaniah
Kemahiran insaniah dilaksanakan secara nyata dan ditafsir mengikut sistem
pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan. Model ini menerangkan
tentang proses pengajaran yang perlu melalui kemahiran insaniah yang mempunyai
empat elemen kemahiran yang terdiri daripada kemahiran berkomunikasi, kemahiran
menyelesaikan masalah, kefahaman budaya dan kemahiran berfikir secara kritis oleh
guru semasa proses pengajaran di kelas.
a) Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills) (CS)
Terdapat tiga tahap dalam kemahiran berkomunikasi (CS). Tahap-tahap tersebut
adalah seperti berikut:

i) Tahap CS 1: Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan


dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
ii) Tahap CS 2: Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif
dan memberi maklum balas.
iii) Tahap CS 3: Kebolehan membuat pembentangan secara jelas, penuh
keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
iv) Tahap CS 4: Kebolehan memperkembangkan kemahiran komunikasi sendiri

b) Kemahiran Menyelesaikan Masalah (Problem Solving) (PS)


kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah
baru dan berlainan. Terdapat tiga tahap dalam elemen ini. Iaitu,
i) PS 1: Kebolehan mengenalpasti masalah dalam situasi kompleks dan kabur
serta membuat penilaian yang berjustifikasi.
iii) PS 2: Kebolehan mencari penyelesaian alternative dan bertahan menjalankan
tanggungjawab sepenuhnya

c) Kemahiran Berfikir Secara Kritis (Critical Thinking) (CT)


Kemahiran ini melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis.
Elemen ini menerapkan keperluan kepada budaya pemikiran bercirikan ..
i)

CT 1 :

Kebolehan mengembang dan memperbaiki kemahiran berfikir

seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan


ii)

CT 2 : Kebolehan mencari idea dan berfikir melangkaui batas pemikiran

iii)

CT 3 : Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang sah dan


menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi persekitaran kerja
5

f) Kefahaman Budaya (Interpersonal Competency) (IC)


Kefahaman Budaya menekankan aspek kebolehan untuk mengamalkan interaksi
sosial dan amalan budaya dalam standard profesionalism keguruan. Terdapat dua
tahap dalam elemen ini. Berikut adalah tahap-tahap elemen ini.
i) IC 1: Keupayaan untuk mengajar murid daripada latar belakang budaya yang
berbeza.
ii) IC 2: Kebolehan berhadapan dengan prejudis yang ditunjukkan oleh ibubapa
murid.
2.1 Sorotan Kajian
Keperluan Kemahiran Insaniah
Kemahiran insaniah telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan
penyelidik di serata dunia. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang perlu
dimiliki oleh seseorang untuk berfungsi dengan berkesan sewaktu melakukan pekerjaan
mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran insaniah berkembang
melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman
Zahiri, 2007). Kemahiran insaniah ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama
ada di peringkat rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. Menurut Megat
Aman Zahiri, 2007, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM meletakkan piawaian bagi semua
kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang
menerapkan kemahiran generik yang meliputi

Kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat


keputusan

kemahiran interpersonal dan berkomunikasi

kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat

kemahiran kepimpinan,

lemahiran keusahawanan

Selain itu, Tran dan Thi Tuyet (2013) dalam kajiannya telah menyiasat persepsi
pelajar pengajian tinggi, graduan baru dan majikan di Vietnam mengenai isu
pembangunan kemahiran dalam sistem pendidikan Institusi Pengajian Tinggi di
Vietnam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat usaha untuk membangunkan
kemahiran insaniah dalam sistem pendidikan . Namun demikian, usaha itu dihalang
oleh kaedah pengajaran tradisional, ketidakpedulian dalam kalangan pelajar dan ciri-ciri
kebudayaan.
Laporan tinjauan yang dikendali oleh Office Team, HR.com dan International
Association of Administrative Professionals (IAAP) (2007) menyatakan bahawa
pengurus sumber manusia akan memberi keutamaan dalam memilih pekerja yang
mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi berbanding pekerja yang kurang kemahiran
insaniah.
Seterusnya, Devadason, Evelyn Shyamala , Subramaniam, Thirunaukarasui
Daniel, Esther Ghanamalar Sarojini (2010) telah mengkaji tentang kemahiran insaniah
dalam kurikulum formal. Tumpuan khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor
yang penting dalam mempengaruhi pemerolehan kemahiran yang ditetapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhan, proses pengajaran dan
pembelajaran yang efektif memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.
Seterusnya, Shakir dan Roselina (2009) dalam artikelnya membincangkan
pembangunan modal insan menerusi tujuh elemen kemahiran insaniah yang
merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan
maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran
kepimpinan.

BAB 3
7

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Sampel Kajian


Populasi bagi kajian ini terdiri daripada guru-guru sekolah menengah yang
sedang mengajar di sekolah menengah harian. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang
guru yang sedang berkhidmat di negeri Kedah dan Perak.

3.2 Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian merupakan satu pelan tindakan yang menerangkan secara
mendalam mengenai cara sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2005). Kaedah atau
teknik yang digunakan untuk memperoleh maklumat dalam penyelesaian masalah juga
boleh ditakrifkan sebagai reka bentuk kajian.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah kuantitatif kajian deskriptif
berasaskan tinjauan. Menurut Gay (1981) kajian deskriptif ini ditakrifkan sebagai satu
kajian yang menjelaskan mengenai keadaan semasa bagi subjek tertentu dalam kajian.
Ini membolehkan pengkaji mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kemahiran
insaniah yang diperlukan serta telah diperolehi oleh guru sekolah menengah semasa
proses pengajaran.
Seterusnya, kajian ini melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat
dari responden yang terlibat sahaja. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah
bersifat kuantitatif. Data yang dikumpul dianalisis secara statistic dengan menggunakan
perisian SPSS. Data yang dikumpul juga akan digunakan untuk menjawab objektifobjektif kajian yang telah ditetapkan.
Pemilihan kaedah soal selidik digunakan adalah kerana ia dapat menjimatkan
masa dan tenaga penyelidik. Proses pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat
kerana proses ini tidak melibatkan perbelanjaan yang besar, bahkan memudahkan kerja
menganalisis data.
8

Secara keseluruhan, soal selidik dalam kajian ini mengandungi dua bahagian.
Bahagian A mengandungi maklumat demografi iaitu jenis jantina, kumpulan etnik,
pengalaman mengajar, lokasi institusi dan negeri institusi. Bahagian B mengandungi 17
item soal selidik bagi meneroka kemahiran insaniah pelajar. Instrumen ini dapat dilihat
dalam jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Instrumen Kajian
Aspek Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi

No Item
1 12
16a,16b, 16c, 17a 17b,

Pemikiran Kritis

17c, 18, 20, 21, 23


13, 14, 15, 19, 22, 24

Kemahiran Menyelesaikan
Masalah
Pemahaman Budaya

25 37

Bagi menilai tahap keperluan dan tahap keperolehan kemahiran insaniah oleh
guru, analisis dijalankan dengan menggunakan skor min yang diperolehi. Julat skor min
yang diperolehi adalah antara 1.00 hingga 5.00 (Mohd. Majid Komting, 2004). Tahap
analisis min mengikut tahap rendah, sederhana dan tinggi ditunjukkan dalam jadual 2 di
bawah:
Jadual 2: Tahap Analisis Min
Bil
1
2
3

Min
1.00 2.33
2.34 3.67
3.68 5.00

Tahap Skor
Rendah
Sederhana
Tinggi

Sumber: Mohd. Majid (2004)

Penggunaan soal selidik dalam kajian ini adalah satu bentuk kajian yang sangat
terkenal dalam kalangan pengkaji. Hal ini kerana ia merangkumi bidang yang luas dan
9

boleh dirangka dengan mudah. Data yang didapati daripada responden tanpa sebarang
tekanan dan rasa bimbang (Syed Arabi Idid, 1992). Maklumat yang diperoleh juga boleh
disimpan secara sulit.

3.3 Prosedur Pengumpulan Data


Pengaji hendaklah mendapatkan persetujuan daripada Pengetua sekolah yang
dipilih untuk kajian. Pengkaji hendaklah menerangkan objektif kajian yang bakal
dijalankan kepada guru-guru di sekolah tersebut.
Pengkaji juga perlu menyediakan satu surat pengenalan diri yang disertakan
bersama-sama dengan borang soal selidik yang memberi penjelasan tentang tujuan
kajian. Kerjasama daripada guru yang terlibat juga amat diperlukan agar dapat
menjawab soal selidik berkenaan dengan jujur dan ikhlas.
Selain itu, jaminan juga mesti diberi oleh pengkaji bahawa segala maklumat yang
diberikan dalam soal selidik dirahsiakan. Pengkaji mengedarkan sendiri soal selidik
kepada guru-guru yang terlibat dan mengumpulkan semua soal selidik selepas
seminggu.
3.4 Prosedur Analisis Data
Borang soal selidik yang dikumpul dikodkan dengan nombor 001 hingga 020.
Perisian SPSS versi 22 digunakan untuk memasukkan pembolehubah dan skala yang
diberikan oleh responden. Data dipindahkan (transform) dan digabungkan mengikut
item dan jenis kemahiran insaniah. Selain itu, data juga digabungkan mengikut skor
keperluan kemahiran insaniah dan skor kemahiran diperolehi. Keputisan graf dan skor
min dijanakan dengan bantuan perisian SPSS. Hasil keputusan dianalisis dan
diintepretasi mengikut jadual. Akhir sekali, kesemua data ini digunakan untuk membuat
keputusan dan kesimpulan.

10

BAB 4

PENEMUAN KAJIAN

4.1 Latar Belakang Responden


Latar belakang responden dalam kajian ini melibatkan lima pembolehubah iaitu
jenis jantina, kumpulan etnik, pengalaman belajar, lokasi institusi dan negeri institusi.
Pembolehubah pengalaman belajar, lokasi institusi dan negeri institusi tidak
disenaraikan dalam jadual disebabkan kesemua responden dipilih dari institusi sama
yang berada dalam lokasi Bandar. Pengalaman belajar juga tidak banyak berbeza
disebabkan kesemua mereka berada dalam keadaan yang sama peringkatnya.
Pembolahubah yang lain dapat dilihat dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Taburan Responden kajian
11

Jantina /

Melayu

Cina

India

Jumlah

Bangsa

Lelaki

Perempuan

10

35

45

10

15

17

85

20

100

45
9

Jumlah

45

Nota: F = frekuensi
% = peratus
Analisis daripada jadual di sebelah, menunjukkan perbezaan yang sangat ketara di
antara bilangan responden lelaki dengan bilangan responden perempuan. Bilangan
responden perempuan melebihi bilangan responden lelaki dengan perbezaan sebanyak
70%. Sebahagian besar responden kajian terdiri daripada keturunan Melayu dan India.
Data ini juga dapat ditunjukkan dalam graf bar di bawah yang dihasilkan melalui SPSS:Rajah 2: Perbandingan antara jantina

12

Rajah 3: Perbandingan antara Bangsa

13

4.2 Dapatan

Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengkaji tahap kemahiran yang
diperolehi oleh pelajar institusi pengajian daripada latihan perguruan yang mereka ikuti.
14

Pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis setiap item dan
seterusnya setiap kemahiran insaniah yang diperolehi dengan menggunakan nilai min.
Tahap perolehan yang didapati daripada setiap item dianalisis bagi mengetahui dengan
lebih mendalam tahap yang diperolehi oleh pelajar. Jadual 4 di sebelah menunjukkan

Jenis Item

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

10

10

55

25

Item 2

55

40

Item 3

10

40

50

Item 4

25

70

Item 5

25

70

20

70

35

60

40

50

Item 9

40

55

Item 10

45

50

Item 11

10

55

35

Item 12

15

55

30

Item 1

Item 6

Tahap 1

Item 7
Item 8

peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran
komunikasi.
Jadual 4: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran Komunikasi.
Dalam kemahiran insaniah komunikasi, tiada responden yang memperolehi
tahap tidak boleh langsung dan tahap kebolehan sedikit juga menunjukkan peratusan
yang rendah. Kebanyakan responden memilih tahap 4 dan 5. Bagi item 4,5 dan 6
peratusan tinggi iaitu 70% menunjukkan dapat memeperolehi kemahiran komunikasi
yang baik. Bagi mengkaji dengan lebih teliti, jadual min dihasilkan.
15

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item

Item

Item

10

11

12

Min
S.

3.95

4.35

4.40

4.65

4.65

4.55

4.55

4.35

4.50

4.45

4.25

4.15

piaw

.887

.587

.681

.587

.587

.826

.605

.813

.607

.605

.639

.671

ai
Jadual 5 : Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran
komunikasi

Jadual 5 di atas juga membuktikan bahawa item 4 dan 5 memperolehi min yang tinggi
(4.65) berbanding item yang lain. Item-item yang lain menunjukkan min yang hampir
sama tinggi. Namun item 1, menunjukkan min yang sangat rendah (3.95) dalam
kemahiran komunikasi ini.
Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam
kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, item 13 hingga item 24 dikaji. Jadual
menunjukkan peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam
kemahiran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

Jadual 6: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah

Jenis Item

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3
16

Tahap 4

Tahap 5

Item 13

40

55

Item 14

50

45

Item 15

35

60

Item 16a

45

50

Item 16b

10

45

45

Item 16c

10

50

40

Item 17a

45

50

50

50

Item 17b
Item 17c

45

50

Item 18

40

55

Item 19

40

55

Item 20

10

45

45

Item 21

45

50

Item 22

15

30

55

Item 23

40

55

Item 24

10

45

45

Dalam kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah ini, hanya 5% responden


menunjukkan memperolehi kemahiran tahap sedikit kebolehan, iaitu tahap 2. Manakala
hanya 5% hingga 10% memilih tahap sederhana kebolehan. 40% ke atas memperolehi
kemahiran ini dalam tahap tinggi dan sangat tinggi. Perincian juga dapat dilihat dalam
jadual min di bawah.

Jadual 7: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran
Kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah

17

Min
s.

Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item

Item Item Item Item

13

21

14

15

16a

16b

16c

17a

17b

17c

18

19

20

22

23

24

4.45 4.40 4.55 4.45 4.35 4.30 4.45 4.50 4.45 4.50 4.50 4.35 4.45 4.40 4.50 4.35

piaw .759 .598 .605 .605 .671 .657 .605 .513 .605 .607 .607 .671 .605 .754 .607 .671
ai

Daripada jadual 7 di atas, item 15, menunjukkan nilai min yang sangat tinggi iaitu 4.55.
Manakala Item yang lain menunjukkan purata min yang hampir sama. Tiada item yang
menunjukkan nilai min kurang daripada 3.00. Ini menunjukkan responden memperolehi
hasil yang baik dari sesi pembelajaran.
Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam
kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, item 25 hingga item 34 dikaji. Jadual
menunjukkan peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam
kemahiran kemahiran kerja berpasukan.

Jadual 8: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran kerja


berpasukan.

Jenis Item

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Item 25

15

50

35

Item 26

15

45

40

Item 27

45

50

Item 28

10

30

60

65

35

Item 29
18

Item 30a

45

50

Item 30b

40

50

35

55

Item 31a

40

60

Item 31b

40

60

25

65

Item 32

45

50

Item 33

10

55

35

Item 34

50

45

Item 30c

Item 31c

Dalam kemahiran kerja berpasukan

ini, 5% responden memilih dalam tahap tidak

dapat langsung dan sedikit kebolehan. Namun, kebanyakan responden berada dalam
tahap 4 dan 5.

Purata 50% berada dalam tahap 5. Perincian juga dapat dilihat dalam

jadual min di sebelah.

Jadual 9: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran
Kerja berpasukan
Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item
25
Min
S.pi
awai

26

27

28

29

30a

30b

30c

31a

31b

31c

32

33

34

4.20 4.25 4.45 4.50 4.35 4.45 4.30 4.35 4.60 4.60 4.50 4.45 4.25 4.40
.696 .716 .605 .688 .489 .605 .979 .988 .503 .503 .827 .605 .639 .598

Item 31a dan 31b, menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.60. Manakala Item yang
lain menunjukkan purata min yang hampir sama. Item 25 menunjukkan min yang
19

sangat rendah dalam kemahiran ini iaitu 4.20. Namun, tiada item yang menunjukkan
nilai min kurang daripada 3.00. Ini menunjukkan responden memperolehi hasil yang
baik dari sesi pembelajaran.
Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam
kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, item 35 hingga item
38 dikaji. Jadual menunjukkan peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap
item dalam kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.

Jadual 10: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran


Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Jenis Item

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Item 35

40

60

Item 36

35

65

Item 37

50

50

Item 38

55

45

Dalam kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat ini, tiada


responden memilih dalam tahap 1,2 dan 3. Semua responden berada dalam tahap 4
dan 5.

Kebanyakan responden berada dalam tahap 5 dan daripada jadual didapati

item 36 menunjukkan peratusan tinggi dalam tahap 5 dan peratusan terendah dalam
tahap 4 kemahiran ini. Perincian juga dapat dilihat dalam jadual min di bawah.
20

Jadual 11: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Min

S.piawai

Item 35

Item 36

Item 37

Item 38

4.60

4.65

4.50

4.45

.503

.489

.513

.510

Nilai min yang tertinggi dapat dilihat dalam item 36, iaitu 4.65. Keseluruhan item dalam
kemahiran ini menunjukkan nilai min lebih daripada 4.45

dan tiada item yang

menunjukkan nilai min kurang daripada 3.00. Keadaan ini menunjukkan kemahiran
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

berjaya

mempengaruhi

responden untuk memperolehi kemahiran ini dengan baik.


Bagi menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam
kemahiran keusahawanan, item 39 hingga item 43 dikaji. Jadual 12 menunjukkan
peratusan tahap yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran
kemahiran keusahawanan.
Jadual 12: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran
keusahawanan.
Jenis Item

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

25

75

15

40

40

15

65

20

10

35

50

10

45

45

45

55

Item 39
Item 40

Item 41
Item 42

Item 43
Item 44

21

Item 39 menunjukkan peratusan yang tertinggi setakat ini, iaitu 75%. Ini menunjukkan
kemungkinan kemahiran teknologi maklumat telah membantu dalam pencarian peluang
pekerjaan. Namun, pemilihan tahap 1 dan tahap 2, masing-masing 5% dalam
kemahiran ini tidak begitu menunjukkan dapatan yang baik. Peratusan tahap 4 dan 5,
juga tidak menunjukkan nilai yang tinggi. Jadual min di bawah juga menunjukkan
keadaan yang sama.
Jadual 13: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran
keusahawanan

Min
S.piawai

Item 39

Item 40

Item 41

Item 42

Item 43

4.75

4.10

4.05

4.30

4.35

.444

1.021

.605

.865

.671

Item 44

4.55

.510

Sepertimana hasil dalam jadual peratusan pemilihan, Item 39 juga menunjukkan


nilai min yang tertinggi iaitu 4.75 setakat ini. Sepertimana dalam jadual peratusan tahap
perolehan, jadual min juga menunjukkan item 40 dan 41 memperolehi nilai min yang
sedikit dalam kemahiran ini. Item 41, iaitu, kemahiran membina peluang kerjaya
menunjukkan nilai min yang paling rendah (4.05) dalam kemahiran keusahawanan ini.
Walaupun begitu, tidak terdapat nilai min kurang daripada 3.00 dalam kemahiran ini.
Kemahiran seterusnya adalah kemahiran etika dan moral professional. Bagi
menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam kemahiran
keusahawanan, item 45a hingga item 48 dikaji. Jadual menunjukkan peratusan tahap
yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran etika dan moral
professional.

22

Jadual14: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran etika dan moral
professional.

Jenis Item

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

35

65

Item 45a
Item 45b

45

50

Item45c

10

40

50

Item 46

25

70

Item 47

10

65

25

Item 48

10

30

60

Dalam kemahiran ini, tiada responden memilih dalam tahap 1 dan 2. Semua responden
berada dalam tahap 3, 4 dan 5. Kebanyakan responden berada dalam tahap 4 dan 5.
Daripada jadual didapati item 46 menunjukkan peratusan tertinggi dalam tahap 5 dalam
kemahiran ini. Perincian juga dapat dilihat dalam jadual min di bawah.
Jadual 15: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi aspek kemahiran
etika dan moral professional.

Mean
S.piawai

Item 45a

Item 45b

Item 45c

Item 46

Item 47

Item 48

4.65

4.45

4.40

4.65

4.15

4.50

.489

.605

.681

.587

.587

.688

Nilai min yang tertinggi dapat dilihat dalam item 45a dan item 46 iaitu 4.65. Nilai min
terendah dapat dilihat dalam item 47, aspek penyelesaian masalah yang berkaitan
dengan etika. Namun begitu kesemua item ini menunjukkan nilai min yang lebih
23

daripada 4.00. Keadaan ini menunjukkan kemahiran etika dan moral professional
Jadual : Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi
aspek kemahiran kepimpinan

Mean
S.piawai

Item 49

Item 50

Item 51

Item 52

4.50

4.70

4.60

4.65

.513

.470

.598

.489

berjaya mempengaruhi responden untuk memperolehi kemahiran ini dengan baik.


Kemahiran

seterusnya

adalah

kemahiran

kemahiran

kepimpinan.

Bagi

menganalisis tahap kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam kemahiran


kepimpinan ini, item 49 hingga item 52 dikaji. Jadual menunjukkan peratusan tahap
yang diperolehi oleh responden setiap item dalam kemahiran kepimpinan.
Jadual 16: Taburan Responden Mengikut Peratus bagi aspek Kemahiran kemahiran
kepimpinan

Jenis Item

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Item 49

50

50

Item 50

30

70

30

65

35

65

Item 51

Item 52

Dalam kemahiran ini, tiada responden memilih dalam tahap 1 dan 2. Hanya 5% sahaja
berada dalam tahap 3, iaitu sederhana kebolehan. Tahap 5 menunjukkan peratusan
tinggi berbanding dengan tahap 4. Item 50, menunjukkan peratusan tertinggi dalam
kemahiran ini. Perincian juga dapat dilihat dalam jadual min di bawah.

24

Jadual 17: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai


bagi aspek kemahiran kepimpinan
Jadual 18 : Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai
bagi aspek kemahiran insaniah

Sepertimana dalam dapatan jadual 17 peratusan kemahiran kepimpinan di atas,


item 50 menunjukkan nilai min paling tinggi dan item 49 menunjukkan nilai min paling
rendah. Walaupun begitu, kesemua item menunjukkan nilai min yang lebih daripada
4.50. Ini dapat menunjukkan responden telah memperolehi kemahiran kepimpinan
dengan baik sekali.
Seterusnya, bagi menilai dapatan responden secara keseluruhan, nilai min
setiap kemahiran insaniah dibina. Jadual keseluruhan kemahiran ini akan membantu
pengakaji menilai setiap kemahiran dengan lebih mendalam. Min ketujuh-tujuh
kemahiran dibandingkan dalam jadual 18 di sebelah.

Jenis Kemahiran

Min

Sisihan
Piawai

Kemahiran Berkomunikasi

52.80

25

3.365

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan


Masalah
Kemahiran Berpasukan

Pembelajaran

Berterusan

dan

Pengurusan

Maklumat

Kemahiran Keusahawanan

Etika dan Moral Profesional


Kemahiran Kepimpinan.

70.95

6.362

61.65

5.985

18.20

1.005

26.10

2.634

26.80

2.707

18.45

1.432

Berdasarkan Jadual 18 di atas, didapati nilai min untuk kemahiran pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah (70.95) lebih tinggi berbanding dengan nilai min
untuk kemahiran insaniah lain. Nilai minn untuk Kemahiran Berpasukan (61.65) berada
di tempat kedua. Daripada dapatan ini dapat disimpulkan bahawa kemahiran pemikiran
kritis dan menyelesaikan masalah merupakan kemahiran insaniah yang paling tinggi
diperolehi oleh pelajar diikuti elemen kemahiran berpasukan, kemahiran berkomunikasi
(52.80), kemahiran etika dan moral professional (26.80), kemahiran keusahawanan
(26.10), kemahiran kepimpinan (18.45) dan akhir sekali kemahiran pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat (18.20).
Bagi mengkaji perbezaan di antara kemahiran yang diperolehi dengan
kemahiran yang diharapkan oleh pelajar, maka perbandingan di antara dua elemen ini
dijalankan. Jadual 19 di sebelah menunjukkan jumlah skor yang diharapkan dan jumlah
26

skor yang diperolehi oleh responden. Daripada jadual 19 didapati perbezaan skor
menunjukkan nilai negative. Ini bermakna apa yang diharapkan oleh pelajar tidak
dicapai sepenuhnya. Namun, nilai perbezaan skor tidak begitu tinggi menunjukkan
pelajar hampir mencapai apa yang diharapkan melalui pendidikan di IPG. Perbezaan
yang sangat ketara ditunjukkan oleh responden 005. Responden ini menunjukkan
jumlah perbezaan skor negatif sangat tinggi iaitu 33. Manakala responden 011 dan 012
menunjukkan perbezaan skor negatif yang sangat sedikit iaitu 3. Daripada jadual juga
didapati 8 orang responden atau 40% responden mencapai perbezaan skor negatif
kurang daripada 10. Manakala 20% atau 4 orang responden mendapat skor negatif di
antara 11 hingga 20 dan 21 hingga 30 masing-masing. Hanya 5% atau 1 orang
responden menunjukkan perbezaan skor negatif melebihi 30.

Data perbezaan ini

menunjukkan bahawa tiada seorang responden yang mendapat nilai perbezaan positif.
Kesemua data ini dapat dilihat dalam jadual 19 di sebelah.

Jadual 19: Perbezaan di antara skor elemen kemahiran yang diperolehi dengan skor
elemen kemahiran diharap

Responden

Jumlah skor

Jumlah skor

elemen kemahiran

elemen kemahiran

diperolehi

diharap

001

255

281

-26

002

251

270

-19

003

273

280

-7

004

289

297

-8

005

263

296

-33

006

286

293

-7

007

295

300

-5

27

Perbezaan

008

280

298

-18

009

275

302

-27

010

268

292

-24

011

292

295

-3

012

292

295

-3

013

273

281

-8

014

275

295

-20

015

271

295

-24

016

265

284

-19

017

258

290

-32

018

275

279

-4

019

271

294

-23

020

292

299

-7

Bagi menilai perbezaan dari segi kemahiran insaniah, maka jadual perbezaan
nilai min setiap kemahiran dibangunkan. Jadual perbezaan min adalah seperti di
bawah.
Jadual 20: Perbezaan nilai min di antara nilai min diperolehi dan nilai min diharap
mengikut jenis kemahiran insaniah

Kemahiran Insaniah

Kemahiran Berkomunikasi

Nilai min

Nilai min

Kemahiran

kemahiran

diperolehi

diharap

52.80

56.00

28

Perbezaan
nilai min

-3.2

Pemikiran Kritis dan Kemahiran

70.95

74.55

-3.6

Kemahiran Berpasukan

61.65

66.30

-4.65

Pembelajaran Berterusan dan

18.20

19.05

-0.85

26.10

28.40

-2.3

26.80

26.80

18.45

18.80

-0.35

Menyelesaikan Masalah

Pengurusan Maklumat

Kemahiran Keusahawanan

Etika dan Moral Profesional

Kemahiran Kepimpinan

Jadual 20 menunjukkan perbandingan diantara nilai min yang diperolehi dan nilai min
yang diharapkan oleh pelajar. Kesemua kemahiran menunjukkan nilai negative kecuali
kemahiran Etika dan Moral Profesional iaitu nilai 0. Perbezaan sangat ketara
ditunjukkan dalam kemahiran berpasukan iaitu 4.65. Diikuti dengan kemahiran
pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (3.6), kemahiran komunikasi
(3.2) dan kemahiran keusahawanan (2.3). Kemahiran lain tidak menunjukkan
perbezaan negatif yang ketara.

29

BAB 5
KESIMPULAN
5.1 Perbincangan dan implikasi
Kajian ini telah dijalankan dengan menetapkan kepada tiga objektif kajian. Ojektif
kajian yang pertama ialah untuk meneroka program latihan mengajar yang dibelajar
oleh guru pelatih membantu mereka untuk membina kemahiran insaniah dari segi
Kemahiran komunikasi, Kemahiran berfikir kritis, Kemahiran menyelesaikan masalah,
Kemahiran kerja berpasukan, Kemahiran pembelajaran

berterusan , Kemahiran

pengurusan maklumat, Kemahiran etika, moral dan professional, dan Kemahiran


kepemimpinan. Data yang dikumpulkan untuk memastikan penetapan objektif
menunjukkan tahap perolehan guru pelatih agak tinggi.
Penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif untuk memerolehi data dan
statistik diskriptif telah digunakan untuk menganalisis setiap item. Nilai min telah
diperolehi untuk mengetahui tahap kemahiran insaniah yang dimiliki oleh guru
permulaan dari beberapa segi yang dinyatakan. Item kemahiran komunikasi
menunjukkan tiada responden yang menunjukkan tahap yang paling rendah iaitu tidak
30

boleh langsung. Secara keseluruhannya 70% responden telah memilih tahap 4 dan 5.
Ini menunjukkan guru dalam latihan memiliki tahap komunikasi yang agak baik dan
tinggi.
Seterusnya, dari segi kemahiran berfikiran kritis Item 15, menunjukkan nilai min
yang tinggi iaitu 4.55. Ini menunjukkan tahap pemikiran guru pelatih adalah tinggi.
Kemahiran berfikiran secara kritis ini satu aspek yang harus diberi kutaamaan ataupun
perlu dijadikan fokus utama oleh guru pelatih. Hal ini kerana ia akan membantu mereka
untuk menerokai secara lebih dalam lagi dalam sektor pendidikan yang baru dijejak
kaki. Pemikiran kritis juga membantu mereka menandingi dengan dunia global. Selain
itu, Kurikulum standard yang diperkenalkan oleh Kementerian pendidikan juga
menekankan bahawa pelajar harus memiliki elemen merentas kurikulum, dan elemen
ini mengandungi kemahiran berfikir secara kreatif sebagai satu skop utama. Nilai min
untuk kemahiran insaniah iaitu pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
adalah 70.95. Ini merupakan nilai min yang sangat tinggi berbanding dengan kemahiran
insaniah lain. Yang seterusnya adalah nilai min untuk kemahiran berpasukan iaitu
61.65. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran pemikiran kritis dan
menyelesaikan masalah merupakan kemahiran insaniah yang paling tinggi diperolehi
oleh para guru pelatih. program latihan perguruan dapat membantu untuk berfikir
secara kritikal dengan adanya pelbagai aktiviti dan latihan yang telah dianjurkan IPG
seperti

program pemikiran secara kritis dan kreatif, pendedahan yang diberi oleh

pensyarah serta tugasan berkumpulan. Ilmu ini dapat digunakan di dalam kelas untuk
mengatasi masalah-masalah yang timbul. Di samping itu,
oleh guru pelatih juga membantu murid

kemahiran yang diterima

berfikir secara kritis dalam pembelajaran

sewaktu menyelesaikan sesuatu latihan.


Dalam kemahiran kerja berpasukan Item 31a dan 31b, menunjukkan nilai min
yang tertinggi iaitu 4.60. Item 25 menunjukkan min yang sangat rendah dalam
kemahiran ini iaitu 4.20. Namun, tiada item yang menunjukkan nilai min kurang
daripada 3.00. Ini menunjukkan guru- guru permulaan memiliki semangat kerja
berpasukan. Kemahiran ini akan membantu setiap aggota dalam organisasi sekolah
untuk bekerjasama, dan hasilnya kerjasama itu akan menghasilkan kejayaan. Dalam
31

melaksanakan kerja berkumpulan ini setiap ahli akan membahagikan tugas dan
tanggungjawab secara adil dan saksama. Setiap ahli kumpulan diajar nilai
bertanggungjawab dan membentuk hubungan yang baik sesama ahli kumpulan. Oleh
itu, guru pelatih tidak menghadapi masalah dalam bekerja berkumpulan. Bekerja secara
berkumpulan atau berpasukan membolehkan guru pelatih membina hubungan yang
baik sesama ahli kumpulan dan membantu membuat keputusan yang lebih baik.
Program

latihan perguruan memang dalam proses pembelajaran berterusan

sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Ini kerana pensyarah-pensyarah lebih
menekanan

dan

berfokus

kepada

proses

pembentangannya. Semua responden

pembelajaran

berterusan

dalam

juga menyatakan bahawa pembelajaran

berterusan iaitu lifelong learning adalah amat penting dalam kehidupan seharian
seorang guru. Ini kerana seorang guru harus menambahkan dan meningkatkan ilmu
pengetahuan mahupun kemahiran yang dimiliki dari semasa ke semasa mengikut
peredaran atau perubahan masa.
Kemahiran

pembelajaran

yang

berterusan

dan

pengurusan

maklumat

menunjukkan nilai min yang tinngi, ini merumuskan responden memilki kemahiran yang
mendalam. Keseluruhan item dalam kemahiran ini menunjukkan nilai min lebih daripada
4.45. Nilai min yang tertinggi dapat dilihat dalam item 36, iaitu 4.65. Item 39,
menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.75 setakat ini. Sepertimana dalam jadual
peratusan tahap perolehan, jadual min juga menunjukkan item 40 dan 41 memperolehi
nilai min yang sedikit dalam kemahiran ini. Item 41, iaitu, kemahiran membina peluang
kerjaya menunjukkan nilai min yang paling rendah dalam kemahiran keusahawanan ini.
Menurut laporan tinjauan yang dikendalikan oleh Office Team, HR.com dan
International Association of Administrative Professionals (IAAP) (2007) menyatakan
bahawa pengurus sumber manusia akan lebih memberi keutamaan dalam memilih
pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi berbanding pekerja yang
kurang kemahiran insaniah. Sebagai menyokong dapatan ini, dapatan kajian yang
dijalankan oleh penyelidik menunjukkan guru permulaan memiliki tahap kemahiran yang
tinggi.
32

5.2 CADANGAN
Daripada hasil dapatan kajian yang menunjukkan para guru pelatih memiliki
tahap kemahiran insaniah yang tinggi, Kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber
rujukan professional kepada semua institusi latihan perguruan dalam meningkatkan
kualiti

guru-guru baru pada masa akan datang. Selain itu, dapatan kajian ini juga

membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan yang bertanggungjawab


merangka dan merancang program latihan dan seminar khususnya berkaitan konsep
kemahiran insanih guru. Justeru kajian ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan
kepada guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan mereka dalam
kemahiran insaniah.
Penyelidik juga mencadangkan bahawa, kajian ini harus dijalankan lagi terhadap
guru- guru yang telah berkhidmat lama di sekolah. Selain itu guru besar atau pengetua
juga boleh dijadikan sebagai sampel kajian jika kajian ini diteruskan. Hal ini kerana guru
permulaan memiliki tahap kemahiran insaniah yang tinggi mungkin disebabkan mereka
baru sahaja melakah di alam pekerjaan dan mungkin kemahiran insaniah yang
diterapkan masih jelas dalam ingatan. Selain itu kajian juga boleh dikendalikan dari
skop ataupun focus yang berbeza terhadap kemahiran insaniah.

5.3 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini telah dijalankan bagi mengenalpasti sejauh
manakah kemahiran insaniah ataupun soft skills diberi penekanan semasa guru-guru
mengikuti latihan mengajar dan bagaimanakah ia membantu guru- guru pelatih
menjalankan kewajipannya. Hasil dapatan kajian menunjukkan, guru pelatih memiliki
tahap kemhiran insaniah yang agak tinggi dari pelbagai skop kajian.Hasil daripada
dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan utama pihak sekolah ataupun
pentadbir

sekolah

bagi

meningkatkan

pentadbiran

pengurusan

sekolah

demi

menjayakan transformasi pendidikan. Kemahiran insaniah yang diterima semasa latihan


33

perguruan memang mencukupi dan dapat membantu semasa berada di alam


pengajaran. Melalui kerja kumpulan dan pembentangan dapat memperolehi kebolehan
menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan
bertulis. Di samping itu, kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh
keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar dapat dipelajari dan juga dibawa
ke alam pekerjaan di sekolah.

RUJUKAN

34

Abd Rahim Ramli, Ariza Ibrahim, Mohd Noor Che A. Rahman Dan Azizah Endut.
(2007). Program Ketrampilan Graduan Untuk Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia
Tahun 2007.Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan
Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace
of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor .
Devadason,

Evelyn

Shyamala;

Subramaniam,

Thirunaukarasu;

Daniel,

Esther

Gnanamalar Sarojini. (2010). Final Year Undergraduates' Perceptions of the Integration


of Soft Skills in the Formal Curriculum: A Survey of Malaysian Public Universities. Asia
Pacific Education Review, v11 n3 p321-348.
Esa, M.Y. Abd Hadi, Dan B. Mohd Salleh. Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik Dalam
Memenuhi Keperluan Pihak Industri Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di
Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14
Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.
Karim, Abdul Malek Abdul; Abdullah, Nabilah; Rahman, Abdul Malek Abdul; Noah, Sidek
Mohd; Jaafar, Wan Marzuki Wan; Othman, Joharry; Borhan, Lihanna; Badushah,
Jamaludin; Said, Hamdan. (2009). A Nationwide Comparative Study between Private
and Public University Students' Soft Skills, Asia Pacific Education Review, v13 n3 p541548.
Keshavarz, Mohsen; Baghdarnia, Mostafa. (2013). Assessment of Student Professional
Outcomes for Continuous Improvement. Journal of Learning Design, v6 n2 p33.
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
35

Nikitina, Larisa; Furuoka, Fumitaka. (2012). Sharp Focus on Soft Skills: A Case Study
of Malaysian University Students' Educational Expectations, Educational Research for
Policy and Practice, v11 n3 p207-224.
Robles, Marcel M. (2012). Executive Perceptions of the Top 10 Soft Skills Needed in
Today's Workplace. Business Communication Quarterly, v75 n4 p453-465
Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Kepentingan
Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.
Shakir, R. (2009). Soft skills at the Malaysian institutes of higher learning. Asia Pacic
Educ. Rev. 10:309315.

36

Anda mungkin juga menyukai