Anda di halaman 1dari 3

Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia

Nota Editor: Resipi mudah buat pizza tanpa perlu menguli doh ini asalnya telah
dikongsikan di Facebook Roazura Bahari. Kami kongsikan semula di sini dengan
izin dari penulis.

Resepi Pizza Hut tanpa perlu menguli roti


Haluu ampaa semua.
Ni lah resepi yang kami nak kongsikan pada ampa semua cara-cara nak buat pizza
tanpa perlu menguli roti. Maaf la naa pasai lambat.
Okey inilah cara-caranya ampa semua.

A) Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air
supaya roti still lembut selepas roti di bakaq nanti. Pehtu ampa sapu roti tu dengan
tomato puri.
B) Letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi.
C&D) Kemudian letakkan kepingan sosej , cendawan butang, lada banggala bukan
orang bangla, kepingan ayam dadu atau ikut suka ampa laa nak letak apa ikut selera
dan bajet ampa semua. Tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus
separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi. Akhir sekali ampa taburkan
mozarela cheese (bahan hak ni yang paling mahai sekali) untuk mendapatkan cheese
yang bertali apabila di makan nanti.
E) Ampa bakaq pizza ampa dalam oven lebih kurang 15 minit. Time ni memang best
sebab satu rumah bau pizza.
F) Dah masak ampa potong la pizza tersebut ikut suka.

Anda mungkin juga menyukai