Anda di halaman 1dari 1

SK LKTP JENGKA 24

26400 BANDAR JENGKA


PAHANG DARUL MAKMUR
No.Tel : 094863460 No.Fax : 094863460
email : cba2010.skjengka24@gmail.com

Ruj. Kami
Tarikh

: CBA2010 / 02 / 08 /009/ Jld. 5 ( 12 )


: 8 April 2015

Kepada:
Pengarah
Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC ) Jerantut
KM 9, Jalan Jerantut Temerloh,
27000 Jerantut,
Pahang
U.P : ( En Azhari )

Tuan / Puan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN ADTEC SEBAGAI TEMPAT BENGKEL
MATAPELAJARAN UPSR 2015
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Jawatankuasa Kecemerlangan 3 buah sekolah iaitu Sk LKTP Jengka 24, Sk LKTP
Jengka 25 dan Sk Durian Hijau telah bersetuju mengadakan bengkel matapelajaran UPSR 2015.
3.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk
menggunakan kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di pusat tuan seperti dewan,
peralatan siaraya, asrama, kantin, padang dan surau bagi menjayakan bengkel matapelajaran
UPSR untuk murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR 2015.
3.

Butiran lanjut mengenai bengkel matapelajaran UPSR adalah seperti berikut :


Tarikh : 17, 18 dan 19 April 2015
Hari
: Jumaat, Sabtu Dan Ahad
Masa : Bermula Jumaat ( 2.30 Petang ) Berakhir Ahad ( 2.30 Petang )
Peserta : 50 Orang Murid dan 10 Guru
*Jadual perjalanan program seperti lampiran.

4.
Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan / puan membenarkan kami menggunakan
kemudahan yang terdapat di pusat tuan. Kerjasama tuan amat kami harapkan dalam menjayakan
program ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
Abu Kasim B. Abd Rahman
Guru Besar
Sk LKTP Jengka 24
26400 Bandar Jengka
Pahang

Anda mungkin juga menyukai