Anda di halaman 1dari 20

THE STORY

Cerita vs Olahan Dramatik

cerita olahan dramatik (plot)

1. Kejadian sebenar 1. Kaedah penceritaan


2. Berbagai-bagai – Keterbukaan 2. Penggunaan hukum untuk
imaginasi kehidupan dan alam. mendapatkan kesan tertentu
3. Diadakan/rekaan 3. Teknik
4. Kebebasan luahan minda yang 4. Mencurah karya dalam bentuk
tidak terikat, dan tidak dapat dijangka. yang khusus.
5. Boleh dibentuk melalui definisi
matematik

A plot, then, is an entirely different entity than a story. A story is about some human need to matter, call it
the "why" of the story. A story's plot is about the method used to make a story advancing -- moving --
toward resolution, dramatic and potent, and thus fulfilling in a desirable way. A story's plot is the "how" the
"why" of the story is manifested in a concrete, visible, dramatically heightened way.

A clever dramatic construction without a good story is like an empty shell,


but,
A story without dramatic construction is chaotic.

1. Watak & Perwatakan (Characterization)

1
Aksi tidak wujud tanpa penglibatan makhluk (manusia, aliens, kartun, dan
sebagainya); Oleh yang demikian, kita harus peka dengan tabii makhluk yang
terlibat.. Kita harus faham mengapa manusia terdorong untuk bertindak dan ada
reaksi tertentu pada keadaan dan keperluan spesifik (the “why-it-matters”).

 Jantina
 Umur
 Pekerjaan
 Tabii Tertentu – sikap dan kaitan watak-watak dalam penceritaan

Main Character
Impact Character / Obstacle Character

Overall Characters Motivation


 Protagonist Consider, Pursuit
 Antagonist Reconsider, Avoidance
 Sidekick Faith, Support
 Skeptic Disbelief, Oppose
 Emotion Feeling, Uncontrolled
 Reason Logic, Control
 Guardian Conscience, Help
 Contagonist Temptation, Hinder

2
2. Peralihan Aksi (Transition of Action)

Motif, Perilaku/Tindakan, Matlamat (Motive, Intention, Goal)


Transisi aksi adalah atau peralihan aksi watak-watak, bermula dari cetusan motif
yang menggerakkan mereka supaya bertindak untuk merealisasi matlamat yang
telah dirancang..

Transisi Aksi dan Konsep Waktu


Hidup dalam realiti adalah linear. Halatuju kita bergerak melalui waktu, kita tidak
ada pilihan.. Tetapi dalam penceritaan, semalam-kini-esok, saling berganding.. Ia
diguna bagi memperjelas rasional penceritaan..

 Waktu yang berbeza pada isu yang sama akan menimbulkan kesan dan
emosi berbeza: antisipasi pada sesuatu yang menakutkan akan
menyeramkan kita; bila ia berlaku hadapan mata, ia menggerunkan; dan,
setelah ia berlaku, emosi sedih terpahat di kenangan kita

CONTOH
Slogan; dulu, kini, dan selama-lamanya: menerangkan keterlibatan manusia yang
berkait dengan peredaran waktu dalam kronologi linear.. Realiti memberi tahu
kita, bahawa kita merdeka 50 tahun dulu. Kini, kita masih mencari titik
cemerlang-gemilang-terbilang. Dan buat selama-lamanya (sampai tiba waktu) kita
akan bertanya, “Apakah gambaran 2020,” yang kita impikan itu.

 Takut – Keganasan – Kesedihan (Fear – Terror – Sorrow)


 Harapan – Keriangan – Kepuasan (Hope – Joy – Satisfaction)
 Niat – Perlaksanaan – Hasil (Intention – Excecution – Results)

3
3. Gangguan dan Penyesuaian (Disturbance and Adjustment)

Cabaran tercetus melalui dua faktor: Resah dan perkara yang mencetus resah. Bila
ini berlaku, manusia akan bertindak untuk melerai keresahan itu, sehinggalah
keadaan kembali seperti sedia kala.

1. Keadaan Selesa (The Undisturbed Stage)


Keadaan tenang dan tiada motif untuk bertindak.. Tanpa cabaran, cerita tidak
akan bergerak.

2. Gangguan (The Disturbance)


Menimbulkan suasana dimana kita dapat melihat satu keadaan bercanggah
dengan cara; menyatukan/melagakan kumpulan yang bertelagah, atau
memisahkan kumpulan yang sama pendapat (pasangan bercinta)..

3. Perjuangan/Pergelutan (The Struggle )


Gambaran tentang keinginan untuk membasmi resah melalui perolehan dan
penolakan, yang mungkin terkabul atau disudahi dengan kehampaan.

Manusia sentiasa terganggu dan resah kerana (The Pain):


i. Suka mencari apa yang tiada dan mehilangkan apa yang ada.
(To acquire and Elimanate)
ii. Bingung dalam keadaan serba kurang ataupun berlebihan (To lack
and to have)
iii. Tidak pandai berurusan dengan rasa cinta dan rasa benci (Love and
Hatred)
iv. Ikatan rapat dan pemisahan (Affinity and Repulsion)

4
4. Penyesuaian (The Adjustment)

Penyesuaian berlaku setelah matlamat tercapai melalui pemulihan status quo:-


 menyambung semula pertalian yang terputus
 menghancurkan kuasa-kuasa penolakan/pemisahan.

Niat Rancang Utama (Main Intention)


Situasi spesifik dan tindak balas kepada situasi utama yang hendak digambar-
kan:
 Sebab pada gangguan,
 Qada’, Takdir, Nasib dan
 Kesudahan pada pergelutan atau perjuangan – sama ada terlaksana
atau sebaliknya.

Pembahagian Niat Rancang (Subintentions)


Sama seperti realiti hidup, niat utama (main intention) seseorang watak cerita,
lazimnya akan dicanggah, ditentang, dan digagalkan oleh beberapa faktor
yang wujud secara semula jadi atau dirancang. Faktor-faktor sebegini
berfungsi untuk memberi impak tertentu kepada resah dan kembara watak-
watak cerita..

Benda dan Keadaan


 Halangan semula jadi: onak, duri, ranjau dan sebagainya (Obstacle)
 Komplikasi (keadaan bertambah sukar), terhasil dari kesukaran yang
sedang ditangani (Complication)

Manusia
 Percanggahan aksi dan pendapat (Counter-intention)

5
Hukum Kesepaduan Tindak (Law of The Unity of Purpose)

Bagi melepasi rintangan, beberapa alternatif dan tukar-rancang (subintentions)


hendaklah diwujudkan.

 Setiap intention dan subintention perlu ada sebab dan matlamat.


Tetapi, sebab yang ada pada subintention bukan motif yang terhasil
dari gangguan atau keresahan.. Ia adalah motivasi untuk memperjelas
fungsi subintention yang bergerak membantu main intention sampai ke
matlamat.

 Peristiwa yang tidak membantu untuk menggerakkan main


intention ke arah matlamat, tidak boleh dianggap sebagai subintention.
Oleh yang demikian, ia harus dibuang kerana sebuah penceritaan tidak
mampu untuk mempunyai lebih dari satu main intention.

 Motivasi wujud melalui motif – motivasi pada subintention


bergantung kepada motif main intention.

 Daya/kekuatan motivasi tidak boleh melebihi daya/kekuatan motif.

 Counter-intention boleh dicanggah oleh berbagai counter-intention


yang lain. Percanggahan kecil ini ada motif dan matlamat tersendiri
dan akan berkesudahan dengan sebuah auxiliary goal.

Matlamat Pembantu/Sampingan (Auxiliary Goal)

 Auxiliary goal adalah matlamat sampingan yang terhasil melalui


gerak-tindak subintention.
 Auxiliary goal tidak semestinya berjaya atau mencapai matlamat.

6
Hukum Haluan Sepusat (The law of Concentric Direction)

Hasrat main intention adalah untuk mencari penyesuaian bagi melerai


resah dan sampai ke matlamat utama atas satu garis mudah yang cepat,
tepat dan ringkas. Tetapi, seperti mana yang kita ketahui, hidup memang
penuh pancaroba.. Tidak ada jalan pintas untuk sebarang pencarian, apatah
lagi untuk mengatasi rintangan. Dengan sebab itu, untuk mencapai
auxiliary goal dari subintention yang telah diwujudkan, adalah tidak
mustahil bahawa sesuatu motivasi (dari subintention) akan dipesong-arah
(detours) oleh kuasa counterintention, yang sentiasa bersedia untuk
menggagalkan gerak-tindak seseorang watak utama.

Pastikan pesong-arah sebegini tidak berlaku, dan ia haruslah sentiasa


sejajar dengan garis motif utama dan matlamat utama.

D x
A |---------------------------------------------------------------------| B
y
C
A = Motive; B = Main Goal; x = Main Intention
C =Motivation; D = Auxiliary Goal; y = Subintention

Rajah Hukum Haluan Sepusat yang sesuai dengan perkembangan cerita

x
A |---------------------------------------------------------------------| B
y D
C

7
4. Kesan terhadap Audiens (The Effect Upon Audience)

Olahan dramatik yang tepat, berfungsi untuk


 Mengangkat keberkesanan pada maksud pengisian dan persembahan
cerita.
 Mengelak; rasa bosan, fatigue, ketidakpuasan, dan kelembapan
penceritaan.
 Mencipta antisipasi dan suspense

Antisipasi:
Antisipasi bermakna, kebolehan dan kesanggupan audiens untuk mengikut cerita
dengan jujur, disamping dapat menjangka turutan peristiwa yang bakal berlaku.
Untuk mencapai matlamat ini, penonton harus diberi sedikit informasi berkenaan
perkara-perkara yang terencana melalui motif, motivasi, tindak tanduk watak dan
peristiwa. Dalam usaha ini, penulis harus waspada supaya tidak berlaku false
anticipation: Terlalu banyak pendedahan informasi (telegrafik) yang boleh
dedahkan klimaks cerita.

Antisipasi penonton bermula sebaik sahaja ada penerangan tentang niat-tindak


watak (intention) untuk melerai masalah.

 Penerangan melengkapkan pengetahuan


 Pengetahuan terhasil melalui pengalaman.
 Penglaman, selanjutnya, adalah bukti yang terkumpul melalui kaedah
pengulangan.

Manusia ada perspektif dan reaksi tersendiri terhadap penerangan, pengetahuan


dan pengalaman. Sebahagiannya mungkin betul dan sebaliknya..

Hukum Ketepatan Mutlak (Law of Absolute Exactitude)

8
If the same thing believes in the same way under the same circumstances, it is
logical that it will continue to behave identically.

Antisipasi boleh diprovok oleh peristiwa biasa, desakan, unjuran psikologi, atau
melalui sogokan yang berulang-ulang. Unsur ulangan (element of repitition)
sering diguna untuk memberi kesan antisipasi. Walaupun tidak di tunjuk dengan
jelas, antisipasi akan berlaku secara automatis.

Contoh:
 Seorang yang jujur tidak akan melakukan silap laku..
 Seorang yang kena lempang, sudah pasti bertindak balas terhadap
pelempang tersebut (mengikut kemampuan).
 Seorang bapa garang dan tidak berhati perut, sudah tentu akan
mendera anaknya, jika anak itu pecahkan tingkap rumah.

Antisipasi boleh berubah, tergendala, bertukar corak, atau digantikan, mengikut


perkembangan peristiwa dalam cerita. Oleh yang demikian, antisipasi yang tidak
menjurus kepada pencapaian, harus ditamatkan. Antisipasi tergantung harus
dilerai segera.

Antisipasi Bercanggah (Contrast anticipation)


Antisipasi dua watak ke atas satu perkara mungkin berbeza. Kerana, mereka
mendapat maklumat berbeza tentang perkara berkenaan.

Antisipasi watak dan penonton yang bercanggah adalah teknik dramatik yang
menarik. Contoh:
 Seorang tua yang tidak sedar dia menghidap penyakit kronik dan akan
mati tak lama lagi, bercita-cita untuk buat pelaburan besar di syarikat
‘musuh’nya. (Penonton telah diberi maklumat tentang kesihatan watak
ini)
 Kisah romantik di atas kapal “Titanic”.

9
 Kisah komedi: Seorang “bangang” bakal terjun ke dalam sebuah
kolam renang kering..

Oleh kerana, sesuatu yang dijangka akan berlaku di hadapan penonton, ia


boleh menghasilkan..
 Harapan yang terlaksana (fufilled expectancy): Kesudahan peristiwa
bertepatan dengan jangkaan.
 Kejutan (surprise): Kesudahan yang tidak berlaku seperti apa yang
telah dijangka.

10
Kegelisahan dan Kepelikan (Suspense and Curiosity)

Suspense adalah reaksi tidak pasti penonton terhadap cerita. Dan, keraguan
mereka terhadap kejayaan watak untuk merealisasikan cita-citanya.

Watak mesti di halang oleh berbagai kesukaran untuk sampai ke matlamat. Cerita
tanpa kesukaran, akan gagal untuk menimbulkan kesan ragu terhadap kebolehan
watak untuk sampai ke matlamat.. Tanpa keraguan, penonton tidak akan gelisah
untuk bersimpati dengan “perjuangan” watak mereka.

Cerita tanpa niat-tindak akan gagal untuk memberi kesan gelisah (suspense), dan
sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan rasa pelik sahaja (curiosity). Untuk
menimbulkan rasa ketidaktentuan dan keraguan, penonton harus tahu tentang
kepayahan yang bakal menghalang.. Kerana kelemahan ini, penulis sering
terkeliru dengan perbezaan gelisah dan pelik (Suspense dan Curiosity).

Pelik Gelisah
 Terhasil dari kekurangan informasi  Terhasil dari kekurangan informasi
tentang kehendak watak. tentang kejayaan niat-tindak watak.
 Keinginan kita untuk mengetahui  Gelisah wujud jika kita tahu
sebab dan matlamat. matlamat.
Curiosity wujud di permulaan cerita,
selagi kita belum tahu matlamat cerita..  Suspense tidak akan wujud, selagi
goal tidak didedahkan..

Klimaks

11
Mendedahkan matlamat cerita (goal) akan memusnahkan curiosity. Ini adalah
langkah utama untuk memperkenalkan suspense. Suspense akan berlanjutan selagi
cerita belum terlerai.. Jawapan kepada suspense adalah climax. Klimaks bukan
pengakhir cerita, ia hanya berfungsi untuk menentukan kejayaan atau kegagalan
niat-tindak watak.
Gerakan Kehadapan (Forward Movement)

Kaedah
 Tetapkan matlamat cerita seawal mungkin untuk mencetus antisipasi.
Niat-tindak yang jelas akan mencetus antisipasi untuk menjana gerakan
kehadapan menuju matlamat dan peleraian.

 Wujudkan doubt untuk mengiring niat-tindak.

 Pastikan klimaks berada hampir di hujung cerita, sebelum babak


peleraian.. apa jua yang berlaku selepas babak peleraian ia akan dianggap
antiklimaks.

 Matlamat utama (main goal) selari dengan pengakhiran cerita..

 Wujudkan beberapa subintention dan auxiliary goal untuk memperkuat


antisipasi – dengan mengambil kira peruntukan Hukum Kesepaduan
Bertindak dan menggarapnya mengikut rajah di bawah.

Motive Main Intention Goal


M G
motivation auxiliary goal
m ag
m ag
m ag
m ag

To make this appear more clearly, we can represent graphically the correct and wrong
appearance of the auxiliary goal. Let us assume that the entire picture is represented as a

12
straight. The main intention should begin with the beginning of the picture, and the main
goal should be attained at the end. Underneath, we can show the subintentions as smaller
lines, beginning with the motivation and ending with the auxiliary goal. Not only is it
necessary to have a fairly even distribution of the auxiliary goals, but the beginning of a
subintentions must overlap each other.

In the grafic description, we are able to distinguish clearly the connecting of these
overlaping subintentions. We must remember that the closer we come to the auxiliary
goal, the stronger its power of attraction. After the one is eliminated, we approach the
succeeding one, which in turn begins to attract us more and more. Now consider a
representation of faulty connection:

M G
m ag
m ag
m ag
m ag

It is apparent that after each auxiliary goal, we are left without attraction. Our forward
movement stops. Then suddenly a new auxiliary goal is set, which makes us rush
forward. After it is eliminated, we are let down again. Our progress is similar to that of a
--a series of jerks and stalls and not the smooth forward movement of a modern engine..
Thereafter one recognizes at once whether there are large spaces of story time without
subintentions, and therefore wothout forward movement.

13
Peningkatan Nilai Dramatik (Dramatic Graduation of Value )

Untuk menggerakkan cerita dan memberi penekanan kepada minat penonton,


setiap rentetan peristiwa mesti dipertingkat
 Setiap perwatakan perlu berkembang hingga ke penghujung cerita.
 Setiap emosi diperkuat.
 Setiap keputusan semakin berat dan serius.
 Setiap peristiwa semakin menarik.
Awas..!
 Peristiwa menakjubkan tidak digalakkan di babak-babak awal..
Permulaan yang terlalu bertenaga, sukar untuk dipertingkat..
 Emosi dan perwatakan mudah dipertingkat..
 Jangan pertingkat niat-tindak, dari motif yang lemah.
 Pastikan kekuatan subintention tidak melebihi kekuatan main intention.

Klimaks pada perkembangan ini berlaku bila semua peningkatan telah


digambarkan. Peningkatan yang betul kelihatan seperti berikut:

Maximum Graduation
---------------------------------------------------------------------------------------------------

x x
Beginning of Picture End of Picture

Uneven graduation would look like this:

14
Maximum graduation
---------------------------------------------------------------------------------------------------

x x
Beginning of Picture End of Picture
Incomplete graduation would look like this:

Maximum graduation
--------------------------------------------------------------------------------------------------
|
| |
| |
| |
x x | |.
Beginning of Picture End of Picture

Stagnant graduation would look like this:

Maximum graduation
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

x x
beginning of picture End of picture

Untuk menjamin kesempurnaan pada gerakan kehadapan, sekuens dan babak


mesti bertepatan dengan minat penonton. Jika gagal, skrip kita akan kelihatan
seperti sayur kena cincang.

Apa jua niat-tindak yang menarik mesti disusul – sama ada dengan serta merta,
atau ditangguh mengikut kesesuaian.. Penangguhan pada susulan niat-tindak
mesti ditangan dengan hati-hati, supaya tidak menjejas antisipasi.

Sekiranya penulis perlu mengadakan satu babak diantara niat-tindak dan motivasi
(interposing scenes), untuk menguji kesabaran penonton, ia harus dilakukan

15
dengan cepat – dan, jika lebih dari satu babak, juga akan merosakkan antisipasi
dan gerakan kehadapan.

Kefahaman, Keyakinan, dan Identifikasi

i. Understandability
Dalam keghairan menulis, penulis selalu terbawa-bawa dengan cerita,
emosi, dan mesej yang hendak disampaikan. Penulis selalu lupa; bahawa,
tidak satu pun hal-hal ini akan kesampaian jika ia tidak difahami.

Cerita mudah difaham jika ia menyentuh emosi penonton, kerana emosi


memiliki kesamaan untuk semua dan berunsur sejagat. Oleh yang
demikian, untuk memudahkan perhatian penonton, penulis harus pasti,
bahawa;

a. Cerita tentang peristiwa yang kurang diketahui, harus diiring


dengan emosi yang senang dijiwai.

b. Cerita tentang situasi tidak lazim (unfamiliar), senang difaham jika


ia ditangan oleh perwatakan yang dikenal dan disenangi penonton.

c. Cerita berkenaan peristiwa biasa, dalam kehidupan masyarakat


biasa, ditambah pula dengan keanehan atau sesuatu yang baru
(novelty), mesti berlaku tanpa menjejas tahap realisme.

16
ii. Probability
Bila menonton, audiens mencari “kisah benar” dalam ketidakbenaran
(fiksi) yang dipersembah. Inilah konsep probability yang dipegang oleh
Audiens – kepercayaan atau keharusan dalam sesuatu kemungkinan.

“Logik pada real-life adalah tidak logik dalam dunia penceritaan, dan
sebaliknya, “Ketidaklogikan real-life adalah logik dalam dunia
penceritaan..”

Ketidaklogikan sebegini mampu membuka imaginasi serta fantasi penulis


untuk dikongsi bersama audiens. Karya sebegini, sering bermula dengan
satu kemustahilan, mengelirukan atau tidak masuk akal (false pemises).
Contoh:

 Seorang gadis kampung yang tidak berpendidikan, berjaya


ceroboh sistem sekuriti yang canggih dan berteknologi terkini.

 Suami tidak kenal isteri sendiri (dari sepasang identical twins).

 Seorang kutu rayau yang disangka seorang jutawan yang telah


lama menghilangkan diri.

Logik pada situasi di atas, boleh dipertikai dengan panjang lebar. Tetapi,
audiens yang telah bersedia untuk mempertimbang situasi sebegini, akan
hampa, jika penulis gagal menggarap peristiwa berikutnya, dari segala

17
yang dipertikaikan kepada sesuatu yang kelihatan boleh dipercaya dan
boleh diterima.

iii. Identification

Promo yang disogok, bukan kaedah mutlak untuk mengangkat sebuah


cerita sebagai menarik? Mengapa seorang pengulas (yang berat sebelah)
tidak berdaya untuk berbuat demikian? Sebenarnya, kuasa penentu untuk
meletakkan sama ada cerita itu menarik atau tidak, terletak ditangan
penonton. Penonton ada keterjangkaan serta penilaian sendiri untuk
berkongsi emosi dan bergerak kehadapan bersama watak dan peristiwa.

Daya tarikan wujud kerana;

 Pertalian penonton dengan penceritaan


 Keterlibatan penonton dengan perjuangan watak
 Pengisian cerita yang ada kaitan rapat dengan kehidupan penonton
 Keperihatinan dalam cerita yang mempunyai nilai selari dengan
nilai pemikiran, keinginan, serta keresahan penonton

Proses indentifikasi
 Keinginan penonton untuk terlibat dalam dunia orang lain.
 Penonton meletakkan diri mereka ke dalam watak yang mampu
untuk memuaskan selera, hajat dan keinginan mereka.
 Penonton, kadang-kadang, akan meletakkan diri mereka ke dalam
lebih dari seorang watak.. Tetapi, bukan dilakukan dalam masa
serentak.

18
 Watak yang bersifat simpatetik, lebih mudah mendapat sokongan
penoton.
 Dalam kebanyakan cerita komedi, watak-watak yang
mencerminkan sifat bodoh, lemah, dan kelam kabut akan turut
digemari kerana ini akan mengangkat ego penonton melalui
kekurangan yang ada pada perwatakan yang sedang ditonton; eg,
Charlie Chaplin, Laurel and Hardy, Senario
 Watak villian juga boleh mendapat sokongan penonton, kerana
‘kejahatan’ menonjolkan satu “rasa-bagus” dalam diri penonton
melalui perasaan berikut:

Apabila membuat perbandingan dengan kejahatan villian,


penonton lega bila mendapati bahawa mereka tidak sejahat watak
yang sedang ditonton. (Walaupun di dunia nyata, penonton yang
dimaksudkan adalah seorang “bapak penyamun”)..

 Walau bagaimanapun, watak yang tidak konsisten akan


mengelirukan penonton.

Melalui identifikasi dan perbandingan, penonton berganding bahu bersama


pelakon. Pelakon mampu sampaikan hajat tersorok yang terperap dalam
diri penonton. Inilah nikmat menonton. Satu jalinan emosi terjalin sebaik
sahaja kita meletakkan diri ke dalam susah payah yang bakal diharung
oleh watak kita.

Dengan menyandarkan cerita pada satu sudut khusus (seorang watak),


audiens lebih senang untuk mengikut cerita.. Penonton dapat mengelak
rasa fatigue. Dan, sentiasa cergas untuk bergerak kehadapan dengan jujur
dan penuh minat.

19
20

Anda mungkin juga menyukai